The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sugunahsandran, 2020-10-25 22:10:01

PERANAN, KANDUNGAN AND PENYAMPAIAN RADIO DALAM ARUS PENDIGITALAN DI MALAYSIA

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Keywords: Penyampaian Radio dalam Arus Pendigitalan di Malaysia

DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK TUGASAN
PERANAN, KANDUNGAN AND PENYAMPAIAN RADIO

DALAM ARUS PENDIGITALAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH
CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

NAMA PELAJAR 33DTM18F1027
33DTM18F1038
SUGUNAH A/P SANDRAN 33DTM18F1039
DARSHIKA JEEVARETNAM
PUSPA SUNDRAM

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUGAN
PENGHARGAAN
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PEMBANGUNAN RADIO DI MALAYSIA
1.2 REVOLUSI SIARAN RADIO DI MALAYSIA
BAB 2: PERANAN RADIO
2.1 PERANGSANG IMAGINASI
2.2 PEMBANTU PENYELESAIAN MASALAH
2.3 MEMPERCEPATKAN PROCESS PENYALURAN MAKLUMAT
2.4 PENGHUBUNG ANTARA PEMERINTAH DAN MASYARAKAT
2.5 BERSIFAT PERSONAL

BAB 3: SENARIO DI MALAYSIA
3.1 ISU TERKINI DALAM ARUS PENDIGITALAN DI MALAYSIA

BAB 4: TEKNOLOGI DIGITAL DAN PEMBAHURUAN
4.1 ARUS RANTAI NILAI TEKNOLOGI ANALOG DAN DIGITAL

BAB 5: KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bersyukur kami kepada Tuhan di atas limpahan rahmat-Nya dan kami dapat menyiapkan
projek E-book bagi memenuhi kandungan pelajaran subjek DUA 6022- Komunikasa dalam
Penyiaran Islam ini dengan jayanya.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Cik As Nuurien Najma Binti Ahmad yang
banyak memberi tunjuk ajar tidak kira waktu dan di mana sahaja serta memberi dorongan yang
sangat bermakna bagi kami sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar
dan dorongan yang diberikan teramat kami hargai yang boleh membalas segala jasa baik yang
telah dihulurkan.

Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada rakan- rakan sekelas yang turut
memberi pandangan dan idea untuk menyelesaikan projek ini. Juga pihak-pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri
terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama berpengetahuan luas bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PEMBANGUNAN RADIO DI MALAYSIA

Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan tidak boleh
dinafikan. Secara umumnya, sebelum kehadiran televisyen dan pendigitalan ke atas industri
radio konvensional, setiap rumah di Malaysia pasti memiliki set radio kerana fungsi radio yang
penting dalam kehidupan masyarakat. Teknologi penyiaran digital telah diguna di Malaysia
pada tahun 1996 apabila Astro secara rasmi beroperasi sebagai radio dan televisyen digital
berbayar pertama negara. Sebelum Astro beroperasi, kerajaan telah membentuk National
Telecommunication. NTP dibentuk untuk memastikan pertumbuhan perkhidmatan
telekomunikasi dan penggunaannya menyokong pembangunan kebangsaan, sejajar dengan
aspirasi negara. Radio yang merupakan salah satu alat komunikasi moden tertua di negara ini
sudah semestinya mengalami banyak perubahan secara fizikalnya apabila teknologi penyiaran
digital diperkenalkan di negara ini.

Akses kepada radio tidak lagi terhad kepada penyiaran FM semata-mata, malah teknologi
internet telah meledakkan pertumbuhan industri radio tempatan apabila lebih banyak stesen
radio atas talian diperkenalkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan radio
samada sebagai sumber maklumat dan hiburan adalah bergantung kepada tujuan industri
penyiaran sesebuah negara dibentuk yang dapat dibahagikan kepada dua peranan utama iaitu
sebagai pemberi maklumat yang dapat dilihat sebagai agen pembangunan negara/nasional. Di
Malaysia, pembangunan pesat dalam industri radio selepas era digital secara umumnya masih
mengekalkan peranan radio sebagai agen penyampai maklumat, hiburan dan pendidikan
kepada masyarakat. Selain itu radio juga boleh berperanan untuk memaksimakan keuntungan
berdasarkan kepada kandungan hiburan semata-mata terutamanya apabila industri radio
ditubuhkan berdasarkan kehendak pasaran. Malah peranan radio turut mengubah kandungan
dan corak penyampaian radio.

1.2 REVOLISI RADIO DI MALAYSIA

1946

Penubuhan Radio Malaya dan disiarkan dari Singapura.

1959

Radio Malaya/Rangkaian Nasional disiarkan dari Kuala Lumpur

1971

Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam.
Radio Malaysia Ibukota (RMIK) dilancarkan untuk para pendengar di Kuala
Lumpur

1975

20 Jun - Radio FM Stereo dilancarkan di Lembah Klang menerusi 95.3FM.
Siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format stereo. Siaran ini
juga kadangkala dapat diikuti di Negeri Sembilan, Melaka, Johor utara,
Ipoh, Taiping, selatan Pulau Pinang, Kuantan, Kuala Terengganu dan
selatan Kedah. Ketua stesen pertama ialah Tan Sri S.M. Salim.

1989 Kesemua nama rangkaian radio RTM diseragamkan.
1991
- Rangkaian Nasional - Radio 1 RTM (24 jam)
- FM Stereo - Radio 2 RTM (9 pagi-12 malam)
- Radio Malaysia Ibukota, RMIK- Radio 3 Ibukota (6 pagi-9 malam)
- Rangkaian Biru - Radio 4 RTM (6 pagi-12 malam)
- Rangkaian Hijau - Radio 5 RTM (6 pagi-12 malam)
- Rangkaian Merah - Radio 6 RTM (5 pagi-11 malam)

Kesemua rangkaian radio RTM dipancarkan menerusi format FM Stereo.

1993

1 Januari - Radio 2 RTM menambah masa siaran 3 jam dan beroperasi 6
pagi-12 malam.

Kesemua saluran Radio 3 seluruh negara ditambah 3 jam masa siaran dan
beroperasi 6 pagi-12 malam

1994

1 Ogos - Radio 2 RTM dinamakan Radio Muzik dan mula dipancarkan ke
seluruh negara. Ia beroperasi 24 jam.

31 Ogos -Time Highway Radio (THR) memulakan siaran radio swasta
pertama.

1996

Radio 4 dan Radio 5 mula beroperasi 24 jam.
FM92.9 (Hitz FM) memulakan siaran ujian di Lembah Klang.

1997 Stesen pemancar Menara Kuala Lumpur memulakan siaran ujian 7 frekuensi
1998 baru FM RTM (87.7, 88.5, 89.3, 90.3, 92.3, 93.1 dan 93.9).

Walaubagaimanapun FM 93.1 telah ditukarkan ke FM 91.1 kerana bertindih
dengan FM 92.9 (siaran ujian Hitz FM pada waktu itu).

Radio 7 dan Suara Islam mula keudara menerusi 91.1FM dari Menara Kuala
Lumpur.

- Radio 8 dilancarkan.
- Radio 3 Ibukota dinamakan Radio KL.
- Best 104 Johor mula memancarkan siaran ke Lembah Klang menerusi
104.1FM.
- RFM 98.8 (Rediffusion) memulakan siaran.

1 Januari - Hitz FM dilancarkan di Lembah Klang.

FM94.5 (Mix FM) memulakan siaran ujian di lembah Klang.
Radio 6 mula beroperasi 24 jam.

16 April - Mix FM dilancarkan di Lembah Klang.

FM103.3 (Classic Rock), FM101.8 (Talk Radio) dan FM105.7 (Light and
Easy) memulakan siaran ujian di Lembah Klang.

Julai -TalkRadio, Classic Rock dan Light and Easy dilancarkan di Lembah
Klang.

November - Rangkaian kedua Rediffusion RFM 91.5FM dilancarkan.
98.8FM dinamakan Redi 98.8 .

16 Mac - Radio Irama Melayu Asli, RiMA RTM memulakan siaran ujian.
1 April - Radio RiMA dilancarkan

7 April - NTV 7 dilancarkan di seluruh negara.

31 Julai - Siaran TalkRadio 101.8FM dan Classic Rock 103.3FM tidak lagi
disiarkan. My FM mengambilalih 101.8FM dan Era FM di 103.3FM pada 1
Ogos.

31 Ogos - Kesemua saluran Radio RTM diberi nama baru bermula dengan
Radio Malaysia

- Radio 1 RTM à Radio Malaysia Saluran 1
- Radio Muzik à Radio Malaysia Saluran Muzik
- Radio 4 RTM à Radio Malaysia Saluran 4
- Radio 5 RTM à Radio Malaysia Saluran 5
- Radio 6 RTM à Radio Malaysia Saluran 6

1999 - Radio 7 RTM à Radio Malaysia Saluran 7
2000 - Radio 8 RTM à Radio Malaysia Saluran 8
2001 - Radio RiMA à Radio Malaysia Saluran RiMA
2004 - Radio KL à Radio Malaysia Kuala Lumpur, RMKL
- Radio 3 Kangar à Radio Malaysia Perlis, RMP
2004 - Radio 3 Alor Star à Radio Malaysia Kedah, RMK
2005 - Radio 3 Pulau Pinang à Radio Malaysia Pulau Pinang, RMPP
- Radio 3 Ipoh à Radio Malaysia Negeri Perak, RMNP
- Radio 3 Shah Alam à Radio Malaysia Selangor, RMS
- Radio 3 Seremban à Radio Malaysia Negeri Sembilan, RMNS
- Radio 3 Melaka à Radio Malaysia Melaka, RMM
- Radio 3 Johor Bahru à Radio Malaysia Johor, RMJ
- Radio 3 Kuantan à Radio Malaysia Pahang, RMP
- Radio 3 Kuala Terengganu à Radio Malaysia Terengganu, RMT
- Radio 3 Kota Bharu à Radio Malaysia Kelantan, RMK

FM 91.5 menukarkan frekuensinya ke 104.9FM dan dinamakan Red 104.9 .
Penggunaan nama Radio Malaysia pada Radio 1, Muzik, 4,5,6,7,8 dan
RiMA dimansuhkan. Hanya rangkaian Radio ibu negeri mengekalkan nama
Radio Malaysia.

WowFM memulakan siaran di Lembah Klang dan sekitar bandar-bandar
utama di Semenanjung.

IKIM FM memulakan siaran 91.5FM di Lembah Klang. Kemudian
mengembangkan siaran ke serata tanah air.
RMKL mula beroperasi 24 jam

20 Januari - WowFM hanya ke udara di Lembah Klang sahaja. Siaran di luar
Lembah Klang ditamatkan.

16 Februari - Radio RiMA disambung siar ke seluruh negara melalui Radio
1 selama 45 minit setiap hari.

1 Jun - Penambahan waktu sambung siar RiMA di Radio 1 dari 10.15
malam hingga 11.30 malam.

9 September - Saluran TV 9 (nine) dilancarkan di Lembah Klang.

November - Saluran TV 8 (8 tv) memulakan siaran ujian di Lembah Klang

1 Mac - Saluran Radio FM ke-6 AMP Astro, Sinar FM dilancarkan di
Lembah Klang. Saluran ke-7 AMP

1 April - Penjenamaan semula semua siaran radio RTM

2006 - Radio 1 - Nasional FM
- Radio (2)Muzik - Muzik FM
- Radio Malaysia Kuala Lumpur RMKL - KLFM
- Radio 4 - TraXX FMRadio 5 - Ai FM
- Radio 6 - Minnal FM
- Radio 7 - Asyik FM
- RiMA - Klasik FM

• 1 Okt - Media Prima Fly FM memulakan siaran rasmi.
• 15 Okt - WA FM berhenti beroperasi.
• 1 Nov - Suria FM memulakan siaran ujian 105.3FM di Lembah

Klang & 105.9FM di Kota Kinabalu..

1 Januari - Suria FM memulakan siaran rasmi.
6 Februari - Media Prima Hot FM memulakan siaran rasmi.

LOGO RTM DARI TAHUN 1978 HINGGA TAHUN 1987.
LOGO RTM DARI TAHUN 1987 HINGGA TAHUN 2004

LOGO RTM SEJAK TAHUN 2004 HINGGA KINI

BAB 2
PERANAN RADIO

2.1 PERANGSANG IMAGINASI

Pertimbangan yang telah lama diperhatikan dan muncul dalam semua literatur adalah kesan
bahawa radio adalah media yang paling berkesan ketika merangsang imajinasi. '' Tontonan
khayalan Radio menyajikan dinamik kuat yang jarang diutamakan oleh media elektronik
alternatif. Potensi yang diberikan oleh radio untuk melakukan ini berpunca dari ciri yang tidak
dimiliki oleh gambaran.

Pemboleh ubah penting Komponen dramatik
yang menjadi petunjuk format fiksyen radio
kuat bagi insentif untuk juga mendorong tahap
penglibatan pendengar
memproses mesej
yang lebih tinggi

Hubungan langsung
dijalin dengan peniruan

gambaran mental.

2.2 PEMBANTU PENYELESAIAN MASALAH
1) Hiburan:
Hiburan adalah bahagian dari setiap kumpulan sosial. Ini memainkan peranan penting

dalam bersosial dan membantu orang mencari kebahagiaan, terutama pada masa-masa sukar.
Dengan memainkan muzik, dan membincangkan topik yang menarik, radio memberikan
hiburan berkualiti tinggi yang percuma dan memuaskan pendengar. Radio menyelesaikan
masalah stress seorang individu dengan mendengar lagu- lagu.

2) Memberi peluang perkerjaan:
Industri radio menyediakan banyak pekerjaan, membantu orang

mengembangkan karier mereka dan menjalani kehidupan yang selesa. Untuk memastikan
bahawa orang-orang adalah anggota masyarakat yang berguna, sangat penting untuk
mendapatkan pekerjaan, dan memberi mereka peluang untuk melakukan bagian mereka dalam
pembangunan. Atas sebab inilah radio penting, kerana memberi peluang pekerjaan kepada
banyak orang.

2.3 MEMPERCEPATKAN PROCESS PENYALURAN MAKLUMAT

Pada masa krisis, Radio memainkan peranan yang bermaklumat dan dapat
mengembalikan ketenangan dan ketenteraman lebih jauh kerana membawa fakta, dengan cepat
kepada pendengar.

Mempercepatkan Gelombang radio bergerak
penyaluran melalui vakum pada kelajuan
maklumat
cahaya.

Televisyen atau surat khabar
tidak dapat bersaing dengan
radio dari segi penyampaian

berita dan maklumat.

Keupayaan untuk beriklan secara
serantau dan lebih luas.

2.4 PENGHUBUNG ANTARA PEMERINTAH DAN MASYARAKAT

Radio berguna dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat lebih-lebih lagi pada
masa krisis. Program yang memenuhi fungsi maklumat meliputi, Buletin berita, Laporan cuaca,
dan Harga pasaran. Kestabilan politik dan pengembangan sistem politik apa pun adalah fungsi
dari kesadaran dan penglibatan positif warga dalam hal-hal sivik dan politik. Radio memainkan
peranan yang penting dalam kalangan warganegara untuk mendapatkan maklumat tentang
pemerintahan dalam negara kita.

Semasa tempoh pilihan raya, parti politik dan anggota mereka terlibat dalam
demonstrasi, kempen dan penggunaan manifesto, tetapi untuk melibatkan warga negara atau
masyarakat, sebagai iklan, radio adalah platform media sosial, untuk menggerakkan,
memaklumkan dan mempengaruhi masyarakat. Radio adalah wahana untuk memproyeksikan
instrumen untuk mendapatkan sejumlah besar orang pada masa yang sama. Radio adalah
instrumen yang kuat di kawasan pencerahan awam. Selain itu, radio adalah alat media atau
komunikasi yang penting kerana ia adalah salah satu cara ideal untuk menjangkau masyarakat
maju dan membangun.

2.5 BERSIFAT PERSONAL

Radio dapat Dengan mendengar Penyiar yang
menjadi kawan siaran melalui suara menggunakan acara
dengan menyentuh kepada pendengar,
khalayak peribadi. seolah-olah penyiar tertentu untuk
hadir di tengah-tengah bertemu, bertemu
pendengar dengan dengan pendengar
mereka dengan
berkomunikasi harapan kedekatan
dengan menyentuh akan menjadi intim

hati pendengar. kemudian.

BAB 3
SENARIO DI MALAYSIA

3.1 ISU TERKINI DALAM ARUS PENDIGITALAN DI MALAYSIA

Disifatkan bahawa peralihan polisi atau sesuatu dasar mempunyai perkaitan atau
sebaliknya dengan falsafah ekonomi dan politik sesebuah negara. Malah hasil
pembacaan pengkaji terhadap kajian lepas seperti yang digarap dalam makalah ini
menunjukkan ekonomi mencorakkan peralihan sesebuah polisi. Dalam penulisannya,
Karthigesu memperlihatkan bagaimana negara sedang membangun di Asia mengorak
langkah ke arah modenisasi mengikut hala tuju sendiri hasil daripada perubahan ekonomi
dan politik global. Dalam artikel tersebut, Karthigesu banyak membincangkan perihal
penswastaan. Iaitu peralihan polisi dalam dunia penyiaran di Malaysia ketika TV3
ditubuhkan. Walau bagaimanapun, ketika dasar tersebut dibentuk tujuannya adalah
untuk mengurangkan monopoli kerajaan dan menggalakkan pelaburan demi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Malah, Karthigesu percaya, dasar
tersebut dibentuk dengan berhemat dan wujudnya kawalan kerajaan ke atas industri
penswastaan. Buktinya, wujud pemegang taruh dalam saham TV3 dan akhbar yang
didominasi oleh parti politik di Malaysia. Dalam kata lain, ianya berbeza dengan ideologi
pasaran kapitalis dan neo-liberalism. Oleh itu, penting untuk pengkaji meneliti
perubahan yang berlaku terhadap industri radio dalam era digital.

Dalam kajian lain, menganalisis peranan radio sebagai saluran informasi menerusi
kandungan berita mencadangkan agar kandungan berita perlu sentiasa diolah dalam
memastikan kerelevanan radio.

Peranan radio Negeri FM sebagai medium pendidikan Islam tidak formal. Dalam kata
lain, di Malaysia radio berperanan dan berfungsi sebagai alat penyebaran maklumat,
pendidikan dan hiburan. Apabila teknologi digital diperkenal dan diaplikasi oleh
Malaysia menjalankan kajian terhadap peranan dan fungsi radio sebagai alat penyebaran
maklumat sains dan teknologi dari tahun 1992 sehingga 2002. Analisis tersebut
melibatkan 7 saluran radio RTM dan sarjana tersebut mendapati bahawa selama 10 tahun
itu, hanya 15 peratus sahaja program yang berunsurkan sains dan teknologi. Oleh itu,
program pendidikan mengenai sains dan teknologi perlu diperbanyakan demi kemajuan
negara dan masyarakat pada masa akan datang.

Berbeza dengan Ab Halim dan Zarin yang menjalankan kajian ke atas fakir miskin di
kawasan luar bandar dalam meneliti pegangan nilai akhlak remaja hasil daripada
pengaruh media massa. Kedua - dua pengkaji menyaran supaya penerbit kandungan radio
dan televisyen memberi penekanan ke atas kualiti dan kuantiti bahan-bahan pendidikan
dan keagamaan bagi meningkatkan kefahaman dan pegangan ke atas nilainilai akhlak
remaja. Dalam kata lain, peranan dan fungsi radio yang dicadangkan oleh pengkaji di atas
adalah berbeza mengikut keperluan sesebuah komuniti. Kajian radio yang seterusnya
memperlihat peranan radio sebagai sumber hiburan secara relatifnya adalah penting
berbanding maklumat apabila masyarakat mula menyatakan ketidakpuasan terhadap
pemilihan lagu dan cara penyampaian juruhebah. Hasil kajian tesebut mengenalpasti
kelemahan stesen Negeri FM dari aspek pemilihan lagu dan cara persembahan juruhebah
yang hambar. Pendengar Negeri fm lebih menggemari siaran berunsurkan hiburan
memandangkan rata-rata pendengar mendengar radio ketika berada dalam kereta.

Ia menyifatkan perkembangan teknologi telah menyumbang kepada masalah yang bersifat
struktural dalam kehidupan masyarakat. Penganalisis pengaruh media massa terhadap
masyarakat dan mendapati bahawa pengaruh tersebut adalah berbeza-beza ke atas setiap
individu bergantung kepada bagaimana individu mengguna medium tersebut.

BAB 4
TEKNOLOGI DIGITAL DAN PEMBAHURUAN

4.1 ARUS RANTAI NILAI TEKNOLOGI ANALOG DAN DIGITAL

*Live on -air •Studio

*Live
broadcast

*Analog (FM) •Transmisi
*Digital (DTH)

*Set radio •Penerima

*Set dekoder
TV

Kategori pertama iaitu studio, ia berfungsi sebagai tempat perhubungan atau konti bagi
tujuan penerbitan kandungan secara langsung (live on-air) atau penyiaran kandungan yang
telah dirakam (live-broadcast). Menurut Magli, studio radio RTM pada tahun berkenaan (1996-
1999) mengguna peralatan berasaskan teknologi analog, ia berbeza dengan Astro yang
mengguna peralatan berasaskan teknologi digital. Perbezaan teknologi tersebut melibatkan
cara penggunaan audio mixer dan cara bagaimana penerbitan kandungan dirakam dan
disunting.

Kategori kedua ialah transmisi. Penubuhan Astro adalah berasaskan kepada
penggunaan Digital Broadcasting Satellite (DBS) yang pemancaran isyarat satelit mengguna
standard Direct-to-home (DTH), yang mana isyarat dihantar (uplink) oleh penonton dan
diterima (downlink) oleh penonton menerusi set dekoder yang dikawal mengguna alat kawalan
jauh (remote control).

Kategori ketiga ialah penerima. Aspek teknikal pula, penerima merujuk kepada alat
yang menerima isyarat radio seperti set radio atau set dekoder televisyen. Dalam kata lain,
Jurnal Komunikasi Borneo 2020 Vol. 8 61 penerima jenis ini melibatkan peralatan yang boleh
menerima isyarat tersebut bagi tujuan ketersampaian kepada pendengar. Manakala aspek
bukan teknikal, penerima merujuk kepada pendengar yang mendengar atau melayari program
radio. Ini bermakna penerima merujuk kepada set fizikal radio dan tanpa pendengar peralatan
tersebut tidak berfungsi.

BAB 5
KESIMPULAN

Secara umumnya peranan radio samada sebagai sumber maklumat dan hiburan adalah
bergantung kepada tujuan industri penyiaran sesebuah negara dibentuk yang dapat dibahagikan
kepada dua peranan utama; iatu sebagai pemberi maklumat yang dapat dilihat sebagai agen
pembangunan negara/nasional. Untuk itu industri radio di negara-negara yang dinyatakan tetap
mengekalkan peranan dalam menyampai maklumat, hiburan dan pendidikan kepada
masyarakatnya. Selain itu radio juga boleh berperanan untuk memaksimakan keuntungan
berdasarkan kepada kandungan hiburan semata-mata terutama apabila industri radio
ditubuhkan berdasarkan kehendak pasaran.

Dalam konteks tempatan, era digital seolah-oleh membuka lebaran baru bagi industri
radio negara ini. Teknologi pendigitilan dapat dilihat sebagi pemangkin utama kepada
pertumbuhan industri radio negara bila mana lebih banyak stesen radio dilancarkan bagi
memastikan kelangsungan radio sebagai salah satu medium komunikasi dalam masyarakat.
Radio pada masa kini juga dilihat sebagai cuba memadankan perubahan citarasa pendengar
seiring dengan pendominasian teknologi komunikasi digital terhadap industri penyiaran
negara.

Selain itu perubahan yang berlaku dalam pembangunan radio adalah atas usaha industri
radio untuk terus kekal relevan dan mengadaptasi teknologi komunikasi baru selaras dengan
kemajuan negara.

RUJUKAN

• https://www.slideshare.net/MuhdFiq/penghargaan-16116160
• https://www.coursehero.com/file/23429730/KERJA-KURSUS-PENGAJIAN-AM/
• file:///C:/Users/user/Downloads/4_ISI_JAW_Peranan.pdf
• https://pekhabar.com/h-i-d-s-penubuhan-radio-malaya/
• http://ceritasekupang.blogspot.com/2010/06/revolusi-siaran-radio-dan-tv-di.html
• https://en.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia


Click to View FlipBook Version