ADAB DALAM
MEMILIH SAHABAT
Unit bimbingan & kaunseling SMK RAJA PEREMPUAN IPOH
Cari sahabat
yang baik dan
mampu
membimbing
kita ke arah
kebaikan
Jika baik imannya sahabat
kita itu, sudah pasti dia
akan menasihati kita
untuk melakukan
perkara-perkara yang
baik
Sebaliknya, jika lemah
imannya seseorang
sahabat itu, pasti dia
akan mempengaruhi
kita untuk melakukan
perkara-perkara yang
mungkar.
Hindari
berkawan
dengan orang
yang buruk
akhlaknya
Bayangkan kita
mempunyai kawan
yang gemar
berpeleseran tanpa
arah tuju atau pergi ke
tempat-tempat yang
tidak berfaedah
Kebiasaannya, jika dia
merupakan sahabat
rapat kita, pasti kita
akan termakan dengan
pujuk rayunya dan
menurut sahaja ajakan
tersebut.
Menegur
kesilapan kawan
kerana
kebenaran
Sahabat yang baik adalah
sahabat yang ikhlas menegur
kesilapan rakannya demi untuk
manfaat diri rakan tersebut.
Ini kerana sebagai sahabat,
sudah pasti kita tidak mahu
rakan kita itu terus berada
dalam kesesatan.
Justeru, tegurlah rakan
itu dengan cara yang
baik dan penuh
berhikmah agar dia tidak
terus melakukan
kesilapan tersebut.
Membantu
kawan ketika
susah
sahabat yang baik adalah
sahabat yang tidak
sanggup melihat rakannya
ditimpa kesusahan, dan
pasti akan berusaha untuk
membantunya pada bila-
bila masa.
jika sahabat kita itu
sedang tersesat pula,
jadilah sahabat yang
baik kepadanya dengan
cara membimbingnya
untuk kembali ke jalan
yang diredhai oleh Allah
S.W.T.
Thanks!
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat
kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu
melihat dengan siapa kamu bersahabat. "