• MENAIKTARAF DAN MEMBAIK PULIH KUARTERS STAF SEDIA ADA Bagi kemudahan perumahan staf UPM, antara tindakan yang telah diambil adalah dengan menaiktaraf dan membaik pulih kuarters staf sedia ada. Bagi tahun 2023, Kebajikan staf yang menghuni kuarters UPM sentiasa menjadi perkara utama bagi Pejabat Pendaftar. Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni sentiasa terjaga, Pejabat Pendaftar melaksanakan kerja baik pulih dan naik taraf kuarters serta fasiliti secara berkala atau mengikut kepada keperluan. Sepanjang 2023, sebanyak 4 kerja naik taraf dan 38 kerja baik pulih telah dibuat dengan jumlah kos keseluruhan RM208,260.00. Antara kerja yang dilaksanakan:
Bagi tahun 2024, perancangan naik taraf dan baik pulih rumah kuarters serta fasiliti sentiasa dirancang setiap tahun berdasarkan peruntukan Tabung Amanah Perumahan. Antara kerjakerja yang dirancang pada 2024 adalah:
• KUARTERS JURURAWAT DAN TASKA HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UPM Di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah terdapat kemudahan kediaman yang dinamakan Kuarters Jururawat dan Taska. Kemudahan kediaman ini terdiri daripada dua (2) Blok iaitu Blok A dan Blok B. Blok A mempunyai 19 unit rumah dan Blok B mempunyai enam (6) unit rumah dan satu (1) ruang Taska. Setiap unit rumah ini mempunyai empat (4) bilik dan dua (2) bilik air yang dilengkapi peti sejuk, ketuhar elektrik dan cerek elektrik. Kadar sewaan yang dikenakan adalah sebanyak RM300/per bilik atau RM1200/rumah. Keseluruhan kediaman ini boleh dihuni seramai 100 orang dan kapasiti Taska seramai 46 orang. Buat masa ini kemudahan kediaman ini ditawarkan kepada staf lelaki dan juga perempuan terbuka kepada pelbagai skim dan gred namun keutamaan diberikan kepada jururawat dan staf paramedik yang berkerja secara shift dan on-call.
TINDAKAN KE ATAS HKESEJAHTERADOMAIN 8: IMEJ
HASIL KAJIAN INDEKS AAN UPM 2021 J DAN REPUTASI
• MANUAL IDENTITI KORPORAT Manual Identiti Korporat ini disediakan bertujuan untuk menerangkan kaedah penggunaan dan pelaksanaan Lambang Korporat UPM agar seragam, konsisten, terkini dan teratur di dalam semua aspek komunikasi Universiti termasuk medium percetakan seperti gegantung, sepanduk, poster dan brosur, penyiaran dan paparan di web dan elektronik serta media sosial. Penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bergantung kepada keperluan sasaran pengguna. Namun begitu, penggunaan Bahasa Melayu diutamakan sebagai Bahasa Kebangsaan. Manual Identiti Korporat ini merangkumi aktiviti pelaksanaan, pemantauan dan pematuhan Lambang Korporat UPM oleh entiti di bawah UPM serta anak syarikat, subsidiari anak syarikat, syarikat berkaitan UPM, kolej program kerjasama UPM-IPTS, penerimalesen harta intelek UPM, dan/atau mana-mana pihak yang diberikan hak untuk menggunakan Lambang Korporat UPM. Lambang Korporat UPM merupakan harta intelek UPM iaitu Cap Dagangan (Trademark) yang telah didaftarkan ke Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO). Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan. Penggunaan cap dagangan UPM, iaitu untuk perisai UPM dan perkataan Universiti Putra Malaysia, adalah menurut keperluan penggunaannya dalam perniagaan dari masa ke semasa di bawah Klasifikasi Nice, sepertimana yang diuruskan oleh pejabat yang bertanggungjawab melindungi harta intelek Universiti.
TINDAKAN KE ATAS HKESEJAHTERADOMAIN 9:
HASIL KAJIAN INDEKS AAN UPM 2021 JARINGAN
• JARINGAN UPM Pada tahun 2023 sebanyak 16 PTJ melaksanakan 48 projek jaringan industri yang memfokuskan kepada sumbangan industri kepada UPM dari aspek peralatan/perkakasan dan perisian seperti di Lampiran 7. Pusat Hubungan dan Jaringan Industri dan PTJ secara umumnya menggunakan beberapa strategi atau alternatif untuk mendapatkan kolaborasi dengan industri bagi tajaan peralatan penyelidikan dan pengajaran di universiti. Pusat Hubungan dan Jaringan industri (CiRNeT) sering mengadakan sesi Meet and Greet yang melibatkan wakil-wakil dari industri dan universiti. Acara ini menjadi platform untuk membina hubungan dan meneroka peluang kerjasama termasuk bidang penyelidikan. Hasilnya, UPM boleh menjalin kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat besar yang berminat untuk menyokong pendidikan dan penyelidikan di universiti. Kerjasama ini melibatkan penyediaan peralatan, biasiswa, atau projek penyelidikan bersama. CiRNeT juga memperkenalkan program khas iaitu pelaksanaan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) dan Industrial Creative Solution for University Business Environment (iCUBE) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) merupakan satu platform untuk melaksanakan pelbagai program kerjasama antara pihak akademia/universiti dan rakan industri. Platform ini membolehkan pihak universiti membawa industri tempatan untuk melaksanakan aktiviti industri yang ada kaitan dengan bidang pengajian universiti ke dalam kawasan universiti. iCUBE atau ‘Industrial Creative Solution for University Business Environment’ pula adalah inisiatif yang dirancang untuk mewujudkan ruang kerja bersama di UPM untuk digunakan oleh rakan industri bersama. Ini adalah tempat di mana ahli projek dapat bertemu, bekerja, rangkaian, berkongsi idea dan bekerjasama dalam projek dalam persekitaran yang kondusif dan kreatif Dalam konteks ini, syarikat boleh menyumbangkan peralatan atau sumber daya lain sebagai sebahagian daripada program tersebut. Antara iCoE yang telah wujud di UPM adalah iCoE Farm Fresh UPM. Berdasarkan data juga, UPM memperolehi peralatan dan perisian hasil daripada tajaan industri dan juga kerjasama dalam membangunkan makmal kerjasama. Antaranya Makmal Building Information Modelling (BIM) UPM-Bentley. Makmal itu yang diwujudkan dengan kerjasama Bentley Institute di Bentley Systems, syarikat pembangunan perisian industri pembinaan dan infrastruktur yang berpangkalan di Amerika Syarikat, adalah yang pertama diwujudkan di Asia Tenggara oleh institut berkenaan.
Antara inisiatif lain adalah dengan mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah memberikan sumbangan atau tajaan dengan memberi penghargaan atau pengiktirafan khusus. Ini tidak hanya menghargai sokongan mereka tetapi juga membina imej positif bagi syarikat tersebut di kalangan komuniti university. UPM juga menggalakkan penubuhan projek penyelidikan bersama antara universiti dan industri, di mana syarikat menyokong secara kewangan atau teknikal untuk penyelidikan yang berkaitan dengan keperluan industri mereka. Ini dapat menjadi titik permulaan bagi kolaborasi yang lebih mendalam.
• PERANCANGAN PROGRAM ANJURAN BERSAMA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) Bagi mengekal dan meningkatkan kecemerlangan prestasi perkhidmatan di UPM ke arah yang lebih gemilang, usaha-usaha perlu digiatkan bagi memajukan pemikiran ke arah menerapkan budaya berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam. pekerja UPM perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan berkemahiran serta bersedia meningkatkan kecemerlangan melalui pembelajaran berterusan. Pada tahun 2022 UPM telah bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Perbincangan Bersama MPC di Pejabat Pendaftar, UPM telah diadakan pada 5 Ogos 2022. Perbincangan memfokuskan pada kaedah atau teknologi bersesuaian yang dapat diaplikasikan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja dalam mendepani situasi kekangan sumber modal insan. Bagi memantapkan lagi pembelajaran berkaitan produktiviti, satu Bengkel Sumbang Saran Peningkatan Produktiviti bersama Pentadbir PTJ telah diadakan pada 23 November 2022. Bengkel ini adalah kerjasama antara Pejabat Pendaftar, UPM dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang bertujuan untuk membincangkan isu produktiviti staf di UPM dan cadangan serta tindakan yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan. Peserta bengkel terdiri daripada Ketua Pentadbir Fakulti, pentadbir institut dan kolej. Sesi perkongsian semasa bengkel disampaikan oleh pegawai daripada MPC, iaitu a) Puan Nurhanim Abd Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kecemerlangan Organisasi; b) Encik Josffa Ismail, Timbalan Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; c) Encik Asmawadi Mohamed, Pengurus Kanan Bahagian Produktiviti dan Daya Saing
Hasil bengkel tersebut ada 4 cadangan projek seperti berikut: i. Kluster Pejabat Pendaftar: Peringatan Penghantaran Laporan Kemajuan Cuti Belajar ii. Kluster Fakulti: Sistem Aduan Keroskan dan Penyelenggaraan Dalaman iii. Kluster Institut: Membangunkan pangkalam data peralatn penyelifikan saintifik yang terdaoat di semua Institut iv. Kluster Kolej: Laporan pemantauan secara digital dilaksanakan terhadap semua proses kerja contoh pencucian dan pembersiham, lanskap, aduan kerosakan dan semakan inventori. Untuk perancangan program anjuran bersama MPC bagi tahun 2024, Pejabat Pendaftar bercadang untuk menjemput pihak MPC sebagai penceramah/ tenaga pengajar bagi kursus berkaitan kompetensi kepemimpinan – Kreativiti dan Inovasi dan sasaran peserta berfokus kepada kelompok bakat UPM/ Gred 48 dan ke atas.
Perbincangan bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Pejabat Pendaftar, UPM pada 5 Ogos 2022 Sesi Perbincangan Kunjung Balas UPM ke MPC pada 22 Ogos 2022
Bengkel Sumbang Saran Peningkatan Produktiviti Staf bersama Pentadbir Pusat Tanggungjawab pada 23 November 2022
TINDAKAN KE ATAS HKESEJAHTERADOMAIN 10: EKO
HASIL KAJIAN INDEKS AAN UPM 2021 OSISTEM KERJA
• PEMBANGUNAN PUTRA®INSIGHT (PENGURUSAN DATA STRATEGIK) Portal Pengurusan Data Strategik Universiti telah berjaya dibangunkan dengan URL address https://putrainsights.upm.edu.my dan memaparkan 7 kluster iaitu: Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan, Jaringan, Sumber Manusia, Kewangan, Perpustakaan dan Korporat. Capaian dashboard adalah menggunakan UPMID dan terhad kepada pengguna yang diberi kebenaran sahaja mengikut kluster. Setiap Kluster mewujudkan pasukan tersendiri. Setiap kluster perlu melalui 3 fasa Business Requirement Spesification (BRS), Extract, Transform, Load (ETL), Visualization dan report Dashboard boleh dicapai melalui portal https://putrainsights.upm.edu.my . Lima (5) Kluster telah mewujudkan report dashboard visualization dengan skop descriptive analisis iaitu Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan, Jaringan, Sumber Manusia, dan Korporat. Dua (2) kluster lain Kluster Kewangan dan Perpustakaan masih belum mewujudkan report visualization kerana masih belum melaksanakan proses ETL data yang diperlukan. Status pencapaian keseluruhan kemajuan Pengurusan data Strategik adalah 50% dengan merujuk kepada skop 7 kluster dan 3 fasa. Antara inisiatif yang dibangunkan dalam pengurusan pentadbiran dan penyampaian di kampus adalah pembangunan sistem Smart Putra Presence, aplikasi pintar yang dapat merekod, mengesahkan dan melaporkan statistik kehadiran secara live berasaskan persekitaran telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti UPMID dan boleh dilakukan di hujung jari berkonsepkan Anywhere, Anytime & Any Device. Impak kepada inovasi QR Attendance ini dapat membantu menyelesaikan isu rekod kehadiran adalah tepat, boleh dipercayai dan konsisten yang dapat meningkatkan kualiti gaya hidup semasa. Smart Putra@Queue - Aplikasi pintar sistem pengurusan ghiliran yang boleh dilakukan di hujung jari berkonsepkan Anywhere, Anytime & Any Device ini dapat membantu menangani pengurusan baris panjang dan kesesakan di kaunter perkhidmatan pelanggan di samping pematuhan penjarakan sosial dapat dilaksanakan. Pelanggan yang ingin berurusan oleh beratur dari mana-mana sahaja pada mana-mana peranti.
• PENAMBAHBAIKAN DASAR BEKERJA DARI RUMAH (BDR) UPM amat prihatin berkaitan dengan kesejahteraan warga pekerjanya, dimana UPM telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dengan pindaan melalui Pekeling UPM Bil. 4 Tahun 2022: Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) Bagi Pegawai Universiti Putra Malaysia Melalui Pekeling UPM Bil. 4 Tahun 2022, Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai UPM disamping meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan, maka UPM telah menerima pakai Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang telah diumumkan oleh Kerajaan. Melalui pekeliling ini pegawai yang kematian pasangannya iaitu suami atau isteri dibenarkan bekerja dari rumah secara sepenuh hari atau separuh hari sebaik sahaja menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) tertakluk kepada pertimbangan Ketua PTJ, bagi menghormati kesedihan yang dialami oleh pegawai. Disamping itu Universiti juga amat perihatin terhadap pekerja yang masih mempunyai anak kecil, maka kemudahan BDR juga diberikan kepada ibu atau bapa yang memerlukan masa bagi mengurus/menjaga anaknya kerana taska atau pusat jagaan ditutup akibat wabak yang tidak terkawal.
• LEAN UPM Perkataan ‘Lean’ menjadi terkenal apabila James Womack & Dan Jones menerbitkan buku Lean Thinking pada 1996. Lean dalam konteks kualiti dan kos bermaksud ‘EFISIEN’ (cekap). Efisien bermaksud menjalankan aktiviti dengan mengoptimumkan sumber, termasuklah masa, sumber manusia, tenaga dan juga kewangan dan dalam masa yang sama, memenuhi kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Ia adalah satu usaha yang berterusan untuk menambah baik produk, perkhidmatan atau proses, yang memerlukan "tambahan" peningkatan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti. LEAN@UPM Pengurusan Lean merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan organisasi kejat yang telah dimulakan oleh UPM pada 2013. Ia merupakan kaedah pengurusan alternatif kepada organisasi dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan universiti akibat kekangan sumber seperti kewangan dan sumber manusia. Senarai kumpulan Projek Lean UPM adalah seperti di Lampiran 8. Pengiktirafan Antarabangsa Pengurusan Lean UPM Pasukan Lean UPM, The Budders dari Pusat Pertanian Putra telah terpilih untuk ke Pertandingan International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) merupakan acara tahunan yang akan dianjurkan oleh 13 negara secara giliran. Penganjuran ICQCC akan dikendalikan oleh Quality Circle Forum of India (QCFI) bertempat di Hyderabad, India secara atas talian pada 24-27 November 2021. Kecemerlang Pasukan The Budders telah dianugerahkan Par Excellence Award pada pertandingan tersebut. ICQCC adalah anugerah berprestij di peringkat antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun disertai oleh kumpulan Team Excellence terbaik dari agensi kerajaan dan swasta setiap negara. Quality Circle Forum of India (QCFI) selaku penganjur kali ini menggunakan tema “Quality Concepts Facilitating Societal and Economic Turnaround yang bersesuaian dengan pandemik global terhadap masyarakat dan ekonomi setiap negara yang sedang berusaha untuk pulih daripada kesannya.
Sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaksanakan pada 6 Disember 2022, Pasukan The Budders telah di diberikan Penghargaan Khas Pengurusan Lean 2022 atas kecemerlangan yang dicapai. Pengiktirafan MPC Kepada Pengurusan Lean UPM Pada 2019, Universiti sekali lagi mendapat pengiktirafan dalam inisiatif pengurusan Lean apabila dua pasukan Pengurusan Lean anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pasukan Lean UPM yang meraih kemenangan adalah seperti berikut: .Pasukan Lavender, TPU dengan projek berkaitan Proses Menyediakan Tanah Campuran Untuk Tanaman telah merangkul Anugerah Emas sempena Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) Peringkat Wilayah Tengah 201 pada 17-18 Julai 2019 di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. ii. Pasukan Niloticus United dari Taman Pertanian Universiti UPM dengan Projek Berkaitan Proses Agihan Air Ke Tangki Bagi Proses Pertukaran Air telah berjaya memenangi Anugerah Emas di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 pada 5-7 November 2019 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC ).
Lanjutan dari kemenangan tersebut, pada 31 Oktober 2019, UPM telah menerima Pengiktirafan Khas Pengurusan Lean daripada Lembaga Pengurusan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai komitmen berterusan UPM dalam memacu peningkatan produktiviti melalui pelaksanaan inisiatif pengurusan Lean.
Kemenangan dalam Program Kualiti Anjuran Badan Luar UPM juga menggalakkan staf memasuki pertandingan dan meraih kejayaan daripada pertandingan kualiti yang dianjurkan oleh badan luar. Dua pasukan lean UPM telah memperoleh Anugerah Emas dalam pertandingan Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) Peringkat Wilayah Tengah 2018 pada 24-25 Julai 2018 di Royale Chulan Damansara dan Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition (APIC) 2018, pada 13-15 November 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
• PUTRA RESEARCH & INNOVATION MANAGEMENT SYSTEM: PRiMS Sistem Prims 1.0 dibangunkan bagi menggantikan KM Portal yang telah digunakan sebelum tahun 2017 lagi. Pihak RMC dan iDEC maklum keadaan sistem KM Portal yang semakin uzur dengan bebanan server KM Portal pada waktu itu berada pada tahap sangat kritikal. Pembangunan sistem PRiMS mempunyai matlamat yang jelas, iaitu untuk meningkatkan secara keseluruhannya proses pengumpulan dan pemantauan data penyelidikan bagi kegunaan pelaporan universiti serta memperbaiki proses semakan dokumen bagi tujuan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT). Sistem ini pada awalnya hanya merekodkan input dan output penyelidikan untuk Skim DU/DS/VK (Pegawai Akademik) sahaja. Walau bagaimanapun pada tahun 2023 penggunaan sistem tersebut telah diperluaskan kepada skim yang lain, iaitu Skim DG (Guru Bahasa) dan Skim Q (Pegawai Penyelidik). Platform penyelidikan yang disediakan dalam sistem ini membolehkan penyelidik mengemukakan maklumat geran penyelidikan, penerbitan dan output inovasi. Ini memberi ruang kepada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mengakses dengan cepat dan efisyen kepada maklumat tersebut bagi tujuan pemantauan prestasi dan pelaporan. Sistem ini juga turut membenarkan berkongsian data dengan sistem lain dalam UPM. Dengan memanfaatkan sistem ini, diharapkan bahawa proses penyelidikan dan pelaporan akan menjadi lebih sistematik dan efektif. Kewujudan sistem tersebut juga akan memberi kesan positif kepada prestasi dan pencapaian universiti secara keseluruhan. Terkini Sistem Prims 2.0 sedang dalam perancangan pembangunan baharu bagi menambahbaik proses pengurusan dan pengoperasian penyelidikan di UPM. Antaramuka sistem dan fungsi sistem sedia ada akan dinaiktaraf bagi memastikan Sistem PRiMS 2.0 lebih efisyen dan interaktif.
• PETUNJUK PRESTASI Pada 2024, UPM akan melaksanakan penambahbaikan kepada penilaian prestasi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana berpandukan kepada MyPerformance. Sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi jabatan ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2021. Penilaian ini mencakupi dua komponen kompetensi yang diukur, iaitu komponen generik dan komponen fungsian. Komponen generik meliputi kompetensi tingkah laku, nilai sepunya dan penglibatan dan sumbangan. Manakala komponen fungsian meliputi penghasilan kerja dan kompetensi fungsian. Untuk memantapkan implementasi MyPerformance di UPM, Jawatankuasa Task Force Semakan Kriteria Penilaian Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah membuat semakan, penambahbaikan dan menyelaras Key Performance Indicator (KPI) skim berkaitan bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 2023. Lawatan penanda aras ke Universiti Awam yang telah dikenal pasti juga akan diadakan untuk melihat pelaksanaan pengurusan prestasi di universiti tersebut. Beberapa siri mesyuarat dan bengkel bersama Jawatankuasa Task Force telah dijalankan dan akan diteruskan pada 2024 bagi penambahbaikan kepada kaedah pengukuran penilaian prestasi sejajar dengan pelaksanaan MyPerformance. Selain itu, kriteria dan pemarkahan penilaian prestasi Pegawai Akademik juga akan diperhalusi untuk memastikan kelestarian kecemerlangan Universiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Induk Universiti yang dipengerusikan oleh Naib Canselor dan dianggotai oleh empat Timbalan Naib Canselor akan melihat pengurusan dan pembangunan sumber manusia dalam skop yang lebih luas dan menyeluruh termasuk proses penilaian prestasi, pengiktirafan, pengurusan bakat, kompetensi, dan intervensi.
TINDAKAN KE ATAS HKESEJAHTERADOMAIN 11: KESEIMBAN
HASIL KAJIAN INDEKS AAN UPM 2021 NGAN KELUARGA-KERJA
• BANTUAN ZAKAT UPM Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan staf Universiti Putra Malaysia (UPM), antara domain utama yang dipertimbangkan adalah faktor keseimbangan tuntutan kerja dan keluarga. Oleh itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) sentiasa cakna dengan keperluan staf UPM. Justeru, WAZAN telah mengambil inisiatif dengan menyediakan beberapa kategori bantuan yang menggunakan dana zakat bagi meringankan beban staf yang memerlukan. Kesemua jenis bantuan ini juga tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Antara bantuan yang telah disediakan seperti:
Bantuan Kewangan Zakat Staf Bagi Tahun 2023 & 2024 Berdasarkan kepada data kumulatif bantuan kewangan dana zakat sehingga April 2024 seperti jadual di atas menunjukkan terdapat peningkatan bantuan kepada staf UPM sebanyak 9.16% berbanding tahun 2023. Peningkatan ini antaranya adalah disebabkan oleh 371 permohonan bantuan persekolahan anak-anak staf UPM pada tahun 2024 berbanding 248 permohonan sahaja pada tahun sebelumnya. Menerusi bantuan yang telah dilaksanakan oleh pihak WAZAN ini, sedikit sebanyak dapat menampung keperluan perbelanjaan harian di samping dapat meningkatkan kesejahteraan diri dalam kalangan staf UPM. Bil Tahun 2023 2024 Jenis Bantuan (Sehingga April) 1 Bantuan Zakat Sara Diri RM 55,541.63 RM 23,100.00 2 Bantuan Zakat Persekolahan Anak Staf UPM RM 156,400.00 RM 223,150.00 3 Bantuan Zakat Perubatan RM 2,679.00 - 4 Bantuan Zakat Latihan RM 5,277.00 - 5 Bantuan Zakat Yuran Taska Anak RM 570.00 RM 1,140.00 6 Bantuan Zakat Sewa Rumah RM 880.00 - 7 Bantuan Zakat Utiliti (Air/Elektrik) RM 4,241.85 RM 7,000.00 8 Bantuan Zakat Segera Kecemasan RM 9,530.00 RM 2,270.00 Jumlah RM 235,119.48 RM 256,660.00
7. DAPATAN KUALITATIF
8. PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENINGKATKAN KESEJAHTER
RAAN WARGA UPM
9. RUMUSAN DAN CADANGAN
10. LAMPIRAN i. Lampiran 1 : Maklumat Kerjasama PTJ Dengan PiSenarai Peralatan Penyelidikan YangTerkini di Institut dan Fakulti (Melebii. Lampiran 2 : Senarai Info Integriti Yang Telah DikSepanjang Tahun 2023 iii. Lampiran 3 : Senarai Info Integriti Yang Telah DikMac 2024 iv. Lampiran 4 : Senarai Program-Program Yang TelaOleh BKUPM v. Lampiran 5 : Senarai Topik On-Air dan Poster / TTelah Dikeluarkan Oleh BKUPM vi. Lampiran 6 : Program dan Inisiatif Dari Unit KaunSosial Perubatan, Hospital Sultan Ab(CMSSU)
ihak Industri dan g Sedia Ada dan bihi RM100,000.00) keluarkan keluarkan Sehingga ah Dilaksanakan ips Pelbagai Yang nseling dan Kerja bdul Aziz Shah UPM
vii. Lampiran 7 : Senarai Projek (Peralatan/PerkakasaBagi Aspek Jaringan UPM viii. Lampiran 8 : Senarai Kumpulan Projek Lean UPM
an dan Perisian)
Lampiran 1 Maklumat Kerjasama PTJ Dengan Pihak Industri dan Senarai PeNama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi Mend1. INSTITUT NANOSAINS RGS Corporation Sdn. Bhd. Kerjasama ini terjalin melaluDiffraction (XRD) dengan mejaminan selama 5 tahun. Pihak RGS bersetuju meletakpelajar/penyelidik. Anti-fire Engineering Sdn. Bhd. & Qarbotech Sdn. Bhd. Kerjasama ini terjalin melalujaringan dengan industri yansama. 2. INSTITUT ANTARABANGSA AKUADinding Dindings Soya & Multifeeds Sdn Berhad (DSM) Menyediakan ruangan di hatRangkaian Delima Sdn Bhd Menjemput pihak industri unkepada institut Berkolaborasi dengan pihak yang memberi impak kepadaBekerjasama dengan pihak inteknologi baru
eralatan Penyelidikan Yang Sedia Ada dan Terkini di Institut dapatkan Kolaborasi Industri Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ DAN NANOTEKNOLOGI (ION2) i pembelian peralatan X-Ray engikat syarikat melalui tempoh kkan Desktop SEM untuk kegunaan Desktop SEM i usaha penyelidik meningkatkan ng mempunyai minat (interest) yang Biochar Retort (800L) AKULTUR DAN SAINS AKUATIK (i-AQUAS) cheri untuk sewaan Autoclave ntuk lawatan tapak dan pengenalan 1. Laminar Airflo 2. Vertical Profile Projector 3. -80ºC Freezer 4. Photometer Water Quality 5. Handheld Multiparameter Probe 6. Olympus Camera Microscope 7. Dinolite Light Microscope 8. Chiller 9. Oven industri dalam projek penyelidikan a kedua-dua belah pihak ndustri dalam mengembangkan
Nama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi Mend3. INSTITUT PENYELIDKorea Institute Science & Technology Information (KISTI) dan TEIN*Cooperation Center Menerusi kerjasama Asia-PacPacific Research Platform (APprojek penyelidikan High BanKISTI 4. INSTITUT PENYELIDIKANNoby Engineering (M) Sdn.Bhd. Lawatan tapak dan perbincan(QLMaxincome Sdn.Bhd)
dapatkan Kolaborasi Industri Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ 10. Analytical Balance 11. Peralatan sistem H-OTEC (hybrid ocean thermal energy conversion) DIKAN MATEMATIK (INSPEM) cific Advanced Network (APAN) Asia APRP) Working Group (WG) dalam ndwidth Distributed HPC bersama High Performance Computer (HPC) N PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing) ngan bersama FamilyMart 1. 1 unit dapur - 4 stove 2. Griddle hot plate (4 unit) 3. Bench type mixer 5 liters (4 unit) 4. Microwave oven (2 unit) 5. Heavy duty blender (2 unit) 6. Combi oven 6 1/1 c/w standard 7. Chiller 8. Freezer 9. Dishwasher 10. Rice warmer 11. Hot snack showcase 12. Cake showcase chiller) 13. Electric water boiler 40 Lt (90Lt)
Nama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi Mend5. INSTITUT PERHUTANANSe-bulan Design 6. INSTITUT PERTANIAN TROPIK7. INSTITMalaysian Direct Distribution Association (MDDA) - Geran Kajian, Pembangunan, dan/atau Pengkomersilan (R&D&C) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Penawaran perkhidmatan FreAgensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Austria – United Nation Development Programme in Malaysia Projek: Strengthening Analytical Capabilities for Food Safety and Food Security (MAL5033) 1. Menjalankan kerjasama bbersama ahli Projek KerjaNuclear Agency dan Mak2. Menjalankan ujian pengedan racun perosak dalamMemberi latihan kepada ageThe Female Health Company Sangsin Enertech Sdn. Bhd
dapatkan Kolaborasi Industri Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ 14. Single induction cooker counter top 15. 1 Gas cylinder (50kg) N TROPIKA DAN PRODUK HUTAN Build-in wardrobe KA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS) Working table with long bench TUT BIOSAINS reeze Dryer kepada pihak industri Motorized light filtering zebra roller blind bagi pembangunan kaedah ujian asama Teknikal IAEA iaitu Malaysia kmal Kesihatan Awam Veterinar esanan kehadiran residu antibiotik m sampel makanan nsi dan makmal berkaitan Electric home care single bed Pull down hanger Head board panel
Nama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi MendSunway Medical Centre 1. Menganjurkan webinar duarkan perkhidmatan yan2. Bioeconomy Malaysia turkerana Unit Mikroskopi teBioNexus Partners Labora3. Emel untuk mempromosidihantar kepada data basMalaysian Genome and Vaccine Institute (MGVI) Wipro Unza Sdn Bhd Cytomic Sdn Bhd Columbia Asia Hospital KPJ Hospital Nanopermai Enterprise Penawaran perkhidmatan MDelstasia Sdn Bhd Penawaran perkhidmatan anAnsar Technologies (M) Sdn.Bhd.
dapatkan Kolaborasi Industri Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ an simposium untuk menguarng ditawarkan rut mempromosikan perkhidmatan elah dianugerahkan dengan status atory (BNP) ikan perkhidmatan yang ditawarkan sed pengguna secara berkala Adjustable bed come with mattress, single pillow and 1 pair of guard Commode wheelchair including accessories commode potty, seat cushion, safety belt Sitting shower with thermostatic temperature controls, arm shower with spray nozel, arm rest, shower seat and handshower Kitchen cabinet Pull down drying dish rack 180 swivel basket corner cabinet ikroskop Fluorescence kepada pihak industri Microwave oven nalisis sampel menggunakan UHPLC 1. Washing machine 2. Dryer 3. Full HD LED Smart TV 43" 4. Sofa 3 seater+ 1 seater+ modular stool + 2 coffee tab 5. Dining table with 4 chairs Outdoor dining table & chair 1. CCTV 2. Samsung Tab 3. Kamera 4. Komputer 5. PA amplifier 6. Speaker
Nama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi MendIMM Healthcare Sdn Bhd. Mengadakan perbincangkolaborasi penyelidikan menUnited Akrab Sdn Bhd Pharmaniaga Sdn Bhd Techcare Innovation Sdn Bhd Perbincangan untukSummit Features Sdn Bhd EZ Soulution Sdn Bhd FAA & FAR Resources DPC Healthcare Sdn Bhd
dapatkan Kolaborasi Industri Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ 7. Network switch rujie Switch rack an bersama pihak industri untuk nggunapakai peralatan gym tersebut HUR Gym Equipment: 1. Chest Press Easy Access 2. DIP/Shrug Easy Access 3. Push Up/ Pull Down Easy Access 4. Leg Extension/ Leg Curl Rehab 5. Hi5 Adduction Abduction Rehab 6. Abdomen/ Back Easy Access 1. SMARTFIT Mini 2. SMARTFIT with pods duffle bag Neuron Spectrum-4 Electroencephalogram (EEG) k penyelidikan akan datang FIBOD Smart Balance Board System COMETA EMG & Motion Capture MBT Link Interactive Health Monitoring System Polysomnography System Luna Electromyography (EMG)
Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Sedia Ada dan Terkini di FNama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi Mendapatkan KolaboraIndustri 1. FAKULHellas TF Sdn Bhd Secara Geran Japan International Cooperation Agency Secara Geran
Fakulti (MELEBIHI RM100,000) asi Senarai Peralatan Penyelidikan Yang Terkini Di PTJ LTI PERTANIAN Indoor Recirculating Aquaculture System (RM90,000 x 2 system) 1. Solid Waste Filter Tank 2. Aquarium Pond Filter Brush 3. Biological Filter Tank 4. Bio Media (Bio Ring) 5. CO2 Degasser Tank 6. Water Balancing Storage Tank 7. Water Sensor 8. Protein Skimmer 9. Water Pump 10. Sand Filter 11. UV Light 12. UV Electrical Control 13. System Electrical Control Box 14. Airspec Vortex pump (1.5 hp) 15. Fish Tank 16. Oxygen PVC pipe Projek Satreps-Cosmos (RM3,354,498.10) 1. Fluorescence Multi Plate Reader Model Varioskan Lux 2. Thermostat Reaktor Model DRB200, JPY 244,080 3. Indoor Experimental Small – Scale Reactor (Special)
Nama Industri Yang Berkolaborasi Menyediakan Peralatan Penyelidikan Usaha PTJ Bagi Mendapatkan KolaboraIndustri