The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis :
Cerita ini berkisarkan Si Monyet yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan haiwan lain untuk kepentingan dirinya sahaja. Monyet seekor haiwan di rimba hutan yang sangat suka bermanis mulut kepada warga rimba yang lain. Walaupun dia bermanis mulut, tetapi sebenarnya dia hanya ingin mengambil kesempatan sahaja ke atas mereka. Satu hari, dia mengetahui tentang tempat penyimpanan makanan si Kura Kura, Landak dan Arnab. Lantas, dengan panjang akalnya Si Monyet membuat tipu helah dengan menarik perhatian mereka dengan bertujuan untuk menjadi sahabat mereka. Namun, dalam mereka menjalinkan persahabatan, Si Monyet telah berniat jahat untuk mengambil kesemua makanan yang disimpan oleh mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyasarahroslee, 2024-03-20 18:58:15

Manisnya Kata Si Monyet

Sinopsis :
Cerita ini berkisarkan Si Monyet yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan haiwan lain untuk kepentingan dirinya sahaja. Monyet seekor haiwan di rimba hutan yang sangat suka bermanis mulut kepada warga rimba yang lain. Walaupun dia bermanis mulut, tetapi sebenarnya dia hanya ingin mengambil kesempatan sahaja ke atas mereka. Satu hari, dia mengetahui tentang tempat penyimpanan makanan si Kura Kura, Landak dan Arnab. Lantas, dengan panjang akalnya Si Monyet membuat tipu helah dengan menarik perhatian mereka dengan bertujuan untuk menjadi sahabat mereka. Namun, dalam mereka menjalinkan persahabatan, Si Monyet telah berniat jahat untuk mengambil kesemua makanan yang disimpan oleh mereka.

MANIS MULUT SI MONYET


Burung-burung terbang ke hujung dahan lalu berkicau- kicauan. Di sebelah timur nampak cerah, alamat matahari tidak lama lagi akan terbit dan memancarkan cahaya panasnya. Di dalam sebuah hutan, pokok-pokok tumbuh dengan subur. Suasananya nyaman. Udaranya bersih dan segar. Daun-daun pokok di situ rimbun. Hanya jalur-jalur cahaya matahari yang dapat menembusi daun-daun itu. Banyak haiwan yang hidup di dalam hutan itu.


Tiba-tiba seekor katak yang sedang mengauk tersentak. Katak melompat dan mula bernyanyi: Lihat matahari Sinarnya ke mari Semua suka hati Waktu siang hari Mari kawan-kawan Nyanyi ramai-ramai Berdiri dekat-dekat Duduk sini-sini


“Amboi, katak. Sukakah kamu sekarang ?” “Ah! Sangat suka hatiku sekarang. Seronok hidup di sini.”


“Mana kawankawan kita yang lain?” “Kawan kita, ikan belum timbul lagi pagi ini, kalau begitu aku pergi panggil dia dulu.”


Wahai air sungai yang jernih Kulihat kau indah, bersih Berkilat-kilat seperti kaca Berkocak, berombak, beralun sama. Kau tempat kawanku Ikan yang banyak itu. Katak pun menyelam ke dalam sungai. Air sungai itu sangat jernih. Burung pun duduk di atas batu. Dia tunggu katak dan ikan timbul. Burung pun menyanyi seorang diri:


“Selamat pagi ikan, kenapa engkau lambat timbul ?” Selamat pagi! “Tempat kami masih gelap!”. Aku fikir matahari belum terbit lagi. Cahaya matahari lambat sampai ke dalam air”.


Burung pun terbang pergi berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain. Sedang asyik terbang, tiba-tiba burung melihat monyet yang menggantungkan dirinya di pokok. Burung pun pergi berselindung di sebalik pokok yang besar untuk melihat monyet. Hah! Hari-hari makan pisang. Kau tak bosan?”. “Hmmm, laparnya. Aku nak makan apa ya hari ini ? pisang ?”. “Habistu nak makan apa pula. Dah memang itu makanan kita.”


“Hmmm, apa yang mereka sedang lakukan itu ?” Tiba-tiba monyet terkejut mendengar suara bising dari kejauhan. Dia pun pergi ke tempat suara itu dan burungpun mengikuti mereka. Mereka melihat arnab , kura-kura dan juga landak. “Aku punya idea, apa kata kita buat tempat untuk menyimpan semua makanan kita.” Kenapa kurakura ?


Monyet pun memasang telinganya untuk mendengar tentang tempat penyimpanan makanan itu. “Untuk apa kita perlu ada tempat penyimpanan makanan?” Untuk musim hujan dan kemarau. Kalau kita ada tempat untuk menyimpan makanan, kita tidak akan kehabisan makanan. Jangan risau, sudah ada. Mari ikut dengan aku. Bagus juga idea kau tu kura-kura. Bolehlah kita makan pelbagai jenis makanan bersama-sama. Tapi adakah tempat yang sesuai untuk kita simpan makanan ?


Kura-kura cepatlah sikit berjalan. Kita mau pergi ke mana . Jauh lagi tak ?. Lalu arnab dan landak pun mengikuti kura-kura pergi ke tempat penyimpanan makanan. Monyet pun pergi mengekori mereka. Manakala burung pula telah pergi ke sarangnya. Alahai arnab. aku tahulah kau tu laju berjalan. Tidak lama lagi kita sampai.


Tiba-tiba sang kancil si kepala hutan muncul di hadapan monyet. Hai monyet, pergi ke mana tergesa-gesa tu ? Oh kancil , aku nak pergi………….. Bai, aku pergi dulu.


Malangnya, monyet telah terpinga-pinga kehilangan arah serta jejak arnab , kura- kura dan juga landak. Alamak ! Ke mana mereka pergi. ini semua salah kancil.


Setelah lama berjalan menelusuri hutan, monyet pun bertanya kepada dirinya sendiri. Mana mereka pergi ni, lama aku cari tak jumpa pun.


Tiba-tiba monyet mencium aroma makanan. Monyet pun mencari di mana aroma makanan itu berasal. Kenyangnya perut saya! Sedap, sedap betul buah rambutan ini. Banyaknyaa makanan.


Si Monyet mendapatkan idea untuk mencuri tumpuan mereka bertiga. Si Monyet berjalan dan terus berjalan sehinggalah tersepak sebiji kelapa yang besar. Dia terus berfikir cara untuk menjadi rakan-rakan si kura - kura, arnab dan si landak. Rupanya Si Monyet sengaja membaling kelapa tersebut ke udara dan membiarkannya jatuh ke tanah supaya dia dapat berpura - pura sakit disebabkan kemalangan tersebut di hadapan mereka bertiga. “Tolong - tolong”


Kemudian, landak, arnab dan kura - kura mendengar rintihan si monyet, mereka bergegas ke tempatnya untuk melihat keadaan si monyet. “Eh, monyet, kau kenapa? Kau okay ke?” Kaki aku sakit, arnab. Aku ingin mencari makanan, tetapi aku tergelincir.


Lalu, si kura - kura terus mencapai sehelai daun yang berdekatan untuk merawat kaki si monyet. Tanpa ikhlas, si monyet berterima kasih kepada kura - kura atas bantuan yang sebenarnya tidak diperlukan olehnya. Dia berpura - pura terhutang budi kepada mereka bertiga hanya sekadar untuk menjadi rakan mereka. Tidak boleh arnab, aku sedang kelaparan, aku perlu mencari makanan. Kau berehatlah dahulu monyet, nanti jika kaki kau sudah sembuh, barulah kau berjalan semula Jangan risau monyet, kami ada banyak makanan”


Lalu, si kura - kura terus mencapai sehelai daun yang berdekatan untuk merawat kaki si monyet. Dengan terpaksa, si monyet berterima kasih kepada kura - kura atas bantuan yang sebenarnya tidak diperlukan olehnya. Dia berpura - pura terhutang budi kepada mereka bertiga hanya sekadar untuk menjadi rakan mereka. Tidak boleh arnab, aku sedang kelaparan, aku perlu mencari makanan. Kau berehatlah dahulu monyet, nanti jika kaki kau sudah sembuh, barulah kau berjalan semula Jangan risau monyet, kami ada banyak makanan”


Lalu si kura - kura dan arnab memandang landak dengan penuh riak wajah yang gelisah. Si monyet terus membesarkan matanya memandang ke arah makanan yang diperkatakan oleh Landak . Dengan segera dia terus berlari ke arah makanan itu tanpa teringat kakinya yang sakit. Mereka semua kehairanan melihat monyet. Tanpa diundang, monyet terus makan buah - buahan yang terdapat di hadapannya. Lalu dia tersedar, arnab, kura - kura dan landak sedang memandangnya dengan riak terkejut. Maaf kamu semua, saya sangat lapar, sudah 3 hari saya tidak makan


Lalu si kura - kura dan arnab memandang landak dengan penuh riak wajah yang gelisah. Si monyet terus membesarkan matanya memandang ke arah makanan yang diperkatakan oleh Landak . Dengan segera dia terus berlari ke arah makanan itu tanpa teringat kakinya yang sakit. Mereka semua kehairanan melihat monyet. Tanpa diundang, monyet terus makan buah - buahan yang terdapat di hadapannya. Lalu dia tersedar, arnab, kura - kura dan landak sedang memandangnya dengan riak terkejut. Maaf kamu semua, saya sangat lapar, sudah 3 hari saya tidak makan


Setelah mereka makan bersama - sama, mereka hampir terlelap kekenyangan. Monyet berterima kasih dan memuji dengan ayat - ayatnya yang manis sehingga membuatkan mereka bertiga rasa berbunga - bunga mendengarnya.


Setelah mereka makan bersama - sama, mereka hampir terlelap kekenyangan. Monyet berterima kasih dan memuji dengan ayat - ayatnya yang manis sehingga membuatkan mereka bertiga rasa berbunga - bunga mendengarnya. Terima kasih arnab, kura - kura dan landak. Kamu semua memang baik dan rajin. Kamu telah merawat kakiku dan juga memberiku makanan. Beruntungnya siapa yang dapat berkawan dengan kamu semua.


Si Monyet tersenyum sinis apabila Kura-Kura mengajaknya menjadi rakan mereka. Pada diri Si Monyet, perbuatannya tadi telah berjaya memperdayakan mereka. Lalu, tanpa segan silu, Si Monyet terus bertanya perihal rahsia itu kepada Kura-Kura. Jadi, Kura-kura. Apakah rahsia yang perlu aku jaga ini?


Mendengar sahaja pertanyaan dari Si Monyet, Kura-Kura, Arnab dan Landak mengajak Si Monyet untuk menuju ke tempat yang mereka rahsiakan iaitu tempat penyimpanan makanan yang besar. Jom Monyet ! Ikut kami. Di sana pasti ada jawapan dari pertanyaan kamu tadi.


Tibanya mereka di tempat tersebut, Si Monyet berasa hairan. Yang hanya terdapat di hadapannya ialah sebatang pohon yang besar yang ditutupi dengan daun-daunan dan dikelilingi dengan semak samun. Tempat apa yang kamu bawakan ini? Tiada apa-apa pun di sini.


Kura-Kura dan Landak hanya menggelengkan kepala sahaja kepada Si Monyet. Arnab terus menuju ke bawah pohon besar itu dan membuka daun yang berada di bawah pohon. Setelah dibuka, ternyata terdapat berbagai jenis L buah-buahan yang sangat enak. ihatlah Monyet, apa yang ada dibawah pohon besar ini !


Wah, banyaknya buahbuahan di sini. Rupa-rupanya kamu semua menyimpan makanan di bawah pohon besar ini ya ! Dengan keterujaan Si Monyet sambil memikirkan niat jahatnya untuk mengambil kesemua makanan tersebut tanpa pengetahuan Kura-Kura, Arnab dan Landak selepas ini. Apabila Kura-Kura melihat riak wajah Si Monyet yang teruja itu, langsung memperingati Monyet sekali lagi untuk menjaga rahsia mereka. Ingat ya Monyet ! Jaga rahsia kita bersama. Jangan ada haiwan yang lain tahu tempat simpanan makanan kita ini.


Aduh ! Malasnya aku. Tapi aku sudah berteman dengan mereka. Ikutkan sahaja la. Setelah itu, Kura-Kura, Arnab dan Landak mengajak Si Monyet untuk mencari makanan lagi. Si Monyet yang mendengar ajakan mereka tersebut terlihat malas untuk mencari makanan bersama-sama tetapi kerana mereka sudah berteman dan perlu menjaga rahsia, Si Monyet terpaksa mengikutnya sekali. Ya Monyet, jom kita mencari makanan lagi ! Jom, Monyet. Makanan kita masih banyak lagi perlu dikumpul. Nanti, sudah malam kalau kita lambat bergerak.


Mereka bersama-sama mengumpul makanan dan meletakkannya di bawah pohon besar itu. Setelah bekerjasama, mereka semua berhasil mengumpulkan banyak sekali buah-buahan. Lalu, mereka terbaring di tanah dan beristirehat dengan penuh kepuasan hati.


Keesokan harinya, mereka berempat datang semula ke tempat penyimpanan makanan rahsia mereka untuk melihat makanan yang telah mereka kumpul bersama. Namun, setelah sampai ditempat itu, mereka semua terkejut melihat semua buahbuahan yang telah mereka kumpul di tempat tersebut habis tidak tersisa kecuali Monyet.


Eh, semua makanan yang kita kumpul telah habis? Mana perginya?! Siapa pencurinya?! Sebelum ini, tidak pernah berlaku kecurian makanan.


Eh, semua makanan yang kita kumpul telah habis? Mana perginya?! Siapa pencurinya?! Sebelum ini, tidak pernah berlaku kecurian makanan.


Eh, semua makanan yang kita kumpul telah habis? Mana perginya?! Siapa pencurinya?! Sebelum ini, tidak pernah berlaku kecurian makanan.


Mereka bertiga menolehkan kepala ke arah Monyet yang tidak terkesan akibat kehilangan makanan mereka dan dia baru sahaja tahu tentang tempat penyimpanan makanan rahsia mereka.


Ha, aku? Kenapa aku, bukankah kita berempat yang tahu tentang tempat ini? Mungkin kau, kau dan kau. Marah Monyet lalu menunding jari ke arah Landak, Arnab dan Kurakura. Mereka bertiga terkejut dengan tuduhan Monyet. Arnab, Landak dan Monyet berlaga mulut lalu Kura-kura berteriak untuk memberhentikan mereka.


Ha, aku? Kenapa aku, bukankah kita berempat yang tahu tentang tempat ini? Mungkin kau, kau dan kau. Marah Monyet lalu menunding jari ke arah Landak, Arnab dan Kurakura. Mereka bertiga terkejut dengan tuduhan Monyet. Arnab, Landak dan Monyet berlaga mulut lalu Kura-kura berteriak untuk memberhentikan mereka.


Kita semua kawan, tidak perlulah saling tuduh-menuduh. Monyet kan sudah cakap yang dia akan menjadi kawan yang jujur, baik, setia, pandai simpan rahsia. Jadi tidak semestinya dia yang mencuri.


Monyet pun menjawab dengan lega. Tetapi, Kura-kura mencadangan untuk berjumpa dengan Tupai untuk mencari tahu siapa pencurinya. Riak wajah Monyet terus berubah menjadi risau kerana dia bimbang sekiranya pencurinya dijumpa. Mereka berempat pergi ke tempat Tupai bersama-sama. Kan Kura-kura, kamu memang baik hati sebab tidak tuduh aku.


Monyet pun menjawab dengan lega. Tetapi, Kura-kura mencadangan untuk berjumpa dengan Tupai untuk mencari tahu siapa pencurinya. Riak wajah Monyet terus berubah menjadi risau kerana dia bimbang sekiranya pencurinya dijumpa. Mereka berempat pergi ke tempat Tupai bersama-sama. Kan Kura-kura, kamu memang baik hati sebab tidak tuduh aku.


Setibanya mereka di sana, Monyet teriak memanggil Tupai. Monyet menceritakan tentang kecurian yang berlaku tanpa memberi peluang kepada rakanrakannya untuk bercakap. Monyet turut membela dirinya. Dia berpura-pura tidak bersalah dalam hal ini. Tupai yang bijak, bolehkah kau bantu kami selesaikan masalah ini?


Tupai pun mencadangkan jalan penyelesaian kepada mereka berempat. Setiap kamu akan terima sebatang ranting kayu yang sama panjang. Semua perlu bawa ranting kayu ini dan pulangkan esok kepada aku. Siapa yang ranting kayunya menjadi panjang dialah pencurinya.


Sepanjang malam itu, Monyet tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik memikirkan ranting kayunya dan nasibnya pada esok hari. Macam mana ni, kalau ranting ini jadi panjang habislah aku. Tapi bolehkah ranting ini jadi panjang?


Keesokan harinya, Kura-kura, Landak, Arnab dan Monyet berbaris di belakang ranting masing-masing. Tupai memeriksa setiap ranting yang diagihkan semalam. Dia mendapati ranting kayu monyet lebih pendek berbanting ranting Kura-kura, Arnab dan Landak. Ha, nampaknya Monyetlah pencurinya kerana ranting kayunya yang paling pendek! Kenapa pula begitu? Semalam, kau bagitahu ranting paling panjang adalah pencurinya.


Tupai pun memberitahu helahnya kepada mereka berempat. Ya, memang akulah pencuri itu! Sebenarnya, itu helah aku saja. Kau patahkan ranting kayu itu jadi pendek sebab mahu elak ranting itu menjadi panjang, bukan? Jadi kau lah pencurinya.


Kawan-kawannya memandang ke arahnya dan tidak lagi mempercayai kata-kata Monyet. Oh semasa kau mahu berkawan dengan kami, pandai kau berkata-kata manis tapi satu pun tak ditunaikan. Perbuatan kau ini ibarat menanam tebu di pinggir bibir! Kau memang tak boleh dipercayai


Monyet melihat reaksi kecewa daripada rakan-rakannya. Dia pun meminta maaf dan menyedari kesilapannya. Perbuatannya telah menyebabkan dia tidak lagi dipercayai. Aku minta maaf kerana terlalu pentingkan diri. Aku berjanji tidak akan mencuri lagi.


Selepas peristiwa itu, Monyet berjanji untuk tidak lagi mengeluarkan kata-kata manis yang hanya lahir di bibir tetapi tiada usaha untuk melakukannya seperti menanam tebu di pinggir bibir.


Click to View FlipBook Version