The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kavi94043, 2022-06-15 13:44:58

ETIKA FOLIO

ETIKA FOLIO

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
MEMUPUK PERPADUAN

AHLI KUMPULAN

1.YAMUNAH DEVI A/P CHANDRASEGARAN
(21DDT21F2061)

2.YASHWINI A/P KANNAN
(21DDT21F2048)

3.LEELAKUMARI A/P CHANDRAN
(21DDT21F2056)

4.KAVIRAJ A/L MURUGIAH
(21DDT21F2045)

5.VICKNEGIRISSHEN A/L SARAVANAN
(21DDT21F2028)

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Walaupun
kaum yang berbeza tetapi masih dapat mengekalkan perpaduan di Malaysia.Kaum- kaum utama di
negara Malaysia ialah Melayu,Cina dan India.Melayu merupakan satu kaum yang beragama Islam,
berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.Cina pula kaum yang tinggal di bandar besar di
semenanjung.Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha,Taoisme atau Kristian,berbahasa Mandarin,
Cantonese,Chaozou,Teochew dan pelbagainya.Kebanyakan India tinggal di ladang getah.Kebanyakan
India beragama Hindu,Telugu,Malayalam yang bertutur Tamil,Malayalam, dan Hindi.Bahasa Melayu ialah
Bahasa rasmi Malaysia ,tetapi Bahasa Inggeris ialah Bahasa Kebangsaan. Masakan Malaysia
mencerminkan pelbagai etnik masyarakat. Kadang-kala makanan yang tidak dijumpai dalam budaya
asalnya diasimilasikan ke dalam yang lain.Sebagai contoh, restoran Cina di Malaysia sering memberi
hidangan Malaysia.Oleh itu, banyak budaya dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak
mempengaruhi masakan Malaysia, dengan pengaruh yang kuat dari masakan Melayu, Cina, India, dan
pelbagainya. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia dan berperanan penting dalam
proses pembangunan negara Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha
yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.Semangat

nasionalisme memainkan peranan penting ke arah pembentukan jati diri rakyat
Malaysia. Dalam konteks negara Malaysia, identiti nasional yang diwujudkan menerusi
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah fundamental untuk mewujudkan satu identiti
Malaysia dalam kalangan masyarakat global. Perpaduan ialah bermaksud penyatuan,
dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa
bangga dan kepunyaan bangsa.Rasa kepunyaan bangsa adalah unsur penting yang perlu
dipupuk dan dipelihara dalam kalangan pelajar dan hanya melalui perasaan kepunyaan,
generasi muda Malaysia boleh membentuk warganegara yang bertanggungjawab dan
matang serta pemimpin pada masa depan negara. Kebaikan perpaduan ialah dapat
membangunkan ekonomi negara.Pelbagai aktiviti kemasyarakat dapat dilaksanakan dan
imej negara akan meningkat.

DEFINISI

Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh didefinisikan sebagai
kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting
dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia
mesti dipupuk melalui usaha meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan Kerjasama dan
penglibatan semua lapisan masyarakat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang merangkumi slogan satu untuk semua iaitu
sebuah negara yang berbilang kaum.Proses pembentukan
kebudayaan nasional mestilah melakukan sebuah perancangan
yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan cara hidup yang lebih
harmoni.

CIRI-CIRI BUDAYA

 Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat
 Diperoleh melalui proses pembelajaran
 Tidak dapat berpisah deangan Bahasa
 Wujud nilai-nilai tertentu
 Mengikut keadaan bentuk muka bumi
 Diwarisi secara turun-menurun

JENIS-JENIS KEBUDAYAAN

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum.Antara tiga kaum di
Malaysia adalah

 Melayu
 Cina
 India

KAUM MELAYU

PERAYAAN

 Hari Raya Aidilfitri

 Hari Raya Aidiladha
dikenali sebagai hari raya korban

 Hari Sambutan Maulidur
Rasul
ialah hari keputeraan nabi

PAKAIAN TRADISIONAL

• PAKAIAN LELAKI • PAKAIAN PEREMPUAN

MAKANAN TRADISI

sate nasi lemak

lemang

KAUM CINA

PERAYAAN

Pesta tanglung Perayaan kuih bulan
Pesta perahu naga

PAKAIAN TRADISIONAL

• Pakaian Lelaki • Pakaian Perempuan

MAKANAN TRADISI

KAUM INDIA

PERAYAAN

Deepavali Thaipusam

Pongal

PAKAIAN TRADISI

PAKAIAN PEREMPUAN PAKAIAN LELAKI

MAKANAN TRADISI

Idli
Thosai
Murukku

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

• Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan.

• Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan.

• Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat
yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.

PERPADUAN

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya,bahasa ,adat
resam dan agama.Masyarakat luar sering memandang Malaysia
sebagai negara model perpaduan atas kehormonian dan
kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan latar belakang .Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih
individu daripada latar belakang berbeza berinteraksi

Perbezaan latar belakang ini mencukupi budaya luaran yang
ketara seperti pakaian,rupa,bahasa,adat resam,makanan dan
tempat tinggal.Manakala budaya dalaman yang tidak ketara
adalah seperti pengetahuan,kepercayaan,moral dan nilai hidup.

PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN

• Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati perbezaan
agama ialah dua perkara yang sangat penting dalam mencapai
keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini demikian kerana
menghormati budaya dan perbezaan agama merupakan kunci utama ke
arah melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat unik. Rakyat
diberikan kebebasan mutlak dalam mengamalkan ajaran agama dan
kepercayaan masing-masing tanpa sebarang kekangan, batasan mahupun
halangan walaupun agama Islam diisytiharkan agama rasmi negara kita.
Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam perlembagaan dan menjadi
asas untuk memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Selain itu, perayaan setiap agama juga disambut secara besar-besaran.
Malah ada negeri yang memberikan cuti umum untuk menyambut perayaan-
perayaan tersebut. Hal ini jelas membuktikan masyarakat Malaysia telah hidup
dalam keadaan yang harmoni dengan berpegang kuat kepada sifat toleransi
yang tinggi dan setiap kaum juga menunjukkan sikap saling menghormati
antara satu sama lain. Sifat terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang
kepada kemajuan kita sebagai sebuah bangsa yang berjaya.

Di samping itu, pemimpin luar turut mengakui dan mengiktiraf keunikan
yang ada pada Malaysia sehingga melabel Malaysia sebagai model negara
membangun. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan penilaian mereka terhadap
tiga perkara asas dan utama yang dimiliki oleh Malaysia iaitu kesuburan sistem
demokrasi, mempunyai kerajaan yang efektif dan pembangunan ekonomi
yang baik. Ketiga-tiga perkara ini perlu dimantapkan supaya sejajar dengan
kehendak rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

• Oleh itu, bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun
temurun ini. Malahan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa kita harungi dalam mempertahankan perpaduan dan
keharmonian kaum tersebut. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab kita termasuklah generasi hari ini untuk
mempertahankan keunikan tersebut dengan terus menyuburkan
rasa saling menghormati dan memahami budaya dan
kepercayaan semua kaum di Malaysia.

KESIMPULAN

Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat dan budaya yang tersendiri,
tetapi kenapa kerajaan masih mahu mewujudkan suatu adat dan budaya baru
bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah
dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup
untuk mencerminkan identiti negara? Bagi mewujudkan identiti yang seragam,
ia mestilah seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di
Malaysia, dan kita tidak perlu menyatakan bahawa ia perlu dilakukan,
penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan.
Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya
kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi
dapat hidup dalam ikatan ukhwah yang begitu kukuh, berganding bahu,
bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleransi antara satu sama lain.

.Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya
namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni
Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah
ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti
kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam
perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan
perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak
rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras
identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti
secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun
demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam
masa yang

singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai
hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat
yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan
dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan
keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang
melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan
bermaruah.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version