Sejarah sepanjang penubuhan MARA
bermula sejak tahun 1950 lagi ketika RIDA
ditubuhkan.
MARA merupakan kesinambungan
RIDA yang diwujudkan untuk
memperhebatkan usaha membangunkan
kaum Bumiputera terutamanya di luar
bandar melalui aktiviti perdagangan dan
perindustrian.
Penubuhan MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA),
ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah
Akta Parlimen sebagai sebuah badan
berkanun hasil daripada resolusi Kongres
Ekonomi Bumiputera pertama pada
tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi
memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan
pembangunan ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutuan dan
khususnya dalam kawasan-kawasan luar
bandar.
Objektif dan Akta MARA
Objektif MARA ialah menggalak,
membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera, khususnya di luar bandar,
supaya menyertai dengan aktif dalam
kegiatan perdagangan dan perusahaan ke
arah membentuk masyarakat usahawan
Bumiputera yang berdaya tahan,
profesional dan kukuh.
MARA diwujudkan di bawah Akta
MARA 1966 yang bertujuan untuk
meningkatkan pendidikkan, kemahiran,
kegiatan ekonomi dan keusahawanan
kaum-kaum Bumiputera.
Logo MARA
RODA BERGIGI (14)
▪ Setiap gigi mewakili negeri dalam
Malaysia dimana MARA
memberi perkhidmatannya ecara
terus dan juga jaringan aktiviti
keusahawanan yang diterokai oleh
Bumiputera.
BUKU TERBUKA
▪ Melambangkan ilmu sebagai teras
Organisasi Pemikir yang menjadi
wawasan MARA untuk mencapai
kecemerlangan dan kemajuan
Keusahawanan serta Pendidikan.
JANGKA LUKIS TERBUKA
▪ Menunjukkan usaha MARA memegang
amanah untuk menggalak,
membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera dalam bidang
keusahawanan menuju kearah
Masyarakat Perdagangan &
Perindustrian.
SPANA dan SKREW
▪ Melambangkan sumbangan MARA di
dalam memberi latihan dan pendidikan
berteraskan teknologi serta
pembangunan sumber tenaga mahir
negara. Teknologi merangkumi peringkat
asas hingga ke peringkat setinggi-
tingginya.
TULISAN RUMI & JAWI MAJLIS AMANAH
RAKYAT
▪ Melambangkan kesinambungan imej,
identiti kecemerlangan MARA dan
penerapan ciri-ciri keislaman
WARNA
▪ Merah melambangkan keberanian
untuk mara kehadapan menerokai
peluang- peluang baru.
▪ Biru pula melambangkan kemurnian
wawasan dan matlamat sebagai Badan
Amanah yang unggul dan diberkati
untuk mengangkat maruah serta
martabat bangsa.
▪ Hitam sebagai lambang keutuhan dan
kekukuhan semangat untuk membantu
secara berterusan golongan
Bumiputera.