The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yunizarcsalleh, 2022-04-05 02:01:30

Ibnu Batutah (1)

Ibnu Batutah (1)

Ibnu Batutah

Penjelajah Muslim Paling Terkenal dalam Sejarah Dunia

Penjelajah hebat Abu Abdullah Muhammad atau
dikenali sebagai Ibnu Batutah. Dalam tempoh hampir 30
tahun beliau mengembara sejauh 120,000 km merentasi
daerah yang kini terletaknya 44 buah negara. Beliau
telah melalui pelbagai rintangan sepanjang
pengembaraan itu dan beliau mencatat pengalamanya
didalam sebuah buku dikenali sebagai "Rihlah"

Penjelajah Muslim Yang Hebat Dan Disegani

Dilahirkan pada 25 Februari 1304 Masihi bersamaan 17 Rajab 703 Hijrah di Tangier ,
Maghribi(Morocco). Ibnu Batutah dibesarkan oleh keluarga islam yang taat dan beliau berminat
mendalami ilmu fiqah , perundangan islam , sastera dan bahasa arab. Keluarganya telah
menghasilkan ramai hakim -hakim muslim yang terkenal. Beliau juga mendapat pendidikan awal
tentang perundangan dan sastera kampung halamanya.
Didalam catatan beliau , Ibnu Batutah menyatakan kesedihan meninggalkan keluarga , sahabat
dan kampung halamanya. Beliau telah melalui 4 peringkat pengembaraan selama 30 tahunAddalittlebitofbodytext
sewaktu usianya 21 tahun.

Pada mulanya beliau mengembara sendirian menaiki keldainya. Beliau menyertai sebuah
rombongan haji bagi mengelakkan dirinya dirompak. Walaupun keselamatannya lebih terjamin ,
beliau tidak terlepas dari serangan penyakit . Beliau demam sehingga terpaksa mengikat kakinya
pada pelana keldai untuk mengelakkan dirinya jatuh.

Fasa Pengembaraan Ibnu Batutah

Dalam perjalanan pertama ke Mesir , melalui pesisir pantai di
utara Afrika dari Tripoli sehingga Iskandariah . Apabila tiba di
Kaherah , beliau menjelajah ke seluruh negara itu untuk
melawat tempat bersejarah. Kemudian beliau menuju ke
Baitulmaqdis , Damsyik dan seterusnya ke Mekah bagi
menunaikan fardu haji. Apabila selesai menunaikan Haji beliau
meneruskan perjalanan keduanya ke Iraq dan Parsi (Iran). Beliau
kembali ke Mekah dan menetap selama tiga tahun untuk
mendalami ilmu agama.

Dalam perjalanan ke tiga , beliau menghala ke Azerbaijan dan
Yaman melalui Laut Merah . Beliau juga merentasi Somalia ,
Tanzania dan Kenya Afrika. Kemudian kembali semula ke Mekah
melalui Oman dan Bahrain.

Selepas itu beliau meneruskan perjalanannya ke Asia kecil ,
Bulgaria , Rusia sehingga dari Afghanistan , Ibnu Batutah
melanjutkan perjalannya ke India , China dan Kepulauan Jawa.

Pengembaraanya diteruskan ke Asia , Beliau kembali semula ke
Maghribi buat sekita .Beliau melanjutkan pengembaraannya ke
Andalusia ( Sepanyol) dan mengunjungi pelabuhan dan kota
besar. Akhirnya beliau kembali ke Maghribi melalui Sudan dan
padang pasir Sahara.

Pengalaman dan Pengembaraan

Ibnu Batutah menyatakan dalam kitab Tuhfat Al-Nazhar bahawa
dia telah menemui begitu ramai pemerintah dan raja . Namun ,
beliau paling mengagumi tujuh orang raja yang memiliki
kelebihan luar biasa .Antaranya

Raja Iraq yang sangat berbudi bahasa
Raja Hindustani (India ) yang sangat peramah
Raja Yaman yang berakhlak mulia
Raja Turki yang gagah perkasa
Raja Romawi yang sangat pemaaf
Raja Tukistan (Kzakhstan) yang sangat bertolak ansur
Raja Melayu (Sumatera) Malik Al Zahir yang berpengetahuan
luas

Pengalaman Manis Dan Pahit

Bertemu ramai ahli sufi
Berjuang bersama- sama keturunan Ganghis Khan
Menjadi ketua hakim di Delhi dan Kerala atas lantikan
Sultan Muhammad bin Tughlag
Berkahwin dengan keluarga diraja Maldives
Dirompak dan diculik lanun di India
Menunaikan haji sebanyak 7 kali

Sumbangan Ibnu Batutah adalah seorang tokoh yang banyak
menyumbang dalam perkembangan ilmu pengetahuan
geografi dan sejarah . Selain itu, di dalam buku Rihlah
yang ditulisnya menceritakan pelbagai aspek sosial ,
ekonomi , ekologi, teknologi dan politik terutamanya
berkaitan dengan dunia islam.

Malangnya , pencapaian beliau yang luar biasa tidak
mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip
tulisannya telah disembunyikan pihak Perancis yang
banyak menjajah negara-negara Afrika ketika itu.

Rujukan Karya -karya beliau kemudian telah diterjemahkan ke
Dunn, Ross E. (1986). The Adventures of Ibn Battuta. bahasa Perancis dan Inggeris dan telah dibukukan
University of California Press. ISBN 0-520-05771-6.. sebanyak empat jilid merangkumi 1000 muka surat.
Reissued and revised in 2004 ISBN 0-520-24385-4
Ibn Battuta on the Web Diarkibkan 2009-08-22 di Pengalaman pengembaraanya telah membuka minda
Wayback Machine — a Ibn Battuta-centered web masyarakat Eropah.
directory Beliau digelar oleh para orientalis sebagai “The Prince of
Ibn Battuta: Travels in Asia and Africa 1325-1354 — Muslim Travellers”.
excerpts from H. A. R. Gibb's translation
Ibnu batutah- Penjelajah Muslim Terhebatdalam ycs
sejarah
Tokoh Pengembaraan dan Pelayaran Islam


Click to View FlipBook Version