The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saiful rizal, 2024-04-02 03:39:21

BULETIN MAC 2024 SEL T/S

EDARAN DALAMAN

BULETIN MAC BIL. 03/2024 | MAC 2024 EDISI DALAMAN SAHAJA Diterbitkan oleh: Pejabat Ketua Gerakan Negeri Selangor T/S, Security Services Department Tingkat 4, Wisma TNB Subang Jaya, Jalan USJ 10/1A USJ 10, 47620 Subang Jaya Selangor


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 (/) | Mesyuarat SSD Selangor (T/S) yang dipengerusikan oleh Ketua Gerakan Negeri Selangor (T/S) ASP/PB Mansur Shah Bin Haji Tarman, bersama barisan KGT/PKGT dan Pengurusan SSD Selangor (T/S) berlangsung di Bilik Mesyuarat Merak, Wisma TNB Subang Jaya. Objektif utama adalah pembentangan laporan bulanan, Pentadbiran dan halatuju SSD Selangor (T/S) dalam pelaksanaan aktiviti bagi sasaran KPI 2024. Disamping dapat merapatkan silaturahim antara anggota dan Pengurusan SSD Selangor (T/S) ia juga merupakan satu medium interaksi KGN Selangor (T/S) untuk menyalurkan maklumat berkaitan dan juga berkongsi dalam penambahbaikan operasi di negeri dan daerah serta membincangkan dan menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam memastikan keselamatan dan operasi di daerah berjalan lancar. Dalam sesi ini juga turut mengadakan aktiviti *"Ice Breaking"* yang dikendalikan oleh UPO negeri bersama anggota bagi menerapkan nilai ke bersamaan dapat berinteraksi dengan rakan dan mengurangkan tekanan seterusnya menjadikan suasana yang lebih ceria.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 & (/) SEPANG | 3 MAC 2024 Bertempat di Bukit Melati Nilai,SSD Sepang mengadakan aktiviti ESG & mendaki bersama Pihak Retail Sepang iaitu Hasniah bt Bohari (Retail Sepang), Emyliza binti Abd Rahman (CCO Sepang) dan Khayrul Zain bin Mazlan (BSO Sepang). Program dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dikalangan warga kerja TNB Sepang. Dalam masa yang sama dapat merapatkan silaturrahim antara SSD Sepang dengan Pihak Retail dan BSO Sepang. Program berlangsung dengan jayanya.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 / Puchong | 08 Mac 2024 Perhimpunan bulanan Team Retai bersama Head State Selangor telah diadakan di Pejabat TNB Puchong,Selangor. Jemputan yang hadir Tuan Ir.Ahmad Barodi Bin Che Noh (Head State Selangor),Puan Rohayah (Smart Meter Cust.Solution), Puan Shamim (CCO Retail TNB Puchong) dan seramai 20 anggota kerja Retail TNB Puchong. Turut terlibat anggota SSD Selangor T/S Sjn/PB Mior dan Kpl/PB Norhisam. Perhimpunan bulanan dimulakan dengan bacaan doa oleh KGT Puchong Sjn/PB Mior dan seterusnya sedikit ucapan dari Tuan Ir. Barodi.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada anggota kerja, serta membincangkan berkenaan belanjawan dan penambahbaikkan yang perlu oleh pihak Retail.Diselitkan juga dalam ucapan Tuan Ir Barodi kepada anggota kerja Retail untuk sentiasa meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tugas dan mesra bersama pelanggan. Dalam sesi perjumpaan ini juga diselitkan majlis anugerah kecemerlangan anggota kerja Retail dan penyampaian hadiah kepada pekerja yang menyambut hari kelahiran bulan Mac 2024.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 BANTING | 04 Mac 2024 Sesi perkenalan Ketua Gerakan Tempatan (KGT) Banting terkini iaitu Sjn/PB Azahari bin Saharudin bersama pegawai ronda Syarikat Satria Perkasa Security telah diadakan di Pejabat KGT Banting. Perkara yang turut dibincangkan semasa sesi ini adalah pelaksanaan amalan 5T, kebersihan dan kekemasan pengawal keselamatan semasa bertugas selain berkaitan audit GIA. - & Bertempat di Wisma TNB Jalan Timur, Kpl/PB Daniel Iqbal (Penyelia starik) Wisma TNB Jalan Timur telah menjalankan sesi temuduga untuk pengambilan Pengawal Keselamatan bagi Zon (A) Petaling Jaya. Turut hadir Pegawai Ronda dari Sdn Bhd. Dalam sesi ini calon diberi ujian bertulis bagi menilai tahap pengetahuan am dan yang berkaitan serta boleh menulis dengan kemas dan teratur. Kpl/PB Daniel Iqbal memberi taklimat berkaitan skop tugas kepada calon supaya dapat melaksanakan tugas kawalan keselamatan mengikut skop tugas yang ditetapkan dalam memastikan keselamatan di pepasangan TNB sentiasa ditahap yang memuaskan terutama bagi tugas kawalan pintu masuk (5T) dan rondaan perimeter kawasan yang berkesan. PETALING JAYA | 8 MAC 2024 KGT Petaling Jaya, Sjn/PB Mohd Jefri Bin Johari memberi taklimat berkaitan Keselamatan (), dimana anggota SSD Petaling Jaya perlu memastikan Buku Rekod Perhatian PDRM (A) 5, PDRM (A) 40 dan Buku Rekod Keluar/Masuk T-Baton & Gari dicatat dan teratur mengikut arahan yang ditetapkan. Tindakan anggota mmeperketatkan dalam melaksanakan 5T dan berkaitan laporan halangan kemasukan (DER) bagi tugas kawalan statik di PMU 275kV KL West. KGT Petaling Jaya turut menyalurkan info-info terkini berkaitan keselamatan dan juga semakan 5T lebih ketat di PMU 275kV KL West, ekoran ancaman siber ROOTKIT. Anggota diingatkan sentiasa menjaga peralatan tugas dengan baik, mengutamakan keselamatan semasa bertugas, memperkasakan pematuhan SOP kerja dalam meningkatkan integriti dan disiplin anggota UP Petaling Jaya.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 PUCHONG| 9 MAC 2024 Pihak Retail Pejabat TNB Puchong telah mengadakan (1) Operasi Cantas Hutang dibawah daerah seliaan KGT Puchong Selangor. Sesi taklimat keselamatan dari KGT Puchong Sjn/PB Mior ,ucapan dari team member (CM) Puan Faridah dan bacaan doa dipimpin oleh Kpl/PB Wan Azman telah disampaikan sebelum operasi dijalankan. Sebanyak (6) buah kenderaan Unit Peronda digunakan dan (12) anggota SSD yang terlibat, iaitu Anggota PB di bawah seliaan KGT Gombak, KGT Sepang, KGT Shah Alam dan KGT Rawang digerakkan. Operasi ini menjurus kepada peringatan kepada pelanggan yang lewat membayar bil,pelanggan yang mempunyai bil tertunggak dan sesi penerangan berkenaan pengiraan bil kepada pelanggan.Operasi ini tidak terlibat dengan pemotongan bekalan elektrik keatas premis TNB. Kerjasama anggota SSD (Security Services Department) dalam operasi ini adalah untuk memastikan agar keselamatan terhadap pekerja TNB yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.Operasi ini berjaya ditamatkan dalam keadaan baik dan pihak Retail TNB Puchong mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan operasi ini.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 , Subang Jaya | 15 Mac 2024 Sjn/PB Mohd Shahrir bersama Kpl/PB Khairul Azwan mewakili Head (Centre South Operations) Tuan Mohd Fawzy bin Abu Bakar mengedarkan buah kurma kepada anggota yang bertugas di PMU seluruh SSD Selangor. #SalamRamadanSSD


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 " " Subang Jaya | 15 Mac 2024 Sesi suai kenal dan lapor diri anggota yang bertukar dan menerima tawaran kenaikan pangkat (memangku) bersama KGN Selangor (Tengah/Selatan) , ASP/PB Mansur Shah bin Hj Tarman telah diadakan di Bilik Mesyuarat Merak, Wisma TNB Subang Jaya. Sesi ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan selain pesanan dan amanat daripada Tuan Mansur Shah, turut dihadiri oleh penyelia SSD Selangor (Tengah/Selatan) seterusnya sesi memperkenalkan diri. Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada L/Kpl PB Mohammad Izlan (Memangku Pem.KGT Banting), L/Kpl PB Khairul Azlan (Memangku PUP Banting), L/Kpl PB Mior Khairul Nizam (Memangku Penyelia Statik PMU 500kV Olak Lempit, Banting) dan Kpl/PB Saiful Ezam yang bertukar ke jawatan Penyelia Statik PMU 500kV Bukit Unggul, Sepang. Bertugaslah dengan penuh keikhlasan , integriti dan profesionalisme. #KitakeluargaSSD


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 KLIK-KLIK FOTO MAJLIS SUAI KENAL


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 WISMA TNB SUBANG JAYA | 18 Mac 2024 Bertempat di Bilik Mesyuarat Belibis, Wisma TNB Subang Jaya, satu mesyuarat bulanan Ketua Negeri Selangor (Tengah/Selatan) bersama Syarikat Kawalan Swasta Satria Perkasa Security dan Syarikat Smart Force telah dijalankan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh KGT Gombak SM/PB Sharizam bin Mat Zian yang juga mewakili KGN Selangor (T/S) ASP/PB Mansur Shah bin Tarman. Turut hadir bersama adalah UPO negeri, Kpl/PB Che Mohd Khuzairan dan penyelia daerah SSD Selangor (T/S) serta wakil dari Syarikat Smart Force dan Syarikat Satria Perkasa Security. Agenda mesyuarat ini diantaranya membincangkan isu-isu yang terkini berkaitan penugasan pengawal keselamatan, turut ditegaskan juga konsistensi pematuhan ketetapan syarat-syarat kontrak yang dipersetujui, penambahbaikan tahap kesiapsiagaan pengawal dan pembekalan pengawal keselamatan disetiap pepasangan serta penekanan mempraktikkan 5.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 & CYBERJAYA |13 MAC 2024 Sesi Perjumpaan Pengurusan SSD bersama Distribution Network Selangor telah diadakan di Dewan Seri Wawasan, Aras 4 TNB Cyberjaya. Turut hadir sesi ini adalah wakil dari SSD Ibu Pejabat, iaitu Tuan Mohd Fawzy Bin Abu Bakar, Head ( ℎ ), Puan Laily Erlinawati Binti Rahim ( ), En Wan Hairul Razli Ahmad Kushaari ( ) dan wakil dari SSD Selangor yang diketuai oleh ASP/PB Mansur Shah Bin Hj Tarman, KGN Selangor (T/S) dan Lt. Kol (B) Zul Zaki Hashim Bin Kasim, KGN Selangor (U/T), bersama wakil KGT Selangor serta wakil dari yang diketuai oleh En Mohd Isran Bin Che Mustapha, Head ( ) dan wakil setiap Zon Selangor. (SSD) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi perjumpaan dan kolaborasi bersama bagi mewujudkan satu kerjasama dalam membincangkan pelan tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan serta melihat isu kejanggalan di pepasangan TNB Selangor yang dikawal oleh kawalan swasta, dimana perlu semakan dan tindakan melibatkan isu-isu berkaitan dan kejanggalan. Objektif perjumpaan ini adalah bagi menyalurkan maklumat yang berkaitan pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan SSD disamping menerima baik berkaitan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh SSD dan DN Selangor dalam memastikan kerjasama ini dapat dicapai dengan mengambil faktor kepentingan keselamatan aset yang dikawal oleh pengawal kawalan swasta. Semoga dengan kerjasama ini dapat memberikan nilai tambah dalam memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan bersama.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 / SUBANG JAYA | 19 MAC 2024 Sesi Engagement telah dihadiri oleh KGT Puchong SJN/PB Mior Azarul, PKGT KPL/PB Norhisam, KGT Subang Jaya SJN/PB Shahril dan PKGT KPL/PB Khairul Azwan ke Pejabat Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Subang Jaya Selangor. Engagement ini juga adalah sesi suai kenal diantara KGT Bersama Ketua Pegawai Tuan DSP Tan Seng Guan dan pembantu Tuan INSP Suhaizal JPJKK yang baru melapor diri di IPD Subang Jaya. Disamping itu, penerangan beberapa perkara seperti kes kecurian yang sering berlaku di pepasangan TNB didaerah, kekuatan anggota SSD di penempatan turut diselitkan dalam pertemuan ini. Pihak JPJKK juga sedia memberi kerjasama melalui Unit MPV didalam melaksanakan rondaan pepasangan milik TNB yang kritikal, hot spot dan membantu pihak SSD TNB menyalurkan maklumat berkaitan kes-kes yang berlaku melibatkan aset TNB. Jalinan kerjasama yang baik diantara pihak PDRM dan SSD TNB diharap dapat diteruskan bagi menjamin kesejahteraan semua pihak.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 GOMBAK | 20 MAC 2024. Mesyuarat bulanan SSD Gombak bersama Syarikat Kawalan Swasta, Satria Perkasa Security diadakan bertempat di Pejabat KGT Gombak, Stor Yard Selayang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh KGT Gombak, SM/PB Sharizam bin Mat Zian. Turut hadir mesyuarat ini adalah Penyelia Unit Peronda Gombak, Kpl/PB Mohd Nasyrin dan wakil-wakil syarikat kawalan swasta yang diketuai Puan Zaitom Binti Mohamad Amin selaku Pengurus Besar, Syarikat Satria Perkasa Security. Objektif utama mesyuarat ini diantaranya ialah untuk membincangkan isu-isu terkini berkaitan mengenalpasti dan laporan kejanggalan aset disetiap pepasangan yang dikawal oleh syarikat kawalan swasta. Turut diberi perhatian juga mengenai pemasalahan kegagalan melakukan dan lain-lain isu yang perlu diatasi dari semasa ke semasa.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 BANTING | 21 MAC 2024 Sekitar semakan kerja-kerja ujian keberkesanan CCTV di PPU Telok Panglima Garang oleh barisan penyelia SSD Banting diketuai oleh KGT Banting Sjn/PB Azahari bersama pihak STK SSD Ibu Pejabat, Encik Megat Zele dan wakil syarikat vendor Datasonic Teknologi Sdn. Bhd. Hasil daripada semakan ini mendapati semua CCTV dan ujian siren berfungsi dengan baik. PETALING JAYA | 19 MAC 2024 CCTV telah dijalankan oleh vendor dari Syarikat Reez Technologies bersama En Megat Zele Bin Mohamed Kassim, Juruteknik ( ) dan wakil SSD Selangor iaitu Sjn/PB Mohd Jefri Bin Johari (KGT Petaling Jaya) di PPU 33/11kV Horsedale No.2. Kerja-kerja pemasangan CCTV telah siap dipasang sepenuhnya di PPU ini dan sesi ujian penerimaan pengguna bagi melihat CCTV berfungsi dengan baik dalam memastikan keselamatan serta meningkatkan mutu kawalan automasi yang lebih efisien dan efektif di pepasangan TNB.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 / BANTING | 22 MAC 2024 Mesyuarat SSD Banting bersama Syarikat Kawalan Swasta (Satria Perkasa Security) telah diadakan di Pejabat KGT Banting. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh KGT Banting, Sjn/PB Azahari dan dibantu oleh Pembantu KGT Banting, Kpl/PB Izlan dan Penyelia Statik Kpl/PB Mior Khairul serta Penyelia Unit Peronda Banting, Kpl/PB Khairul Azlan. Turut hadir bersama 5 orang wakil daripada syarikat kawalan swasta. Objektif perjumpaan ini diantaranya ialah membincangkan persiapan SSD Banting dan Syarikat SPS menghadapi audit GIA yang dijangka akan memasuki Zon Banting. Turut diberikan perhatian juga mengenai penugasan pengawal keselamatan dilapangan dan peringatan juga diberikan kepada semua pengawal ronda yang hadir supaya sentiasa mengamalkan sikap tanggungjawab semasa menjalankan rondaan mengikut syarat-syarat kontrak yang telah ditetapkan selain mematuhi arahan dari semasa ke semasa.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 / | Majlis berbuka puasa dan meraikan peristiwa penting, menganugerahkan sijil pencapaian kutipan hutang tertinggi hasil operasi pemotongan bekalan Cheras oleh CCO Cheras En. Thavanesan. Unit terlibat adalah BSO Cheras, Team DN, Retail, SSD Cheras & Bangi. Staff terdiri dari CCO Cheras dan KGT Cheras Sjn/PB Shaharudin turut hadir bersama beberapa org anggota SSD Selangor T/S. Teruskan bersinar terang, dan semoga perjalanan dipenuhi dengan lebih banyak pencapaian dan kegembiraan.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 ( ) PETALING JAYA | 20 & 21 MAC 2024 Operasi Iringan Keselamatan bagi Ops daerah Petaling Jaya yang dijalankan oleh anggota Unit Peronda Petaling Jaya dan bantuan dari Unit Peronda Bangi. Ops yang dijalankan oleh TNB Petaling Jaya, sepanjang bulan Mac 2024 yang bermula 12hb hingga 27hb Mac 2024. Objektif utama adalah peranan anggota Unit Peronda SSD Selangor bagi memastikan keselamatan terhadap pekerja TNB yang terlibat dan membantu dalam kelancaran operasi mengikut jadual serta mengukuhkan lagi kewangan TNB dalam pembayaran bil tertunggak. #TangkasBerbisa


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 BANTING | 22 Mac 2024 Satu majlis berbuka puasa bersama warga kerja TNB Banting telah diadakan di Kedai Tenaga Banting anjuran Kelab Kilat Banting & Sepang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Khairulnizam (Ketua Aset DN/Aset Zon C1), En. Ahmad Mustafa (CCO Retail Banting). Wakil daripada SSD Selangor (T/S) turut hadir iaitu KGT Banting Sjn/PB Azahari dan Penyelia UP Banting Kpl/PB Khairul Azlan.Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kerja TNB Banting dan diakhiri dengan solat Isyak serta terawih secara berjemaah.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 CHERAS | 25 MAC 2024 Perjumpaan SSD Cheras bersama Syarikat Kawalan Swasta ( Satria Perkasa Security /SPS) telah diadakan di Kedai Tenaga Cheras.Perjumpaan ini diketuai oleh KGT Cheras Sjn/PB Shaharudin dan dibantu oleh Penyelia Unit Peronda Cheras Kpl/PB Navidran . Turut hadir bersama lima orang wakil daripada syarikat kawalan swasta terdiri daripada OM dan PR. Objektif perjumpaan ini diantaranya ialah membincangkan pengaturan pengawal bertugas di pepasangan TNB semasa cuti perayaan serta siap siaga SSD Cheras dan Syarikat SPS menghadapi audit GIA. Turut diberi perhatian mengenai pelaporan kejanggalan terkini dan tahap baik pulih kejanggalan lama yang dilakukan oleh pemilik aset. Peringatan juga disampaikan oleh Sjn/PB Shaharudin agar pihak syarikat swasta terutama OM dan PR memandang serius terhadap kesalahan-kesalahan yang masih berulang dilakukan oleh pengawal dan patuh kepada arahan dari semasa ke semasa.


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 PETALING JAYA | 26 MAC 2024 Mesyuarat KGT & Penyelia SSD Petaling Jaya bersama Pengurusan Operasi Syarikat Sdn Bhd, yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 20, Wisma TNB Jln Timur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sjn/PB Mohd Jefri Bin Johari (KGT Petaling Jaya) turut hadir basisan Penyelia SSD Petaling Jaya dan wakil Pengurusan Syarikat Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Mohd Faizal Bin Muri (Pegarah Urusan). Objektif utama bagi membincangkan berkaitan perancangan cuti sempena perayaan bagi pengawal setiap Zon Pegawai Ronda, isu kejanggalan, perancangan latihan (LDP) kawalan swasta dan penambahbaikan bagi kawalan swasta Sdn Bhd bagi Zon (A) Petaling Jaya dalam meningkatkan mutu kawalan keselamatan di pepasangan TNB, daerah Petaling Jaya dan pemantauan yang lebih berkesan. Dalam sesi mesyuarat ini juga, KGT Petaling Jaya berharap pihak Syarikat dapat memberikan bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan terutama di musim perayaan ini bagi memastikan pepasangan TNB dalam keadaan selamat dan dikawal selia dengan baik. #Teamwork


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 RAMADAN MUBARAK SEPANG | 27 MAC 2024 Bertempat di bilik mesyuarat bangunan control room Pmu Bukit Unggul, satu pertemuan mesyuarat pengoperasian kerja dan perancangan cuti anggota sebelum cuti perayaan aidilfitri bagi Tahun 2024 yang dipengerusikan Oleh KGT Sepang Sjn/PB Zanis, Serta Majlis berbuka puasa SSD Sepang bersama wakil aset owner GMKL iaitu SSO bertugas Encik Hazizul. GOMBAK | 29 MAC 2024 Suasana penuh keceriaan menyelubungi Majlis Iftar bersama Warga () / yang turut disertakan dengan babak penting iaitu perjumpaan bersama / , () / dan penyelia untuk menerima nasihat dan pandangan dari wakil Perunika Selangor / . Satu sesi yang dapat menjalin hubungan mesra dan merapatkan jurang keakraban dalam kalangan Warga () /


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 GOMBAK | 30 MAC 2024 Unit peronda Gombak ke Damansara Damai bagi melakukan kawalan keselamatan di sekitar () Damansara Damai bagi melancarkan program penyerahan sumbangan asnaf daripada pengurusan tertinggi () Penyerahan disampaikan oleh Datuk Ahmad Hushairi bin Ibrahim () dan diiringi oleh Jamaludin bin Othman ,Mohd Fawzy bin Abu Bakar ( ) , Nor Azlan bin Che Nazran ( & ) .


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 () PUCHONG | 22 MAC 2024 Pihak Vendor dari Syarikat Reez Technologies bersama En Megat Zele bin Mohamed Kassim Juruteknik ( ) telah mengadakan Sesi User Acceptance Test CCTV di PPU 33/11kV Kinrara. Turut hadir wakil dari SSD Selangor Sjn/PB Mior Azarul Asyraf bin Mior Abidin selaku KGT Puchong bersama PKGT. Kerja-kerja pemasangan CCTV telah siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik bagi memastikan keselamatan serta meningkatkan lagi mutu kawalan automasi. PETALING JAYA | 31 MAC 2024 KPL/PB Nor Shahrul Faisa bin Nor Ahmad bersama Encik Loh Kim Cooi / mengadakan proses penambahbaikan status sistem kad di TGBS, dan mendapti status terkini sistem berfungsi dengan baik selepas pihak vendor mengemaskini IP yang baru. Baikpulih sistem kad di lobi TGBS dapat membantu pengawal keselamatan menjalankan tugas dengan lebih lancar dari segi pemantauan keluar masuk anggota kerjabdidalam bangunan TGBS. /


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 03/2024 | MAC 2024 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


Click to View FlipBook Version