LATAR BELAKANG SMK Gunung Rapat sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan pada masa yang sama adalah sebuah Sekolah Sukan Negeri sering menghasilkan calon-calon SPM yang mampu mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Bagi mencapai usaha tersebut, pelbagai program kecemerlangan telah dirancang sepanjang tahun bagi memastikan mereka sentiasa cemerlang dalam bidang akademik. Program-program sokongan juga telah dijalankan bagi memastikan kesediaan dan motivasi pelajar berada pada tahap yang optimum bagi mengahdapi peperiksaan SPM. Justeru itu, Majlis Restu Ilmu dilihat sebagai salah satu program sokongan yang diwujudkan bagi memberi sokongan emosi kepada calon-calon SPM. OBJEKTIF PROGRAM Menunjukkan sokongan pihak sekolah kepada para pelajar bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi emosi dan motivasi pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk memohon kemaafan dan restu daripada guru-guru yang mengajar. Mengeratkan hubungan di antara para pelajar dan guru supaya dapat bersama-sama menghadapi tekanan dalam peperiksaan SPM yang mendatang. Meningkatkan kesediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.
ATUR CARA MAJLIS 9.30 pagi - Pengetua, YDP PIBG, Semua Pentabir, Guru – guru Tingkatan 5 dan semua calon SPM 2022 mengambil tempat di Dewan Olimpik. 10.00 pagi - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis. - Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Radzi bin Abdul Razak. - Ucapan wakil guru tingkatan 5 – En. Mohd Akil Husaini bin Abdul Manan. - Ucapan Tuan Pengetua, En. Ahmad Haridan Bin Hj. Mohammed AMP. - Ucapan YDP PIBG, En. Johari Bin Hj. Ridzuan. - Simbolik Pulut Kuning. - Majlis mohon restu. 11.00 pagi - Bersurai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Program Majlis Restu Ilmu Calon SPM 2022 dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sokongan, komitmen dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Sekian Terima Kasih.