USAHA TANGGA KEJAYAAN KARYA ALYA SARAH BINTI ROSLEE
Di sebuah kampung yang sunyi, terdapat seorang budak lelaki bernama Amir yang tinggal dengan neneknya. Amir telah kehilangan ibu dan ayahnya sejak kecil. Amir merupakan murid tahun 3 Amanah. Dia seorang yang ceria dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya.
Namun, dia sering diejek oleh rakan-rakannya kerana tidak pandai membaca dengan lancar. Setiap kali guru menyuruh dia membaca di depan kelas, dia akan gugup dan merasa rendah diri. Amir sering mengadukan perbuatan rakan-rakannya kepada neneknya setiap kali pulang dari sekolah.
Amir meminati cerita-cerita rakyat kerana pada setiap petang neneknya sering bercerita tentang kehidupan masyarakat dahulu. Meskipun Amir tidak boleh membaca dengan lancar, dia sering meminjam buku dari perpustakaan. Namun, Amir tidak boleh meminjam buku yang banyak sekali gus kerana beg sekolahnya sudah lusuh dan mudah terkoyak. Dia tidak mahu membebankan neneknya untuk membeli beg baharu.
Pada suatu hari, Amir pergi meminjam sebuah buku yang bertajuk Si Luncai dan Labunya di pusat sumber. Hani dan Khairul ternampak Amir sedang membelek buku yang baru dipinjam lalu mengejek Amir. Namun, Amir hanya diam membisu. Eh, tidak mungkin dia boleh baca buku itu. Saya pasti dia tengok gambar saja. Hahaha.
Dia tidak percaya rakan sekelasnya sanggup berkata sedemikian. Amir menyedari apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya itu ada betulnya. Walau bagaimanapun, Amir tidak putus asa. Dia sedar bahawa untuk berjaya, dia perlu membaiki kelemahan dirinya.
Setiap hari selepas sekolah, Amir akan duduk di sudut perpustakaan dengan buku-buku tebal di tangan. Walaupun sukar pada mulanya, dia terus berusaha tanpa mengenal lelah.
Pagi itu, Cikgu David iaitu guru bahasa Melayu 3 Amanah masuk ke dalam kelas dengan penuh senyuman. Beliau mengumumkan berita gembira kepada kelas itu. Selamat pagi murid-murid. Selamat pagi cikgu.
Wah, pemenang akan dapat duit. Baiklah semua dalam masa 2 minggu dari sekarang Kelab Bahasa Melayu sekolah kita akan menjalankan pertandingan bercerita, deklamasi sajak, pertandingan pantun dan macam-macam lagi. Jadi, pelajar yang berminat untuk mewakili kelas kita sila hantar nama kamu kepada cikgu sebelum waktu pulang. Hadiah berbentuk wang tau. Bolehlah kita guna wang itu untuk beli apa sahaja yang kita mahu.
Cikgu, bolehkah saya mewakili kelas dalam pertandingan bercerita? HAHAHAHA
Diam semua! Kamu tak patut layan rakan kamu sebegini. Sekurang-kurangnya dia berani mencuba. Sebagai rakan kamu semua sepatutnya berikan kata-kata semangat kepada Amir. Cikgu, saya pun mahu sertai pertandingan bercerita. Saya pasti, saya akan menang.
Diam semua! Kamu tak patut layan rakan kamu sebegini. Sekurang-kurangnya dia berani mencuba. Sebagai rakan kamu semua sepatutnya berikan kata-kata semangat kepada Amir. Cikgu, saya pun mahu sertai pertandingan bercerita. Saya pasti, saya akan menang.
Cikgu David bersetuju untuk memilih Amir dan Khairul sebagai wakil kelas dalam pertandingan bercerita. Setelah menerima nasihat dari Cikgu David, murid 3 Amanah tidak berani untuk melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada Amir. Meskipun merasa gugup, Amir memutuskan untuk mengambil peluang ini untuk membuktikan kepada dirinya sendiri dan kepada semua orang bahawa dia juga boleh berjaya.
Dia menghabiskan masa yang banyak untuk menyediakan cerita yang menarik dan berlatih membacanya dengan lancar. Amir juga sering merujuk kepada Cikgu David untuk memantapkan lagi kemahiran membaca dan berceritanya. Cikgu David kagum dengan semangat yang ditunjukkan Amir. Namun begitu, Khairul yang turut menyertai pertandingan itu dilihat kurang melakukan persiapan. Khairul banyak menghabiskan masanya dengan bermain dan menggangu rakan-rakan lain di dalam kelas.
Apabila hari pertandingan tiba, semua pelajar berkumpul di dewan sekolah. Amir menunggu gilirannya untuk membuat persembahan. Dahi dan tangannya berpeluh kerana perasaan gemuruh. Khairul yang baru selesai melakukan persembahan kelihatan tenang dan yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan ini.
Dengan hati yang berdebar-debar, Amir berdiri di hadapan semua orang. Amir menyimpan hasrat yang sangat tinggi untuk memenangi pertandingan bercerita itu. Dia ingin membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya. Dengan penuh keyakinan, dia membuka mulutnya dan memulakan ceritanya. Amir menyampaikan penceritaan itu tanpa menggunakan skrip seperti segelintir peserta lain.
Amir memulakan ceritanya dengan sebuah syair. Semua orang terpegun mendengar syair yang didendangkan. Dia berjaya menyampaikan ceritanya dengan kata-kata yang indah dan penuh emosi. Semua orang terpaku mendengar cerita yang dibawakannya. Akhirnya, setelah tamat persembahan Amir tepukan gemuruh memenuhi dewan.
Pemenang bagi setiap pertandingan akan diumumkan dalam beberapa minit lagi. Semua peserta duduk di kerusi yang disediakan di dewan. Khairul dan Amir duduk bersebelahan. Kenapa kau di sini? Kau berharap untuk menang? Apa-apa pun aku nasihatkan kau supaya jangan letak harapan yang tinggi.
Cikgu Salleh telah bersedia untuk menyebutkan nama pemenang bagi pertandingan bercerita tahap 1. Senarai nama pemenang sudah ada di tangannya. Terdapat lima orang pemenang dari 15 orang peserta yang terlibat. Beliau dengan semangat menyebut satu demi satu nama pemenang tersebut. Nama Amir dan Khairul masih belum disebut. Sekarang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Juara bagi Pertandingan Bercerita Tahap 1 jatuh kepada Amir Ikhwan!
Dewan itu digegarkan dengan tepukan gemuruh oleh semua warga sekolah. Amir seolah-olah tidak percaya bahawa dia telah dipilih sebagai pemenang. Cikgu David dan murid kelas 3 Amanah turut berasa kagum dengan pencapaian Amir. Khairul pula tunduk kerana malu dengan katakatanya terhadap Amir. Amir dengan bangga melangkah ke hadapan dan menerima hadiah pertandingan. Ketabahan dan usahanya telah membuahkan hasil.
Tamat sahaja majlis penyampaian hadiah, Khairul datang menghampiri Amir. Dia meminta maaf kepada Amir atas kata-katanya yang sering menyakitkan hati Amir. Khairul menyedari dan mengakui kesilapannya. Dia berjanji bahawa tidak akan merendahkan usaha orang lain lagi. Amir memaafkan Khairul kerana pesanan neneknya selalu berpesan, tidak rugi jika kita memaafkan kesilapan orang lain.
Wang yang diperoleh atas kegigihannya itu digunakan untuk membeli beg sekolah yang diimpikan. Sejak hari itu, Amir tidak pernah lagi merasa rendah diri. Dia telah membuktikan bahawa dia boleh mencapai apa jua yang diimpikan. Oleh itu, jangan pernah mengabaikan usaha kecil yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan kerana usaha tangga kejayaan.
Tema Kesungguhan dan kegigihan seorang murid yang akhirnya mencapai kejayaan dan impiannya.
Nilai 1. Kita haruslah berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat. 2. Kita mestilah berani mencuba sesuatu perkara yang baharu. Kita wajarlah memiliki sifat baik hati seperti memaafkan kesalahan orang lain. 3. Kita haruslah menghormati antara satu sama lain seperti tidak berkata kasar sesama rakan. 4.
Pengajaran Pengajaran dari cerpen ini ialah kita tidak sepatutnya merendahkan kebolehan diri sendiri dan kebolehan orang lain. Kita sepatutnya membantu rakan yang lemah dalam sesuatu perkara. Selain itu, kita tidak boleh mengejek rakan. Mengejek merupakan salah satu kesalahan buli yang berbentuk lisan.