Beri perhatian semasa hiking. Cuba ingat trek atau kalau tak boleh pun cuba ingat landmark, macam
pokok besar ke, pokok durian ke, puncak kecik dan lurah, cross sungai, bunyi air, dan macam2 lagi. Buat
peta landmark dalam kepala kalau boleh atau snap gambar ngan handphone. Ini boleh bantu masa kita
hike turun. Ada juga orang yang dah 10 kali pergi pun masih tak kenal trek. Jangan jadi macam tu.
Harapkan laki dia jer. Pecahkan trek kepada beberapa stage dan ingat masa yg dipakai, lebih kurang, di
setiap stage. Akan berguna untuk masa balik. Selalunya masa pergi elok jer satu group, masa balik
berpecah.
2. Tanggungjawab kepada rakan.
Amalkan buddy system. Kalau ada yg nampak nak gi sorang kedepan, remind dia atau minta dia
temankan kita. Kalau nampak ada yang tercicir tunggu dia. Selalu juga orang cakap “tak per, you pergi
dulu”. Jawab kat dia yg kita akan hike bersama. Hike satu kumpulan ni kalau ada masaalah, senang sikit
nak selesaikan. Binatang pun tak berapa berani nak rapat. Selamat sikit. Kalau apa jadi pun orang tahu.
Kalau off trek untuk kada hajat, tak lah ditinggalkan oleh sweeper sebab kawan ada tunggu.
Dan kalau buat silap pun ada audit. Dua kepala memang lagi baik dari satu. Kalau tiga apatah lagi. Saya
pun selalu orang belakang saya tegur “betul ke trek tu MK?”. Nasib baik dia tegur, kalau tak saya entah
kemana. Manusia tak lari dari kesilapan.
3. Tanggungjawab sebagai guide.
Tak kiralah guide professional atau just bawa kawan2 trekking. Itu pun guide juga, hanya tak berbayar.
Sebelum start buat briefing. Ada guide yang saja tak nak cerita pasal trail takut perserta takut ngan bukit
mencanak tapi bagi saya elok dicerita dengan sejelas mungkin setiap stage trail yg akan dilalui. Macam
kat Irau, beritahu pasal kena ikut boundary stone dan kalau jumpa trek tak berlumpur, patah balik. Tu
trek orang gi kencing. Beritahu kat mana ada simpang yg boleh tersasar supaya berhati2. Beritahu kat
mana nak kena regroup. Kalau buat short hike jer, beritahu kat mana tujuan hiking hari tu dan yg depan
jangan pergi jauh dari itu. Tandakan trek terutama masa cross sungai. Kat sungai kompius sikit. Tapak
kaki pon tak nampak kalau atas batu.
Amalkan system sweeper. Kalau group besar, buat pacing kumpulan depan supaya yg belakang tak
tertinggal jauh. Mana yg laju tu bengang sikit kalau buat ni tapi kalau kita bawak, hari tu dia kena lah
dengar cakap kita. Buat head count setiap satu atau dua jam.
4. Banyak lagi tapi orang lain lah tambah pulak
Artikel oleh MK Rahman
51
Sketsa Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berjiwa besar
Assalamualaikum B .. dah keluar hutankah?
Waalaikum salam .. yup kepenatan tapi puas hati dan enjoylah.
P mana la kunun
Masuk Pulau Berhala jak kan dah lama tak p sana. Mau hampir setahun ditutup utk aktiviti hiking sebab
pandemik covid-19 lagipun ada kluster pulau berhala.
Tempat biasa ka B .. maksud p yg ada rumah api pastu sambung bohey luyang (south peak) dan pantai
tekoh.
Yup tapi sebenarnya putar keliling pulau tu naik ikut kg terus naik p rumah api pastu jalan terus p
hujung ambil simpang kanan turun naik bukit semak samun sampai di satu pantai nda tau apa dipanggil
tapi ada tulisan besar BUDAK NAKAL so call pantai budak nakal sempat mandi-manda, pastu sambung
perjalan p pantai tekoh .. jeti sudah dipotong/digergaji .. sambung p kanten yg di Jeti Jabatan Laut..
makan tengahari solat zohor.. sambung naik puncak bohey luyang (south peak).. turun semua dlm jam
3.15 petang balik Sdkn guna 3 boat laju.
pergh mantap sekali B
ada terjumpa Q&A pasal Pulau Berhala dulu2 punya .. baca jak lah utk tambah ilmu pengetahuan dan
informasi berkaitan Pulau Berhala.
_
_____
Bro Scorpio! apa yg menarik di Pulau Berhala?
1. Pantai yg cantik (ada 3 Bahagian 1. Pantai Tekoh yg menjadi tumpuan warga Sdk utk berkelah 2.
Pantai Dambilak.. Ikut kem esscom sehingga Tg Batu. 3. Pantai di hujung Bukit Rumah Api- jika bernasib
baik akan melihat air terjun situ)
2. Tempat aktiviti rock climbing di pantai (menjadi kegilaan penggemar aktiviti abseiling/ repelling/
bouldering dll)
3. Puncak bukit rumah api dgn pemandangan nampak pulau taganak filipina.
4. Puncak yg nampak persis pemandangan di Bohey Dulang Semporna so call bohey luyang tapi dikenal
dgn puncak selatan(South Peak) sudah pin post dlm Google Maps. kawasan snie dikenal oleh org kg
sebagai Tekoh
5. Memanjat menara peninjau (rumah api lama tu)
6. Air terjun di belakang kg berhala (hujan lebat barulah airnya deras dan banyak)
7. Sepohon pokok unik dan misteri (pokok mangga tunggal) sudah arwah tu.
8. Khazanah peninggalan zaman perang dunia kedua kapal terbang/ meriam/ kubu dll
9. Gua misteri mistik yg sempit laluannya dan merbahaya.
10. Rel/ landasan kereta api drp rumah api lama hingga ke jeti pelabuhan.
11. Ada tanjung macam simpang mengayau yg limpas dahulu kem esscom dan hutan belukar. Org
kampung panggil Tanjung Batu. berhadapan dgn pulau nunuyan.
52
12. Ada beberapa puncak yg dinamakan semula sebagai puncak zuno dan puncak zunowan dari snie
boleh nampak pemandangan bandar Sandakan.
13. Jangka masa habiskan Loops Xtrail sepanjang hampir 10km ++ selama 5 -6 jam penuh tanpa henti.
Dimulakan oleh team AOB yg membuka laluan mencabar loops trail yg sangat melelahkan 10.52km
hampir 7-8 jam utk habiskan trail tersebut.
15. Pergi ke sana dgn kapal penambang pulau berhala dgn tambang bermula RM8.00 - 10.00 pergi balik.
pilihan lain adalah bot laju RM150.00 trip pergi balik.
16. Penjelajahan ke hutan atau utk menikmati berhala Xtrail perlu pohon permit masuk dgn pejabat
perhutanan dgn bayaran masuk sebanyak RM5.00 seorang. hanya pantai dan kg sahaja TIDAK
PERLUKAN PERMIT
Pemakluman kpd pihak berkuasa PDRM pun perlu di buat utk tujuan keselamatan.
mulakan langkah dgn bismilLah dan beradab mulia di tempat org.
_________
semoga bermanfaat
patuh sop mkn kkm
- sanitasi tangan
- penjarakan fizikal
- pelitup muka
-MySejahtera
53
Sketsa Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berjiwa besar
Salam B.. minggu ni p mana tu
hmmm macam mau masuk Hutan Kabili coz lama tak masuk sana tu. mo join kah
ndalah tanya jer kan ... jauh tu malaslah ikut.
aikkk mana ada jauh tu kalu dikira dari Kabili Gate baru 7km jak.
yelah tu pergi balik 14km .. belum lagi jalan p tempat parking mau 3km tu..
tapi BEST layan trailnya ada 2 tempat air terjun (padahal sungai yg mengalir) tapi setakat ni belum
pernah turun dan mandi2 situ cuma bergambar dari jambatan jak... jomlah join Ahad ni masuk sana..
malaslah mau ikut coz mau p tamu carik kaladi viral..
aikk banyak tu d hutan tapi bukan semua jenis dapat jumpa la yg biasa2 jak .. ada ternampak grup jualan
kaladi .. kaladi askar durang bagi nama harganya RM520.00 gilak tu .. harga trip naik Aki.. tapi belum
campur swab test.
mahal plak tu kaladi.. ada info ka B pasal Hutan Kabili
ada kut.. nantilah scroll info dulu2 .. kalu ada nanti kongsi supaya dapat info tambahan ..
Selamat MEMBACA
___________________________________________________________________________________
SEPILOK LAUT
Kisah disebalik keseronokan
Sepilok Laut adalah destinasi yg menarik di Sdk utk dikunjungi oleh orang yg mempunyai citarasa
seperti pemburu khazanah alam & lone ranger hiker. Iaitu sukakan kecantikan, keindahan dan penikmat
alam semulajadi dgn persekitaran hutan dara atau hutan belantara, perbukitan pergunungan, kawasan
lembah dgn air terjun dan aliran anak sungai.
Ia boleh diakses dgn 2 cara iaitu dgn bot penumpang di Jeti Batu Sapi dgn kos tambang RM250.00
(sehala) atau jalan darat di perhentian RDC Sepilok.
Jarak utk ke Sepilok Laut melalui RDC adalah 10 km dgn melalui jalan hutan, akan melimpas 2 kawasan
air terjun, Bukit Jalil dgn ketinggian 560 meter drp aras laut dan menuruni beberapa siri anak tangga yg
boleh bikin semput dan krem kaki.
Oleh itu MESTI ada persediaan dan persiapan rapi drp aspek mental, spiritual, emosional dan fizikal.
Jika tiada persiapan tersebut pasti akan cepat putus asa kerana kepenatan, kelaparan, kelemasan dan
keletihan melampau.
Antara persediaan dan persiapan sebelum masuk ke dalam Sepilok Laut
1. Sarapan (bagus makan berat i.e. nasi/ roti yg mampu bertahan 2 - 3 jam utk tenaga)
54
2. Bawa air mineral bertudung biru atau hijau shj coz mengandungi mineral dapat elak krem kaki dan
pinsan. Boleh juga guna jus kurma dgn madu asli.
3. Bawa makanan tambahan utk tenaga i.e. power bar, kurma, madu stick, coklat bar dsb.
4. Pakaian yg sesuai. Jgn pakai jean atau jenis kain cotton lambat kering sebab akan mandi peluh nanti
dan menjadi berat badan. Kasut hiking bukan kasut sukan kerana ada cengkaman tapak kasut walaupun
tempat tersebut berlumut dan licin.
5. Sembur atau sapukan ubat serangga di badan dan kasut atau stoking utk kasi lari pacat dan nyamuk/
agas.
6. Wisel dan alat komunikasi i.e. walkie talkie, gajet trekker GPS dsb
7. Peralatan tactical dan survival (ikhtiar hidup) i.e. pisau lipat, mancis, kit perubatan dsb
8. Berdoa masuk hutan utk keselamatan semasa masuk sepanjang perjalanan dan keluar drp hutan.
Amalkan BismilLah 5.
Petua dan pantang-larang
Petua ialah beberapa amalan yg biasa dilakukan oleh orang tua kita atau lebih dikenal sebagai otai
berbisa.
Pantang larang adalah beberapa tingkah laku yg merangkumi perkataan, ucapan dan perbuatan.
Antara petua
1. Ambil sehelai daun hijau dan lipat empat dgn baca selawat dan simpan dlm poket seluar, insha AlLah
tidak sesat dlm hutan.
2. Sentiasa membawa besi. Pisau lipat taktikal/ parang dsb.
3. Mesti ada KETUA Nabi saw pun pernah anjurkan lantik ketua. Kita ikut katanya dgn keputusan
mesyuarat yg dipersetujui dan jgn berbalah atau saling menyalahkan antara satu sama lain. [Pengalaman
kembara Center of Sabah Tongod dan juga Hutan Simpan Leila]
4. Jika rasa tersesat eloklah BERHENTI dan rileks jgn panik atau berteriak mcm org kesarungan. [Baca
surah Dhuha dan selawat, insha AlLah kembali terjalin ikatan kasihku padamu]
5. Jgn terleka dan asyik dgn kecantikan keindahan panorama suasana di kawasan tersebut i.e. mendapat
banyak lokan terus pungut akhirnya sesat (kes perkhemahan pelajar di Sepilok Laut)
6. Jika mau terkencing pastikan tempat tersebut selamat dan bukan tempat air bertakung spt kolam,
lopak dsb atau pokok rimbun. (kencing di trail tersebut dan ludah tempat kencing serta siram kawasan
tersebut dgn air bersih. Baca La haula wala quwwata illa bilLahil'aliyyin 'adzim)
7. Jika kawasan tersebut teda bunyi unggas burung serangga atau desiran daun kompom kita melimpas
perkampungan makhluk halus (kg bunian) mau tau PM siring je. Biasanya telinga macam berdengung
tiada dengar suara kawan atau wisel KECUALI azan.
8. Amalkan baca BismilLah 5 dan surah al Fatihah semasa kaki melangkah utk memulakan perjalanan
[sebenarnya masa kita keluar rumah utk p destinasi]
Antara pantang-larang
1. Berteriak melaung memanggil nama kawan atau haiwan terutama GAJAH is elephant nanti dia di
depan kalian. Try la kalu brans!!! Di Jeti Sepilok Laut tu ada buaya ye. AWAS & PEKA.
2. Mengutip mengambil menapuk bunga, daun, batu, kayu dsb yg kita anggap cantik dan menarik yg
dijumpai ditemui di dlm hutan, bukit, gunung, sungai dsb.
3. Buat laluan/trek sendiri, tidak ikut kumpulan masing-masing atau terputus drp kumpulan.
4. Takbur/ sombong dgn kata "aku sudah biasa dan tak pernah sesat pun" [jika ada bercakap begini
sebelum aktiviti akan ditampiling berjemaah dan BATAL terus semua balik rumah]
5. Mengikut org yg tidak dikenali sebab tu MESTI kenal ahli kumpulan kecil dan kumpulan besar dan
JANGAN TERPISAH SEINCI PUN DRP KUMPULAN.
6. Jika mau terkencing atau terbirak (bahasa sopan qadha hajat /buang air kecil/ buang air besar.
Seeloknya bacalah ta'awuz [a'uzubilLahi minassyaitonirrojim] sebelum pelepasannya.
55
Tragedi Ngeri Kembara Sepilok Laut.
1. Sesat di perairan bakau/ sungai. Aktiviti pungut lokan. Mereka mendapat hasil pungutan yg banyak
dan tak pernah berlaku sebelum ni mengikut penjaga di sana coz lebih sekarung guni. Suasana sepi/
telinga mcm berdengung teda dengar bunyi apa-apa spt unggas / air kompom sesat dan dikelirukan
makhluk halus. PERINGATAN MESRA JANGAN DIBAKAR LOKAN (rebus je)
2. Kerasukan dalam hutan di perbukitan sana oleh Kumpulan yg biasa melakukan aktiviti luar. Kejadian
tersebut menyebabkan aktiviti terus dibatalkan dan pulang tanpa meneruskan ke destinasi penamat di
Jeti SLRC dan Resort sana.
3. Kematian seorang pegawai tentera yg berpengalaman dan dijumpai mati setelah beberapa tahun
kemudian dalam keadaan mengerikan iaitu tinggal rangka dgn pakaian seragam tentera. (4 tahun tu)
4. Kes bunuh diri orang putih di Resort Sepilok Laut. Teda maklumat lengkap. Nanti akan update.
MOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA KARENA KITA HIDUP BUKAN SENDIRIAN ADA
MAKHLUK TUHAN YG LAIN.
MAKHLUK KASAR MANUSIA, HAIWAN & TUMBUHAN.
MAKHLUK HALUS MALAIKAT, IBLIS, SYAITAN DAN JIN.
AMBIL IKTIBAR DAN PALING PENTING IKUT ARAHAN LEADER JANGAN BUAT KEPUTUSAN &
TINDAKAN SENDIRI.
JIKA ADA KELETIHAN/ KEPENATAN/ KECEDERAAN/ HILANG ANGGOTA KUMPULAN
BERITAHU CEPAT LEADER UNTUK TINDAKAN LANJUT DAN PANTAS.
Pemburu Khazanah Alam (Bro Scorpio)
04 Jun 2017 (Ahad)
08:06 hours
_______________
patuh sop mkn kkm
- sanitasi tangan
- pelitup muka
- penjarakan fizikal
- MySejahtera
56
Sketsa Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berjiwa besar
Apa cerita masuk kabili tu B?
Maksud ??
Ada kejumpaan kunun dalam tu..
Ohh memanglah kan tugasan sepanjang route menggambar binatang yg dijumpai..
Ada jumpa ka???
Nda banyak .. kalu pacat, 'kaki seribu' biasalah tu, tapi yg rare ada jumpa
borneo blue coral snake, bakas ( babi hutan) yg mati d area campsite) ...
setakat yg diketahui dan pernah dijumpai semasa jungle trekking dlm keadaan senyap tanpa bercakap
kuat atau pasang lagu macam di kelab disko pasti akan jumpa org utan/ pelanduk mau dekat campsite/
kura2 cengkerang warna emas burung enggang dll tapi kira nasiblah juga bukan setiap kali masuk akan
jumpa.. kalu yg pacat memanglah kompom dapat sama ada sepanjang route trail atau d tiga2 pondok.
Pondok 1 (ada air terjun .. anak sungai adav situ)
Pondok 2 (aliran air anak sungai)
Pondok Bukit Jalil (ketinggian 560 meter)
kalu lacoste (buaya) boleh nampak yg di bakau2 sepanjang jambatan atau area SLRC
Tadi ada perkongsian menarik drp penjaga SLRC berkaitan pengalamannya di hutan. Antara storynya.
1. Beruang madu. ❄Sebelum naik pokok menggaris (pokok tualang) dia akan ratakan/ korek tanah....
lepas tu dia naik pokok dan makan madu lebah. Masa turun dia akan pastikan jatuhannya di atas tanah
tersebut .... Selalunya beruang madu dibunuh utk dapatkan hempedu bagi tujuan perubatan tradisional.
2. Kura-kura besar ...lupa apa penjaga ni sebut perkataannya.
3. Kejumpaan ular sawa yg besar dan dlm perutnya ada babi yg dimakan.. perghhh jadi lauk durang..
Eeiii geli plak story yg python tu.
Yelah otw p SLRC sempatlah tolong seorang yg ditinggalkan kawannya jauh dihadapan krem kaki
kanan.. jadi bantulah apa yg patut oleh Wan .. time pulang pun krem lagi tapi dua2 kakinya dibantu oleh
Od dan Kapik.
B selalu juga dengar citer klu masuk Hutan Kabili mesti ada yg krem kaki. Napa boleh jadi gitu B¿
Biasanya kurang warm up otot kurang bersedia utk aktiviti/ kuat berpeluh menghilangkan garam dlm
badan sebab tu ada yg minum air garam atau ors pelbagai perasa.. boleh juga minum livita / 100 plus..
satu lagi yg nda syiok banyak tangga sebelum pondok bukit jalil dan selepasnya yg paling banyak..sebab
langkah kaki naik terutama masa jalan pulang ke RDC..
Trylah baca artikel yg disalin semula utk perkongsian kali ni.
57
Punca kekejangan /cramp dan cara mengatasinya.
Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi
kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan dan
reakeasi, ianya disebabkan oleh,
-Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan.
-Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan.
-Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih.
-Aktiviti sukan yang terlalu lasak.
Gejala- gejala kekejangan otot.
Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari
meneruskan aktiviti sukannya.Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang.
Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?
Regangkan otot yang kekejangan.
i) Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan
dilakukan. Contohnya:
Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan
panas.
ii) Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan.
iii) Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?
-Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan.
-Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan.
-Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang
mencukupi.
-Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung
kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang
ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak,
marathon, bola keranjang, ragbi dan treking.
semoga bermanfaat..
#infoharam
#cr
58
Sketsa Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berkemahiran
B ada mana kunun? .. jom p makan nasi arab ..
kat mana tu ??
ala yg kat nasalim tu restoran makkah dekat dgn trs market.
bila tu?
petang nantilah kan sekali makan malam..
yelah.
apa menu yg best situ?
try roti arab dgn kebab lepas kopi arab ..waauuu
kalu mau makan nasi pun banyak pilihan juga ada lauk daging, ayam & kambeng.
puas hati kan dapat makan kat kedai .. sebelum ni take away jak.. kalu tapau nda best coz dah sejuk ..
B ada mo tanya ni .. betoi banyak rugi duit coz tidak bayar trip baru2 ni?
aikk tau mana tu? trip apa yer?
ntahlah mana satu bilang durang ada satu trip tu sebab dah urus permit dan juga pengangkutan dll..
betoi kah.
hmmm gitulah adat resam dan asam garam yg dilalui oleh gogo/ pengendali program / pengatur trip/
penganjuran aktiviti luar (outdoor).. ada kan kongsi dlm penceritaan sebelum ni berkaitan tip
pengaturan program / trip aktiviti luar
storylah B.. sian plak napa jadi gitu yer.. selalunya gogo/ ejen yg lipak duit peserta kan ??
punca lipak oleh peserta.
1 Tiada deposit diminta, menyebabkan penganjur buat advance pembayaran tapi durang kinsil last minit
setelah diuruskan pembayaran permit masuk dan sebahagian kos kenderaan. (trip pulau berhala) pastu
just bluetick jer.
2 Penyusupan masuk peserta terutama bilangan lebih seratus org dan kurang kawalan. Kes Pulau
Berhala. (Bayaran kapal per kepala tahun 2017, seratus ringgit hangus kena paw).
3 Perbelanjaan melebihi wang kemasukan (yuran penyertaan) terutama makanan/ minuman.
4. Tiada kawalan kewangan terutama yg kinsil utk join aktiviti serta pembayaran yg tidak sama rata
dikembalikan wang pendahuluan sepatutnya hangus atau cari ganti peserta. (terpaksa cover bayaran kos
boat ppd sdkn rm140.00)
perghh banyak juga terkorban wang ringgit B. mau ratusan ringgit tu..
59
infaq jak lah utk kebaikan semua pihak.. sebab melibatkan penambang kapal / bot laju ke pulau berhala
juga pihak berkuasa spt ppd sdkn/ pdrm (polis marin) dll. inilah cabaran utk berlapang dada dan
berjiwa besar demi kemajuan dan pembangunan aktiviti rekreasi riadah berjalan dan aktif d Sdkn.
Betul tu B. ada kawan share juga pasal kisah yg begini. Ikhlaskan jak
Itulah hakikatnya bila kita jd penganjur, jd gogo. Selalu akan ada kes kopak keluar duit sendiri utk
menampung kos² keperluan yg sedia ada jika ada peserta tarik diri, perbelanjaan melebihi bajet,
menampung kos pengangakutan, makanan dan macam² lg B.
Bukan mudah, bukan senang bila kita jd penganjur, jd gogo. Kena bersedia apa² pun juga situasi yg bakal
menjelma B dari segi mental, fizikal.
Kita buat semua ini ajak semua rakan², kawan² menikmati alam ciptaan Tuhan. Mudah²an kebaikkan yg
kita buat ini menjadi sedekah jariah untuk diri kita 1 hari nanti..in Shaa Allah. Nawaithu lilLahi Taala..
______
Patuh sop mkn kkm
- sanitasi tangan
- penjarakan fizikal
- pakai pelitup muka
- guna apps MySejahtera
60
Sketsa Dunia Hikers Sandakan
Hikers berilmu pengetahuan dan berkemahiran.
(Vandalis dan grafitis)
Isu yg tak akan pernah selesai dan akan sentiasa dibahaskan dalam apa jua wadah dan media. Cuma kita
usahakan utk kurangkan perbuatan khianat dan kurang kesedaran sivik dgn pendidikan, sebaran
maklumat keburukan perbuatan tersebut dan kempen kesedaran sayangi alam sekitar menganggap harta
awam dan fasiliti yg disediakan adalah kita punya .. insha AlLah kita akan berjaya mengurangkan
perbuatan ini.
ada satu perkongsian yg baik utk membuka minda dan memberikan idea bagaimana kita sama2 atasi
gejala tidak sihat ini.
jom membaca.. kerana membaca amalan mulia.
_______________________________________________________________________
Vandalisme : Satu kajian ringkas terhadap fasiliti tempat riadah dan rekreasi di Sandakan
Pendahuluan
Sandakan merupakan bumi bertuah kerana masih ada lagi hutan belantara yg menyimpan pelbagai
khazanah rimba . Ada hutan kelas 1, sungai , air terjun , flora dan fauna yg masih banyak. Oleh itu sering
menjadi tumpuan pelancong luar Sdkn spt RDC, Pulau Penyu, Pulau Langkayan, bagi peminat jungle
trekking sudah pasti akan masuk Hutan Kabili, Hutan Leila, Pulau Berhala dll.
Definisi
Vandalisme menurut kamus Dewan memberikan maksud sebagai perbuatan merosakkan dan
memusnahkan kemudahan awam
Tempat aktiviti riadah dan rekreasi d Sdkn
RDC
Hutan Kabili
Kebun Cina
Bukit Sim Sim
Bukit Mawar
Bukit Sundang
Bukit Nenas
Bukit Seguntor (IOI Peak)
Mt Walker
POIC Ulu Sibuga
Pulau Berhala
Ujana Elopura
Pasir Putih
Tahap kemusnahan fizikal
☠️ Pondok tempat berehat di Bukit Sim Sim
kayu belian dan zink diambil .. kayu tangga pun diambil perompak tak dikenali. Laporan polis telah
dibuat dan masuk dlm suratkhabar ..
☠️ Bukit LMD. Pelbagai dekorasi, bangku meja dll telah dimusnahkan oleh orang yg tak dikenali.
61
☠️ Bukit Sundang terutama checkpoint 1 yang dipanggil campsite coz banyak binaan di situ dgn pondok
wakaf beratap rumbia/nipah, bangku yg banyak dan meja yg banyak utk simpan beg atau dijadikan
tempat masak.
Lantai pondok yg dilapik tikar getah telah dicabut dan dihumban atas tanah.. memang biadap .. meja dan
bangku dipatahkn papan kayunya..
☠️ Pulau Berhala. Kecurian tali putih dan tiang kayu yg digunakan sebagai benteng / pagar d tebing
bukit dekat rumah api. Jeti kayu dan rumah jaga telah dipotong tiang dan lesap semuanya, begitu juga
zink tandas di pantai.
☠️ Mt Walker. Contengan atau grafiti di dinding berlumut dekat air terjun dgn menulis nama dan
kumpulan masing2..
Punca dan faktor
Tidak puas hati. Kemudahan yg dibuat di tapak riadah dan rekreasi telah mengganggu rutin harian dan
aktiviti yg telah mereka lakukan sebelum ini, spt tempat lepak main gitar menyanyi karaoke dll.
Pengaruh syabu/ dadah / minuman keras. Apabila sampai satu tahap high mereka akan melakukan apa
sahaja dan kekuatannya memang luar biasa malah ada yg tidak tidur lebih 24 jam. Masa nilah berbuat
apa sahaja.
Punca pendapatan. Terdapat fasiliti di tempat aktiviti riadah dan rekreasi dibangunkan boleh menjadi
sumber pendapatan spt kayu belian/ besi nat skrew, tali putih besar di bukit sim sim atau jongkong
timah padu di pondok david station bukit mawar, jeti dan rumah penjaga di pantai pulau berhala dll.
Bahan2 tersebut boleh dijual utk dapatkan makanan minuman atau yg lebih dahsyat bekalan syabu/
dadah.
Tiada perasaan sayang kepada kemudahan awam dan kecantikan tempat rekriasi riadah yg disediakan
oleh kerajaan tempatan atau dibangunkan oleh komuniti hikers.
Melakar nama dan kumpulan mereka sudah sampai di lokasi sebagai catatan moment bersejarah.
Langkah penyelesaian
Pendidikan
bermula dari rumah. Oleh itu peranan ibu bapa amat penting utk melahirkan keluarga sakinah dan
mempunyai nilai2 murni beradab susila.
Masyarakat setempat wajar memberikan kerjasama utk kebaikan bersama dlm menjaga kebersihan,
keindahan kampung dan mencantikkan kawsan persekitaran dgn penanaman pokok hiasan, bunga,
herba, sayuran dan buah2an.
Sekolah merupakan pusat pendidikan rasmi. Namun adakalanya kontra dgn situasi sebenar yg dilalui
oleh murid kerana suasana di rumah dan kawasan persekitaran amat besar pengaruh dlm pembentukan
cara berfikir dan bertindak ..
Rakan sebaya paling kuat pengaruhnya kerana mereka yg bersama hampir setiap masa layan medos/
game online dll.
Kempen kerajaan melalui medsos sama ada media cetak atau elektronik. Kepentingan jaga alam sekitar
menjaga kemudahan awam, konsep hak milik bersama
62
Penguatkuasaan undang2 kecil bawah tadbiran kerajaan tempatan (Majlis Perbandaran Sandakan) yg
mengenakan hukuman denda kompoun yg tinggi terhadap pemusnah kemudahan awam. atau undang2
perhutanan yg boleh membawa ke penjara selain denda.
Kesimpulan
Komuniti wajar memberikan kerjasama dan sama2 mencegah perbuatan vandalisme ni drp berkembang
pesat kerana ia petanda kemusnahan jati diri dan terhakis nilai2 murni dlm diri. Buatlah teguran kepada
yg membuang sampah merata2 dan cobaan memusnahkan fasiliti sedia ada.
Coretan bro scorpio.
____
patuh sop mkn kkm
- sanitasi tangan
- penjarakan fizikal
- pakai pelitup muka
- gunakan apps MySejahtera
63
Sketsa Dunia Hikers Sandakan
(Hikers berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi)
Travellog mendaki Gunung Nambuyukong.
Gunung Nambuyukong (ketinggian 1603.57 meter). Mula pendakian di sub stesen Serimsim Kota
Marudu. Jaraknya lebih kurang 130km dari Kota Kinabalu dan 32km dari Kota Marudu.
Boleh detect guna gps 6.29263, 116.707422 utk lokasi dlm peta.
Jarak pendakian dari sub stesen Serinsim sampai puncak 6.47km je satu hala.
Masa pendakian yg diambil kurang lebih dlm 9 jam atau lebih dgn jarak hampir 13km.
Oleh itu dicadangkan sudah bergerak mula mendaki sebelum jam 7.00 pagi supaya tengahari sudah
berada di puncak.
Sepanjang route trail satu hala ni ada beberapa pondok yg dipanggil gazebo yg mesti dilalui dan jarak
setiap pondok dlm 1km la
No 1 Pondok Damar
No 2 Pondok Seraya
No 3 Pondok Gaharu
No 4 Pondok Megilan
No 5 Pondok Aru
No 6 Pondok Wasai
dari snie utk ke puncak dlm 720 meter lagi.
Sebenarnya dari Pondok 3/ 4 boleh p Kem Musang utk naik G Tambuyukon dgn jarak dlm 18km makan
masa 2 hari. Sebab ada trip p naik G Tambuyukon dahulu lepas tu durang turun dan sambung naik G
Nambuyukong plak. (Tapi macam dah tutup trail ni)
Untuk menikmati trail G Nambuyukong boleh hubungi Sabah Park.
Pengalaman mendaki G Tambuyukong ikut trip yg diatur Ongga Pee dan Dewi.
Bergerak malam ke sub station Serinsim ke homestay .. tido sana dan mau dekat jam 9.00 pagi baru mula
mendaki. Paling best ada satu anjing yg dinamakan c putut ikut naik ke puncak bersama2.
paling ngeri dlm perjalanan mau sampai puncak hujan lebat.. tapi teruskan jak perjalan utk ke puncak
dan rakam moment mahupun vallet nama kengkawan.
Menggigil teruk kesejukan dgn gerimis dan hembusan angin sejuk .. tidak nampak apa pun sebab hujan
kan. Turun pun kena hati2 coz tangga batuan trail agak licin akibat hujan..
hampir jam 9.00 malam barulah sampai d sub setesen serinsim.. (bayar tambahan kpd tguide ikut jam
coz lewat sampai - macam d aki juga ni) tolong kawankan peserta yg macam dah give up, mau sikut nda
mau .. bawa begnya jer. Naseb ada bawa lampu kalu tak berjalan dlm kegelapan malam.
Pelbagai pengalaman yg agak ngeri juga coz ada peserta tersalah masuk trail tapi nasib baik teriakan di
dengar dan dibawa kembali ke pangkal jalan yg lurus.. kedengaran juga suara halus azan di kegelapan..
hmmmm .
enjoy de trip
layan je.
64
Sketsa Hikers Sandakan
Hiker berilmu pengetahuan dan berkemahiran
(Hiking malam / Night Walk)
Setelah hampir setahun akibat pandemik yg melanda seantero dunia banyak memberi kesan kepada
kehidupan kita. Rutin harian pun berubah spt selalunya setiap hari akan pergi pejabat seawal jam 6.00
pagi dan pulang jam 2.00 - 3.00 petang tapi kena BDR (bekerja dari rumah). Kalau dulu istilah SOHO
hanya terlibat biz network atau online sahaja bisa mengerti tapi kini anak2 sekolah pun mengerti jua apa
itu pembelajaran secara dalam talian (online) kerana mereka terlibat dgn pdpr utk warga kerja KPM.
Begitu juga aktiviti harian lain spt pergerakan luar rumah terhad, aktiviti sukan dan rekreasi tidak
dibenarkan beramai2 dll.
Aktiviti sukan riadah dan rekreasi MESTI ikut dan patuh SOP yg dikeluarkan oleh KBS. Ia sentiasa
berubah dan terkini mengikut lokaliti sama ada PKP, PKPB, PKPD atau PKPP.
Kini sejak pengisytiharan PKPP banyak ruang dibuka utk aktiviti perekonomian, cara bekerja tiada lagi
BDR, namun mesti patuh SOP yg digariskan oleh MKN / KKM.
Bermula 22 Mac 2021 (Isnin), kita buka kembali aktiviti hiking malam dgn konsep baharu yg lebih santai
dan menarik. Sebelum ni hanya malam minggu sahaja diadakan aktiviti pakej lengkap ie hiking,
camping, hammocking, eating & shooting. Tempat dicadangkan utk aktiviti begitu d Sdkn ialah
⛺Campsite Leila
⛺Bukit Nenas
⛺Campsite Bukit Konoha
⛺Campsite Bukit Sim Sim
⛺Campsite Bukit Sundang
⛺Campsite Bukit IOI (Seguntor)
Setiap tempat tersebut mempunyai kemudahan tersendiri dan sumber alam yg senang diakses. Cthnya d
Campsite Bukit Sundang sudah sedia ada pondok wakaf, bangku, meja dan tempat lapang utk pasang
khemah atau gantung hammock di pokok berdekatan. Campsite Leila pula dekat dgn sumber air kerana
ada aliran anak sungai boleh mandi-manda, mencuci peralatan memasak dll. Bagi pemburu malam pula
bagus p Campsite Konoha / Bukit Nenas atau IOI Peak utk menggambar suasana malam bulan penuh/
stargazing / milkyway.
B pa la buat hiking malam tu?
Mula kita kumpul di lokasi selepas solat isha dlam jam 8.00 mlm gerak utk aktiviti. Jika ada yg masih
dlm perjalanan kita akan tunggu juga sebab kita maklum jauh perjalanan dan ada juga yg mengambil
kawan utk join aktiviti so kita bagi masa. Biasanya sebelum jam 9.00 malam sudah geraklah
Camne mo join B ... apa yg perlu dibawa ye?
Biasanya iklan aktiviti akan diupload d grup hiking Sdkn yg terlampau banyak (grup wassap la) dalm
iklan tu ada tarikh, lokasi tempat hiking, masa perjumpaan dan anggaran masa turun dari lokasi & juga
senarai keperluan utk aktiviti.
Antara senarai barangan wajib bawa utk aktiviti hiking malam (night walk) ialah
65
lampu suluh ... lebih baik gunakan headlamp (ikat dikepala kerana kadang2 kita perlu pegang/ berpaut
masa hiking tu) mesti cukup charge / ada standby bateri tambahan/ power bank.
air mineral (cari yg penutup botol biru / hijau coz banyak hidrasi perlukan mineral gantian) air nabeez
(air rendaman kurma)
makanan utk tambahan tenaga (coklat / cereal bar / power bar dll)
peralatan taktikal pisau/ parang .. gunakan bila perlu.
ubatan peribadi - alahan, minyak batu, ubat spray / krim utk krem kejang otot dll
peralatan komunikasi terutama penganjur - walkie talkie/ handy radio
kamera utk rakam moment senang mau update status.. biasanya guna henpon jer.. belajar2 guna yg
setting pro (macm dlsr la)
hmmm banyak juga peralatan yg kena bawa kan..
yelah utk diri sendiri juga kan namanya persiapan dan persediaan takkan harapkan org je seumur
hidup..
Patuh SOP MKN KKM
- penjarakan fizikal
- pakai pelitup muka
- gunakan sanitasi tangan
- check in MySejahtera
66
Sketsa Hikers Sandakan..
Hiker berilmu pengetahuan dan berkemahiran
(Camping dan Hiking d Center of Sabah)
Pada 26.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang bergerak ke Telupid di meet point Restoran Rosalinda..
perjalanan lancar jak cuma jalan raya sedang dlm pembinaan di area checkpoint dan juga telupid slepas
sjr di sapi nangoh.
Sampai jak di Restoran Rosalinda, parking lah dulu.. pastu p masjid gambaron disebelah ja.. solat jamak
qasar terus..
Mau payau teda plak stock durang, hantam jak nasi bangus.. sedang mamam datang plak tuan kadai
nona manis Dayang Noratiqah Awang Damit yg baru lepas COD ke bintang mas tempat berkelah /
pasang khemah .. di tepian sungai meliau.. telupid..
paling best ada lagi jajan2 ubi goncang balado. perghhh...
sudah kenyang minta diri utk masuk dlm p campsite padahal starting point naik COS / Bukit RISM.
jalan masuk masih aspal sampailah sebelum gate imbak tu sudah gravel .. pelan2 driving terus p opis
durang cari pic tn louis utk ambil kunci pagar masuk COS..
sampai jak turunkan barang terus dirikan khemah dekat tandas. fasiliti ni pun baharu siap sejak tahun
lepas. kumpulan sdkn hiker lah yg pertama masuk selepas PKP dibuka utk aktiviti rekreasi riadah.
pasang khemah, simpan tikar dan pelapik ... hmmmm tido terus nda peduli org.. kepenatan driving..
lagipun teda line tenet kan.. pa lagi bagus sleeping beauty lah.
Hari Pertama
27/3/2021 (Sabtu)
bangun awal pagi ..
ada bintang2 di langit.. menghadap ke depan adalah jajaran gunung tingkar ..
persiapan diri solat pastu sarapan .. santai jak sampai jak sorang guide dan 3 org pegawai perhutanan
masih lagi bikin sarapan.. pagi ni ada juga team yg naik trail tingkar utk lihat tapak heli terhempas.
selepas pendaftaran/ pembayaran dibuat dikira perkepala dan jumlah hari..
hari ni guna sorang guide komuniti tongod je Handry Inen
lapan lebih lah baru gerak naik.. dgn limpas anak sungai.. tapi yg bestnya setiap jarak 50meter diletakkan
papan tanda.. jadi kita tau posisi dan kedudukan kita berapa jauh lagi dari puncak dan boleh jam berapa
sampai puncak..
sepanjang perjalan ada kejumpaan banyak spesia kulat dan juga jenis lingzhi.. ada juga gonggok / kaki
ribu2 tu besar lagi ada juga kedengaran burung enggang kalu pipit sama riang2 biasa la.. jgn lupa satu
lagi makhluk wajib ada .. pacat.
dlm jam sebelas 40 minit dah sampai puncak ..
jarak dari starting point sampai puncak 3.6km je..panas terik ni terbakar hangus naseb masih ada pokok
utk berteduh dan makan tengahari kan.. tambah tenaga utk turun nanti.
67
bergambar2 rakam moment apa yg patut utk tujuan pelaporan aktiviti dan perkongsian trail hiking.
sampai dibawah jak berehat sekejap sebelum acara minum petang dan persiapan diri utk malam hari..
mandi solat dll.
makan malam .. kongsi cerita terutama proses kopi kisar, proses stim, proses pam susu cair campuran
dgn gula merah utk dapatlan rasa yg umpph.
pastu lena la dlm khemah..
Hari Kedua
28/3/2021 (Ahad)
hari ni c handry bawak kawannya utk naik trail tingkar dlm 4km je. sarapan dulu minum kopi kisar.. roti
keping dgn madu../ kacang panggang.
bergerak ke starting point dlm 15 minit gunakan kenderaan.. pasti ke trail tingkar... akan lalui
- anak sungai
- air terjun/ aliran mata air
- loose rock selepas kilometer yg pertama kurang lebih dlm 400-500 meter lah.
- tapi trail memang mendaki sahaja tiada rata atau agak santai macam d COS.. naik jak / pacaklah tu..
ada trail yg dekat puncak jumpalah periuk kera tapi kecil jer dan mossy2 pokok berlumut tapi taklah
macam d tambu & trusmadi.
hmmmm layan jer..
dlm tengah hari 12 lebih sampai puncak..
layan makan & sesi fotografi.. pastu turunlah..
sampai bawah barulah terasa pewai habis coz trail pacak dan turunan pun agak bahaya jika tidak
berhati2 dan peka persekitaran terutama tersandung atau terlicin ...
Malam hampir jam 10.00 baru bergerak keluar ke opis tempat louis .. beli baju dan booking sijil..
pastu bergerak keluar.. makan dulu d restoran amin jaya sampai ditutup jam 12 tengah malam..
sampai rumah dlm jam 2 pagi.. apa lagi terus ngoroklah...
Jika mau info pasal COS boleh p page facebook
https://www.facebook.com/pages/category/Hiking-Trail/Centre-of-Sabah-1751152648328144/posts/
Jika mau tau lebih lanjut kisah helikopter terhempas tekan link bawah ni...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3566255470072678&id=100000647793964
Pemburu Khazanah Alam
68
SKETSA DUNIA HIKING SDKN
HIKING MINGGUAN BERJEMAAH DI SANDAKAN
Awal mula kisah lama dahulu mencari khazanah kesan monumen bersejarah di Sandakan.
Sebagaimana maklum Sandakan merupakan bandar pelabuhan terkenal sehingga digelar 'Little Hong
Kong'
Ramai bermastautin di sini dari bangsa Eropah dan juga rantau Asia spt Jepun, China dll. Antara
tinggalan bersejarah yg masih wujud ialah Empangan Mill, Rumah Agnes Keith, kawasan perkuburan
lama Jln Istana, gua-gua buatan utk persembunyian semasa Perang Duni Kedua, persenjataan, tinggalan
bom yg digugurkan dahulu, juga jentera berat dll.
Empangan Mill yg terletak dlam Katedral St Mary, Sandakan berdekatan dgn SM St Michael, bukit
yg menjadi pusat keagamaan bagi penganut Katolik kerana monumen yg didedikasikan kepada Mother
Mary sebab tu dinamakan Mt Maria (Bukit Maria).
Mt Maria merupakan kawasan yg seluas satu hektar termasuk Hutan Leila Kelas 1. Pihak gereja telah
mendapat OP (occupied permit) lesen pendudukan drp Jabtan Perhutanan Sabah selama 30 tahun
bermula 2015 hingga 2045.
Tarikan utama di sini ialah empangan yg dibina sejak zaman kolonial dan juga terowong tempat
perlindungan bawah tanah terutama zaman Perang Dunia Kedua era pendudukan Jepun d negara kita.
Terdapat juga aliran mata air yg menjadi sumber air minuman penduduk setempat.
Tahun 2015, beberapa individu bekas pelajar St Michael membuat anjuran masuk berjemaah ke
Empangan Mill dan Bukit Trig. Peneraju utama Hykall Harrazz memulakan program ni dgn memuatnaik
iklan dalam facebook.. Sambutan diluar dugaan kerana ramai yg belum tau dimana lokasinya dan
bagaimana Sdkn ada empangan malah beberapa individu yg sudah lama tinggal di Sdkn pun tidak
mengetahui kewujudannya.
Untuk makluman tempat ni iaitu Hutan Leila termasuklan kawsan empangan, Bukit Trig dll sering
menjadi tempat aktiviti hiking dan kemping dibawah pimpinan dan bimbingan arwah Skip Manja
melalui Kelab Kembara.
Tahun tersebut merupakan detik bersejarah bagi penggiat, penggemar dan pencinta aktiviti outdoor
kerana hiking berjemaah mingguan berjaya direalisasikan dan mendapat sambutan hangat memang luar
biasa, bagi yg sukakan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Aktiviti ni berterusan hingga kini .. malah yg
best bermula 2017 ada lagi aktiviti hiking malam / night walk..
Sejak itu banyak tempat diterokai antaranya Bukit Sim Sim (Elopura Recreation Park), Kebun Cina
(Sandakan Rainforest Park), Hutan Leila, RDC, Hutan Kabili, Pulau Berhala dll.
Coretan lama menyelongkar khazanah silam penuh bersejarah. Menikmati pengkisahan sejarah
dapat menemukan beberapa panduan kehidupan yg secara kronologi pasti bermula dengan
perkembangan kemudia meningkat ke puncak zaman kegemilangan .. yg seterusnya mencetuskan
banyak konflik kerana telah mencapai tahap tinggi dgn kemasyhuran, kekayaan dsb akhirnya sampailah
zaman kemunduran dan kehancuran.. itulah sejarah .. seperti putaran roda yg sentiasa berputar. Ada
kalanya di atas malah seringkali di bawah tapi bisa juga putar kembali ke atas. Itulah bandingan
kehidupan yg penuh bersejarah.
Akhir kata bagi yg mau masuk ke Empangan Mill ni perlu maklumkan pihak Gereja St Mary,
tujuannya ambil maklum dan merekodkan kemasukan sana. Mereka pun ada sediakan guide.
69
SKETSA DUNIA HIKING SDKN
LIPAK
Apa tu lipak yer?
Hmmm maksudnya lebih kurang kena scam atau tipu sama ada yg buat program/ slot aktiviti atau
juga peserta aktiviti.
Cth penganjur yg lipak ialah biasanya akan ambil duit peserta program aktiviti, berjalan juga
aktiviti tapi tidak berbaloi malah kena top up lagi untyk perkhidmatan tambahan di tempat
aktiviti.. lagi teruk selepas ambil duit deposit hilang lesap bersama duit tu .. tak dapat dihubungi
untuk penjelasan lanjut ... hmmmm kena block wassap dan socmed.
Cth peserta yg lipak biasanya tidak tepati waktu pertemuan di lokasi menyebabkan semua
perancangan / perjalanan aktiviti tergendala malah kena buat penjadualan semula supaya tetap
berjalan sebagaimana yg dirancang. Lebih malang lagi jika operator / gogo tidak ambil deposit
atau wang pendahuluan untuk pelaksanaan program spt pembayaran permit masuk hutan/
persiapan bekalan bahan makanan kering dll/ juga kenderaan yg digunapakai spt kapal .. powel
(4 wheels) semuanya nanti akan ditanggung oleh gogo/ penganjur aktiviti.
B sepanjang buat anjuran aktiviti outdoor d Sdkn ada pernah kena ka begini?
Alamak ni soalan sedih ni kerana banyak duit hangus begitu saja untuk cover up dan bayar kos yg
sepatutnya dibayar peserta tapi kita sendiri yg tolong membayarkan.. nasib ada duit utk bayar... kalau
tidak sudah mandi darah atau kena pukul, boleh bikin gaduh tu.
Napa gitu B?
Trip aktiviti yg selalu kena begini ialah aktiviti hiking atau camping di Pulau Berhala atau Hutan
Kabili d SLRC
1. Kedua2 tempat ni perlukan permit masuk hutan drp Pejabat Perhutanan Daerah Sandakan
(PPD) (RM5.00 seorang) darablah berapa orang yg join lebih dahsyat yg jenis walk in tidak bagi
nama mau join tapi tiba2 ada masa aktiviti dijalankan.
2. Kalau masuk Hutan Kabili boleh walk in pembayaran kerana ada kaunter tiket di pintu masuk
RDC yg dibuka seawal jam 8.00 pagi.. jika masuk RDC sahaja cuma bayar RM7.00 tapi jika
masuk Hutan Kabili sampai SLRC tambah RM5.00 jadi jumlahnya RM12.00 seorang.
3. Semasa anjuran ke Pulau Berhala pernah diminta bayar tambahan oleh penambang kapal
(owner) kerana bayaran tambang kurang daripada jumlah peserta yg mencecah hampir ratusan
orang. Terpaksalah bayar hampir seratus ringgit untuk cover up tu.
4. Satu lagi kejadian dalam kes Pulau Berhala ialah isu bayar duluan permit masuk sebanyak
RM5.00 seorang. Sepatutnya diminta membayar deposit lah tapi atas dasar trust dan percaya kpd
peserta didahulukan pembayaran permit. Tapi yg menyedihkan ialah pembatalan last minute
dan tidak mahu bayar wang pendahuluan permit masuk.. rugilah beberapa ringgit kerana
karenah manusia 'janji manismu penanam tebu di bibiran.'
5. Kes d SLRC ialah camping dan hiking sana. Apa yg menimbulkan kekesalan ialah pembayaran
bot dari Batu Sapi dan SLRC pergi balik masih berhutang dgn PPD Sandakan. Hairan juga
kerana sudah dipungut yuran penyertaan malah ada yg sponsor pembayaran bot tapi masih
kurang dan berhutang. Untuk menjaga nama baik hikers Sandakan lunaskan hutang ratusan
ringgit pembayaran bot tersebut.
70
Siannya B terpaksa membayar banyak begitu.. kenapa tiada di bajet ye atau over bajet tu .. yuran
penyertaan tidak cukup utk cover perbelanjaan aktiviti!
Nda pa juga tu kita halalkan untuk menyemarakkan aktiviti outdoor di Sandakan.. anggaplah amal
jariah kita. Yakin la ada pembalasan terbaik nanti.
Begitulah kisah seadanya cabaran dan dugaan yg mesti dihadapi dalam penganjuran aktiviti outdoor
yg memerlukan pembayaran sejak tahun 2016 hingga kini.
Jalan terbaik adalah
1. Sediakan jadual perjalanan aktiviti dgn detail dan jelas
2. Jelaskan pembayaran yg perlu dibuat spt permit masuk hutan/ tambang kapal penambang/
bayaran guide/ bahan makanan kering / dll
3. Minta deposit untuk kurangkan beban oleh penganjur/ gogo lagipun ia menunjukkan komitmen
peserta utk join aktiviti.. (ada yg buat deposit dikembalikan dgn syarat ada pengganti jika tiada
burn / hangus tiada ganti)
4. Buatlah syarat penyertaan term & condition supaya tiada hidden cost atau salah faham peserta.
Semoga bermanfaat utk semua dan menjadi pembelajaran berguna di dalam mengajurkan aktiviti yg
sihat dan cergas. Terutama melibatkan bilangan peserta yg sangat ramai mencecah ratusan orang.
Pemburu Khazanah Alam
(ma lam yazuq lam yadri)
Lone Ranger Hiker
(no one left behind)
Hantu Bukit Outdoor
(you will never understand if you are not one of us)
#sketsahikerssandakan
71
SKETSA DUNIA HIKING SDKN
HIKING MALAM DI SANDAKAN DULU, KINI DAN SELAMANYA
Sejak aktiviti hiking mingguan berjemaah mendapat sambutan hangat dan meriah setiap hujung
minggu sama ada Sabtu dan Ahad, ada keperluan menambah lagi aktiviti iaitu hiking malam (night
walk) [2016]
Tujuannya memberi peluang kpd mereka yg bekerja di hujung minggu atau tidak mempunyai cuti
atau banyak kekangan masa dengan pelbagai komitmen, maklumlah hujung minggu.Itulah waktu untuk
habiskan masa bersama keluarga atau membeli belah keperluan rumah dan dapur untuk seminggu. Kita
bagi pilihan untuk beraktiviti sihat dan cergas.
Tempat permulaan beraktiviti malam ialah Bukit Sim Sim (Elopura Recreation Park). Biasanya
tempat pertemuan & permulaan di hujung taman perumahan Astana Height.. ada papan tanda besar di
situ yg memaparkan kawasan yg telah dimajukan dengan dana bantuan pertubuhan Rotary Club seawal
tahun 2011.
Kemudahan asas tersedia adalah pondok rehat daripada kayu belian ada 2 tempat (masih ada lagi
kini tapi pondok 2 telah hancur musnah dicuri papan dan kayu belian.. kemudahan tangga kayu yg
seringkali menjadi tempat latihan untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Jarak loops trail dlm 2.5km sebab tu ada yg suka buat larian sampai 3 - 4 pusingan.. Apa yg menarik
ialah terdapat beberapa trail di dalam hutannya berdasarkan nombor trail iaitu 33, 4, 5 & 6 kita boleh
lihat jika ikut loops trail mendaki bukit ni. Di bahagian dalam hutannya ada lagi trail nombor 1, 2 & 7.
Memang syiok kalau dapat layan trail hutannya ada yg pacak malah ada yg agak curam tapi disediakan
tali utk berpaut. Aspek keselamatan memang diutamakan kepada pengunjung bukit ni.
Selain darapada Bukit Sim Sim destinasi untuk aktiviti hiking malam ialah d Hutan Leila. Biasanya
tempat berkumpul di area parking Futsal batu 4, jalan Borehole Sandakan. Disinilah antara jungle trekking
yg agak mencabar kerana terlampau banyak cabang dan simpang, masing-masing akan sampai ke
destinasi berlainan jika salah buat pilihan . Boleh berakhir d SK Bandar Leila, boleh juga tembus jalan
Cecily, boleh juga berakhir d Scout Nature Park (SNP), boleh juga tembus ke perumahan Taman Mutiara
atau Kg Muhibbah yg dekat stesen Petronas batu 3 Sandakan. Oleh itu, guide/ organiser mesti tahu dan
mahir dengan setiap trail jungle trekking yg ada, ini kerana aktiviti malam pandangan mata agak terhad
walaupun ada head lamp / lampu suluh..
Destinasi seterusnya yg menjadi pilihan ialah Bukit Mawar [2017 kalu tak silap] Ia menjadi pilihan
sebab pemandangan di waktu malam dari puncaknya memang menarik dan osem (awesome).
Menghadap Taman Perumahan Mawar yg berlampu-lampu warna-warni. Aktiviti hiking malam yg
pertama kali dibuat telah mengejutkan penduduk taman kerana mereka nampak lampu bersuluh-suluh
dan terang di atas bukit macam ada ambush kawasan setinggan. Mereka menyuluh ke atas bukit
terutama puncak Bukit Mawar. Sebahagian hikers membalas suluhan lampu mereka dgn menyuluh
kembali ke beberapa kawasan blok perumahan. Mereka berasa pelik dgn program aktiviti hiking
malam/ night walk yg belum pernah dibuat pada waktu malam dan beramai-ramai naik atas. Perghhhhh
Sandakan make History big story.
Lepas tu banyaklah tempat untuk beraktiviti hiking malam spt POIC Ulu Sibuga, Mt Walker, IOI
Peak (Bukit Seguntor) dan lain-lain lagi.
72
Apa yg best hiking malam ? Ramai pula tu yg join kan..
1. Memberi peluang mereka yg bekerja utk join aktiviti hiking berjemaah kerana kadang-kadang
hujung minggu pun kena bekerja atau ada komitmen lain. Jadi peluang beraktiviti sihat sentiasa
terbuka.
2. Lagi best kalau berkativiti malam kerana kurang panas dan agak selesa sebab memang sebelah
siang panas walaupun baru jam 8.00 ++ pagi.
3. Tidak perlu terburu-buru atau bergegas mau pulang atau fikirkan hal pejabat / kerja dan lain-
lain lagi yg bikin serabut kepala otak.
4. Suasana lebih tenang, nyaman, hirup udara malam yg segar terutama bila berhenti d checkpoint
pasti ada minum kopi/ makan biskut roti kuih dan lain-lain lagi tapi yg paling best ada kongsi
cerita dan pengalaman..
5. Biasanya aktiviti bermula selepas waktu Isha seawal jam 8.00 malam hinggalah selesai, maksud
berkumpul balik tempat pertemua dlm jam 10 - 11.00 malam dan terus pulang ke rumah masing-
masing atau kadang-kadang stay lagi di kedai makan..
6. Paling syiok kalu hiking malam minggu di Bukit Mawar .. sebab kalau awal turun boleh layan
menyanyi karaoke di Restoran Moms Kitchen Recipe .. FOC tu ..
..... cukuplah sampai snie sambunglah esok lusa. PKPD
Pemburu Khazanah Alam
(ma lam yazuq lam yadri)
Lone Ranger Hiker
(no one left behind)
Hantu Bukit Outdoor
(you will never understand if you are not one of us)
#sketsahikerssandakan
73
SKETSA DUNIA HIKING SDKN
(CATATAN SEBUAH KISAH PERJALANAN YANG SANGAT PANJANG)
B ada mau tanya ni? lama dah simpan tapi sekarang baru terpikir mau tanya.
Apa tu ye?
Anu bah kenapa la kunun buat hiking ramai-ramai ni setiap minggu atau cuti umum kadang-kadang
malam pun ada buat aktiviti juga.. coba jawab kunun..
Hmmm malaslah ni jawab. Soalan yg entah berapa kali ni ..
Ala tu orang lain B yg soal.. apa alasan kunun.
Okeylah mau yg panjang ka atau kita ringkaskan jawapan..
Terpulanglah tapi mesti meyakinkan jawapan tu kalu tak jawab banyak soalan lagi.
Pertamanya kita mau lihat anak muda Sandakan atau orang dewasa beraktiviti sihat dan cergas
setiap hujung minggu atau masa cuti umum / cuti persekolahan atau yg malam hari sebab sebelah siang
mereka bekerja dan tiada peluang beraktiviti jadi kita berikan pilihan kepada mereka untuk berbuat
aktiviti sihat.
Keduanya kita mau lahirkan protege atau penerus legasi aktiviti sihat dan cergas berterusan sampai
bila-bila, 20 - 30 tahun akan datang. Mereka belajar organise program aktiviti, menjadi guide, berurusan
dengan pihak berwajib seperti Pejabat Perhutanan Daerah (PPD) Sandakan, polis, bomba dan lain-lain
lagi yg berkaitan, mengenal dan memahami setiap trail jungle trekking yg ada d Sandakan. Mereka juga
dapat belajar dan menimba pengalaman sewaktu hiking atau night walk mengenai persiapan dan
persediaan perlu ada spt makanan minuman, lampu suluh, bahan perubatan asas minyak urut/ angin,
spray cramp dan lain-lain lagi.
Ketiga didikan kepada anak muda dan mereka yg join aktiviti supaya hargai alam sekitar seperti
dalam jungle trekking kita akan jumpa kesan pokok kayu ditebang atau contengan nama / torehan d
pokok atau dinding batu/ dinding berlumut air terjun dll. Begitu juga hargai dan jangan rosakkan
kemudahan yg disediakan di tempat hiking spt pondok berteduh, bangku meja kayu tangga , tali untuk
berpaut mendaki / turun bukit dan lain-lain lagi.. janganlah pula dicuri diambil bawa balik semua tu.
Penerapan "Cintai Alam Sekitar" & "Jagalah Kebersihan Alam Sekitar" bawa pulang bekas plastik
makanan, botol minuman dan sampah sarap jangan ditinggalkan d checkpoint tempat hiking.
Keempat Kita jadikan anjuran aktiviti hiking ni sebagai amal jariah kita. Kita boleh berikan / kongsi
minuman, makanan semasa berhenti d checkpoint. Mungkin segala nasihat/ saranan / kongsi cerita kita
dapat pula mereka jadikan panduan utk beraktiviti dan bawa rakan mereka dgn pengalaman bersama
kita rakan mereka selamat pergi dan balik semasa aktiviti dijalankan. Kita baiki tempat hiking dgn tanda
arah/ simpan tali bagi tempat curam atau perlu mendaki dan lain-lain lagi.
AlhamdulilLah B.. semoga semangat hutan terus membara yg menjadi inspirasi untuk berbuat
kebaikan tanpa had. Pergh mantap B.
74
Hmmm dengar cerita kedai makan makan / restoran buka sampai 10.00 malam .. bolehlah keluar
malam pergi makan dalam kedai kan.
Tunggu dulu SOP MKN terkini ada perubahan tu.. Jangan cari pasal nanti tak pasal kena compound.
Sayang tu duit.
Yelah B..
..... aikkk ada sambungan la nanti
Pemburu Khazanah Alam
(ma lam yazuq lam yadri)
Lone Ranger Hiker
(no one left behind)
Hantu Bukit Outdoor
(you will never understand if you are not one of us)
#sketsahikerssandakan
75
SKETSA DUNIA HIKING SDKN
AUDIO : MISTERI MISTIK
Misteri Mistik Audio di Sandakan suatu ketika dahulu kala.
Keterlibatan aktiviti malam memang mengujakan walaupun dengan bilangan penyertaan yg kecil
tidak sampai 10 orang
1. Hutan Simpan Leila
ada dua kisah audio misteri mistik yg masih dalam ingatan tapi kronologi penceritaan ada lupa-lupa
plot ceritanya.. mungkin ada yg ingat pengkisahan dongeng ini perbetulkan sahaja jalan penceritaan
supaya tetap misteri mistik.
a) Night walk ikut jalan simen dgn tujuan mau pergi checkpoint ayunan/ hammock. Perjalanan
malam yg agak ramai juga lah mau 20 orang (lebih kah).. selepas tangki air ambil trail sebelah kanan ikut
laluan banyak pokok paku pakis.. yg musykil selepas limpas kawasan aliran air terpusing dan terikut
trial banyak pokok pakis pula .. aikk sedangkan trail naik pergi ayunan tu sepatutnya tiada limpas trail
ada pokok paku pakis... ada seorang otai hikers buat tanda di tanah dan pokok untuk tanda trail sudah
dilalui.. hmmm tapi teruskan juga dengan perasaan lain macam kerana banyak pula pokok paku pakis
sedangkan sepatutnya trail pergi ayunan tiada jumpa paku pakis ..
Dugaan firasat (instinct) memang betul malam tu... memang akhirnya keluar dari trail sahaja
ternampak tangki air.. aikkk kenapa boleh terputar pergi ke bawah sedangkan masa masuk trail tadi
adalah selepas tangki air dan sepatutnya naik ke atas tapi boleh berputar pergi trail sebelum tangki air
pula.
Terus ambil keputusan tidak teruskan perjalanan night walk tersebut. Baliklah dan bubarkan aktiviti.
Pergi lepak di kedai makan, tenangkan fikiran dan ulangkaji balik trail yg telah dilalui.. diluar hutan
simpan barulah ada penceritaan wassap sebahagian peserta ada mendengar perbualan sepanjang trail di
sebelah kiri kanan trail yg dilalui padahal bukan suara peserta.. audio misteri mistik.
Lagi seru audio misteri mistik berikut.
b) Selanjutnya pengkisahan semasa turun dari checkpoint ayunan. Sebelum itu pastikan dulu walkie
talkie berfungsi dengan baik .. "hallo audio check roger!" balasan pemegang walkie talkie clear dan
penerimaan frekuansi lancar.. sampai satu tahap di trail kegelapan malam hanya headlamp yg
menerangi jalanan ada pula balasan audio misteri ingatkan jawapan cikgu perempuan yg pegang walkie
talkie tapi garau dan kasar pula suaranya .. hmmm lain macam ni. Masing –masing jalan semakin berapat
ke hadapan dan semakin laju untuk ke jalan simen dan akhirnya.. rupanya ada yg dah offkan walkie
talkie tak mau dengar audio lagi.. hmmmm memang terbelarian semua malam tu sampailah d jalan
simen..perghhh lega hmm terus bicara " jangan ikut balik sampai sini jak " sambil memandang ke trail
hutan yg amat gelap gelita tu. .. syukurlah tiada entiti ikut pulang ke rumah.
hmmmm tetan tul.
2. Bukit Mawar.. lagi gila seram ni 7 orang sahaja dengan 2 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Ikut
trail biasa.. masuk yg selepas tanah lapang yg dekat david station masuk trail hutannya terus menyala
lampu hijau di walkie talkie selepas tu kedengaran satu lagu melayu asyik berkumandang tanpa putus..
memang bikin hairan kerana bila masuk trail ini penerimaan frekuensi putus-putus dan suara audio
kurang jelas, hmmmm masalah ini. Terus arahkan peserta rapatkan barisan dan jangan ada jarak
berjauhan antara satu sama lain. Guide di depan pun tidak dapat merokok (biasanya pasang api /
merokok) kerana ada 2 peserta perempuan di belakangnya. hmmm sampai di satu point melompat pula
76
seorang peserta .. (bilangnya nampak entiti berambut panjang atas pokok - selepas habis aktiviti refresh
balik kejadian). semasa turun tangga-tangga perbukitan seorang perempuan tergolek/ tergelincir nasib
tak patah kaki .. berhempas teruk.. syukurlah tiada kecederaan parah.. sampai bawah di kawasan
perumahan taman mawar barulah lega.
3. Hutan Kabili Sepilok Laut Sandakan. Ni pelik kerana siang hari kejadian berlaku . “Audio check
roger!” panggilan walkie talkie untuk pastikan penerimaan frekuensi baik dan lancar walaupun berjarak
2 -3 km .. tapi ada yg mainkan lagu menyebabkan walkie talkie berbunyi dengan lagu tersebut.. tapi bikin
hairan tiada yg mengaku sambung lagu nyanyian ke walkie talkie. Masih kekal audio misteri mistik ..
hmmm lantaklah janji semua peserta selamat pergi balik kabili trail. Next episode pengalaman team
hiking yg bikin seru macam horror film pula pengalaman beraktiviti di sini.
4. Bukit Sundang Batu Sapi (penceritaan dan pengalaman orang lain)
Sepanjang trail dari Check Point 1 (Campsite Sundang) Check Point 2 dan Check Point 3.. malah ada
yg kena tegur kamera handphone nya padam (off sendiri) tidak boleh ambil foto di Check Point 3 ..
itulah kan naik solo (bersendirian).. hmmm
Ada yg sepanjang trail Check Point 2 mau pergi Check Point 1 kena ganggu dengan suara siutan
/semacam bersiul … mungkin suara sejenis burung tu kan tapi membuatkan hati terasa seram sejuk
mendengar bunyian sebegitu. Kebanyakan kejadian audio misteri mistik yg telah berlaku pada waktu
petang, remang-remang senja dan night walk.
Sebenarnya banyak lagi audio misteri mistik tu tapi sebab tak merasai sendiri so no feel (tiada
perasaan) / iaitu zauq yg meresap dalam hati nurani dan kekal memori jika ditanam dan terus
dibiarakan apabila kelupaan kronologi dgn mereka yg sama-sama terlibat dalam aktiviti.
Bukit Sim Sim (Elopura Recreation Park) Kebun Cina (Sandkan Rainforest Park) RDC (Rainforest
Discovery Centre)/ Hutan Kabili. Hutan Leila, Hutan Pulau Berhala .. memang best untuk kita terokai
dan rasain jungle trekking yg menarikdan mantap..
next episode misteri mistik penampakan/ paranormal pula..
HBO
Scorpio Clan
SHEC
Sandakan Hikers Legend
#sketsasandakanhikers
77