KERJA KURSUS SENI VISUAL STPM 2022
Setiap tahun pada tarikh 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan sebagai tanda
menghargai jasa dan pengorbanan para guru kepada anak muridnya. Anda perlu
menghasilkan sebuah persembahan montaj yang mempunyai tema yang bersesuaian
dengan peranan guru dalam konteks pendidikan semasa.
Persembahan montaj yang akan dihasilkan perlulah berdurasi antara tiga hingga lima
minit. Kandungan montaj yang akan dihasilkan perlu mempunyai audio dan video
yang kreatif dan menarik. Papan cerita mestilah dalam saiz A2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 4
3. 1.0 Pernyataan Masalah Kajian 5
4. 2.0 Penentuan Konsep dan Fungsi 6
5. 3.0 Penyataan Kepentingan Projek dan Keaslian 7
6. 4.0 Pemilihan Aplikasi dan Teknik Pembuatan Montaj 8
7. 5.0 Sumber dan Rujukan 11
2
PENGHARGAAN
Saya, Cindy Lim, ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam penyelesaian kerja
kursus ini. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lily
Wong Bitt Lee pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu atas kebenarannya yang
membolehkan saya menjalankan kerja kursus ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Alfino Albert,
iaitu guru mata pelajaran Seni Visual STPM. Beliau telah memberi banyak bimbingan
dan bantuan kepada saya dalam pelbagai bidang sepanjang tempoh kajian ini
dijalankan. Saya juga ingin menyatakan kesyukuran saya kepada bapa saya yang
menyokong saya selama kajian ini dijalankan. Saya juga ingin berucap terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang memberi dorongan dan bantuan kepada saya dalam
mengatasi cabaran yang dihadapi dalam kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya selama tempoh kajian ini secara langsung atau tidak
langsung. Semua bantuan yang diberikan amat dihargai dan saya bersyukur atas
kesudian pihak tersebut untuk membantu saya.
3
PENDAHULUAN
National Education Association (NEA) atau Persatuan Pendidikan Kebangsaan
menganggap hari guru peringkat kebangsaan sebagai "hari menghormati para guru
dan mengenang jasa dan sumbangan yang dilakukan dalam hidup kita". Di Malaysia,
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sempena Hari Guru disambut untuk
menghargai pengorbanan dan sumbangan para guru dalam perjuangan mendidik anak
murid agar anak murid dapat menjadi insan yang akhlak dan baik. Para guru
meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga mereka untuk melahirkan modal insan
yang berkemahiran dan berilmu yang akan menjadi pemimpin negara pada masa
hadapan.
Tarikh tersebut dipilih sebagai Hari Guru bagi memperingati peristiwa yang
berlaku pada 16 Mei 1956 iaitu Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran
bagi negara Malaysia. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak
(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Laporan ini
memainkan peranan yang penting kepada bidang pelajaran negara kita kerana
membentuk sistem asas pendidikan yang berkesan. Sistem ini telah kekal dan masih
digunakan pada sekarang oleh institusi pelajaran di seluruh negara Malaysia.
Projek ini dibuat dalam bentuk video berjenis montaj. Pembuatan suntingan
montaj adalah dengan menggunakan aplikasi yang bersesuaian. Projek ini bertujuan
untuk mempamerkan pengorbanan guru dalam perjuangan pendidikan mereka bagi
anak murid. Jangka masa video ini mengambil sekurang-kurangnya 3 hingga 5 minit
bagi menjimatkan masa semua pihak sekali gus berjaya menyampai dan memahami
mesej yang ingin disampaikan.
4
1.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak projek bagi Semester 3 dan
meningkatkan kesedaran manusia terumatanya para pelajar terhadap pengorbanan
para guru kepada anak muridnya.
Kini, para pelajar sering melupakan tentang kepentingan dan sumbangan
guru-guru dalam mendidik mereka untuk menjadi seorang modal insan yang akhlak.
Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar ini merupakan pemimpin negara kita
pada masa akan datang. Antara contoh pelajar yang tidak menunjukkan sebarang
tanda hormat kepada guru termasuklah, mereka selalu mengabaikan arahan guru dan
bercakap dengan kata-kata yang kasar. Hal ini disebabkan beberapa faktor-faktor
seperti faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya, faktor media massa dan faktor
masyarakat.
Projek ini dihasilkan kerana pengkaji ingin meningkatkan kesedaran orang ramai
tentang pengorbanan para guru. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka telah
banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara dari segi pendidikan. Dengan ini,
guru-guru wajar untuk dihormati oleh para pelajar dan mendapat kepujian yang
sepatutnya diberi oleh ibu bapa dan anak-anak murid.
Saya memilih untuk menghasilkan projek ini dalam bentuk video montaj kerana ia
senang untuk disebar kepada orang ramai dan para remaja kini menggunakan
teknologi yang canggih setiap hari seperti media sosial. Sebagai contohnya,
Instagram, TikTok dan YouTube. Dengan menggunakan media sosial untuk
menyebarkan video ini, pelajar akan menonton video tentang pengorbanan guru dan
kepentingan menyambut Hari Guru sebagai tanda menghargai jasa terhadap mereka
secara tidak langsung.
5
2.0 PENENTUAN KONSEP DAN FUNGSI
Konsep merupakan gabungan ciri-ciri atau unsur yang mewujudkan sesuatu
idea yang terdiri daripada pelbagai aspek seperti kumpulan manusia, zaman, atau
kejadian yang terbentuk berdasarkan sifat atau ciri-ciri yang dipunyai bersama.
Konsep projek ini ialah berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan diperoleh daripada
pelbagai sumber yang melibatkan pendidikan secara formal dan tidak formal.
Pendidikan formal ialah pendidikan yang disampaikan secara formal, iaitu
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara teratur. Pendidikan formal dijalankan
mengikut masa dan kaedah yang telah ditetapkan serta mengikut silibus yang
dirancang. Contoh pusat pengajian yang digunakan untuk dijalankan proses
pembelajaran ialah sekolah, maktab, institusi pengajian tinggi atau universiti.
Kumpulan pengajar biasanya terdiri daripada tenaga pengajar yang terlatih seperti
guru, tutor atau pensyarah.
Pendidikan tidak formal pula bermaksud proses pembelajaran yang disampaikan
secara tidak formal. Jenis pendidikan ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan
tidak ikut jadual, kaedah dan kandungan yang teratur. Pendidikan tidak formal
melibatkan kemahiran yang diperolehi daripada ibu bapa dan pemerhatian terhadap
sekeliling seseorang. Contoh pendidikan tidak formal ialah budaya, adat resam dan
nasihat ibu bapa.
Projek ini menggunakan konsep pendidikan tidak formal. Hal ini disebabkan
kerana mesej projek ini disampaikan dalam bentuk montaj yang tidak berstruktur dan
mengikut sebuah jadual, iaitu pendidikan tidak formal. Montaj ini boleh dihasilkan
tanpa mengikut sesuatu kaedah, silibus atau jadual. Rakaman projek ini dibuat di
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dengan melibatkan para pelajar dan para guru di
sekolah tersebut.
6
3.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN
Projek ini ialah tentang ‘Hari Guru’ iaitu sambutan setiap 16 Mei yang diadakan
untuk menghargai jasa guru-guru dalam perjuangan pendidikan bagi anak-anak murid
di Malaysia. Sambutan Hari Guru biasanya diadakan di sekolah masing-masing dan
menghargai jasa guru-guru di sekolah tersebut.
Pelajar-pelajar masa kini kurang menghormati guru-guru dan bersikap kasar
terhadap mereka. Jumlah graduan yang berminat dalam kerjaya guru juga telah
menurun dan menjadikan krisis kekurangan guru di negara kita. Seorang guru
haruslah menjaga hampir 40 atau 50 orang murid di dalam satu kelas dan susah untuk
mengajar. Oleh itu, projek ini dihasilkan untuk menunjukkan penghargaan anak murid
dan orang ramai terhadap pengorbanan guru dalam perjuangan pendidikan untuk
mewujudkan modal insan yang berkualiti di negara ini, dan juga untuk memberi
dorongan kepada remaja-remaja untuk menghormati kerjaya guru dan berminat untuk
menjadi seorang guru.
Video ini dibuat secara persendirian dengan menggunakan rakaman yang
diambil oleh saya sendiri tanpa mengambil bahan-bahan dari sumber luaran. Jalan
cerita montaj ini menggunakan beberapa sumber sebagai inspirasi, tetapi projek ini
tidak plagiarize sumber-sumber inspirasi tersebut dan berbentuk asli.
7
4.0 PEMILIHAN APLIKASI DAN TEKNIK PEMBUATAN MONTAJ
Aplikasi yang digunakan dalam proses menyiapkan projek ini ialah aplikasi
ClipChamp dan CapCut. Aplikasi ini mempunyai banyak fungsi dan peralatan yang
banyak memudahkan proses pengeditan sepanjang proses pembuatan video ini.
Sumber: Microsoft App
Aplikasi ClipChamp merupakan aplikasi yang percuma dan mudah digunakan,
walaupun bagi mereka yang tiada pengalaman menyunting. Mereka hanya perlu
mendaftar di app.clipchamp.com untuk mula mengedit terus atau lihat cara ia
berfungsi di sini dahulu. Pelan berbayarnya menawarkan penggunaan ciri lanjutan dan
akses kepada stok video, muzik dan audio.
Sumber: clipchamp.com
8
Sumber: Google
Aplikasi CapCut menawarkan fungsi penyuntingan video yang mudah digunakan,
fon dan kesan dalam APP percuma, ciri lanjutan percuma seperti animasi keyframe,
gerakan perlahan yang lancar, chroma key dan penstabilan, untuk membantu anda
menangkap dan merakam detik.
Sumber: capcut.com
9
Teknik yang digunakan dalam pembuatan projek ini ialah pengeditan video
mengikut tempo lagu yang dipilih dengan tempo yang cepat. Banyak B-roll digunakan
untuk mengiringi jalan cerita utama montaj ini.
Alat rakaman video ini ialah Nikon DSLR Kamera D5300 dengan
menggunakan lens 18-55mm dan 55-200mm.
Sumber: www.ztvbroadcast.com
10
5.0 SUMBER DAN RUJUKAN
Kamus
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Bahan ilmiah
Reisz, K., & Millar, G. (1989). The Technique of Film Editing (2nd ed.). Focal Press.
Murch, W., & Coppola, F. F. (2001). In the Blink of an Eye: A Perspective on Film
Editing. Amsterdam, Netherlands: Amsterdam University Press.
Mercado, G. (2013). The Filmmaker’s Eye: Learning (and Breaking) the Rules of
Cinematic Composition. Taylor & Francis.
Kenworthy, C. (2013, August 1). Master Shots Vol 3: The Director’s Vision: 100
Setups, Scenes and Moves for Your Breakthrough Movie (Chinese Edition)
(7.2.2013). Michael Wiese Productions.
Grove, E. (2013). Raindance Producers’ Lab Lo-To-No Budget Filmmaking. Taylor &
Francis.
Rujukan Internet
Samuel, M. (2017, May 14). Why May 16 is Teachers Day in Malaysia. Dicapai pada
18 September 2022, dari
https://www.thestar.com.my/news/education/2017/05/14/why-may-16-is-teach
ers-day-in-malaysia/#ASbKUv1LvmBl6mbP.99
Prawiro, M. (2018, November 14). Pengertian Pendidikan: Definisi, Tujuan, Fungsi,
dan Jenis Pendidikan. Dicapai pada 21 September 2022, dari
https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-pendidikan.html
11
Samaroon, M. J. (2019, November 7). Penyuntingan Filem : Kajian Aplikasi,
Kepentingan dan Kesan Penggunaan Teknik Montage Di dalam naratif Filem.
Dicapai pada 21 September, 2022, dari
https://www.academia.edu/40795132/Penyuntingan_Filem_Kajian_Aplikasi_
Kepentingan_dan_Kesan_Penggunaan_Teknik_Montage_Di_dalam_naratif_F
ilem
Cara Buat Video Montaj: Kelebihan & Kelemahan Membuat Video Montaj. (n.d.).
Dicapai pada 21 September, 2022, dari
https://bumbu.agency/cara-buat-video-montaj/
DeGuzman, K. (2021, March 24). What is a Montage? Definition, Examples & 6
Ways to Use Them. StudioBinder. Dicapai pada 21 September, 2022, dari
https://www.studiobinder.com/blog/what-is-a-montage-definition/
12