BULETIN FEBRUARI BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 EDISI DALAMAN SAHAJA Diterbitkan oleh: Pejabat Ketua Gerakan Negeri Selangor T/S, Security Services Department Tingkat 4, Wisma TNB Subang Jaya, Jalan USJ 10/1A USJ 10, 47620 Subang Jaya Selangor
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 SSD 1 FAMILY SUBANG JAYA, 1 FEBRUARI 2024 Sembang santai KGN Selangor T/S Tuan Mansur bersama anggota SSD Perak iaitu KPL/PB Mohd Azreen (PUP Ipoh), Konst PB Muhammad Syakir (SJ Jor) dan Lans/Kpl PB Mohd Azlan (PMU Ayer Tawar) telah diadakan di Pejabat KGN Selangor T/S.Antara topik yang dihujahkan ialah membicarakan tentang perjalanan dan strategi yang dilakukan oleh anggota SSD di negeri Perak. Perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di bawah satu keluarga Security Service Department kearah yang lebih baik.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 PENYERAHAN KENDERAAN SSD SELANGOR KEPADA SSD PERAK SUBANG JAYA, 1 FEBRUARI 2024 Penyerahan kenderaan SSD Selangor T/S jenis Proton Pesona bernombor pendaftaran VAK1619 dan VAK1598 kepada SSD Perak disempurnakan oleh KGN Selangor T/S Tuan Mansur dibantu oleh SM/PB Sharizam. Sebelum penyerahan, pemeriksaan dan peralatan kenderaan telah disemak bagi memastikan kenderaan dalam keadaan baik oleh Sjn/PB Shahrir bersama Kpl/PB Norhisam dan Kpl/PB Khairul Azwan Penyerahan ini bertujuan untuk melancarkan urusan operasi Unit Peronda disekitar Ayer Tawar dan rondaan perimeter di sekitar Sj Jor.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM CCTV Sepang, 02 Februari 2024 Sesi Latihan Penggunaan Sistem CCTV di PMU Sasaran Penting kepada anggota kerja Security Fusion Centre (SFC) dan anggota SSD Selangor T/S telah diadakan bertempat di PMU Bukit Unggul. Sesi ini dihadiri oleh wakil dari pihak ICT seramai 4 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Malek dan wakil STK Tuan Muhammad Arif Bin Mat Sarit, serta beberapa orang anggota dari SCC, PMU Bukit Unggul dan daerah Banting. Objektif latihan ini diadakan adalah supaya anggota dapat memahami tatacara penggunaan CCTV yang disediakan oleh pihak pengurusan pada anggota.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 PROMOSI PEMASANGAN DI KUARTERS PGA CHERAS | Mesyuarat berkaitan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bandar Tun Hussein Onn, TNB Cheras. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil SSD Cheras, Sjn/PB Shaharuddin Amiran, CCO Cheras En. Thavanesan, Retail Cheras Pn. Mardiana, Exec Teknikal En. Adam, PDRM Inspektor Mohammad Shafuan dan Kpl. Muhammad Afham. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mempromosi dan proses pemasangan di kuartes yang baru dibaikpulih di PGA Cheras. Selain itu, isu berkaitan kecurian arus dan keselamatan kotak panel meter juga turut dibincangkan semasa mesyuarat.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LAWATAN TAPAK PEMASANGAN CCTV DI BANGUNAN TNB BANGI , Lawatan Tapak CCTV di Bangunan TNB Bangi diadakan yang dihadiri oleh wakil dari STK iaitu En.Mohd Shahfini selain turut dihadiri oleh Pn.Fariza, En.Nasrun (Retail Bangi), En.Azrul, En.Nik Mohd Suffian, En.Suhaimi dan En.Safwan (BSO) serta wakil SSD, Kpl/PB Afiqul dan Kpl/PB Muhammad Hamizan. Objektif lawatan ini diadakan adalah bagi perbincangan untuk menaik taraf dan penambahan bilangan CCTV sebanyak 15 unit di Pejabat TNB Bangi supaya mutu kawalan Keselamatan dipertingkatkan dan lebih efektif. Sesi perbincangan dan lawatan tapak ini berjalan dengan lancar.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LAWATAN KEBAJIKAN KETUA GERAKAN NEGERI Kajang, 02 Januari 2024 YDH ASP/PB Mansur Shah Bin Hj Tarman, KGN Selangor T/S telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sjn/PB Bustaman, KGT Bangi yang sedang menjalani rawatan pembedahan buang ketumbuhan (Cyst) di Hospital KPJ Kajang.Warga SSD Selangor T/S mendoakan agar Sjn/PB Mohd Bustaman bin Mohd Baharudin diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.Turut hadir bersama wakil perunika Negeri Selangor iaitu Sjn/PB Shahrir. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 OPERASI IRINGAN KESELAMATAN OPS REMINDER DAERAH SUBANG JAYA - Operasi Iringan Keselamatan bagi Ops Jaket Biru daerah Subang Jaya, dengan kerjasama anggota dari UP Petaling Jaya dan UP Sepang bersama TNB Subang Jaya. Sesi taklimat berkaitan tugas disampaikan oleh Sjn/PB Mohd Shahrir Bin Mahzan (KGT Subang Jaya) selaku Pegawai Medan Operasi tersebut. Objektif utama adalah peranan anggota UP Petaling Jaya dan UP Sepang bagi memastikan keselamatan terhadap pekerja TNB yang terlibat dan membantu dalam kelancaran operasi mengikut jadual serta mengukuhkan lagi kewangan TNB dalam pembayaran bil tertunggak. (/)
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM CCTV , Sesi Latihan Penggunaan Sistem CCTV di PMU Sasaran Penting telah dijalankan di PMU KL North oleh anggota Security Fusion Centre (SFC) bersama anggota SSD Gombak Sesi ini dihadiri oleh wakil dari pihak SFC seramai 3 orang yang diketuai oleh Sarjan/PB Mohd Riduan Samsudin, Konstabel/PB Zhafran Mohd Jari dan Konstabel/ PB Mohamad Hasnim Samsudin, serta beberapa orang anggota dari Unit Peronda Gombak diketuai oleh Sjn/PB Azahari. Objektif latihan ini diadakan adalah supaya anggota dapat memahami tatacara penggunaan cctv yang disediakan oleh pihak pengurusan pada anggota.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 WELLNESS DAY MENDAKI DI SUNGAI LEPOH | SSD Cheras telah menganjurkan aktiviti mendaki di Sungai Lepoh, Hulu Langat. Aktiviti ini diketuai oleh KGT Cheras, Sjn/PB Shaharuddin Amiran yang turut disertai oleh anggota daerah Bangi, Unit Credit Management TNB Cheras dan pengurusan Syarikat Kawalan Swasta SPS Zon C. Objektif aktiviti ini adalah untuk meningkatkan stamina, kecergasan fizikal dan kecerdasan mental selain mengeratkan hubungan sesama anggota kerja dan syarikat perkhidmatan kawalan swasta. Seusai aktiviti ini, KGT Cheras menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kata-kata semangat serta motivasi untuk terus kekal aktif disamping menjalankan tugas hakiki.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 WELLNESS DAY SSD SELANGOR T/S 08 FEBRUARI 2024 , SHAH ALAM Bertempat di Dewan Seksyen 15, Shah Alam, SSD Selangor (T/S) mengadakan aktivit Sepak Takraw dan juga jemputan SSD Salangor (U/T). Objektif utama adalah , menggalakkan aktiviti bersukan disamping meningkatkan kecergasan fizikal anggota dan memberikan terapi terbaik bagi menghilangkan tekanan serta memastikan anggota membudayakan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas seterusnya mengeratkan silaturahim antara anggota kerja SSD Selangor. Terima kasih diucapkan kepada KGN Selangor (T/S) yang turut hadir bersama-sama menjayakan aktiviti ini dan juga sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada anggota untuk (/)
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 - & Operasi Iringan Keselamatan bagi Ops Reminder daerah Petaling Jaya yang dijalankan oleh anggota Unit Peronda Petaling Jaya bersama TNB Petaling Jaya, sepanjang bulan Februari 2024 yang bermula 06hb hingga 29hb Februari 2024. Objektif utama adalah peranan anggota Unit Peronda Petaling Jaya bagi memastikan keselamatan terhadap pekerja TNB yang terlibat dan membantu dalam kelancaran operasi mengikut jadual serta mengukuhkan lagi kewangan TNB dalam pembayaran bil tertunggak. (/) OPERASI IRINGAN KESELAMATAN OPS REMINDER DAERAH SUBANG JAYA
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN PENGAWAL KESELAMATAN DI ZON (A) PETALING JAYA PETALING JAYA - 07 FEB 2024 Bertempat di Wisma TNB Jalan Timur, Sjn/PB Mohd Jefri Bin Johari, (KGT Petaling Jaya) telah menjalankan sesi temuduga untuk pengambilan Pengawal Keselamatan bagi Zon (A) Petaling Jaya. Turut hadir Pegawai Ronda dari Smart Force Security Services Sdn Bhd.Dalam sesi ini calon diberi ujian bertulis bagi menilai tahap pengetahuan am dan yang berkaitan serta boleh menulis dengan kemas dan teratur. KGT Petaling Jaya memberi taklimat berkaitan skop tugas kepada calon supaya dapat melaksanakan tugas kawalan keselamatan mengikut skop tugas yang ditetapkan dalam memastikan keselamatan di pepasangan TNB sentiasa ditahap yang memuaskan terutama bagi tugas kawalan pintu masuk (5T) dan rondaan perimeter kawasan yang berkesan.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LDP SSD SELANGOR (TENGAH/SELATAN) SIRI2/2024 KAWAD KAKI UNITEN, BANGI | 13 & 14 FEBRUARI 2024. Latihan Dalam Perkhidmatan Bil. 2/2024 (Kawad Kaki) telah diadakan bertempat di Sports Arena@UNITEN, Bangi. Latihan ini telah dihadiri oleh seramai 64 orang anggota SSD Selangor (T/S). Latihan ini dimulakan dengan ketibaan YDH ASP/PB Tuan Mansur Shah Bin Hj Tarman, Ketua Gerakan Negeri Selangor (T/S) sebagai Pegawai Pemeriksa dan seterusnya lapor kehadiran daripada SJN/PB Mior Azarul Asyraf selaku Pegawai Baris, bacaan doa dan nyanyian lagu 'Negaraku' serta bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Skim Kawalan Displin dan Dadah (SKDD) juga dilaksanakan.Latihan ini diketuai oleh SM/PB Sharizam, dibantu oleh SJN/PB Mior Azarul Asyraf dan KPL/PB Nor Shahrul Faisa. Latihan Kawad ini dijalankan bertujuan : ▪Memperkemaskan pergerakan kawad dan keterampilan diri warga SSD Selangor (T/S) ▪Memantapkan disiplin anggota SSD Selangor T/S ▪Memperbaiki pergerakan kawad dan kata perintah mengikut sepertimana arahan kawad PDRM. ▪Menanam sikap sentiasa bersiap sedia dalam menerima arahan melaksanakan penugasan. ▪Meningkatkan tahap kecerdasan diri melalui latihan pergerakan kawad.Latihan yang diadakan selama dua hari di UNITEN berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 MESYUARAT KHAS SSD PUCHONG BERSAMA RETAIL TNB PUCHONG PUCHONG, 14 Februari 2024 Pihak Retail TNB Puchong yang diketuai oleh CCO, Puan Shamim telah mengadakan mesyuarat khas di Bilik Mesyuarat Almirano, TNB Puchong. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil SSD Puchong, Kpl/PB Norhisam bersama-sama wakil BSO, En Fauzi, CM Retail En.Fuad dan beberapa anggota kerja lain. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan aktiviti tahunan anggota kerja di TNB Puchong sepanjang tempoh 2024. Pelbagai aktiviti telah dicadangkan dalam mesyuarat tersebut seperti majlis bacaan yassin,majlis berbuka puasa, majlis sambutan hari raya, aktiviti sukan, ESG dan sebagainya. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan Puan Shamin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dari wakil anggota kerja TNB Puchong yang menghadiri mesyuarat ini.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 & () (/) | Sesi roll out APCOM telah berlangsung di Security Fusion Centre (SFC), UNITEN bertujuan untuk memberi penerangan dan tatacara penggunaan aplikasi APCOM. Sesi ini telah disampaikan oleh ASP/PB Mohd Rizal Bin Mohd Raslan, Pengurus (Operations Support Services) dan Tuan Ahmad Bahron bin Samion, Ketua Gerakan Negeri Melaka dan wakil dari Digital & Innovation iaitu Encik Mohd Ezri bin Mohd Amiruddin dan Encik Mohd Aris bin Mohd Azhar. Selain itu, anggota yang hadir juga diberi pendedahan berkenaan tatacara mengemaskini rekod peribadi SKDD masing-masing.Objektif sesi ini juga adalah menekankan aspek mengawal, mengurus dan menyelia disiplin terhadap pegawai polis agar tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah disamping memberi peringatan kepada penyelia berkenaan tanggungjawab dan peranan pegawai/anggota yang diselia. Semasa sesi ini juga, penyelia SSD Selangor (T/S) diberikan peluang untuk berkongsi idea serta pendapat supaya amalan ini dilaksanakan menyeluruh kepada semua anggota Diakhir program ini ASP/PB Mansur Shah, KGN Selangor (T/S) mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 MESYUARAT KGN DAN BARISAN PENYELIA SSD SELANGOR T/S BERSAMA PENGURUSAN SYARIKAT KAWALAN SWASTA SUBANG JAYA, 16 FEBRUARI 2024 Mesyuarat KGN bersama Penyelia SSD Selangor (T/S) dan Pengurusan Operasi Syarikat Kawalan Swasta telah diadakan di Bilik Mesyuarat Merak, Wisma TNB Subang Jaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ASP/PB Mansur Shah Bin Hj Tarman dan turut hadiri oleh wakil Pengurusan Syarikat Satria Perkasa Security Sdn Bhd, Smart Force Security Services Sdn Bhd, dan Metro Security Services Sdn Bhd. Objektif utama adalah untuk membincangkan isu berkaitan laporan audit dan pelan tindakan penambahbaikan bagi kawalan keselamatan swasta dalam meningkatkan mutu kawalan keselamatan di pepasangan TNB, serta membincangkan isu-isu semasa setiap daerah. Diakhir mesyuarat ini, KGN Selangor (T/S) berharap agar para penyelia dan pihak Syarikat dapat menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan tugas dan amanah untuk memastikan pepasangan TNB berada didalam keadaan selamat dan dikawal selia dengan baik.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 , Mesyuarat Rundingan Pengurusan Tempatan TNB Puchong bersama pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja telah diadakan di Bilik Mesyuarat Almirano, TNB Puchong. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Amri dari BSO, wakil pengurusan tempatan diketuai oleh CCO Retail Puchong iaitu Puan Shamim dan KGT Puchong Sjn/ PB Mior Azarul Asyraf serta wakil Kesatuan Pekerja- Pekerja TNB ialah Encik Mohamad Azli dan Encik Ganeshwaren selain turut dihadiri oleh beberapa wakil pekerja yang terlibat. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dan isu-isu baru yang tidak dapat diselesaikan oleh anggota kerja di bawah pengurusan unit Retail.Antara isu yang diutarakan yang baru adalah seperti pembekalan uniform kerja, isu-isu jalan raya yang berlubang ,pertukaran anggota kerja retail dan semakan kenderaan pekerja unit meter reader. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan Puan Shamin berharap supaya perkara-perkara ini dapat diselesaikan dalam keadaan yang harmoni.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 () BANGI, 21 FEBRUARI 2024 Team Member Collection & Recovery Bangi (CR Bangi) telah mengadakan Operasi Jaket Biru (OJB) bagi Daerah Bangi. Operasi dimulakan dengan penyampaian taklimat di Pejabat TNB Bangi oleh Puan Noorizayati binti Hassan (Executives CR TNB Bangi).Sebanyak 7 pasukan dari CR TNB , 14 orang anggota dari SSD Gombak, Sepang dan Banting berserta 7 unit kenderaan Unit Peronda digerakkan bagi OJB (Retail) bagi Subzone Bangi. Objektif utama operasi adalah untuk mendekati pengguna, berbincang dan memastikan bil tunggakkan dijelaskan dengan segera. Bantuan kawalan keselamatan terhadap pekerja TNB yang terlibat didalam operasi ini oleh anggota SSD telah membantu kelancaran operasi dan berjaya mencapai objektif.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SSD PUCHONG SELANGOR T/S PUCHONG ,21 FEBRUARI 2024 SSD Puchong bersama Syarikat Kawalan Swasta Satria Perkasa Security (SPS) telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertempat di PMU 275kV Puchong Perdana. Latihan ini dihadiri oleh anggota SSD Puchong iaitu Sjn/PB Mior Azarul Asyraf dan Kpl/PB Norhisam serta wakil daripada syarikat kawalan swasta En. Azwan (Pengawai Operasi) bersama 22 orang anggota Pengawal Keselamatan SPS. Antara perkara yang di terang dan diterapkan kepada pengawal keselamatan adalah: ▪Amalan 5T secara praktikal ▪Rondaan kawasan serta rondaan clocking point yang betul dan berkesan▪Tatacara pelaporan masuk dan serah tugas ▪Ancaman-ancaman di setiap pepasangan, perimeter pagar kawasan dan lapangan suis. ▪Penerangan berkaitan audit yang sedang dijalankan. Sesi penyerahan vest kepada pengawal turut diadakan untuk diakhir program ini.
SELANGOR T/S UNTUK EDARAN DALAMAN ANGGOTA KERJA SSD SAHAJA BIL. 02/2024 | FEBRUARI 2024 MESYUARAT BULANAN SSD SELANGOR T/S GOMBAK DAN CHERAS GOMBAK, 27 FEBRUARI 2024 Mesyuarat SSD Gombak bersama Syarikat Kawalan Swasta (Sastria Perkasa Security) telah diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh KGT Gombak SM/PB Sharizam dan dibantu oleh Pembantu KGT Sjn/PB Azahari, Penyelia Unit Peronda Gombak Kpl/PB Nasyrin serta anggota UP Gombak. KGT Cheras Sjn/PB Shaharudin turut hadir bersama mewakili SSD Cheras dan Pengurus Besar Puan Zaitom Binti Mohamad Amin wakil Syarikat Sastria Perkasa Security serta barisan penyelia syarikat swasta. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyempurnakan permasalahan dan kejanggalan aset disetiap pos yang dikawal oleh syarikat kawalan swasta yang akan dilaksanakan bersama. Turut diberi perhatian mengenai penugasan dan tahap pengoperasian SKS dilapangan ,peringatan juga telah diberikan kepada semua pengawal operasi yang hadir supaya sentiasa mengamalkan sikap tanggungjawab dan patuh kepada arahan semasa.