The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OOI KAI WEN IPG-Pelajar, 2024-06-30 06:36:24

Penerangan (1)

Penerangan (1)

Penerangan: Topik yang saya pilih untuk menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan Peta Minda secara digital ialah Unit 9 Fasa Bulan dan Buruj. Topik tersebut terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5. Saya memilih peta alir sebagai peta minda untuk menghasilkan bahan pembelajaran berkaitan fenomena fasa-fasa bulan. Menurut Teoh dan Ng (2022), peta alir sesuai untuk menghubungkan proses pemikiran yang bersifat urutan. Peta alir dapat menyusun rangkaian peristiwa atau proses, memetakan hubungan antara peringkat dan sub peringkat. Oleh itu, saya menggunakan peta alir untuk membuat urutan fasa-fasa bulan yang berubah pada setiap malam dan juga merupakan sesuatu kitaran. Peta alir yang dihasilkan menggambarkan setiap fasa bulan dari awal hingga akhir, iaitu bermula dari anak bulan hingga kembali kepada anak bulan melalui fasa-fasa seperti bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama dan lain-lain. Saya juga meletakkan penerangan lanjut bagi setiap fasa bulan agar pelajar memahami perubahan yang berlaku pada bulan dan waktu apabila fasa-fasa bulan tersebut berlaku. Dengan menggunakan peta alir, pelajar dapat melihat dengan jelas dan teratur bagaimana fasa bulan berubah mengikut urutan masa serta memudahkan mereka untuk mengingati proses perubahan fasa bulan tersebut.


Penerangan: Namun begitu, bahan pembelajaran yang dihasilkan mempunyai beberapa kelemahan. Salah satu kelemahan ialah huraian yang terhad. Saya tidak dapat memberikan huraian lebihan kepada setiap fasa bulan seperti menerangkan bahagian bulan yang berwarna hitam untuk memastikan bahawa bahan pembelajaran yang dihasilkan mudah dibaca. Selain itu, kelemahan yang wujud adalah tidak interaktif kerana bahan pembelajaran yang dihasilkan adalah statik dan tidak membolehkan pelajar untuk berinteraksi secara langsung serta mereka tidak dapat menjalankan analisis yang lebih dinamik.


Rujukan: Anida Idrus., Mahani Ibrahim., Shamsiah Nasir. (2023). Kemahiran belajar. Topic 5: Alat-alat kemahiran berfikir. 108-138. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains Tahun 5. KPM. https://anyflip.com/ittl/gsyk\ Nuverah. (2012). Apakah itu fasa-fasa bulan dan bagaimana ia berlaku? Mesejbulan.wordpress.com https://mesejbulan.wordpress.com/2012/05/21/apakah-itufasa-fasa-bulan-dan-bagaimana-ia-berlaku/ Siti Roha Karim, Ramadhan Anwar dan Suwaibatullaslamiah Jalaludin. (2020). KPM. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017). Sains Tahun 5. Unit 9: Bulan dan Buruj. 199-216. Dewan Bahasa dan Pustaka. https://anyflip.com/bgxzy/cpsx/basic Teoh, L. L., & Ng, M. H. (2022). Kerangka penggunaan peta alir dalam pembelajaran penulisan karangan naratif bahasa Cina. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001746. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1746


Click to View FlipBook Version