KOLEJ VOKASIONAL
SUNGAI PETANI 1
Buletin malaysia
MALAYAN UNION
1946
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah untuk diperolehi, melainkan dengan keinginan
yang tinggi untuk mendapatkannya iaitu dengan pengorbanan yang sebenar – benar
pengorbanan”. – TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PENUBUHAN MALAYAN UNION
01 April 1946 – Pada tahun 1946,
Tanah Melayu telah diletakkan di
bawah Sistem Pentadbiran yang
dikenali sebagai Malayan Union bagi
menggantikan pemerintahan
sementara iaitu Pentadbiran Tentera
British atau BMA. Penubuhan
Malayan Union ini telah meletakkan
Tanah Melayu sebagai sebuah negeri
naungan negeri jajahan British
sepenuhnya dengan diketuai oleh
seorang Gabenor British.
Di bawah pentadbiran ini Sultan-
sultan Melayu telah kehilangan
kedaulatan dan kuasa-kuasa ke atas
negeri-negeri masing-masing, ianya
terhad kepada soal agama Islam dan
adat istiadat dalam negeri sahaja.
Perlembagaan Malayan Union juga
telah memberi hak kewarganegaraan
yang saksama tanpa mengira bangsa
dan asal keturunan melalui prinsip
Jus Soli.
Akibat daripada tentangan yang kuat
dan berterusan daripada orang-orang
Melayu mengenai penubuhan
Malayan Union suatu Jawatankuasa
Kerja telah ditubuhkan pada Julai
1946 bagi merangka sebuah
perlembagaan baru yang dapat
diterima oleh orang Melayu. Draf
perlembagaan tersebut telah
disiapkan pada bulan Disember
1947, menjadi asas kepada
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang telah ditandatangani
pada 21 Januari 1948.
Penubuhan Malayan Union telah
membangkitkan dan
menyemarakkan semangat
patriotisme di kalangan orang-orang
Melayu untuk menuntut
kemerdekaan negara daripada
penjajah.
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN
UNION
➢ Untuk mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
➢ Bagi menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB dan NNMTB
➢ Untuk menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah
Melayu
➢ Untuk memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai
sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
➢ Supaya dapat mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia
Tenggara
➢ Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
➢ Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
➢ Membentuk satu bangsa Malayan Union
proses penentangan
Malayan union
15 DISEMBER 1945 – Satu demonstrasi telah dianjurkan oleh Persatuan Melayu Kelantan
dengan disertai oleh 10 000 orang semasa MacMicheal tiba di istana Sultan Kelantan untuk
mendapatkan tandatangan.
3 JANUARI 1946 – Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung
Johor (PMSJ).
23 JANUARI 1946 – Persatuan Melayu Kedah telah mengadakan demonstrasi di Alor Setar
yang disertai kira–kira 50 000 orang.
1 FEBRUARI 1946 – Persatuan Melayu Kelantan telah mengadakan demonstrasi di Kota
Bharu.
10 FEBRUARI 1946 – Satu demonstrasi yang disertai seramai 15 000 orang termasuk wanita
yang diadakan di Johor.
30 FEBRUARI 1946 – Surat kebenaran mengadakan Kongres telah diberikan.
1 MAC 1946 – Persidangan Kongres kali pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Bahru, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh 300 orang wakil dan pemerhati rasmi
daripada 41 buah pertubuhan Melayu.
4 MAC 1946 – Ketetapan Kongres pertama telah diisytiharkan di Dewan Bandaran, Kuala
Lumpur.
30 MAC 1946 – Kongres kedua dijalankan secara tergempar.
1 APRIL 1946 – Meminta ahli Melayu yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat Malayan Union
menilai perlantikan tersebut dan meminta rakyat Melayu untuk berkabung selama 7 hari
sebagai tanda kematian hak mereka.