INVESTKL LawatanProfesional JKSMUA JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM
Lawatan Profesional JKSMUA Ke Pejabat CEO InvestKLDato’ Muhammad Azmi ZulkifliInvestKLTingkat 16, Menara SSM, Kuala Lumpur28 Ogos 2025
KANDUNGAN1. Pengenalan – 12. Fungsi, Peranan dan Nilai Teras InvestKL – 23. Sumber Manusia Adalah Aset Negara – 44. Hasil Perkongsian dan Perbincangan – 65. Dapatan Utama – 86. Rumusan – 97. Senarai Peserta – 108. Penghargaan – 119. Urus Setia – 11
1.0 PENGENALANLaporan rasmi ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) bagi tujuan mendokumentasikan perjalanan serta dapatan lawatan kerja ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) InvestKL, YBhg. Dato’ Muhammad Azmi Zulkifli. Lawatan ini telah berlangsung dengan penyertaan seramai 35 orang peserta mewakili 18 Universiti Awam (UA) di Malaysia.Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan Teras Strategi 1, Hala Tuju JKSMUA: Membangunkan Bakat Berprestasi Tinggi.Melalui perkongsian amalan terbaik, pendedahan kepada pengurusan bakat di agensi pelaburan berprestij seperti InvestKL dapat memberi inspirasi kepada universiti awam untuk memperkasa tenaga kerja akademik dan pentadbiran.Laporan ini merangkumi penerangan mengenai peranan InvestKL, nilai organisasi yang mendasari kejayaan mereka, serta cadangan praktikal untuk diaplikasi dalam konteks universiti awam.1
InvestKL merupakan agensi khas di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang berperanan menarik syarikat multinasional (MNC) untuk menubuhkan pusat operasi serantau untuk inisiatif “Greater Kuala Lumpur”.Peranan InvestKL bukan sekadar menarik pelaburan, malah ia menekankan pembangunan modal insan sebagai agenda utama. Kejayaan dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi amat bergantung kepada kemampuan tenaga kerja tempatan untuk memenuhi permintaan industri. Menjadi saluran rasmi pelabur asing berinteraksi dengan kerajaan.1Menyediakan bantuan khidmat nasihat, fasilitasi, dan perundingan perniagaan.2Menghubungkan bakat tempatan dengan syarikat multinasional. 3Memastikan penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi yang memberi kesan positif kepada ekonomi negara.4FUNGSI INVESTKL22.0 FUNGSI, PERANAN DAN NILAI TERAS INVESTKL
ACT IONAchievement orientedMenekankan budaya pencapaian dan prestasi tinggi.Client orientedMeletakkan pelanggan sebagai keutamaan.TeamworkMengutamakan kerjasama rentas jabatan.IntegrityMelaksanakan tugas dengan amanah dan etika.OwnershipMempunyai rasa tanggungjawab terhadap hasil kerja.Never fast enoughTidak berpuas hati dengan status quo, sentiasa ingin memperbaiki diri.Nilai teras yang diguna pakai oleh InvestKL ialah ACTION. Nilai ACTION ini dilihat selaras dengan matlamat JKSMUA yang mahu melahirkan tenaga kerja akademik dan pentadbiran universiti awam yang berprestasi tinggi, berdaya tahan, dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.3
Dato’ Muhammad Azmi Zulkifli menegaskan bahawa sumber manusia ialah aset negara yang paling utama. Malaysia boleh memiliki infrastruktur moden, teknologi baharu, atau pelaburan besar, namun tanpa tenaga kerja yang berkualiti, pencapaian optimum tidak akan tercapai.Pembangunan modal insan tidak hanya terbatas kepada ilmu akademik. Ia merangkumi aspek kemahiran komunikasi, daya kepimpinan, pemikiran kritis, inovasi, serta nilai etika.Bagi universiti awam, mesej ini amat relevan. Universiti berperanan bukan sahaja mendidik mahasiswa, malah membentuk tenaga kerja yang akan menerajui organisasi pada masa depan. Mengukuhkan budaya prestasi tinggi melalui sistem penilaian yang telus dan berorientasikan hasil.CADANGAN PRAKTIKALMemperkenalkan program pembangunan kompetensi dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris).Menyediakan skim latihan kepimpinan secara berperingkat.Fokus kepada apa yang telah dilakukan, bagaimana tindakan diambil, dan hasil tindakan tersebut.43.0 SUMBER MANUSIA ADALAH ASET NEGARAOleh itu, usaha memperkukuh pembangunan staf akademik dan pentadbiran melalui latihan, pemerkasaan nilai kerja, serta penyediaan peluang pembangunan kerjaya adalah keutamaan.
4.0 HASIL PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN6Cadangan untuk universiti awam: memperbanyak program English for Workplace Communication serta mewajibkan elemen pembentangan dalam bahasa Inggeris di semua peringkat pengajian.Graduan Malaysia perlu meningkatkan penguasaan bahasa ini, bukan sahaja dalam penulisan, tetapi juga pertuturan dan kefasihan ketika berunding.Kecekapan Bahasa Inggeris 1Bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi utama dalam syarikat multinasional.Cadangan untuk universiti awam: menilai semula proses pentadbiran dalaman, dan memansuhkan prosedur yang tidak memberikan nilai tambah.Konsep “menghapuskan (eliminate) apa yang tidak perlu” perlu diamalkan bagi mempercepatkan keputusan.Budaya Kerajaan dan Red Tape 2InvestKL menegaskan bahawa birokrasi (red tape) menjadi penghalang kepada kelajuan penyampaian perkhidmatan.Proses dan Kecekapan 3Cadangan untuk universiti awam: boleh memperkenalkan sistem digital untuk perakam waktu, kelulusan cuti, perolehan, dan pengurusan pelajar bagi mempercepatkan proses kerja.Keberkesanan dan kecekapan kerja perlu diukur secara berterusan.Process re-engineering ialah keperluan bagi organisasi moden.Cadangan untuk universiti awam:mewujudkan program “Inovasi Mikro” di setiap fakulti/jabatan universiti awam.Inovasi kecil dalam jabatan memberi kesan besar jika dilakukan secara konsisten.Inovasi dan Penambahbaikan 4Keep improvise adalah falsafah yang diamalkan InvestKL.
Cadangan untuk universiti awam: mengadakan program team building tahunan serta kursus pengurusan konflik bagi memperkukuh hubungan kerja.Prinsip simplicity dan common sense perlu diintegrasi dalam urusan harian.Kerjasama Pasukan 5Kerja Berpasukan (Teamwork) ialah faktor kejayaan utama organisasi.Cadangan untuk universiti awam: setiap universiti awam perlu menyediakan pelan penggantian(succession planning) terutama di peringkat kepimpinan tertinggi bagi jawatan strategik.Yang diperlukan hanyalah keyakinan, latihan, dan perancangan pelan penggantian yang baik.Bakat Malaysia dan Pelan 6 Penggantian (Succession Planning)Bakat tempatan adalah setanding dengan bakat global.Cadangan untuk universiti awam: memperkukuh program etika kerja dan tatakelakuan di universiti awam melalui modul khas dalam latihan dalaman.Integriti, kebertanggungjawaban, dan rasa kepunyaan perlu disemai secara berterusan.Nilai dan Etika 7Nilai kerja menjadi asas kecemerlangan.7
5.0 DAPATAN UTAMABahasa Inggeris merupakan keperluan asas dalam pasaran kerja global.Budaya birokrasi perlu diminimumkan untuk meningkatkan kelajuan penyampaian.Penambahbaikan berterusan melalui process re-engineering dan inovasi kecil harus menjadi norma.Teamwork yang berkesan menyumbang kepada prestasi organisasi.Bakat tempatan berupaya menyumbang di peringkat antarabangsa dengan sokongan pelan penggantian yang jelas.Nilai organisasi adalah teras utama yang menjamin keberkesanan jangka panjang.DAPATAN UTAMA8
6.0 RUMUSANLawatan ini berjaya memberi inspirasi kepada peserta untuk menilai semula pendekatan pembangunan sumber manusia di universiti awam. Dengan mengambil iktibar daripada amalan terbaik InvestKL, universiti awam diyakini dapat melahirkan graduan dan staf yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia global. Antara intipati yang boleh dijadikan panduan ialah:Menyemai budaya kerja berorientasikan prestasi tinggi, tetapi sederhana dalam pelaksanaan.RUMUSANMenjadikan sumber manusia sebagai aset terpenting negara.Mengutamakan pembangunan bakat melalui latihan, nilai, dan inovasi.Menerapkan nilai ACTION dalam budaya kerja universiti awam.Melaksanakan pelan penggantian (succession planning) secara sistematik.9
SENARAI PESERTA1. Hisyamuddin bin Hashim – UPM (Ketua Delegasi)2. Ruhaida binti Mohd. Yusuf – UPM 3. Hamizan bin Wasoh – UPM 4. Siti Khadijah binti Ahmad – UPM 5. Kartini binti Tajul Urus (UUM)6. Roslina binti Abdullah (UUM)7. Nurul Anuar bin Jamasan (UPSI)8. Abdul Hanif bin Mt. Saberi (UPSI)9. Mohd. Shafiee bin Hamzah (Dr.) (UniSZA)10. Farah Hayati binti Osman (UniSZA)11. Fatimah binti Othman (Dr.) (UKM)12. Zaidi bin Mohd. Noor (UKM)13. Ariah binti Alias (UTHM)14. Liza binti Md. Apandi (UTHM)15. Mizan bin Morshidi (UNIMAS)16. Dayang Yasmin binti Abang Abdul Wahab (UNIMAS)17. Noordini binti Ghazali (USM)18. Norheliza binti Mukram @ Sulaiman (USM)19. Mohd Zaires bin Md. Daris Malaysia (UTM)20. Norzaililah binti Zainoddin (UniMAP)21. Norharnila binti Rusli (UniMAP)22. Muhammad Rahmat bin Abdullah (USIM)23. Mardhati binti Mohd. Yunos (USIM)24. Norhafizah binti Mohd. Suib (UMT)25. Ezatulshima binti Mohamed Ariff (UM)26. Nur Afiqah binti Rosden (UM)27. Zurina binti Abdul Ghani (Dr.) (UIAM)28. Mohd Azmi bin Mat Said (UTEM)29. Marsita binti Mohd. Taib (UTEM)30. Noraida binti Mohd. Yusof (UiTM)31. Nurshafika binti Sulor (UiTM)32. Mohd Saffiri bin Ibrahim (UMK)33. Ku Azlan bin Ku Mansor (UMK)34. Norzunairah binti Mohamed Nor (UPNM)35. Zaishamsuria binti Samsudin (UPNM)10
PENGHARGAAN1. Encik Helmi Zaifura bin Abdul RahmanPendaftarUniversiti Pendidikan Sultan IdrisMerangkap : Pengerusi, Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Malaysia (JKSMUA)2. Profesor Dr. Shamsul Bahri Hj. Md. TamrinPengarahPusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT)Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat)Universiti Putra MalaysiaURUS SETIA1. Cik Nor Adlina binti Sulaiman Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD)Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia2. Puan Rafidah binti AhmadPusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT)Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat)Universiti Putra Malaysia11