The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faridahmdyudin, 2023-11-28 21:19:25

SISTEM INSURANS PEKERJAAN

SISTEM INSURANS PEKERJAAN

SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP)/ EMPLOYMENT INSURANCES SYSTEM (EIS) PERKESO Bagi anda yang memiliki slip gaji, anda mungkin perasan ada potongan EIS dalam slip gaji anda selain potongan KWSP dan SOCSO. Bagi golongan muda yang baru bekerja, anda mungkin tertanya-tanya fungsi potongan EIS ini. Secara asasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau Employee Insurance System (EIS) diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Ia bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan kerja untuk mendapatkan kembali pekerjaan termasuk beberapa faedah kewangan yang lain. 5 Perkara Tentang Skim Insurans Pekerjaan yang Anda Perlu Tahu Secara asasnya, setiap pekerja di sektor swasta secara automatik didaftarkan ke dalam EIS dan ia menjadi salah satu tanggungjawab majikan untuk memastikan caruman dibuat melalui potongan gaji. Bagi anda yang tidak biasa dengan skim insurans ini, berikut lima perkara tentang EIS untuk rujukan dan panduan anda. 1. Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan? Secara asasnya, skim insurans pekerjaan ditubuhkan pada 2018 dengan tujuan membantu pekerja terutamanya pekerja swasta yang hilang kerja atau sumber pendapatan. Menyediakan bantuan kewangan segera dalam tempoh tujuh hari selepas pengesahan hilang pekerjaan kepada pencarum yang dibuang kerja; Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti; Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang kerja melalui program latihan dan latihan vokasional. 2. Kadar Caruman SIP (Caruman EIS) Kadar caruman SIP adalah sebanyak 0.2 peratus untuk majikan dan 0.2 peratus untuk pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja. Sebagai contoh, jika gaji anda RM2,000 sebulan, anda perlu membayar caruman bulanan sebanyak RM7.80 (RM3.90 daripada pekerja dan RM3.90 daripada majikan). Berikut merupakan jadual caruman SIP PERKESO atau kadar caruman EIS untuk rujukan anda:


Gaji Bulanan Caruman Majikan Caruman Pekerja Jumlah Caruman Gaji kurang RM30 5 sen 5 sen 10 sen Gaji lebih RM30 tetapi kurang RM50 10 sen 10 sen 20 sen Gaji lebih RM50 tetapi kurang RM70 15 sen 15 sen 30 sen Gaji lebih RM70 tetapi kurang RM100 20 sen 20 sen 40 sen Gaji lebih RM100 tetapi kurang RM140 25 sen 25 sen 50 sen Gaji lebih RM140 tetapi kurang RM200 35 sen 35 sen 70 sen Gaji lebih RM200 tetapi kurang RM300 50 sen 50 sen RM1.00 Gaji lebih RM300 tetapi kurang RM400 70 sen 70 sen RM1.40 Gaji lebih RM400 tetapi kurang RM500 90 sen 90 sen RM1.80 Gaji lebih RM500 tetapi kurang RM600 RM1.10 RM1.10 RM2.20 Gaji lebih RM600 tetapi kurang RM700 RM1.30 RM1.30 RM2.60 Gaji lebih RM700 tetapi kurang RM800 RM1.50 RM1.50 RM3.00 Gaji lebih RM800 tetapi kurang RM900 RM1.70 RM1.70 RM3.40 Gaji lebih RM900 tetapi kurang RM1,000 RM1.90 RM1.90 RM3.80 Gaji lebih RM1,000 tetapi kurang RM1,100 RM2.10 RM2.10 RM4.20 Gaji lebih RM1,100 tetapi kurang RM1,200 RM2.30 RM2.30 RM4.60 Gaji lebih RM1,200 tetapi kurang RM1,300 RM2.50 RM2.50 RM5.00 Gaji lebih RM1,300 tetapi kurang RM1,400 RM2.70 RM2.70 RM5.40 Gaji lebih RM1,400 tetapi kurang RM1,500 RM2.90 RM2.90 RM5.80 Gaji lebih RM1,500 tetapi kurang RM1,600 RM3.10 RM3.10 RM6.20 Gaji lebih RM1,600 tetapi kurang RM1,700 RM3.30 RM3.30 RM6.60 Gaji lebih RM1,700 tetapi kurang RM1,800 RM3.50 RM3.50 RM7.00 Gaji lebih RM1,800 tetapi kurang RM1,900 RM3.70 RM3.70 RM7.40 Gaji lebih RM1,900 tetapi kurang RM2,000 RM3.90 RM3.90 RM7.80 Gaji lebih RM2,000 tetapi kurang RM2,100 RM4.10 RM4.10 RM8.20 Gaji lebih RM2,100 tetapi kurang RM2,200 RM4.30 RM4.30 RM8.60 Gaji lebih RM2,200 tetapi kurang RM2,300 RM4.50 RM4.50 RM9.00 Gaji lebih RM2,300 tetapi kurang RM2,400 RM4.70 RM4.70 RM9.40 Gaji lebih RM2,400 tetapi kurang RM2,500 RM4.90 RM4.90 RM9.80 Gaji lebih RM2,500 tetapi kurang RM2,600 RM5.10 RM5.10 RM10.20 Gaji lebih RM2,600 tetapi kurang RM2,700 RM5.30 RM5.30 RM10.60 Gaji lebih RM2,700 tetapi kurang RM2,800 RM5.50 RM5.50 RM11.00 Gaji lebih RM2,800 tetapi kurang RM2,900 RM5.70 RM5.70 RM11.40 Gaji lebih RM2,900 tetapi kurang RM3,000 RM5.90 RM5.90 RM11.80 Gaji lebih RM3,000 tetapi kurang RM3,100 RM6.10 RM6.10 RM12.20 Gaji lebih RM3,100 tetapi kurang RM3,200 RM6.30 RM6.30 RM12.60 Gaji lebih RM3,200 tetapi kurang RM3,300 RM6.50 RM6.50 RM13.00 Gaji lebih RM3,300 tetapi kurang RM3,400 RM6.70 RM6.70 RM13.40 Gaji lebih RM3,400 tetapi kurang RM3,500 RM6.90 RM6.90 RM13.80 Gaji lebih RM3,500 tetapi kurang RM3,600 RM7.10 RM7.10 RM14.20 Gaji lebih RM3,600 tetapi kurang RM3,700 RM7.30 RM7.30 RM14.60 Gaji lebih RM3,700 tetapi kurang RM3,800 RM7.50 RM7.50 RM15.00 Gaji lebih RM3,800 tetapi kurang RM3,900 RM7.70 RM7.70 RM15.40 Gaji lebih RM3,900 tetapi kurang RM4,000 RM7.90 RM7.90 RM15.80 Gaji lebih RM4,000 RM7.90 RM7.90 RM15.80 Jadual Caruman SIP PERKESO


3. Faedah Sistem Insurans Pekerjaan Secara amnya, pekerja dan majikan yang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) akan mendapat manfaat seperti berikut sekiranya berlaku situasi kehilangan pekerjaan: Elaun Pencarian Pekerjaan akan dibayar kepada pekerja yang kehilangan satusatunya pekerjaan yang ada dengan bayaran bulanan minimum tiga bulan dan maksimum enam bulan; Elaun Pendapatan Berkurangan diberikan kepada pekerja yang hilang salah satu daripada pekerjaan yang dimiliki, kadar bayaran sama seperti Elaun Pencarian Pekerjaan dan dibayar sekaligus; Yuran Latihan disediakan kepada pekerja yang terpilih untuk mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak melebihi enam bulan dengan yuran maksimum RM4,000; Elaun Bekerja Semula Awal akan diberikan sekiranya pencarum mendapat pekerjaan lebih awal iaitu sekitar 25 peratus daripada jumlah yang sepatutnya dapat tetapi masih belum diterima; Elaun Latihan diberikan kepada pekerja bagi mengalakkan pekerja mengikuti latihan yang disediakan. Pembayaran dibuat sehingga enam bulan dengan kadar RM10 hingga RM20 untuk setiap hari latihan; Program Penempatan Semula Pekerjaan membantu pekerja yang hilang kerja mendapatkan pekerjaan baharu termasuk temuduga kerja, latihan dan khidmat kaunseling untuk sokongan. Berapa yang anda boleh dapat sekiranya anda dibuang kerja? Fendi telah bekerja selama beberapa tahun dan membayar EIS sepanjang tempoh beliau bekerja. Beliau telah dibuang kerja kerana syarikat beliau bankrap dan tidak lagu mampu menggaji pekerja. Gaji terakhir beliau ialah RM6,000. Oleh sebab caruman Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dihadkan kepada RM4,000, beliau akan menerima elaun berdasarkan amaun ini. Bulan Peratus (%) Tuntutan yang Layak Pertama 80 RM3,200 Kedua 50 RM2,000 Ketiga 40 RM1,600 Keempat 40 RM1,600 Kelima 30 RM1,200 Keenam 30 RM1,200


4. Syarat dan Kelayakan untuk Memohon EIS Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon EIS untuk panduan dan rujukan anda: Warganegara Malaysia; Bekerja dalam sektor swasta; Permohonan PERLU dilakukan dalam tempoh 60 HARI dari tarikh penamatan pekerjaan; Menepati Syarat Kelayakan Caruman yang telah ditetapkan oleh EIS; Hilang pekerjaan di bawah definisi Kehilangan Pekerjaan oleh EIS. Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang termasuk bawah EIS? Secara asasnya, semua pekerja swasta atau pencarum yang kehilangan pekerjaan layak memohon bantuan kewangan: Diberhentikan kerja (retrenchment); VSS/MSS ( Voluntary/Mutual Separation Scheme); Penutupan syarikat disebabkan oleh bencana alam; Syarikat gulung tikar; pengecilan operasi Pembuangan kerja secara konstruktif (ditindas majikan); Perletakan jawatan atas sebab gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja; Perletakan jawatan atas sebab diarahkan untuk melaksanakan tugasan berbahaya yang tidak termasuk dalam skop tugas. Memenuhi syarat kelayakan caruman ( cth. Minimum 12 bulan caruman dalam tempoh 24 bulan ) dan OB tersebut mesti mampu untuk bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif. Namun begitu, anda mungkin tidak layak untuk memohon bantuan kewangan skim insurans pekerjaan sekiranya anda: Meletakkan jawatan secara sukarela; Tamat tempoh kontrak perkhidmatan; Ditamatkan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat; Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan; Persaraan; atau Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku. 5. Cara Claim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)


Apabila anda kehilangan pekerjaan, anda perlu kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Kelewatan anda dalam menghantar permohonan boleh menyebabkan claim anda ditolak atau tidak diproses. Secara amnya, terdapat dua cara untuk membuat tuntutan iaitu tuntutan EIS secara online dan tuntutan EIS secara manual di pejabat PERKESO. Untuk membuat tuntutan EIS ini, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan seperti berikut: 1. Layari laman web PERKESO; 2. Kemudian, daftarkan diri sebagai pencari pekerjaan; 3. Isi borang tuntutan dan kemukakan lampiran yang diperlukan; 4. Permohonan lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am serta syarat kelayakan pencarum bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan; 5. Pindahan wang akan dibuat secara terus ke akaun pemohon setelah permohonan lulus; 6. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa tujuh hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO; 7. Selain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO. Dokumen untuk Permohonan EIS Bagi memudahkan urusan anda, berikut senarai dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan Skim Insurans Pekerjaan anda: Salinan kad pengenalan; Bukti kehilangan pekerjaan seperti Surat Penamatan Pekerjaan; Salinan akaun bank; Salinan slip gaji enam bulan terakhir; Oleh itu, penting untuk anda pastikan majikan anda berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) supaya sekiranya anda diberhentikan kerja secara tibatiba, anda boleh membuat tuntutan untuk mengurangkan beban kewangan anda sebelum anda mendapat pekerjaan baharu. Nota: ASIP ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses. Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar. Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.


Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.


Click to View FlipBook Version