The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.sekni, 2022-10-24 21:33:02

PAMERAN BERTEMA DIGITAL DEEPAVALI

PAMERAN BERTEMA DIGITAL DEEPAVALI

SK NILAI IMPIAN, N. SEMBILAN

ANJURAN:
PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN

Perayaan Deepavali (Tulisan
Jawi: )‫) ديڤاۏالي‬atau Diwali ialah

suatu perayaan dalam kalangan
penganut agama Hindu menandakan

kemenangan oleh
kuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara
simboliknya ditujukan dalam erti
cahaya yang menerangi kegelapan.
Maksud tersiratnya ialah menyemai
nilai-nilai positif dalam diri kita
untuk menjadi individu yang lebih
baik dengan mengatasi nilai-nilai
negatif dalam diri kita untuk

perkembangan rohani.

Nama perayaan ini
meminjam Bahasa
Tamil: தீபாவளி dīpāvali yang

sendirinya kata gabung
menyerap bahasa

Sanskrit दीप dīpa membawa
maksud "cahaya" atau "lampu"

(melalui
தீபம் deepam atau tīpam)[2][3] dan
आवलि āvali bermaksud "deretan",

"garisan" atau "jalan" (melalui
ஆவளி āvaḷi)[4][5] maka

दीपाविी dīpāwali atau "deretan
cahaya"[6][7] dapat diberi maksud

menggambarkan perjalanan
menuju ke arah cahaya.

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh

kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum
persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-
kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal
dari India Selatan.

Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk
memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah
meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di
rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan

menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk
menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian
badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu
akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta
mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum

memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil.

Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam calendar

Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan dikenali sebagai Pesta

Cahaya.

Pada tahun 2022, di Malaysia, Hari
Deepavali jatuh pada 24 Oktober 2022

Sambutan Deepavali diraikan oleh
penganut agama

Hindu, Sikh dan Jain

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa
pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai
maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa
perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang
adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan
kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan
Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan
kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang
lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.

Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi
rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” atau
“muggu” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada
beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari.
Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap
isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi
secara turun-temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan
cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini
tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi
juga makhluk lain di dunia.

Hiasan “kolam” ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan
yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah
mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu
masuk rumah mereka.

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan
ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga
masyarakat lain di negara ini . Dalam masyarakat India,
manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan.
Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan,
keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang
berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih
manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional
kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah
sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan
pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu
campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer”
campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak
ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku
dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan
Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional
orang India.

Pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa
perayaan Deepavali adalah Sari untuk wanita dan Dhoti
untuk lelaki.
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering
dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada

lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai.
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india.
Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang
berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di

bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan
disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi
dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih
menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau
kuning susu.

Pada pagi perayaan Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga
akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seawal pukul 3 pagi, penganut agama Hindu akan
memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah.
Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan
diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan
pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu
menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan
untuk menyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda
simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh
mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di
Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri
daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba
baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan
segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat
masih lagi diteruskan beberapa hari selepas Hari
Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim
di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu
akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-
besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk
menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang
bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat
meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang
sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma,
tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan
seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para
tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak
juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini
selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak
melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna.
Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan
Hari Deepavali.


Click to View FlipBook Version