M-CERIA
Apa itu JUN 2022
gaya hidup
Aplikasi
sihat gaya hidup
5 Kepentingan sihat
amalan gaya
hidup sihat
Amalan hidup 4 Kesan tidak
sihat jamin mengamalkan gaya
kesihatan kita
hidup sihat
3 Cara Piramid
makanan
Mengamalkan gaya
hidup sihat
Kekal Sihat
Kandungan
Tinta Editor 04
05
Apa itu gaya hidup sihat 07
Kepentingan amalan
gaya hidup sihat
Pantun hidup sihat 13
Aplikasi gaya hidup sihat 14
Amalan hidup sihat 15
jamin kesihatan kita
Cara mengamalkan 08
gaya hidup sihat 10
Kesan-kesan tidak 12
mengamalkan gaya
hidup sihat
Piramid makanan
Sidang Editor
PANG HUI ROU KHOR XUE JING
270620 270408
Ketua Pengarang Pengarang 1
.
TAN CHING CHING
270664
Pengarang 2
WONG JIA QI
271844
Pengarang 3
NURHALIESA BINTI
ABDUL HALIM
271969
Pengarang 4
03
TINTA 04
EDITOR
Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada rakan-rakan yang terlibat dalam e-majalah ini
walaupun berdepan dengan pelbagai masalah semasa
penghasilan dengan memberi bantuan dan kerjasama yang
baik. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada pensyarah kami, Dr. Zamimah Binti Osman
yang sentiasa membimbing serta membantu kami sehingga
menyiapkan e-majalah tersebut.
M-Ceria merupakan nama e-majalah tersebut. Kata “M”
bermaksud majalah, manakala kata “ceria” bermaksud gaya
hidup yang sihat dapat menghasilkan kehidupan harian yang
ceria. M-Ceria merupakan satu e-majalah yang berbahasa
Melayu dan diterbitkan secara bulanan. E-majalah M-Ceria
akan menyampaikan tentang apa itu gaya hidup sihat,
kepentingan amalan gaya hidup sihat, cara mengamalkan
gaya hidup sihat, dan kesan tidak mengamalkan gaya hidup
sihat kepada semua pembaca terutama warga UUM.
Akhir kata, pihak M-Ceria ingin mengucapkan selama maju
jaya dan semoga e-majalah M-Ceria membawa kegembiraan
kepada para pembaca.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh:
Tan Ching Ching
Apa itu
gaya hidup
sihat?
A dakah anda bersenam seminggu beberapa kali?
dakah anda sentiasa makan makanan ringan?
Kita hendaklah menjaga tubuh badan kita dengan baik. Tiada
tubuh sihat yang baik, kita tidak boleh membuat perkara atau
menguruskan kehidupan kita dengan baik. Gaya hidup sihat
bermaksud gaya hidup yang boleh meningkatkan kualiti
kesihatan kita dengan mempunyai tabiat yang memudaratkan
kesihatan.
Gaya hidup sihat juga bermakna kita mengutamakan amalan
sihat dan mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Gaya
hidup sihat dikategorikan kepada dua iaitu:
Fizikal Mental
Kita akan menjaga Kita akan mengawalkan
kebersihan dan juga tekanan dan ketegangan kita
kesihatan tubuh badan kita, yang melibatkan pelbagai segi
persekitaran dan alam seperti pemikiran, perasaan,
sekitar. atau ketenangan jiwa.
Objektif gaya hidup sihat boleh diklasifikasikan sebagai objektif Disediakan Oleh: 05
umum. Hal ini demikian kerana objektif ini boleh membentuk Tan Ching Ching
tubuh badan yang sihat dari segi rohani dan mental, jasmani
dan bebaskan diri daripada penyakit yang berbahaya.
"Hanya 40% rakyat Malaysia
telah mengamalkan gaya
hidup sihat"
Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri
Kesihatan Malaysia, berkata Malaysia telah
dikategorikan sebagai negara yang tidak sihat
disebabkan oleh kesedaran rakyat Malaysia terhadap
gaya hidup sihat adalah rendah. Ini juga telah
menyebabkan kadar kematian akibat COVID-19 yang
tinggi kerana mangsa-mangsa majoriti menghidap
penyakit kronik.
Tambahan pula, penyakit jantung merupakan kematian utama oleh rakyat Malaysia. Tan Sri Dr Noor
Hisham Abdullah, ketua pengarah kesihatan Malaysia juga berkata pada tahun 2019, terdapat 15%
daripada 109,164 kematian disebabkan oleh penyakit jantung.
Kempen
FitMalaysia
Kempen FitMalaysia ialah satu kempen
yang menarik minat penduduk Malaysia
untuk melakukan aktiviti sukan. Kempen ini
dilakukan di seluruh negara Malaysia.
Tujuan kempen tersebut ialah
memperkukuhkan perpaduan rakyat
Malaysia, dan meningkatkan tahap
kesihatan rakyat Malaysia. Kempen
FitMalaysia dikategorikan kepada empat
kumpulan iaitu berlari, berbasikal, seni
mempertahankan diri dan aktiviti
kecergasan.
Program KBS
Fit& Active #2
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengadakan
program KBS Fit & Active#2 untuk mewujudkan masyarakat
yang sihat sejahtera. Dengan ini, Malaysia akan menjadi
sebuah Negara Sukan. Objektif bagi program ini ialah
mengajar dan menggalakkan masyarakat tentang cara
serta menyediakan pemakanan yang sihat, dan
menggunakan masa lapang dengan membuat aktiviti yang
berfaedah. 06
KEPENTINGAN
Disediakan oleh:
AMALAN GAYA HIDUP
Khor Xue Jing
SIHAT 1. PENGEKALAN KETAHANAN FIZIKAL
Apabila kita melakukan aktiviti fizikal
seperti berjoging, berenang, berbasikal
dan sebagainya secara kerap, kita dapat
mengekalkan ketahanan fizikal kita. Hal
ini kerana apabila kita melakukan aktiviti
fizikal yang kerap, otot kita akan menjadi
lebih kuat. Seterusnya, badan kita akan
sentiasa sihat dan bertenaga untuk
menjalankan sebarang aktiviti.
2. PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR
Jika pelajar sentiasa melakukan aktiviti
fizikal, mereka boleh memberi
GAYA HIDUP SIHAT tumpuan perhatian dan lebih fokus
kepada apa yang diajar oleh guru atau
pensyarah semasa waktu
pembelajaran. Hal ini demikian kerana
otak akan lebih aktif, kesannya
memudahkan untuk memberi
perhatian. Jadi, pelajar boleh
meningkatkan prestasinya dalam
akademik dan kokurikulum.
3. PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI
Amalan gaya hidup sihat boleh
meningkatkan keyakinan diri seseorang.
5. PENGEKALAN
4. PENCEGAHAN
Kesihatan yang baik akan memberi
KECERGASAN OTAK SERANGAN PENYAKIT
keyakinan untuk berhadapan dengan
orang ramai dan keberanian untuk
Gaya hidup sihat yang diamalkan Pengambilan pemakanan memberikan pendapat atau pandangan.
dalam penyertaan aktiviti berdasarkan piramid makanan Selain itu, kesihatan fizikal yang baik
rekreasi dan pengambilan boleh membantu tubuh badan akan meningkatkan keupayaan kita
makanan seimbang mempunyai kita melawan penyakit kerana ia untuk berkomunikasi dengan orang lain.
kesan positif pada otak dan membekalkan nutrien dan Jika kita memerhatikan orang yang
meningkatkan perkembangan vitamin yang mencukupi. Sebagai menyalahgunakan dadah, kita mendapati
otak kita. Apabila otak kita contoh, seseorang mengambil bahawa mereka tidak dapat
sentiasa berfungsi, kita boleh makanan seimbang yang terdiri berkomunikasi dengan orang lain dengan
menyerap dan menerima daripada daging, telur, buah- baik.
maklumat dengan pantas. buahan dan sayur-sayuran
dalam kehidupan seharian akan
meningkatkan daya tahan 07
tubuhnya terhadap penyakit.
CARA MENGAMALKAN GAYA HIDUP
SIHAT
Disediakan oleh:
NurHaliesa
1. Mengawal Pemakanan
Masyarakat hendaklah mengawal pemakanan harian
mereka bagi mengelakkan penyakit pada tubuh badan.
Pengambilan makanan yang terlalu sedikit akan
menyebabkan seseorang itu kekurangan zat-zat yang
diperlukan oleh badan kita. Manakala, pengambilan makanan
yang berlebihan tanpa kawalan akan menjadi punca kepada
penyakit obesiti, kolesterol dan lain lain. Oleh yang demikian,
kita perlulah belajar untuk mengawal pemakanan mulai dari
hari ini. Sebagai contoh, kita boleh mengikut konsep Pinggan
Sihat Malaysia yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
2. Melakukan Aktiviti Fizikal
Seperti yang kita ketahui, aktiviti fizikal banyak
memberi manfaat kepada manusia. Contohnya, regangan
badan, berjogging, dan banyak lagi. Senaman bukan
sahaja dapat mengurangkan penyakit dan menurunkan
berat badan malah, dengan melakukan senaman, kita
dapat meningkatkan lagi tenaga serta dapat
merembeskan hormon adrenaline dengan banyak. Antara
aktiviti fizikal yang boleh kita lakukan ialah berjalan kaki,
menggunakan tangga berbanding lif dan regangan badan
selama 10 minit sebelum memulakan pekerjaan.
3. Tidur yang mencukupi
Dalam kehidupan seharian, tidur merupakan satu aktiviti yang
penting untuk diri kita terutamanya tidur yang mencukupi. Hal ini
kerana, apabila kita mendapat tidur dan rehat yang cukup, ianya
akan menyebabkan kita menjadi lebih fokus untuk melakukan
sesuatu urusan. Manakala, tidur yang tidak mencukupi akan
mengakibatkan kita selalu merasa mengantuk dan sukar untuk
fokus. Hal ini akan menganggu produktiviti kita pada hari tersebut.
Cara paling tepat untuk mendapatkan tidur yang cukup adalah tidur
selama 6-8 jam sehari. 08
Sushi Pisang
Bahan-bahan:
1 keping roti gandum penuh
1 biji pisang
1 sudu teh mentega kacang
Cara-cara:
Leperkan roti
Sapukan mentega kacang
Masukkan pisang, gulung & potong
Maklumat Pemakanan: 09
1 hidangan: 150 g
Kalori: 232.5 kcal
Protein: 7g
Karbohidrat: 44g
Lemak: 4.5 g
Serat: 7g
Disediakan oleh:
Pang Hui Rou
Pada era pasca modenisasi ini, kita sering sibuk dengan pekerjaan ataupun akademik
masing-masing sehingga telah mengabaikan untuk mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Keburukan-keburukan tidak mengamalkan gaya hidup sihat sering dikatakan tetapi
masih terdapat banyak rakyat Malaysia yang tidak sedar akan akibat buruknya. Gaya
hidup yang tidak sihat akan mengancam kesihatan kita dan lebih mudah menghadapi
penyakit kronik. Antara kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat termasuk obesiti,
peningkatan tekanan, tinggi kolesterol dan masalah sindrom metabolic.
Obesiti
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang mengadakan setiap empat tahun,
telah mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dan 19.7 peratus
daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019. Tambahan pula, terdapat 30 peratus
daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 13 tahun juga menghadapi masalah obesiti. Hal ini
disebabkan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang dan
gemar minum minuman yang manis. Bukan begitu sahaja, kekurangan senaman juga merupakan
salah satu punca menyebabkan masalah obesiti. Obesiti akan menyebabkan peningkatan risiko
menghidapi penyakit jantung, kencing manis serta sukar bernafas semasa menjalankan aktiviti dan
selainnya.
Tekanan tinggi
Seterusnya, gaya hidup yang tidak sihat juga akan mengakibatkan tekanan seseorang individu
meningkat. Sekiranya mengalami tekanan yang tinggi, individu tersebut akan mudah merasa sedih,
penat, kurang minat dalam menyertai aktiviti harian, tidak dapat tidur dan akan putus harapan.
Masalah-masalah ini yang berterusan turut akan mengganggu rutin harian dan menyebabkan kesan
negatif seperti mengancam kesihatan serta risiko penyakit. Dengan ini, kita harus membuat senaman
secara bergala kerana pelbagai hormon baik untuk kesihatan kita dapat dihasilkan semasa kita
10
bersenam.
Kolesterol tinggi
Di samping itu, gaya hidup yang tidak
sihat akan meningkatkan kolesterol.
Kolesterol merupakan lemak dalam
badan kita dan ia mempunyai
manfaat dan keburukannya sendiri.
Tubuh badan kita perlu sedikit
kolesterol demi memproseskan
vitamin D, hormon, serta menolong
mencernakan makanan. Namun
begitu, kalau terdapat kolesterol
dalam darah, ia akan membentuk
plak yang melekat pada dinding arteri
dan mengakibatkan penyakit arteri
koronari. Faktor yang menyebabkan
kalori yang tinggi termasuk
kekurangan menjalankan aktiviti
fizikal, tabiat pemakanan tidak
seimbang dan sentiasa merokok.
Sindrom metabolic 11
Selain itu, akibat tidak mengamalkan gaya
hidup sihat juga akan menyebabkan sindrom
metabolic. Ia merupakan kumpulan punca
risiko penyakit seperti jantung, darah tinggi dan
kencing manis jenis dua. Biasanya, seseorang
yang menghadapi masalah sindrom metabolik
mempunyai dua jenis penyakit terbabit. Oleh
hal yang demikian, kita haruslah menjaga
pengambilan makan harian kita dan sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif
untuk mengelakkan diri menghidapi penyakit-
penyakit kronik tersebut.
Pendek kata, kita wajarlah menjalankan
gaya hidup yang sihat supaya sentiasa
bersemangat dan tidak mudah bersakit. Badan
yang cergas dapat melahirkan otak cerdas.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan
gaya hidup yang sihat dari sekarang.
MPAI RKAAMN IADN
Aras 4
Hadkan
pengambilan
lemak, minyak,
gula dan garam
Aras 3
Sumber Protein
1-2 sajian
Aras 2
Karbohidrat
3-5 sajian
Aras 1 Buah-buahan Sayur-sayuran
2 sajian Lebih 3 sajian
12
PANTSUIHNAHTIDUP
Pantun 1
Gulai kari berulam peria,
Kacang kelisa cicahnya budu,
Sambut hari kesihatan sedunia,
Rakyat sihat negara maju
Pantun 2
Cantik barangan dari Palembang,
Kali pertama membeli intan,
Rancang pemakanan biar seimbang,
Kunci utama jaga kesihatan.
Pantun 3
Ladang Tembusu penduduknya ramah,
Kaya dengan budi bahasa,
Sihatkan badan satu amanah,
Supaya senang kita beribadah.
13
APLIKASI AMALAN
GAYA HIDUP SIHAT
01 02 03
MyFitnessPal Sleep Cycle
Kita dapat mengetahui corak
8 Fit Workouts &
Mengira kalori kita sehari. ketiduran kita dan kualiti tidur
Meal Planner
Merancang program
kita dalam aplikasi ini.. senaman dan program
pengambilan makanan
seimbang yang sesuai
untuk kita.
04 05 14
Pacer Pedometer Step
Lumosity: Brain
& Weight Training
Jejaki langkah, jarak & kalori
Program untuk melatih otak kita.
seharian kita untuk membantu
Kita dapat meningkatkan
kita dengan menurunkan
berat badan & membantu
pemikiran kritis, ingatan dan
badan kita kekal sihat. kemahiran menyelesaikan
masalah melalui program ini.
Berita Semasa
Amalan hidup sihat
jamin kesihatan
kita
Disediakan oleh: Wong Jia Qi
Kesihatan adalah penting bagi kita kerana tanpanya kita tidak dapat melakukan apa yang kita mahu lakukan.
Oleh itu, semua orang dari kanak-kanak hingga orang tua harus mengamalkan gaya hidup sihat. Kita boleh
mengamalkan hidup sihat melalui senaman. Senaman dilihat oleh ramai pakar kesihatan sebagai cara yang
paling berkesan untuk merawat dan mengurus penyakit. Oleh itu, apabila ia dianggap sebagai cara yang paling
berkesan, kita harus bersenam sekerap mungkin, sebaik-baiknya setiap hari, bukan sekali sekala. Pakar
kesihatan mengesyorkan agar kita melakukan senaman aerobik sekurang-kurangnya tiga puluh minit setiap
hari.
Senaman untuk orang dewasa Senaman untuk kanak-kanak
dan remaja
Senaman aerobik yang boleh dilakukan oleh orang dewasa
termasuk berlari, mendaki bukit, berbasikal, berjalan pantas, Pakar kesihatan mengesyorkan
berenang atau bermain badminton. Tiga puluh minit adalah masa bahawa kanak-kanak dan remaja
senaman harian untuk orang dewasa. Mereka tidak perlu mendapat enam puluh minit senaman
melakukan senaman selama tiga puluh minit pada satu masa, aerobik intensiti sederhana sehari.
mereka boleh membahagikan kepada dua atau tiga tempoh masa Aktiviti yang boleh mereka lakukan
bergantung pada ruang dan keselesaan. Contohnya, bersenam termasuk lompat tali, menari, berlari,
selama lima belas minit setiap pagi sebelum bekerja, kemudian bermain di taman permainan, berjalan
teruskan bersenam selama lima belas minit lagi pada waktu malam. pantas dan berbasikal. Senaman untuk
Mereka tidak perlu pergi ke gim atau mengikuti kelas senaman, kanak-kanak dan remaja juga boleh
mereka boleh bersenam di rumah atau di taman. Mereka juga dibahagikan kepada dua atau tiga
boleh memuat turun video kelas senaman dalaman dari Internet tempoh masa berdasarkan kesesuaian
dan bersenam di rumah. Jika berasa bosan, mereka boleh mencari jadual harian. Selain itu, sebagai
rakan untuk bersenam bersama-sama. tambahan kepada senaman aerobik,
mereka harus cuba melakukan
Senaman untuk warga emas, wanita hamil dan orang senaman aerobik yang kuat untuk
menguatkan otot dan tulang. Aktiviti
yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mereka lakukan ialah tekan
tubi, berenang, berlari, angkat berat
Warga emas, wanita hamil dan orang yang mempunyai masalah dan lompat pantas.
kesihatan boleh bertanya kepada doktor jenis senaman yang sesuai 15
untuk mereka. Ini kerana jika mereka melakukan sukan yang tidak
sesuai boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan
mereka. Walau bagaimanapun, senaman ringan seperti berjalan di
rumah masih boleh dilakukan. Jika mereka ingin meningkatkan
skop pergerakan, mereka boleh berjalan di sekitar kawasan
perumahan setiap pagi. Berjalan adalah senaman yang mudah,
selamat dan mempunyai banyak faedah. Selain itu, mereka boleh
menyertai kumpulan "Tai Chi", satu latihan yang kelihatan mudah
tetapi meBnycaCblaaur.diIaa Ablvoelesh membina kestabilan, kekuatan dan
wfleakrsgiabileitmi Pmahseolataoklugainrappmehregenerjraadkiaknanya"nTagi perlahan dan terkawal. Ramai
Chi" sebagai senaman harian
mereka. Namun begitu, mereka tetap perlu bersenam mengikut
keadaan fizikal mereka supaya tidak mencederakan diri sendiri.
Tidak kira apa senaman yang mereka lakukan, perkara yang paling
penting ialah lakukan setiap hari. Senaman sedikit setiap hari
adalah lebih baik daripada tidak bersenam langsung.
16
17
M-Ceria
M-Ceria
M-Ceria
M-Ceria
[email protected]