The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.sekni, 2023-01-14 18:39:19

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023

TAHUN BARU CINA PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN, N. SEMBILAN


KEMERIAHAN TAHUN BARU CINA DI MALAYSIA


SEJARAH TAHUN BARU CINA Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumahrumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.


SEJARAH TAHUN BARU CINA Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023 Tahun Baru Cina 2023, jatuh pada tarikh 22 Januari 2023. Tahun Baru Cina adalah antara cuti umum yang utama di seluruh negeri di Malaysia. Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setipa tahun kerana ia mengikut tarikh dalam calendar lunar, tetapi ia selalunya jatuh pada awal tahun dalam bulan Januari atau Februari. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang terdiri daripada 12 ekor haiwan yang akan mewakili 12 jenis keperibadian manusia yang berbeza. Zodiak untuk tahun 2023 adalah binatang ARNAB. Arnab ialah haiwan keempat dalam zodiak Cina. Lagenda mengatakan bahawa Arnab itu bangga- bahkan sombong - kepantasannya. 2023 ialah tahun Arnab Air. Tanda Arnab adalah symbol umur Panjang, keamanan dan kemakmuran dalam budaya Cina.


Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula. MALAM TAHUN BARU CINA


HARI TAHUN BARU CINA Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.


Tahun baru Cina diraikan denan jamuan yee sang dan kuih bakul. Yee Sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai Simbol Penyatuan dan Lambang Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut. Kuih bakul pula dikenali sebagai Nian Gao. Diperbuat daripada tepung pulut dan berbentuk seperti dodol. Nian Gao merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting kerana hidangan ini menandakan peningkatan dalam kehidupan mereka. YEE SANG DAN KUIH BAKUL


Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah. Buah limau mandarin yang dipanggil “kam” dalam Bahasa Kantonis bermaksud emas. Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina akan memberi limau mandarin setiap kali merayakan tahun barunya. LIMAU MANDARIN & LOKAM


WARNA TUAH Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan. Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun. Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.


ANGPAU Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian ‘angpau’ atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia. Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.


Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. PAKAIAN


Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. BUNGA API


TARIAN SINGA Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam masyarakat Cina. Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum. Kostum singa dimainkan oleh dua penari iaitu seorang di bahagian hadapan untuk menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan berada di bahagian belakang kostum singa tersebut.


TARIAN NAGA Tarian Naga akan dikuasai oleh sekumpulan penari yang ramai. Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari yang terlibat dalam persembahan tersebut. Bilangannya bergantung kepada sais naga yang berbeza. Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh salah seorang daripada penari-penari untuk mengarahkan perjalanan atau pergerakan naga tersebut. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.


CHAP GOH MEI Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini. Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.


PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA SEMOGA KEMAKMURAN TERUS DIKECAPI DI NEGARA MALAYSIA


Click to View FlipBook Version