The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arninjwa, 2021-05-21 09:15:03

TEKNOLOGI HIJAU

TEKNOLOGI HIJAU

PENGENALAN

Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya.
Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan
dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim
dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif
demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada
masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah
dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

DEFINISI

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memelihara sumberdaya
alam serta mengelola dampak negatif akibat akitivitas manusia. • Teknologi hijau
adalah teknologi rendah karbon dan lebih ramah lingkungan.

5 Dasar Teknologi Hijau

Kebangsaan

1. Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga
dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomo.

2. Untuk membantu pertubuhan dalam industri teknologi hijau dan
sumbangannya kepada ekonomi negara.

3. Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam
pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing
dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa.

4. Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam
sekitar untuk generasi akan dating

5. Peningkatkan Pendidikan dan kesedaran awam terhadap
Teknologi Hijau dan menggalakan penggunaan meluas
terhadap Teknologi Hijau.

sektor Teknologi Hijau

i) Rumah / kediaman

Terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan diperingkat komuniti tempatan
seperti penggunaan teknologi hijau, memperkukuhkan budaya hijau dan
kelestarian alam sekitar serta menanggani isu perubahan iklim kegiatan
pembersihan, penanaman pokok dan pembersihan. Menggunakan alat
kelengkapan rumah seperti televisyen, peti ais dan penghawa dingin yang jimat
tenaga adalah cara mengaplikasikan teknologi hijau dalam kehidupan. Ini
bertujuan untuk memperluaskan keseluruhannya.

ii) Kenderaan

Teknologi hijau dalam Sektor Pengangkutan lebih menekankan kepada aspek
prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam.
Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum)
sebagai bahan bakar yang membebaskan gas karbon dioksida ke udara sekaligus
meningkatkan jejak karbon negara. Pengangkutan Hijau merupakan kaedah untuk
menangani isu jejak karbon negara dan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan

Hijau – sebarang bentuk pengangkutan yang memberi impak minimum kepada
persekitaran ataupun kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh Baharu.
Contoh – kenderaan hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar).

iii) Bangunan
Aplikasi pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada
sifat tanggungjawab kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat
untuk manusia bekerja dan tinggal.
Bangunan Hijau dibina dengan menitikberatkan :
o orientasi optimal bangunan di atas tapak bina
o penggunaan bahan binaan hijau
o penggunaan tenaga dan air yang cekap
o penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan
o penghasilan sisa pepejal yang minima
Contoh Bangunan Hijau di Malaysia:
o Leo Energy Office (LEO) KeTTHA, Putrajaya

iv) Tenaga

Tenaga Hijau ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan
semula dalam tempoh hayat manusia.
Contohnya:
o Solar, angin, biojisim, hidroelektrik, geoterma, ombak
Kecekapan Tenaga
o Menggunakan tenaga elektrik yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang
setimpal.

v) Pengurusan air / sisa

Pengurusan sisa dan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sunber dan kesihatan awam. Sisa – apa sahaja lebihan,
keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apaapa bahan yang perlu dilupuskan
kerana sudah rosak, pecah dan lusuh.

 Sisa khas – sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah yang
tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan.
 Air sisa – air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia.
 TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam
.  Sisa yang dibuang boleh diolah menjadi suatu benda yang baharu seperti baja
kompos.

vi) Pertanian dan Perhutanan

 Pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan ialah :
o Penggunaan baja kompos untuk meningkatkan nutrien tanah
o Pengurusan pengairan tanaman (menggunakan

air hujan untuk menyiram tumbuhan)
o Menambah baik amalan penanaman
o Menanam lebih banyak pokok serta
mengawal aktiviti pembalakan

vii) Industri

 Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat
telah menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

 Sasaran dalam Sektor Industri: Menyusun semula, melahirkan kepakaran
dalam bidang kejuruteraan, latihan semula operasi dan proses untuk menjadi
lebih mesra alam.

viii) Ict

ICT Hijau o Mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga
dan memanjangkan jangka hayat penggunaan peralatan ICT Hijau melalui amalan
merangkumi

• Penghasilan peralatan ICT
• Penggunaan peralatan ICT
• Pembuangan peralatan ICT

Kepentingan Teknologi
Hijau Dalam
Kehidupan

i) SOSIAL
• Meningkatkan tahap kesihatan dalam kehidupan
• Mengurangkan peningkatan suhu
• Mengurangkan pencemaran bunyi
• Meningkatkan kualiti udara

ii) EKONOMI
• Mengurangkan kos operasi
• Meningkatan produktiviti dan kepuasan pekerja
• Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang
telah kita hasilkan

Teknologi Hijau Yang Diaplikasikan
Dalam Kehidupan

Penutup

Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang
berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan
penggunaan yang berterusan bagi kegunaan manusia pada
masa depan. Untuk mengelak daripada bumi kita dilanda
pemanasan global, pemakaian tenaga alternatif adalah
amat digalakkan. Saya percaya bahawa Teknologi Hijau akan
dapat banyak membantu dalam memulihara alam sekitar
kita. Sama-samalah kita menghayati budaya Teknologi Hijau
dan menjayakan program Teknologi Rumah. Cegah sebelum
bumi kita padah.


Click to View FlipBook Version