PAK PANDIR
HENDAK MENITI
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada suatu hari, Mak Andih
menyuruh Pak Pandir pergi ke kedai.
Mak Andih menyuruh Pak Pandir
membeli beberapa jenis barang.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
Pak Pandir segera pergi ke kedai.
Kedai itu terletak agak jauh dari situ.
Semasa pulang, Pak Pandir
berasa penat berjalan.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Pak Pandir segera mencari jalan
yang lebih dekat. Jalan itu harus
menyeberang parit besar.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
Semasa tiba di tepi parit, Pak
Pandir melihat ada sebatang dahan
kecil merentangi parit itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
Di atas dahan itu, kelihatan
sekumpulan semut sedang meniti.
Pak Pandir ingin meniti juga.
Tetapi dia bimbang kalau-kalau
dahan itu akan patah.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
“Semut itu beratus-ratus ekor
boleh meniti, tidak patah. Aku
seorang sahaja, tentulah tidak
patah,” fikir Pak Pandir.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
Tanpa berlengah lagi, Pak Pandir
pun terus meniti.
Prak! Dahan itu patah. Pak Pandir
terjatuh ke dalam parit.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
Pak Pandir basah kuyup.
Barang-barang yang dibelinya
hanyut dan tenggelam.
Pak Pandir berasa menyesal. Dia
tentu akan dimarahi oleh Mak Andih.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8