The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sksbhnba3005, 2019-11-12 21:18:27

PERATURAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSBH 2019

PERATURAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SK SEBERANG BATU HAMPAR 2019
REMBAU, NEGERI SEMBILAN

1. PENYERTAAN
1.1 Peserta adalah merupakan murid-murid SKSBH.
1.2 Peserta bertanding mengikut kategori dan kelas.
1.3 Peserta adalah terdiri dari pelajar:
1.3.1 Tahun 6 (L & P)
1.3.2 Tahun 4 & 5 (L & P)
1.3.3 Tahun 2 & 3(L & P)
1.3.4 Tahun 1 (L & P)
1.3.5 Pra-sekolah (L & P)

2. FORMAT PERTANDINGAN

2.1 Kojohanan ini akan dijalankan mengikut peraturan teknik Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)

3. TEMPAT, TARIKH DAN MASA

3.1 Akan berlangsung di padang SKSBH pada hari .......................................

4. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

No. Kelas/Acara Pra 1 2 3 4 5 6 L P
1 50 m x x x
2 100 m x x x x x x x x
3 200 m x x x x x x x
4 4 x 100 m x x x x
5 4 x 200 m x x x x x
6 4 x 50 m x x x
7 Lompat Tinggi x x x x x x x
8 Lontar Peluru x x x x x x x
9 Lompat Jauh x x x x x x x
10 Sukaneka x x x x x x x Campuran

5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Semua pendaftaran atau penyertaan peserta menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Olahraga.
5.2 Borang pendaftaran atau penyertaan acara mestilah disahkan oleh Ketua Penasihat Pasukan Rumah Sukan.
5.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 2 (dua) peserta bagi acara padang dan dan balapan.
5.4 Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian tidak melebihi 3 (tiga) acara perseorangan dan 2 (dua) acara
berpasukan.
5.5 Bagi acara berganti-ganti setiap pasukan rumah dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja dan setiap pasukan
mengandungi 4 (empat) orang peserta dengan seorang simpanan daripada mana-mana peserta yang
didaftarkan.
5.6 Borang-borang pendaftaran atau penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan pada selewat-lewatnya _______________.
5.7 Peserta yang menggantikan mana-mana peserta mestilah didaftarkan terlebih dahulu dalam borang pendaftaran
atau penyertaan dan mestilah menggantikan keseluruhan acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang
digantikan itu.

6. MENARIK DIRI

6.1 Seseorang peserta yang menarik diri daripada sesuatu acara dianggap mereka sudah menarik diri daripada
semua acara yang didaftarkan.
6.2 Mereka yang layak dalam saringan atau separuh akhir mestilah bertanding dalam pusingan-pusingan seterusnya
atau peringkat akhir kecuali:

6.2.1 Disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah dengan mengemukakan surat pengesahan
tentang sesuatu kecederaan yang menyebabkan mereka tidak boleh menyertai pertandingan. Jika
tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai acara-acara seterusnya.

7. MELAPORKAN DIRI

7.1 Setiap peserta dikehendaki melaporkan diri kepada urusetia Pengurus Peserta lebih awal iaitu 30 minit sebelum
acara bermula.
7.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan TIDAK AKAN
DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan dianggap sebagai telah menarik diri.
7.3 Panggilan peserta untuk melaporkan diri tidak akan dibuat oleh juru acara.

8. PENENTUAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

8.1 Penentuan kedudukan dalam kejohanan berdasarkan kepada kemenangan pingat emas, perak dan gangsa
8.2 Jika berlaku keadaan seri, keputusan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah mata yang diperolehi oleh
Pasukan Rumah Sukan yang terlibat.
8.2.1 Mata yang diberi untuk setiap acara perseorangan ialah:
Pertama : 4
Kedua : 3
Ketiga : 2
8.2.2 Mata yang diberikan untuk setiap acara berpasukan adalah:
Pertama : 8
Kedua : 6
Ketiga : 4

9. NOMBOR PESERTA

9.1 Nombor peserta hendaklah dipakai menurut peraturan KOAM dan dipinkan dengan kemas
9.2 Penggunaan abjad untuk acara lari berganti-ganti seperti mana yang berikut:
9.2.1 Pasukan Rumah Merah : M
9.2.2 Pasukan Rumah Biru : B
9.2.3 Pasukan Rumah Hijau : H
9.3 Nombor peserta hendaklah disediakan oleh Ketua rumah sukan masing-masing.
9.4 Urutan nombor mengikut pasukan:
9.4.1 Pasukan Rumah Merah: 100 ( L:100-149, P:150-199 )
9.4.2 Pasukan Rumah Biru: 200 ( L:200-249, P:250-299 )
9.4.3 Pasukan Rumah Hijau: 300 ( L:300-349, P:350-300 )
9.5 Ukuran kain 12cm x 20cm dan huruf besar atau nombor adalah 7cm x 4cm x 1cm.
9.6 Peserta atau pasukan lelaki memakai nombor/huruf/huruf abjad berwarna hitam manakala peserta wanita
memakai nombor atau abjad berwarna merah.
9.7 Bagi acara berpasukan lari berganti-ganti peserta wajib memakai nombor sendiri dan huruf abjad pasukan
mengikut ketetapan.

10. PAKAIAN

10.1 Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai acara yang disertai(mengikut
rumah sukan).
10.2 Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai pakaian “trak-suit” serta berkasut.

11. PERALATAN PERTANDINGAN

11.1 Semua peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Jika mana-mana pasukan
rumah sukan ingin menggunakan peralatan sindiri, pasukan rumah sukan tersebut dikehendaki mendapatkan
kelulusan terlebih dahulu dari pihak Jawatankuasa Pengelola.
11.2 Setiap pasukan rumah sukan dikehendaki membawa dan menyerahkan dua helai bendera pasukan rumah
sukan masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola.

12. BANTAHAN

12.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta
merta dan tidak lewat daripada:
12.2 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.
12.3 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara- acara peringkat akhir.
12.4 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00
(Ringgit Malaysia:Lima Puluh Ringgit sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati tidak
berasas.

13. OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI

13.1 Peserta mencipta rekod baru dengan memecahkan rekod yang telah lama usianya
13.2 Peserta yang menang bagi kedua-dua acara iaitu balapan dan padang.
13.3 Jika terdapat persamaan dalam 15.2, keutamaan dirujuk kepada acara balapan.
13.4 Jumlah kutipan masa yang tertinggi

14. JUARA PASUKAN KESELURUHAN

Jumlah kutipan mata keseluruhan tertinggi.

15. KESELAMATAN

15.1 Jawatankuasa Pengelola dan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang
menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas
kejohanan dijalankan.
15.2 Semua pegawai pasukan rumah sukan (Ketua Penasihat, Penasihat dan Guru) bertanggungjawab ke atas semua
peserta dalam hal-hal disiplin dan tingkahlaku.

16. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam aturcara tetapi jika
perlu pihak Jawatankuasa Pengelola berhak membuat sebarang pindaan dan perubahan.
16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk membuat keputusan atas apa-apa yang tidak disebut dalam peraturan ini.
16.3 Segala keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

Disediakan oleh,


…………………………………………………..
( MUHAMMAD AMAR BIN ALI )
Setiausaha Sukan
SKSBH.


Click to View FlipBook Version