The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA DIGITAL (MAULIDUR RASUL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.sekni, 2022-10-09 02:10:37

PAMERAN BERTEMA DIGITAL (MAULIDUR RASUL)

PAMERAN BERTEMA DIGITAL (MAULIDUR RASUL)

12 RABIULAWAL 1444H /
9 OKTOBER 2022

Apakah maksud Maulidur Rasul?

Maulidur Rasul adalah majlis
memperingati keputeraan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam yang kebiasaannya
disambut pada setiap 12 Rabiulawal
dengan mengadakan berbagai
acara sambutan seperti perarakan,
ceramah dan berselawat bagi
memuliakan junjungan besar umat
Islam dan sebagai tanda kecintaan
kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.

Memantapkan Meningkatkan
keyakinan terhadap kecintaan kepada

Rasulullah SAW Rasulullah SAW

Baginda adalah Menghayati sunnah
contoh ikutan dalam Nabi Muhammad

semua aspek SAW dalam pelbagai
kehidupan aspek kehidupan

•Beribadah dan mentaati Allah SWT.
•Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
•Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
•Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan

syariatnya.
•Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan

umatnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah berselawat
kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah

menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan
mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebih baik kita melakukan:

Mengerjakan amalan- Memperdengar dan
amalan mulia. menghayati sirah
Rasulullah SAW.
Memperbanyakkan
tasbih, tahmid dan Mengadakan sambutan
Maulidur Rasul
selawat
dengan acara-acara
seperti

- Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan
Rasulullah SAW
- Syarahan sirah Nabi
- Forum agama dan perpaduan
- Marhaban

Nama sebenar Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib

bin Hasyim

Nama lain Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib

Gelaran Al-Amin

Tarikh dan tempat lahir 12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah

Kuniyah (Panggilan) Abu al-Qasim

Nama Ibu Aminah binti Wahbin

Ibu Susuan Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa’diah

Pengasuh Asy-Saima’, Ummu Aiman

Isteri 1. Khadijah binti Khuwailid 7. Zainab binti Jahsyi
2. Sa’udah binti Zam’ah
8. Ummu Salamah binti Abu
Umayyah

3. ‘Aisyah binti Abu Bakar 9. Safiyyah binti Huyai

4. Hafsah binti Umar 10. Ummu Habibah binti Abu Sufian

5. Zainab binti Khuzaimah 11. Maimunah binti al-Harith

Anak 6. Juwairiyyah binti al-Harith 12. Mariatul Qibtiyyah

Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum
dan Fatimah

Tarikh dan 12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di Madinah
tempat wafat

USIA 5 TAHUN USIA 6 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal
SAW yang dilakukan oleh dua malaikat dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di
untuk mengeluarkan bahagian syaitan antara Mekah dan Madinah)
yang wujud di
dalamnya • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh
datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN USIA 20 TAHUN

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke • Terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda
Syam atas urusan perniagaan. menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua sahaja.
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian
seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu. damai untuk memberi pertolongan kepada orang
yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru
bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu dengan mas
kahwin sebanyak 500 dirham

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal

dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN USIA 45 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai • * Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan
perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
zaman. * Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW
di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,

12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Menurut pandangan sebahagian Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
ulamak seperti Imam al-Suyuti, beliau Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
menyatakan bahawa amalan tersebut
adalah baik dan akan diberi pahala Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah
aku menjadi orang yang paling disayanginya
serta ganjarannya, kerana bertujuan
melahirkan rasa cinta dan sayang melebihi ahli keluarganya sendiri dan
kepada junjungan Nabi Muhammad hartanya dan manusia keseluruhannya”.
SAW.
(Riwayat Muslim)

Pengertian Maulidur Rasul | Shafiqolbu PAMERAN BERTEMA DIGITAL – MAULIDUR RASUL 2021
(wordpress.com) https://docs.google.com/presentation/d/1LiyeZZ2-
iquarCI988cnigebl8bTubP-/edit#slide=id.p1

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 (SIRAH)
https://anyflip.com/balnm/digu


Click to View FlipBook Version