The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Yellow Green and Blue Watercolor Create Your Own Animal Story Book (5)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xuejingkhor99, 2022-05-08 00:03:14

Dunia Makanan Ringan

Yellow Green and Blue Watercolor Create Your Own Animal Story Book (5)

DUNIA
MAKANAN

RINGAN

KHOR XUE JING 270408

BLelaatk
aarng

Buku cerita ini mengisahkan tentang
seekor arnab yang bernama Si Arnab
Comel suka makan makanan ringan. Pada
suatu hari, ia dan kawan-kawannya
dibawa ke dunia makanan ringan. Apakah
yang akan berlaku dalam cerita ini?
Marilah kita baca bersama-sama.

1

Di sebuah hutan yang cantik, terdapat
seekor arnab yang comel, bernama Si Arnab
Comel. Si Arnab Comel suka makan pelbagai
jenis makanan ringan termasuk gula-gula,
coklat, ais krim, kek, lollipop dan
sebagainya.

2

Ia makan makanan ringan setiap ??
hari tanpa kawalan sendiri. Hal
ini menyebabkan Si Arnab Comel
semakin gemuk dan badannya
semakin bermasalah iaitu
menghadapi asma ketika berlari.
Ibunya juga menyedari masalah
ini. Oleh itu, ibu Si Arnab Comel
melarang ia makan makanan
ringan dan menyimpan makanan
ringan yang sedia ada.

3

Si Arnab Comel tidak berpuas hati terhadap
tindakan ibunya, tetapi ia hanya boleh mengikut
arahannya. Beberapa hari yang lepas, Si Arnab
Comel juga tidak dapat menyesuaikan diri dalam
kehidupan yang tidak makanan ringan. Si Arnab
Comel sering berfikir bahawa ia akan bahagia
jika hidup dalam dunia makanan ringan.

4

Pada suatu hari, ketika Si Arnab Comel
sedang menonton TV di ruang tamu, ia
ternampak sebuah lubang hitam dalam buku
cerita yang bertajuk “Dunia Makanan
Ringan” di atas meja. Sebelum ia
melihatnya dengan jelas, ia disedut ke
dalamnya.

5

Tiba-tiba matanya terbuka, ia dihantar ke
dunia yang lain. Seluruh dunia diperbuat
daripada makanan ringan. Kenderaan di jalan
raya diperbuat daripada coklat, lampu isyarat
diperbuat daripada lollipop, jalan raya
diperbuat daripada apollo malah batu di tepi
jalan diperbuat daripada kek cawan. Selain
itu, semua rumah juga menjadi rumah gula-
gula. Bumbung rumah diperbuat daripada
krim, dinding diperbuat daripada marshmallow,
pintu diperbuat daripada coklat, dan tingkap
diperbuat daripada kek.

6

Si Arnab Comel melihat sebiji bola di atas
lantai dan mengutip bola itu, baru
mengetahui ia adalah lollipop. Lollipop itu
kelihatan sangat menarik perhatian. Si
Arnab Comel memasukkannya ke dalam
mulut, “sedapnya!”. Jika ia ingin makan
coklat, ia boleh pilih mana-mana kenderaan
untuk makan sahaja. “Ya ampun, ini
sangat membahagiakan!” Si Arnab Comel
berfikir sendiri.

Sedapnya!



7

Tiba-tibanya, Si Arnab Comel ternampak kawan-
kawannya berkumpul ke satu tempat. Mereka
sedang makan makanan ringan bersama-sama.
Rupa-rupanya hanya kanak-kanak dihantar ke dunia
ini, manakala ibu bapa dan cikgu tetap dikekalkan
di dunia asal. Mereka sangat gembira kerana
mereka berpeluang untuk hidup bebas, dan tidak
dikawal oleh ibu bapa dan cikgunya lagi. Dalam
dunia ini, mereka boleh makan apa-apa yang
mereka suka, tiada orang memaksa mereka makan
sayur-sayuran, tidak perlu belajar dan tidak akan
menghadapi tekanan seperti membuat kerja rumah
dan lain-lain. Pada masa ini, mereka ingin tinggal
di dunia ini selama-lamanya.

8

Si Arnab Comel dan kawan-kawannya
menikmati kehidupan ini dan tidak berhenti
makan makanan ringan. Sebuah rumah telah
dimakan habis dalam masa yang pendek.
Selepas makan sebuah rumah, Si Arnab Comel
berasa dahaga dan ingin minum air, tetapi air
juga menjadi coklat. Walaupun Si Arnab Comel
paling suka makan coklat, tetapi sekarang ia
amat berharap ia adalah air kosong. Selepas
beberapa jam, Si Arnab Comel menyedari
kawannya hanya tinggal seekor singa yang
bernama Si Singa. Kawan-kawan yang lain
tiba-tiba hilang dari dunia ini.

9

Kegelapan dan angin utara bertiup, Si
Arnab Comel berasa takut, kerana hanya
Si Arnab Comel dan Si Singa tinggal di
dunia aneh ini. Si Arnab Comel membuat
keputusan: sebaik sahaja subuh
menjelma, ia akan mencari jalan untuk
pulang ke rumah untuk jumpa ibunya.
Tetapi apabila subuh menjelma, Si Arnab
Comel tidak ingat niat tersebut lagi
kerana makanan ringan terlalu sedap.

10

Selepas beberapa hari, Si Singa meninggal dunia
kerana makan terlalu banyak makanan ringan. Si
Arnab Comel tidak berasa bertuah walaupun ia
tidak perlu berkongsi makanan dengan orang lain,
tetapi ia berasa sedih kerana hanya tinggal Si
Arnab Comel di dunia ini sahaja. Si Arnab Comel
berasa kehidupan bosan dan tidak bermakna lagi.
Ia imbas semula kenangan dengan kehidupan ibu
bapa dan kenangan dengan kawan-kawan di
sekolah. Ia merindui celaan daripada guru dan
nasihat daripada ibu bapa. Air mata Si Arnab
Comel terjatuh pada masa ini.

11

Apabila dunia makanan ringan semakin kecil, perut Si
Arnab Comel semakin besar. Apabila Si Arnab Comel
memanjat pokok kerana ingin makan coklat pudina di
atas, ia terjatuh di atas tanah dan tidak boleh bangun
segera. Pada masa yang sama, ia menghadapi sesuatu
kejadian yang amat dahsyat iaitu giginya cair seperti
coklat. Ia berasa kakinya sangat sakit. Rupa-rupanya
tulang kaki Si Arnab Comel terpatah kemudian kakinya
menjadi cair dan mengalir ke dalam tanah. Si Arnab
Comel tidak tahan kehidupan ini lagi, ia ingin balik ke
dunia asal untuk berhidup dengan keluarga dan kawan-
kawannya. Ia menjerit dengan kuat:

“Saya akan

mendengar nasihat ibu


bapa dan tidak akan

makan makanan ringan


lagi.”



12

Tiba-tiba lubang hitam itu

muncul semula, membawa

bersamanya suasana rumah,


seolah-olah berkata,

"Selamat pulang!"




13

"Bangun, hampir tak sempat pergi ke
sekolah!"jerit ibu Si Arnab Comel. Setelah Si
Arnab Comel bangun, ia baru mengetahui
semua yang dialami dalam dunia itu adalah
mimpi. Ibu sudah menyediakan sarapan di
atas meja. “Wah, soya dan telur pun
sedapnya”, sampai sekarang baru Si Arnab
Comel tahu. Akhirnnya, Si Arnab Comel
melihat tajuk yang ditulis dalam buku cerita
di ruang tamu telah menjadi “Dunia
Makanan Ringan Telah Hilang Selama-
lamanya”.

14

Penga
jaran

Makanan ringan memang adalah
kegemaran kanak-kanak. Mereka
boleh makan, tetapi perlu makan
secara sederhana. Memang kanak-
kanak tidak boleh makan terlalu
banyak. Ia boleh membahayakan
kesihatan kita.

15


Click to View FlipBook Version