PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN WAKAF STAN
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
MESYUARATKALI KE
AGUNG TAHUNAN
42PIBG
2021
Perasmian Oleh:
PN. NORHAYATI BT HUSSIN
PEGAWAI PENGHUBUNG SEKOLAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU
21 OGOS 2021 KEDIAMAN
SABTU/9.30 PAGI MASING-MASING
Link GoogleMeet akan diberikan pada Jam 9:15 Pagi Hari Sabtu
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 ISI KANDUNGAN 1
2 SEKAPUR SIREH 2
3 SEKACIP PINANG 3
4 ATURCARA MAJLIS 4
5 JAWATANKUASA PENTADBIR PIBG 2020-2021 5
6 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 6
7 NOTIS MESYUARAT AGUNG 7
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 8
9 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-41 9-13
10 LAPORAN AKTIVITI 2020 14
11 PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DESEMBER 2020 15
12 USUL 16
PENGHARGAAN 17
-1-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu,
maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada
semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi
bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis
kali ini.
Anak-anak adalah amanah . Kita hendaklah memberikan sesuatu yang terbaik buat mereka supaya
mereka bersedia menghadapi cabaran di masa hadapan. Walaubagaimanapun pada tahun 2020 dan
2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak Covid-19. Cabaran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah lebih mencabar dimana proses pengajaran dan pembelajaran dibuat secara
dari rumah (PdPr) bukan secara bersemuka. Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh
dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat
diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi
memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan
keberhasilan anak-anak mereka.
Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama
semua pihak secara berterusan anak-anak didik sekolah ini akan dapat terbina sebagai seorang yang
cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Sekian saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
_________________
(Hajah Azizah bt Che Lah)
Guru Besar Sk. Wakaf Stan
-2-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
SEKACIP PINANG
Assalamualaikum
Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya dahulukan ke hadrat ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat
menitip sepatah dua kata di ruangan ini sebagai perkongsian Bersama-sama dalam mendokong misi dan
visi sekolah. Syukur alhamdulillah juga kerana kita masih diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan
daripada wabak covid-19. Pendemik covid-19 menuntut kita sama-sama berkorban secara total dalam
usaha menghapuskan ancaman virus ini. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam usaha murni
ini, sekiranya ada sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek peralatan komunikasi dan hebahan
maklumat perlu sama-sama kita tangani secara berhemah.
Saya selaku YDP PIBG sekolah ini sangat berterima kasih atas segala kerjasama sumbangan idea dan
tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa, waris,
penjaga yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Saya tahu bukan
mudah guru-guru dalam mengorak langkah dalam menjayakan PDPR secara berkesan setiap masa tetapi
saya percaya semuanya boleh diatasi jika kita bergerak sederap bersama antara guru-guru dan ibu bapa.
Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat suci
kita membuahkan hasil untuk anak-anak SKWS.
Sekian, terima kasih
( SAIPUL BAHRI B. MD NOR)
Yang Dipertua PIBG Sk Wakaf Stan
-3-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
ATUR CARA MAJLIS
MASA PERKARA
9.00 -9.30 Pendaftaran Peserta Secara Atas Talian
9.30 – 10.00
Bacaan Doa Oleh:
Tn. Hj Ilias b Junuh
Ucapan Aluan Tn. Guru Besar:
Pn. Hjh. Azizah bt Che Lah
Ucapan YDP PIBG:
En. Saipul Bahri b. Md Nor
Ucapan Perasmian Oleh:
Pn. Norhayati bt Hussin
Pegawai Penghubung Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
10.00 – 11.30 pagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-42/2021
11.30 pagi Majlis Bersurai
-4-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
JAWATANKUASA PENTADBIR PIBG SESI 2020-2021
JAWATANKUASA INDUK
Ex-Officio (Guru Besar) : Pn. Hajah Azizah bt Che Lah
Yang Dipertua : En. Saipul Bahri b Md Nor
Naib Yang Dipertua : Dr Mohammad Zikri b Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran : En. Ashaari Azmi b Muhamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: En. Zairullah b. Yusoff
Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Mek Som @ Nora bt Abdullah
Ahli Jawatankuasa Ibu bapa
En. Zarawi b Daud
En. Mohd Lazim b. Salleh
En. Mohd Nor Fadzliza b Nordin
Pn. Nur Arbinni bt Ariff
Pn. Nurul Laili bt Hazmi
Ahli Jawatankuasa Guru:
Pn. Hajah Noor Hayati bt Jusoh
Pn. Wan Norizan bt Ab Kadir
En. Mokhtar b. Awang Mat
Pemeriksa Kira-kira:
En. Roslan b. Hassan
Pn. Farizan bt. Mat Abd Majid
-5-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
e- Sambutan e-bahan mesyuarat
Pn. Hjh. Azizah bt Che Lah (GB) Tn. Hj. Mohd Nazri b. Nawi
En. Saipul Bahri b. Md Nor (YDP) En. Abdul Aziz b Mat Salleh
En. Ashaari Azmi b Muhamad (PKP) Pn. Wan Norizan bt Ab Kadir
Dr Mohammad Zikri b. Ahmad (NYDP) Pn. Suriani bt Mohamed
En. Zairullah b Yusoff (PKHEM) Pn. Jamilah bt Ahmad Zabidi
Pn. Mek Som @ Nora bt Abdullah (PKKO) Pn. Wan Norhafiza bt Wan Ahmad
e- Banner/ Buku Program Google Meet/Pendaftaran
Pn. Sharina bt Yasin Cik Nur Dalia bt. Idris
Pn. Noor Hayati bt Jusoh Tn. Hj. Mohd Adli b. Yakob
Pn. Normailani @ Che Ani bt Zakaria En. Mohd Shukri b. Awang
Pn. Shuaida bt Ismail
e-dokumentasi/pelaporan
e- Bacaan Doa En. Rusli b Mohamed
Tn. Hj Ilias b Junoh En. Roslan b Hassan
En. Sukri b. Mat Ali Pn. Ruzita bt Ghazi
Pencatat Minit Jawatan Kuasa Teknikal
Pn. Nur Surayya bt Nawawi En. Mokhtar b. Awang Mat
Pn. Noor Hashimah bt Muhamad En. Yahya b Mat Arop
Pn. Suhaila bt Yusoff Pn. Adibah Nani bt Ismail
Pn. Nik Rohaya bt Nik Soh
Pengacara Majlis
Pn. Zulaiha bt Abdul Ghani
Pn. Siti Esah Bt Abd Rahman
-6-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
-7-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
AGENDA MESYUARAT
BIL PERKARA
1 Ucapan Aluan Pengerusi
2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 41/2020
3 Perkara-perkara berbangkit
4 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2020
5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020
6 Pembentangan Usul
7 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2020-2021
8 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2021-2022
9 Hal-Hal Lain
10 Ucapan Penangguhan
-8-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL.41/2020
Tarikh : 7 MAC 2020
Hari : SABTU
Masa : 8.30 pagi
Perasmian oleh : YBrs. En. Badruddin bin Wan Omar
Penolong Pengarah Unit Sains Sosial, Sektor Pembelajaran JPN, Kelantan.
Pengerusi Mesyuarat : Yang dihormati En Saipul Bahri bin Md Nor
Yang Dipertua PIBG
Agenda :
1. Ucapan YDP PIBG : En Saipul Bahri bin Md Nor
1.1 Memulakan mesyuarat dengan surah Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru.
1.3 Menggalakkan semua ibu bapa hadir ke sekolah untuk mengeratkan siraturahim dengan guru
dan kakitangan sekolah.
1.4 Mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam UPSR dan UPKK 2019. Juga
ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah berusaha tanpa mengenal jemu.
1.5 Mendoakan semoga Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan terus cemerlang.
Tindakan : Makluman
2. Membentang dan Mesgesahkan Minit Mesyuarat PIBG Bil. 40/2019 oleh Setiausaha : Tn Hj Mohd
Nazri bin Nawi.
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat untuk pengesahan. Rujuk muka surat 12 – 16.
Cadangan pengesahan oleh : En. Mohd Noraimi b Nordin
Sokongan pengesahan oleh : En. Mohd Zawawi b Abdul Ghani
3. Perkara berbangkit.
- Tiada perkara berbangkit.
4. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti 2019
4.1 Pembentengan laporan aktiviti oleh setiausaha pada muka surat 9.
Cadangan pengesahan oleh : Pn. Zurina bt Noor
Disokong oleh : Pn. Rosilawati bt Ghazali
5. Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember oleh
bendahari En Abdul Aziz bin Mat Salleh.
Pembentangan laporan kewangan oleh bendahari pada muka surat 17 hingga muka surat 21.
Cadangan pengesahan oleh : En. Wan Zahari b Tahir
Disokong oleh :En. Ramli b. Yusuf
-9-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
6. Perkara berbangkit (penyata kewangan)
- Tiada perkara berbangkit.
7. Perbincangan usul
7.1 Nama pencadang 1 :
Usul 1 : Ibubapa atau penjaga menghantar anak di luar pagar sekolah, untuk
keselamatan murid-murid.
Guru Besar : Boleh dikuatkuasakan tetapi mendapat rungutan terutama semasa hari
hujan. Beliau telah memaklumkan perkara ini pada anak-anak di awal tahun
persekolahan, supaya kereta yang masuk tidak mengundur selepas menghantar anak
mereka. Masuk pintu utama dan keluar di pintu kedua.
Usul 2 : Murid-murid Tahun 1, 2 dan 3, kelas di bawah.
Guru Besar : Keadaan fizikal sekolah tidak mengizinkan murid-murid tahap 1, kelasnya
berada di bawah. Sekolah kita tidak ada dewan tertutup. Murid-murid Tahun 6 di kelas
yang boleh buka untuk UPSR, keutamaan penggunaan dewan. Buka dewan untuk
membiasakan calon-calon UPSR dengan peraturan peperiksaan. Mereka duduk mengikut
angka giliran. Bila mereka di kelas atas, mereka akan berpindah randah dan timbul pula
masalah kehilangan buku.
Usul 3 : Murid memakai selipar semasa fardu ain.
Guru Besar : Sepanjang pemerhatian hingga November 2019 kelas Kafa. Bila mereka
menukar kasut, guru akan menjadi tukang kutip kasut. Guru akan menyimpan kasut
tersebut dan diwar-warkan pada keesokan harinya. Untuk mengelakkan perkara ini
berlaku Guru Besar telah menguatkuasakan memakai kasut semasa fardu ain. Tetapi
diberi kelonggaran boleh memakai selipar selepas waktu solat Asar.
7.2 Nama pencadang ke-2 : Azizawati bt Ariffin
Usul 1 : Gotong-royong untuk menceriakan kelas anak-anak.
Guru Besar : Gotong royong Perdana akan diadakan pada 4 April 2020 dan dipersetujui
oleh semua AJK. Melibatkan semua ibubapa dan penjaga. Mengambil peruntukan
kewangan PIBG untuk persegaran. Ibubapa pula digalakkan membawa kuih muih untuk
jamuan di sekolah. Para ibu boleh membuat apa sahaja untuk menceriakan kelas anak
masing-masing bersama guru kelas. Pihak sekolah mengharapkan ibubapa dapat
mendermakan cat dan apa sahaja bagi tujuan tersebut. Bilik-bilik darjah di sekolah ini
belum mencapai tahap kelas yang kondusif. Pada bulan Mac akan bermula Pertandingan
Keceriaan Kelas dan hadiah-hadiah akan disediakan. Sebagai contoh negeri Johor dan
Selangor, ibubapa membantu menceriakan kelas anak masing-masing.
Usul 2 : Sosej, nuget ada dijual di kantin sekolah.
Guru Besar : AJK telah menyebut / menyenaraikan barang makanan dan minuman yang
dilarang dijual di kantin sekolah. Guru Besar sentiasa memantau jualan di kantin sekolah.
Malangnya murid-murid kita membeli makanan dan minuman di luar sekolah sebelum
mereka masuk kelas fardu ain. Guru Besar akan mengarahkan supaya pagar ditutup pada
pukul 1.30 petang supaya murid-murid ini tidak membeli di luar. Bila berlaku keracunan
-10-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
makanan, sekolah akan dipertanggungjawabkan. Pagar akan dibuka pukul 3.00 petang
untuk murid-murid Tahun 6 pulang dari kelas tambahan UPSR.
7.3 Nama pencadang ke-3 : Zuliani bt Daud
Usul 1 : Kelas Pra Sekolah dekat dengan bangunan pejabat.
Guru Besar : Ini tertakluk kepada peruntukan Kementerian, kecuali ada dana tambahan
kerana Pra sekolah adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.4 Nama pencadang ke-4 : Pn Norhidayati bt Abd Rahman
Usul 1 : Medium maklumat untuk aktiviti sekolah.
Guru Besar : Banyak aktiviti yang dijalankan di sekolah. Maklumat akan diberitahu kepada
murid-murid untuk disampaikan kepada ibubapa dan penjaga. Pihak sekolah mengalu-
alukan kehadiran ibubapa ke sekolah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Disarankan ibubapa berjumpa dengan pihak pentadbir sebelum terus ke kelas. Contoh,
video yang sedang viral sekarang. Pihak sekolah sedia menerima kehadiran ibubapa
untuk berbincang demi kebaikan bersama.
7.5 Nama pencadang ke-5 : Pn Adawiyah bt Ismail
Usul 1 : Gotong royong guru dan ibubapa,
Guru Besar : Guru-guru sedia bekerjasama dengan ibubapa iaitu mengecat pagar sekolah
dan menjahit langsir kelas. Pihak sekolah mengharapkan sponser daripada ibubapa untuk
membeli cat dan menjahit langsir.
7.6 Nama pencadang ke-6 : En Mohd Norfazliza
Usul 1 : Wujudkan wasap kelas Fardu Ain untuk kemudahan ibubapa.
Guru Besar : Tahun 6, UPSR dan Tahun 5, UPKK telah diwujudkan wasap. Jika ada
keperluan, kelas Fardu Ain juga akan berbuat demikian.
Doktor Zikri : Kita perlu menghormati privacy guru dan boleh berwasap hanya kepada
ibubapa yang sangat memerlukan.
7.7 Nama pencadang ke-7 : Pn Nazirah bt Abdullah
Usul 1 : Apakah fungsi tabung PIBG (berbentuk soalan)
Guru Besar : Pihak sekolah menerima peruntukan kewangan daripada KPM sebanyak RM
4.50 perkepala. Januari hingga November pelbagai aktiviti perlu kita jalankan dengan
hanya RM 4.50 seorang murid.
Bendahari : PIBG adalah tangan kanan kepada kewangan sekolah. Fungsinya sangat besar
untuk membantu aktiviti yang dijalankan di sekolah. Peruntukan yang diberikan oleh KPM
sentiasa dipotong, iaitu peruntukan kurikulum dari RM 10.00 telah dipotong menjadi RM
4.50 sekarang. Unit kokurikulum ada peruntukan untuk menjalankan pelbagai aktiviti,
contohnya Sukan tahunan sekolah. Unit Kurikulum, hadiah galakan tetapi Unit Hem tidak
ada peruntukan. Unit Hem adalah unit yang penting untuk menjadikan murid-murid
sebagai modal insan, dengan itu program motivasi adalah diperlukan. Perbelanjaan untuk
satu program motivasi adalah sebanyak RM 700.00, begitu juga program-program yang
lain. Kemasukan wang sangat sedikit berbanding dengan wang keluar. Bendahari
-11-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
mencadangkan supaya bayaran PIBG setiap keluarga dinaikkan. PIBG sentiasa
menyokong dari segi kewangan untuk kecemerlangan murid-murid di sekolah ini.
7.8 Nama pencadang ke-8 : En Mohd Lazim
Usul 1 :Pagar di belakang sekolah.
Anjing masuk dalam kawasan sekolah.
Guru Besar : Telah membuat permohonan kepada JPN dan KPM dan sehingga sekarang
tiada maklum balas.
Usul 2 : Gotong royong tebang pokok dekat tangki air yang tidak memberi manfaat kepada
sekolah.
Guru Besar : :Pokok besar adalah di luar kawasan sekolah.
Usul 3 : Banyak tandas rosak.
Guru Besar : Sudah sedia maklum dan pihak sekolah telah membuat permohonan untuk
baik pulih tandas. Setakat ini tiada maklum balas daripada JPN.
8. Hal-hal lain.
En Saipul Bahri bin Md Nor (pengerusi PIBG) meminta pandangan supaya wakaf menunggu di luar
pagar sekolah, dialihkan ke dalam kawasan sekolah. Sebulat suara bersetuju diadakan gotong
royong untuk mengalihkan wakaf tersebut. Tarikh yang dicadangkan ialah 4 April 2020.
Pengerusi mencadangkan bayaran PIBG dinaikan dari RM 10.00 satu keluarga kepada RM 10.00
perkepala. Majoriti menyokong cadangan bayaran tersebut. Bayaran RM 10.00 perkepala
bermula pada tahun ini. Yuran kecemerlangan Tahun 1 hingga Tahun 6 ialah RM 30.00 sekepala.
9. Pembubaran Jawatankuasa Pentadbir PIBG 2019 – 2020.
9.1 Pengerusi membubarkan Jawatankuasa Pentadbir PIBG bagi sesi 2019 – 2020
10. Pelantikan Jawatankuasa Pentadbir PIBG sesi 2019 – 2020.
SENARAI NAMA JK PENTADBIR PIBG 2019 – 2020
Ex-Officio : Pn Hjh Azizah bt Che Lah (Guru Besar).
Yang Dipertua : En Saiful Bahri bin Md Nor
Naib Yang Dipertua : Dr Mohammad Zikri bin Ahmad
Setiausaha Kehormat : Tn Hj Mohd Nazri bin Nawi
Bendahari Kehormat : En Abdul Aziz bin Mat Salleh
Ahli Jawatankuasa Ibu bapa : En. Zarawi b Daud
Ahli Jawatankuasa Guru : En. Mohd Lazim b. Salleh
En. Mohd Nor Fadzliza b Nordin
Pn. Nur Arbinni bt Ariff
Pn. Nurul Laili bt Hazmi
En Ashaari Azmi bin Mohamad (PKP)
En Mohd Faidzul Ezwan bin Mat Nawi (PK HEM)
En Zairullah bin Yusuf (PKKO)
Pn Hjh Rahimah bt Salleh
Pn Hjh Noor Hayati bt Jusoh
-12-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
Pemeriksa Kira-kira: Pn Wan Norizan bt Ab Kadir
En Mokhtar bin Awang Mat
Tn Hj Ruzaidi bin Ismail
En Roslan bin Hassan
11. Ucapan penangguhan YDP
Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41/2020.
11.1 Memohon maaf atas segala kelemahan sepanjang majlis berlangsung.
11.2 Berharap ukhuwah antara ahli PIBG SKWS akan terus erat.
Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 11.00 pagi, dengan surah Al- Asr dan tasbih
kafarah.
Disediakan oleh, Disemak oleh;
(TN HJ MOHD NAZRI BIN NAWI) (PN HJH AZIZAH BT CHE LAH)
Setiausaha PIBG 2019 Guru Besar
SK Wakaf Stan. SK Wakaf Stan.
Disahkan oleh,
(EN SAIPUL BAHRI BIN MD NOR)
Yang Dipertua PIBG 2019,
SK Wakaf Stan.
-13-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
BIL AKTIVITI/SUMBANGAN
1 Mesyuarat Agung PIBG (7.3.2020)
2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG ( Mac ,Julai)
3 Motivasi Keibubapaan (29.2.2020)
4 Perjumpaaan Ibu bapa (13.2.2020)
5 Majlis Penyampaian Wang Zakat (26.2.2020)
6 Gotong-royong sempena pembukaan sekolah normal
baharu
-14-
PENYATA KEWANGAN PIBG SKWS 01.01.2020 SEHINGGA 31.12.2020
WANG MASUK WANG KELUAR
KETERANGAN
BIL TARIKH JUMLAH BIL TARIKH KETERANGAN JUMLAH
(RM) (NO. (RM)
BAUCER)
1. 01.01.2020 Baki berakhir 31.12.2019 17 576.40 1. 15.01.2020 Bayaran makan YDP sempena jamuan 50.00
(1/2020) akhir tahun dan perpisahan guru (guru
bertukar) 2019
2. 13.01. 2020 Sumbangan PIBG dan 30.00 2. 31.01.2020 Persegaran mesyuarat AJK PIBG bil. 126.00
kecemerlangan tahun 2019
(2/2020) 1/2020
3. 31.01.2020 Hibah bank
20.02 3. 13.02.2020 Persegaran perjumpaan ibu bapa tahun 6 98.00
4. Feb 2020 Sumbangan PIBG dan (3/2020)
kecemerlangan tahun
sebelum 2019 70.00 4. 26.02.2020 Agihan zakat kepada asnaf 9 200.00
5. 29.02.2020 Hibah bank (4/2020)
6. 31.03.2020 Hibah bank 17.15 5. 29.02.2020 Persegaran majlis motivasi keibubapaan 300.00
400.00
(5/2020) 300.00
110.00
7.36 6. 29.02.2020 Sumbangan kepada penceramah 1 335.00
(6/2020) motivasi keibubapaan (TN. HJ. NIK MAT 650.00
NIK LIB)
7. 30.04.2020 Hibah bank 7.13 7. 29.02.2020 Cenderahati persaraan (2 orang guru dan
8. 31.05.2020 Hibah bank
9. 30.06.2020 Hibah bank (7/2020) seorang pekerja)
7.38 8. 29.02.2020 Makan YDP dan NYDP sempena majlis
(8/2020) persaraan
7.15 9. 4.3.2020 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG
(9/2020) a) Medal RM120
b) Persegaran dhif RM200
c) Persegaran Guru dan Ibu bapa
RM375
d) Kecemerlangan Akademik
RM460
e) Cenderahati RM100
f) Banner RM80
10. 31.07.2020 Hibah bank 6.78 10. 13.7.2020 Pembelian tong air basuh tangan dan
(10/2020) baldi setiap kelas
11. 31.08.2020 Hibah bank 6.39
12. 14.09.2020 SumbanganParlimen Kubang 2 500.00
Kerian
13. 30.09.2020 Hibah bank 7.93
14. 31.10.2020 Hibah bank 9.59
15. 30.11.2020 Hibah bank 9.29
16. 31.12.2020 Hibah bank 9.61
19. 31.01.2021 Hibah bank 9.65 Jumlah Perbelanjaan 12 569.00
JUMLAH BESAR 20 301.83 Baki di tangan 159.36
Baki di bank sehingga 31.12.2020
JUMLAH BESAR 7 573.47
20 301.83
-15-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
MEMBAHAS CADANGAN /USUL
NAMA WARIS CADANGAN/USUL JAWAPAN
Nor Anizan bt Mat Yassin 1. List kehadiran diganti dengan gforms
(Nur Arissa al-zahra – 4IR) dan secara berpusat iaitu hanya 1
gforms untuk semua subjek.
2. Mansuhkan group matapelajaran,
hanya ada group wasap kelas yang
rasmi utk PdPR dan penyaluran
maklumat pihak sekolah kpd
ibubapa.
Pn.Norsuzieliana bt 3. Pembukaan sekolah haruslah di
shamsudin semak dahulu sehingga kes covid-19
(Syaidatul Syazreen Alia bt mencapai 100 ke bawah
shahrin 3 IK)
-16-
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 42/2021
Sekalung Budi
Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibubapa dan Guru Sk Wakaf Stan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus
lumus dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 42 sesi 2021 ini
terutamanya
Pn. Norhayati bt Hussin
Pegawai Penghubung Sekolah
PPD Kota Bharu,
Pn. Hjh Azizah bt Che Lah
Guru Besar Sk. Wakaf Stan
En. Saipul Bahri b. Mohd Nor
Yang Dipertua PIBG
Dr. Mohammad Zikri b. Ahmad
Naib Yang Dipertua PIBG
Barisan Penolong Kanan Sk Wakaf Stan
Semua AJK PIBG
AJK Pelaksana
Semua Guru Dan Kakitangan Sokongan
Semua Ibubapa
Serta
Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Dalam menjayakan majlis ini.
Segala Pengorbanan Yang Telah Disumbangkan
Hanya Allah S.W.T Sahaja yang Dapat Membalasnya
Amin
-17-