The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Nadiah, 2022-07-05 22:28:42

ROS KOMPONEN C & D

Untuk kegunaan LM sahaja

LAMPIRAN I

JAWATANKUASA PENGANJUR

PENASIHAT KEHORMAT
Encik Mohamad Fadir bin Mohd Salled

Pengetua
SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at

PENASIHAT
NASRUL FADHLI BIN MOHD JAMIL

GPK Kokurikulum
SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at

PENYELARAS
Puan Zurida binti Shoheh
Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi
SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at

JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGARAH

Nor Shuhada binti Mohamad Sharapi
Guru Praktikal

Universiti Teknologi Malaysia

SETIAUSAHA
Nurul Nadiah binti Fadlil Alamin

Guru Praktikal
Universiti Teknologi Malaysia

BENDAHARI
Siti Nurul Adha binti Aziz

Guru Praktikal
Universiti Teknologi Malaysia

LAMPIRAN II

ANGGARAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PAPAN INFORMASI KELAB KEBUDAYAAN SMK
TAN SRI OSMAN MOHD SA’AT

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH KESELURUHAN
1 PERUNTUKAN KELAB KEBUDAYAAN - RM50

JUMLAH RM50

LAMPIRAN III

GAMBAR PAPAN KENYATAAN SEBELUM AKTIVITI PEMBANGUNAN PAPAN INFORMASI
KELAB KEBUDAYAAN DIJALANKAN

1.4 LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN AKTIVITI MENGHIAS PAPAN KENYATAAN KELAB KEBUDAYAAN
TAHUN 2022

JPN JOHOR
SEKOLAH SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA’AT
AKTIVITI MURID PEMBANGUNAN PAPAN INFORMASI KELAB
KEBUDAYAAN
KEBERKESANAN 1 – 5 JULAI 2022
PROGRAM
1. Terdapat maklumat berkaitan kelab yang boleh dirujuk
PRESTASI oleh warga sekolah berbanding sebelum ini.
KEWANGAN
ISU PELKASANAAN 2. Dapat mempromosikan kelab kebudayaan
3. Pencapaian kelab dapat menjadi motivasi kepada kelab
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN lain
LAMPIRAN: Sumber kewangan: Kelab Kebudayaan
Jumlah peruntukan diterima: RM 50
Jumlah perbelanjaa sebenar: RM 50

1. Papan terlalu besar dan kurang sesuai menyebabkan
aktiviti menghias mengambil masa yang lama untuk
disiapkan.

Menukarkan papan kenyataan kini dengan papan kenyataan
yang lebih sesuai dan mudah untuk dihias.

1.5 PELAPORAN DATA

Pengetua SMK Tan Sri Osman Mohd Saat, Cikgu Mohamad Fadir bin Mohd Salleh
memulakan kerjaya beliau dalam bidang Pendidikan sebagai seorang guru sejarah. Selepas
menamatkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia,
beliau berkhidmat sebagai guru di SMK Kabogan, Semporna Sabah selama hampir 3 tahun
sehingga tahun 1996. Kemudian, beliau berpindah ke SMK Dato Penggawa Barat dan
menyandang jawatan guru disiplin sehingga tahun 2008. Selepas itu, beliau telah dinaikkan
pangkat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di SMK Kayu Ara Pasong. Pada tahun
2009, beliau menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Dato Ali Haji
Ahmad selama 4 tahun. Pada tahun 2015, sekali lagi Cikgu Mohamad Fadir bin Mohd Salleh
dinaikkkan pangkat ke Penolong Kanan Hal Ehwal Kokurikulum di SMK Kukup. Beliau sekali
lagi diangkat menjadi Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Dato’ Yunos Sulaiman pada Julai
2017. Pada masa yang sama, beliau turut menjadi pemangku pengetua di sekolah tersebut
ketika sekolah tersebut ketiadaan pengetua. Akhirnya, pada bulan November 2018, beliau telah
ditugaskan sebagai Pengetua di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat. Sebagai seorang pengetua,
skop kerja beliau meliputi segala aspek termasuk pentadbiram, pengurusan sumber manusia,
kewangan, hal ehwal murid dan kokurikulum. Selain mengetuai pentadbiran, beliau turut
mengajar subjek Sejarah di STOMS. Oleh hal yang demikian, STOMS kini mengetuai kluster
kecemerlangan Sejarah di daerah Pontian. Pada awal ketibaan beliau di STOMS, cabaran
utama beliau adalah untuk menyiapkan trek dan padang sekolah. Pihak sekolah telah pun
menerima dana sumbangan dari beberapa pihak, namun begitu, projek pembinaan trek dan
padang tersebut belum berjalan. Akhirnya, pada tahun 2019, trek dan padang STOMS berjaya
disiapkan. Selain itu, beliau juga berdepan cabaran di mana pada ketika itu, STOMS berada di
tangga ketiga terbawah dalam bidang akademik. Hasil usaha Cikgu Fadir untuk meningkatkan
kualiti akademik STOMS membuahkan hasil apabila STOMS berjaya berada hampir dengan
sekolah-sekolah terbaik di daerah Pontian. Selain itu, peratus kehadiran murid semasa Cikgu
Fadir memulakan khidmat beliau turut menjadi cabaran beliau sebagai seorang pengetua. Oleh
itu,untuk meningkatkan peratus kehadiran murid, beliau mewujudkan Kelas Berasaskan Guru
(KBG) di STOMS yang memberi kesan yang besar terhadap kehadiran, akademik, pengurusan
dan juga Kokurikulum. Cikgu Fadir sangat mementingkan prinsip asas yang dipegang iaitu
‘Cikgu Mengajar, Murid Belajar’ bagi memastikan kemenjadian murid di tahap optimum
terutamanya pencapaian murid daripada peperiksaan awam. Beliau menjelaskan beberapa
cabaran pelaksanaan KBG yang dihadapinya, antaranya ialah masalah disiplin pelajar. Oleh

itu, beliau menegaskan simulasi yang dijalankan selama 2 minggu ini telah membantu dalam
memastikan disiplin, kawalan kelas, dan masalah ‘relief’ kelas dapat diselesaikan dan
mendapat maklum balas yang baik daripada pihak guru, ibu bapa dan juga murid-murid. Beliau
menyatakan kebanggaannya apabila mendapat penghormatan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Johor untuk menjadi mentor menulis berkaitan KBG untuk dimasukkan dalam jurnal
untuk TS25 dan menjadikan STOMS sebagai penanda aras dan sekolah contoh bagi sekolah
sekolah lain untuk menjadi sekolah yang mempraktikkan KBG dengan berkesan.

STOMS memulakan TS25 sejak tahun 2018 pada bulan mac dengan modul TS25
Kohort 3 di pilih menjadi modul pertama sekolah. Setelah beliau berbincang dengan guru-guru,
beliau mengatakan bahawa ini adalah peluang yang sangat baik untuk membangunkan sekolah
kerana daripada modul ini telah mengajak sekolah untuk melakukan transformasi melalui
program-program yang dijalankan. Modul 1 bermula dengan dengan ‘mentoring’ iaitu
bagaimana untuk membangunkan guru, kokuriklum, prasarana dan sebagainya. STOMS lebih
menumpukan pada modul berkaitan infrastruktur untuk membangunkan sekolah daripada
pencapaian akademik, koko dan sahsiah. Beliau bersama-sama guru sekolah telah
membincangkan untuk menjadikan ‘digital tools’ yang merupakan modul TS25 sebagai ‘back
up’ bagi sekolah ini. Sir Khairul yang merupkan PK HEM STOMS juga telah mencipta
‘dashboard sekolah’ yang membantu sekolah kearah digital tools. Dashboard sekolah ini
mengandungi pelbagai maklumat sekolah seperti kehadiran murid, kurikulum, pemantauan
kesihatan dan kesemuanya di hujung jari. Setiap guru mempunyai akaun ‘dashboard sekolah’
dan id yang diberikan daripada pihak kementerian untuk memasuki aplikasi ini. Perancangan
terkini adalah supaya ibu bapa juga turut berpeluang untuk memasuki aplikasi ini dan
mempunyai id mereka sendiri untuk melihat perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Ini
juga dapat membantu ibu bapa untuk menghantar kehadiran murid pada sistem ini sendiri dan
menyatakan sebab-sebab ketidakhadiran murid ke sekolah melalui google form dan
sebagainya. Beliau menyatakan bahawa STOMS mendahului sekolah-sekolah lain di pontian
ini apabila dikaitkan dengan topik ini. Cikgu Fadir menyatakan Sebagai pengetua, penguasaan
ilmu pengetahuan berkaitan pentadbiran sangat penting. Beliau mengakui pengetahuan
pentadbiran beliau hampir sepenuhnya dalam mentadbir sekolah hasil daripada pengalaman,
kursus kepengetuaan tentang pengurusan kewangan, sumber manusia, hem akademik.
Kemahiran mengurus sumber manusia seperti memberia arahan kepada guru guru.

Menurut Tuan Pengetua Muhamad Fadir, beliau menyatakan Bidang akademik yang
terbaik adalah pada tahun 2019 iaitu hampir mencecah 90% sehingga layak menerima sijil

daripada tahun sebelum-sebelumnya iaitu hanya 75%. Dan sehingga ke hari ini tahun 2019
merupakan pencapaian terbaik. CGPS juga meningkat dari 6 pergi ke 5.16 dan menjadi sasaran
ke angka 5 atau 4. Pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum, awal tahun 2019 hingga
2020 sekolah menepati. Penglibatan unit uniform, pencapaian kokurikulum yang paling
terhebat adalah diwakili oleh pendidikan khas di mana sering mendapat johan dalam peringkat
daerah dalam pertandingan E-marhabah dan pertandingan sukan. Disebabkan mempunyai
kemudahan sukan yang lengkap, beliau berhasrat kita tidak hanya menjadi penganjur yang
berjaya namun mahu jadi pemenang. Peningkatan dari segi kutipan pingat emas dalam olahraga
SSMD meningkat dan sebelum ini dalam permainan bola sepak hampir 20 tahun tidak pernah
melepasi peringkat kumpulan namun pada tahun 2019 atau 2020 bola sepak sekolah dapat
memasuki separuh akhir. Hal ini disebabkan oleh KBG iaitu semasa menjalankan KBG
pergerakan murid merupakan satu latihan kerana mereka bergerak dari beberapa tingkat ke
beberapa blok yang lain dengan memikul beg yang begitu berat dengan pengisian buku teks.
Kata beliau juga, pada suatu ketika dahulu pengetua Sekolah Sultan Abu Bakar pernah
menyatakan dahulu sukan sekolahnya teruk namun apabila menjalankan KBG murid bergerak
sehingga akhirnya sekolah tersebut meningkat dalam sukan. Hal ini menyebakan beliau kurang
mempercayainya namun apabila tuan pengetua mengamalkan tips tersebut ia mempercayainya
kerana beliau melihat murid kelihatan lebih cergas apabila murid sentiasa bergerak. Beliau juga
mengucapkan Alhamdulillah kerana pakaian murid-murid dalam unit uniform hampir 90%
memakai pakai uniform pada hari rabu. Kata beliau juga sasaran sekolah untuk bidang
kokurikulum adalah sekurang-kurangnya acara yang dimasuki oleh murid mestilah memasuki
hingga ke peringkat separuh akhir pada SSMD dan Negeri namun di peringkat kebangsaan
menjadi top 5 untuk sukan dan permainan. Dari segi sukan juga, beliau berhasrat
membangunkan pasukan ragbi kerana beliau mengambil peluang dimana terdapat murid yang
datang dari sekolah rendah yang telah mewakili ragbi hingga ke peringkat kebangsaan.
Tambahan lagi, sekolah STOMS juga merupakan pusat Latihan daerah untuk pasukan lelaki
ragbi dan beliau juga menghasrat membangunkan pasukan perempuan ragbi. Cikgu Fadir juga
berhasrat untuk membangunkan hoki kerana peluang yang terdapat dari guru yang handal.
Harapan beliau adalah menjadikan STOMS terkenal dari pelbagai kemudahan prasarana sukan,
KBG menjadikan STOMS top 5 dalam bidang akademik. Ini kerana sekolah STOMS bersaing
dengan sekolah SMK Dato Benggawa Barat, Sekolah Agama An Nur iaitu sekolah berasrama
penuh, Sekolah Menengah Agama Bugisiah dan yang terakhir ialah Mahaad Pontian. Beliau
menyatakan STOMS sekarang berada di Top 8 dan ingin mengekalkan tempat tersebut.


Click to View FlipBook Version