The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xuejingkhor99, 2022-05-11 01:29:26

Dunia Makanan Ringan

Buku Cerita Kanak-kanak

DUNIA
MAKANAN

RINGAN

KHOR XUE JING 270408

BLelaatk
aarng

Buku cerita ini mengisahkan tentang
seekor arnab yang bernama Si Arnab
suka makan makanan ringan. Pada
suatu hari, Si Arnab dan kawan-
kawannya dibawa ke dunia makanan
ringan. Apakah yang akan berlaku
dalam cerita ini? Marilah kita baca
bersama-sama.

1

Di sebuah hutan yang cantik,
terdapat seekor arnab yang comel,
bernama Si Arnab. Si Arnab suka
makan pelbagai jenis makanan ringan
termasuk gula-gula, coklat, ais krim,
kek, donat dan sebagainya.

2

Si Arnab makan banyak makanan
ringan setiap hari. Hal ini
menyebabkan Si Arnab semakin
gemuk dan badannya menjadi
lemah. Ibunya juga menyedari
masalah ini. Oleh itu, ibu Si
Arnab melarang Si Arnab makan
makanan ringan dan menyimpan
makanan ringan yang sedia ada.

??

3

Si Arnab tidak berpuas hati
terhadap tindakan ibunya, tetapi
Si Arnab terpaksa mengikut
arahannya. Selepas beberapa
hari, Si Arnab juga tidak dapat
menyesuaikan diri dalam
kehidupan yang tiada makanan
ringan. Si Arnab sering berfikir
bahawa Si Arnab akan bahagia
jika hidup dalam dunia makanan
ringan.

4

Pada suatu hari, ketika Si Arnab sedang
menonton TV di ruang tamu, Si Arnab
ternampak sebuah lubang hitam dalam
buku cerita yang bertajuk “Dunia
Makanan Ringan” di atas meja. Tiba-
tiba, Si Arnab disedut ke dalamnya.

5

Apabila matanya terbuka, Si Arnab dihantar
ke dunia yang lain. Seluruh dunia diperbuat
daripada makanan ringan. Kenderaan di jalan
raya diperbuat daripada coklat, lampu isyarat
diperbuat daripada lollipop, jalan raya
diperbuat daripada kek lapis malah batu di
tepi jalan diperbuat daripada kek cawan.
Selain itu, semua rumah juga menjadi rumah
gula-gula. Bumbung rumah dan dinding
diperbuat daripada gula-gula getah, tingkap
diperbuat daripada marshmallow dan pintu
diperbuat daripada krim.

6

Si Arnab melihat sebiji belon di atas lantai
dan mengutip belon itu, menyedari belon
itu adalah lollipop. Kelihatan lollipop itu
sangat menarik perhatian. Kemudian, Si
Arnab memasukkannya ke dalam mulut,
“sedapnya!”. Jika Si Arnab ingin makan
coklat, Si Arnab boleh memilih mana-mana
kenderaan untuk makan sahaja. “Wah, aku
berasa sangat bahagia!” Si Arnab berfikir
sendiri.

Sedapnya!



7

Tiba-tiba, Si Arnab ternampak kawan-kawannya
berkumpul di satu tempat. Mereka sedang makan
makanan ringan bersama-sama. Rupa-rupanya
hanya kanak-kanak dihantar ke dunia makanan
ringan. Mereka sangat gembira kerana mereka
berpeluang untuk hidup bebas, dan tidak dikawal
oleh ibu bapa dan cikgu mereka lagi. Dalam dunia
makanan ringan, mereka boleh makan apa yang
mereka suka, tiada orang memaksa mereka makan
sayur-sayuran, tidak perlu belajar dan tidak akan
menghadapi tekanan seperti membuat kerja rumah
dan lain-lain. Mereka ingin tinggal di dunia
makanan ringan selama-lamanya.

8

Si Arnab dan kawan-kawannya menikmati
kehidupan ini dan tidak berhenti makan
makanan ringan. Mereka makan sebuah rumah
dengan cepat. Selepas itu, Si Arnab berasa
dahaga dan ingin minum air, tetapi air juga
menjadi coklat. Walaupun Si Arnab paling suka
makan coklat, tetapi sekarang Si Arnab amat
berharap mempunyai air mineral. Selepas
beberapa jam, Si Arnab menyedari kawannya
hanya tinggal seekor singa yang bernama Si
Singa. Kawan-kawan yang lain tiba-tiba
hilang dari dunia ini.

9

Kegelapan dan angin utara bertiup, Si
Arnab berasa takut, kerana hanya Si
Arnab dan Si Singa tinggal di dunia aneh
ini. Si Arnab membuat keputusan:"
sebaik sahaja subuh menjelma, aku akan
mencari jalan untuk pulang ke rumah
untuk jumpa ibu." Tetapi apabila subuh
menjelma, Si Arnab melupakan niat
tersebut lagi kerana makanan ringan
terlalu sedap.

10

Selepas beberapa hari, Si Singa meninggal dunia
kerana makan terlalu banyak makanan ringan. Si
Arnab tidak berasa bertuah walaupun Si Arnab
tidak perlu berkongsi makanan dengan orang lain,
tetapi Si Arnab berasa sedih kerana hanya
tinggal Si Arnab di dunia ini sahaja. Si Arnab
berasa kehidupannya amat bosan dan tidak
bermakna lagi. Si Arnab imbas semula kenangan
dengan kehidupan ibu bapa dan kenangan dengan
kawan-kawan di sekolah. Kemudian, Si Arnab
mengeluarkan air mata.

11

Apabila dunia makanan ringan semakin kecil, perut
Si Arnab semakin besar. Apabila Si Arnab memanjat
pokok kerana ingin makan coklat pudina di atas, Si
Arnab terjatuh di atas tanah dan tidak dapat
bergerak. Pada masa yang sama, giginya menjadi cair
seperti coklat. Kemudian, Si Arnab berasa kakinya
sangat sakit. Rupa-rupanya kaki Si Arnab juga
menjadi cair dan mengalir ke dalam tanah. Si Arnab
tidak ingin tinggal di dunia ini lagi, Si Arnab ingin
balik ke dunia asal untuk hidup dengan keluarganya.
Si Arnab menjerit dengan kuat:

“Aku akan mendengar

nasihat ibu bapa dan


tidak akan makan

makanan ringan lagi.”




12

Tiba-tiba lubang hitam itu

muncul semula, mewujudkan

suasana rumah yang selesa,


seolah-olah berkata,

"Selamat pulang!"




3

"Cepat bangun, sarapan pagi sudah siap
untuk dimakan!"jerit ibu Si Arnab. Setelah
Si Arnab bangun, Si Arnab menyedari semua
yang dialami dalam dunia makanan ringan
adalah mimpi. Ibu sudah menyediakan soya
dan telur rebus di atas meja. “Wah, soya
dan telur rebus juga sedapnya”, Si Arnab
berkata. Si Arnab menyedari bahawa
makanan lain juga sedap selain daripada
makanan ringan. Akhirnnya, Si Arnab melihat
tajuk yang ditulis dalam buku cerita di
ruang tamu telah menjadi “Dunia Makanan
Ringan Telah Hilang Selama-lamanya”.

14

Penga
jaran

Makanan ringan memang adalah
kegemaran kanak-kanak. Mereka
boleh makan, tetapi perlu makan
secara sederhana. Memang kanak-
kanak tidak boleh makan terlalu
banyak. Ia boleh membahayakan
kesihatan kita.

15


Click to View FlipBook Version