The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Isi Penting Rancangan Pemasaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniqhusna77, 2022-06-06 01:23:30

Rancangan Pemasaran

Isi Penting Rancangan Pemasaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)

ASAS KEUSAHAWANAN
(PAKW1022)

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH
ANGKA GILIRAN NURUL HUSNA BINTI YUSOF
NO KAD PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT PPISMP H3
KOD/ NAMA KURSUS PAKW1022/ ASAS KEUSAHAWANAN

NAMA PENSYARAH PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN
1 MEI 2022
TARIKH HANTAR

TARIKH TERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH

1

KANDUNGAN

KANDUNGAN ...................................................................................................................................... 2
1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 3
2.0 ASPEK RANCANGAN PEMASARAN ...................................................................................... 3

2.1 Ringkasan Eksekutif............................................................................................................... 3
2.2 Pasaran Sasaran...................................................................................................................... 3
2.3 Trend dan Saiz Pasaran......................................................................................................... 4
2.4 Pertumbuhan Pasaran & Persaingan................................................................................. 5
2.5 Syer Pasaran............................................................................................................................. 5
2.6 Ramalan Jualan ....................................................................................................................... 7
2.7 Strategi Pemasaran................................................................................................................. 8
2.8 Belanjawan Pemasaran ......................................................................................................... 8

Peralatan....................................................................................................................................... 8
Overhead Operasi ...................................................................................................................... 9
Gaji dan Ganjaran ...................................................................................................................... 9
2.9 Tindakan Kawalan .................................................................................................................10
3.0 KESIMPULAN .............................................................................................................................11

2

1.0 PENGENALAN

Semenjak mendepani era modenisasi, perusahaan di Malaysia telah berkembang dengan
maju dan pesat serta telah melahirkan ramai pengusaha yang berjaya menempa nama
sehingga ke peringkat global. Hal ini demikian kerana usahawan di Malaysia merupakan
pengusaha kreatif dan inovatif dalam meneroka peluang perniagaan. Mereka tidak gentar
untuk menanggung risiko demi mencapai kejayaan. Kejayaan mereka adalah berdasarkan
pengurusan perusahaan yang cekap berdasarkan rancangan pemasaran yang dilakukan.
Kesannya, usahawan akan lebih bersedia untuk mengurus perniagaan mereka. Antara aspek
yang penting dalam menyediakan rancangan pemasaran ialah, ringkasan eksekutif, pasaran
sasaran, trend dan saiz pasaran, pertumbuhan pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan
jualan, strategi pemasaran, belanjawan pemasaran dan tindakan kawalan.

2.0 ASPEK RANCANGAN PEMASARAN

2.1 Ringkasan Eksekutif

NH Cafe House merupakan sebuah perniagaan yang telah ditubuhkan oleh seorang pemilik
tunggal. NH Cafe House menjalankan perniagaan berasaskan kopi, teh, makanan barat dan
masakan panas yang menepati citarasa kebanyakan penduduk Malaysia setiap bangsa.
Perniagaan ini diusahakan secara perseorangan oleh Nurul Husna Binti Yusof. NH Cafe
House terletak di lokasi Level 31 The Gardens South Tower Mid Valley City, Lingkaran Syed
Putra, 59200, Kuala Lumpur Malaysia. Kedudukannya yang strategik terletak di kawasan
pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan para pelanggan dan pengunjung. Pengoperasian
NH Cafe House dijangka akan dijalankan pada 17 Julai 2022 dan waktu operasi bermula pada
jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari kecuali hari minggu.

2.2 Pasaran Sasaran

Sesuatu perniagaan perlu dimulakan dengan langkah mengenal pasti sasaran terlebih dahulu.
Sasaran pasaran merupakan individu yang disasarkan untuk membeli atau menyokong
produk serta perkhidmatan pengusaha sesebuah perusahaan. Sasaran pasaran NH Cafe
House ialah golongan muda dan penjawat awam semua golongan lelaki dan wanita yang
berdekatan. Hal ini demikian kerana mereka lebih cenderung untuk meminati minuman
berkafein serta makanan barat untuk menggalas perut mereka pada waktu pagi. Selain itu,

3

mereka juga merupakan golongan yang berkemampuan dan mampu menyumbang
kuntungan kepada kafe tersebut.

2.3 Trend dan Saiz Pasaran
Trend dan saiz pasaran perlu diselidik oleh usahawan untuk memastikan aliran
perkembangan bidang yang dipilih. NH Café House telah mendapati bahawa trend makanan
yang terkini adalah produk makanan premium.

Rajah 1 Kategori Trend Makanan Premium.
Sumber: FONA International

Rajah menunjukkan bahawa sewaktu era pandemik, pengunjung tidak dapat melancong
kemudian membelanjakan wang mereka untuk membeli makanan jenis premium seperti
coklat, roti serta produk bakeri dan minuman panas seperti kopi. Melalui trend yang diselidik,
NH Cafe House mempunyai peluang untuk memasarkan makanan kepada masyarakat dan
telah mengambil kira saiz pasaran yang terdapat di Kawasan NH Cafe House dan
menentukan saiz pasaran tersebut melalui pengiraan dalam jadual di lampiran.

4

2.4 Pertumbuhan Pasaran & Persaingan

Pertumbuhan Pasaran melibatkan penjualan / pendapatan produk semakin meningkat
mampu merangsang lebih banyak komunikasi pemasaran untuk mengekalkan jualan. Lebih
ramai usahawan akan masuk ke lingkungan pasaran untuk mendapatkan keuntungan tinggi
yang dihasilkan oleh industri. NH Café House juga akan mendapat keuntungan yang tinggi
jika pertumbuhan pasaran tinggi.

Pesaing kepada NH Cafe House ialah Kina Western food, Kedai makan Siti dan Cafe
Buana. Cafe dan kedai makan tersebut mempunyai pelbagai menu hidangan yang menarik
dan kebanyakan mempunyai menu yang sama dengan NH cafe. Namun saya akan
mempelbagaikan resepi untuk menjadikan hidangan NH cafe House untuk menjadikannya
lebih unik berbanding cafe dan kedai makan yang lain. Berkemungkinan saya akan
menggabungkan makanan barat serta tradisional untuk memastikan makanan tradisional
dikekalkan walaupun terdapat makanan barat yang lebih dominan.

2.5 Syer Pasaran

Syer pasaran merupakan anggaran yang dibuat oleh usahawan untuk mengenal pasti
bahagian syer pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan dalam sesuatu pasaran yang
ingin diceburi.

Pengiraan Syer Pasaran

Anggaran penduduk kawasan ini adalah di sekitar seramai 17800 orang.

Unit Keluarga = 17800/5

= 3560 buah keluarga

Mengikut kajian, 40% daripada keluarga tersebut membeli makanan yang ada di sekitar
dan membelanjakan sebanyak RM 250 sebulan.

Potensi pelanggan = 3560 keluarga x 10%

= 35600 5
Saiz pasaran = 3560 keluarga x RM 250

=RM 890000

Pengiraan Syer Pasaran Peratus Syer Pasaran Jumlah Syer Pasaran
Perniagaan (%) 356000
NH Cafe House 267000
Kina Western food 40 53400
Kedai makan Siti 213600
Cafe Buana 30 890000

JUMLAH 6

24

100

Jadual 1 Pengiraan Syer Pasaran

Rajah menunjukkan jadual Pengiraan Syer Pasaran NH Café House serta kafe di sekitar.
Mengikut kajian NH Cafe House, kuasa beli dikalangan penduduk disini adalah sederhana.
Anggaran penduduk di sekitar Lingkaran Syed Putra ini ialah 17800 orang akan berbelanja
di kedai tekstil di sini. Oleh itu, syer pasaran yang dimiliki ole NH Cafe House merupakan
syer yang tertinggi.

6

2.6 Ramalan Jualan

Bulan Anggaran Jualan Anggaran Belian

Julai 45,350.00 19,000
Ogos 33,075.00 14,500
September 53,875.69 18,500
Oktober 36,465.19 15,500
November 44,323.66 16,000
Disember 46,539.85 19,500
Januari 38,288.45 17,000
Februari 34,728.75 15,000
Mac 42,213.01 17,500
April 40,202.87 16,500
Mei 48,866.84 19,000
Jun 51,310.18 14,000

Jumlah 515,239.49 205,500

7

2.7 Strategi Pemasaran

Strategi usahawan merupakan gabungan empat unsur elemen harga, produk, tempat dan
promosi untuk memastikan perusahaan berkesan. Produk merupakan elemen utama dalam
untuk memastikan strategi perniagaan mantap. Produk NH Cafe House ialah makanan
berasaskan kopi, teh, makanan barat dan masakan panas yang dijamin sedap, halal dan
bersih. Selain itu, elemen pemasaran ialah harga makanan NH Cafe House amat berpatutan
yang menawarkan beli roti percuma air supaya dapat menarik minat pelanggan untuk
berkunjung ke NH Cafe House. Seterusnya, elemen pemasaran tempat ialah e-pemasaran.
NH Café menggunakan media sosial untuk seperti Instagram, Shopee, Tiktok dan Facebook
untuk memperkenalkan NH Café kepada masyarakat Malaysia dan mengurangkan tenaga
dan menjimatkan kos.

2.8 Belanjawan Pemasaran

Peralatan

Peralatan Harga (RM) Bilangan Jumlah (RM)
Rak 700 2 1400
Kuali (deep fryer) 450 1 450
Kuali (Shallow 200 1 200
Fryer)
Toaster 100 1 100
Peti Sejuk 1400 1 1400
Juicer 50 1 50
Mesin Kopi 4000 1 4000
Dapur gas 30 2 60
Rak Buffet 200 1 200

8

Peralatan 300 300
hidangan 500
Peralatan lain 1 500
Jumlah 12 8660

Overhead Operasi RM
150.00
Perkara 200.00
Pengangkutan 100.00
Elektrik 300.00
Air 750.00
Telefon
Jumlah

Gaji dan Ganjaran Bilangan Gaji Bulanan Jumlah
Jawatan 1 2200.00 2200.00
Pengurus 1 2100.00 2100.00
Juruwang 4 2000.00 2000.00
Pekerja

9

2.9 Tindakan Kawalan

Pelaksanaan Rancangan Penunjuk Keuntungan Kawalan Strategik
Tahunan

Membolehkan

Untuk memantau keputusan Mengenal pasti kos serta penganalisisan pelaksanaan

dan usaha semasa serta keuntungan sebenar tugas, program dan strategi

memastikan perancangan barangan yang dihasilkan, organisasi perniagaan.

angka keuntungan dan segmen pasaran, jualan Kawalan ini dijalankan

jualan perniagaan yang mengikut wilayah, saluran kerana audit pemasaran,

dicapai mengikut perdagangan dan jumlah tidak memihak, bersepadu

perancangan yang telah pesanan. dan tetap terhadap

ditetapkan. persekitaran pemasaran,

10

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk menubuhkan perusahaan bukanlah mudah. Namun dengan strategi
yang betul dan perancangan pemasaran yang efisien, perusahaan akan dapat mengaut
keuntungan yang banyak serta dapat memastikan pasaran Malaysia terkenal di senatero
dunia. Oleh itu, setiap usahawan perlu memiliki ilmu keusahawanan yang efektif untuk
melatih diri menjadi usahawan yang hebat.

11

Rujukan
Abu Bakar Hamed (2005). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Universiti

Utara Malaysia.
Ismail Abd. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong (2005). Rancangan Perniagaan &

Garis Panduan dan Strategi Untuk Perniagaan Kecil & Sederhana. Kuala Lumpur:
Pena Media.
Khairuddin Khalil (2003). Keusahawanan sebagai kerjaya. Edisi kedua.Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Lampiran

Perusahaan NH Cafe House.:
Pasaran sasaran sekitar 17 Km dari lokasi perniagaan.
Dua Kumpulan Pembeli Utama:
1.Penjawat awam
2.1500 keluarga yang tinggal di Kawasan yang sama
Hasil Kajian:

• Penjawat awam =Pembelian RM 1000 seminggu atau RM
4000 sebulan.

• Keluarga = Pembelian RM 8000
Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1Tahun)
= RM 48000 (4000 x 12) + RM 96000 (8000 x 12) = RM 144000
Saiz Pasaran = RM 144000 setahun ambil kira cuti sekolah.

Jadual Pengiraan Saiz Pasaran

13

Poster Iklan Pembukaan
14


Click to View FlipBook Version