The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 - KEBAIKAN_DAN_KEBURUKAN_PENGGUNAAN_INTERNET_TERHADAP_PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11070364, 2024-01-29 23:56:30

1 - KEBAIKAN_DAN_KEBURUKAN_PENGGUNAAN_INTERNET_TERHADAP_PELAJAR

1 - KEBAIKAN_DAN_KEBURUKAN_PENGGUNAAN_INTERNET_TERHADAP_PELAJAR

Copyright © 2022 by Top Scholar Education Group Sdn Bhd. All rights reserved. Reproduction of any 1 | P a g e form without the express written consent of Top Scholar Education Group Sdn Bhd is prohibited. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP PELAJAR Sedasawarsa ini, penyalahgunaan Internet dalam kalangan pelajar telah menjadi buah mulut khalayak. Berita seperti siber buli, penipuan dan ketagihan media sosial sering terpampang di dada akhbar. Keadaan ini mengundang kebimbangan semua pihak. Justeru, kita harus mengenal pasti kebaikan serta keburukan Internet terhadap pelajar, ibarat buang yang keruh, ambil yang jernih. Sesungguhnya, Internet dapat membantu murid-murid belajar dengan mudah dan cepat. Dalam menyingkap hal ini, murid-murid mampu memperoleh ilmu di hujung jari dengan menggunakan Internet. Misalnya, “Google”, “Safari” dan “Yahoo” boleh digunakan untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu membazir masa untuk mendapat maklumat-maklumat terkini di perpustakaan, bak kata masa itu emas. Walhasilnya, Internet merupakan wahana yang membantu berjutajuta pelajar untuk mendapat maklumat. Dari aspek yang lain pula, Internet memudahkan remaja berhubung dengan rakan di samping menambah kenalan baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana aplikasi sosial boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seantero dunia. Contoh yang boleh diketengahka termasuk aplikasi Facebook, WhatsApp, WeChat dan Line. Dengan ini, hubungan silaturahim antara rakan dapat dieratkan bagai isi dengan kuk. Tegasnya, penggunaan Internet membolehkan pelajar berinteraksi dengan rakan selain menambah sahabat baharu. Di sebalik kemaslahatan yang tidak terhingga, penggunaan Internet tanpa kawalan akan menjejaskan prestasi akademik seseorang pelajar. Dalam konteks ini, pelajar sanggup menghabiskan masa yang banyak untuk melayari Internet sehingga mengabaikan pelajaran. Sebagai analogi, segelintir pelajar didapati ketagih dalam permainan maya, menonton video dan berbual kosong dengan rakan. Kesannya,


Copyright © 2022 by Top Scholar Education Group Sdn Bhd. All rights reserved. Reproduction of any 2 | P a g e form without the express written consent of Top Scholar Education Group Sdn Bhd is prohibited. mereka menjadi seorang yang berat tulang .seterusnya gagal menjaring kejayaan. Ikhtisarnya, Internet menyebabkan pelajar tercicir dalam pelajaran. Sementelahannya, pelajar akan terdedah kepada kandungan negatif yang dipaparkan dalam laman Internet. Dalam hal ini, fikiran pelajar yang berumur setahun jagung senang dipengaruhi. Contohnya, pelajar mungkin terikut-ikut dengan aksi yang tidak bermoral seperti merokok, bergaduh, berjudi dan lain-lain. Sebagai impak, maruah pelajar dan keluarga terjejas, bak kata menconteng arang di muka. Sudah terang lagi bersuluh, unsur-unsur negatif dalam Internet akan merosakkan fikiran remaja. Intihanya, penggunaan Internet membawa pelbagai manfaat dan keburuka terhadap pelajar. Justeru, semua pihak seharusnya bersendel bahu bagai aur dengan tebing untuk mendidik pelajar supaya tidak menyalahgunakan Internet. Dengan ini, pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.


Click to View FlipBook Version