The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESEPADUAN NASIONAL : USAHA USAHA YANG DIJALANKAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

ditulis oleh : NOOR BAZLI HAMDANI BIN NOOR AZWAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR BAZLI HAMDANI, 2023-10-31 21:01:53

KESEPADUAN NASIONAL : USAHA USAHA YANG DIJALANKAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

KESEPADUAN NASIONAL : USAHA USAHA YANG DIJALANKAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

ditulis oleh : NOOR BAZLI HAMDANI BIN NOOR AZWAM

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN DITULIS OLEH : NOOR BAZLI HAMDANI BIN NOOR AZWAM NASIONAL KESEPADUAN USAHA-USAHA YANG DI JALANKAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN USAHA-USAHA YANG DI JALANKAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN


DEFINISIPERPADUAN CABARANMERINTANGI DALAMUSAHAKEARAH PERPADUAN USAHAYANGDI JALANKANUNTUK MENCAPAIPERPADUAN ISI KANDUNGAN


NOOR BAZLI HAMDANI BIN NOOR AZWAM 13DKM21F1044 NOOR BAZLI HAMDANI BIN NOOR AZWAM 13DKM21F1044 NAMA PENSYARAH : PUAN WAN KHAIRUNI BINTI WAN JUSOH NAMA PENSYARAH : PUAN WAN KHAIRUNI BINTI WAN JUSOH PENULIS


PENGENALAN Perpaduan yang diidamkan di Malaysia masih belum tercapai sepenuhnya. Kita sedang melalui proses berbentuk kesepaduan dan berusaha mencari jalan ke arah penyatupaduan. Kesemua ini kita lakukan berdasarkan tiga prinsip, sekali gus merupakan proses utama, iaitu, tawar-menawar (bargaining), perundingan (negotiation) dan pengantaraan (mediation). Pencapaian kita selama ini berasaskan platform integrasi yang telah dibina; ada yang berjaya dan ada yang gagal. Akan tetapi, usaha untuk mencapai penyatupaduan tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan dirancang dan dilaksanakan demi mencapai penyatupaduan itu. Keharmonian, kestabilan dan keamanan tetap menjadi santapan hidup seharian kita dalam usaha mengurus perbezaan dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum. 3


MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Secara definisinya, perpaduan ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam proses membentuk identiti nasional seperti satu bangsa, satu bahasa dan satu negara. Konsep perpaduan yang ditekankan ialah "Perpaduan dalam Kepelbagaian" (Unity in diversity). Berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah menerima fakta bahawa kita memiliki masyarakat yang majmuk dan pelbagai. Oleh sebab terdapat perbezaan dan kepelbagaian ini, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan usaha integrasi yang berterusan.


Usaha serta komitmen kerajaan dalam menangani isu perpaduan bermula dengan tragedi yang mencetuskan keresahan rakyat, iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Sejak itu, kerajaan secara berterusan mencari formula yang menyumbang kesepaduan sosial, membentuk kestabilan politik dan sekali gus memupuk hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Usaha kerajaan ini dapat dilihat melalui penubuhan pelbagai institusi bagi menguruskan hal ehwal perpaduan. Pada 10 Mac 2020, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi menggalas tanggungjawab untuk menggerakkan agenda perpaduan negara dengan lebih berrsepadu dan tersusun. Y.A.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin Md. Yasin, Perdana Menteri ke-8 dalam ucapannya ketika melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya di Facebook. KPN telah menggariskan tiga objektif utama, iaitu: (a) Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (b) Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, hormat-menghormati dan bertanggungjawab. (c) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Menurut beliau, Dasar Perpaduan Negara menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat. Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 ini menetapkan tiga aspirasi yang telah dikenal pasti dan impak yang diimpikan dalam tempoh 10 tahun pelaksanaannya seperti dalam Rajah 4.1 Sasaran kepada aspiras i perpaduan ini selars dengan penerimaan rakyat Malaysia bahawa negara ini memiliki masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai latar belakang, pegangan agama, pengenalan bangsa serta budaya. Berikutan dengan perbezaan dan kepelbagaian ini, usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara ini perlu dilengkapi dan dengan dilandasi dengan usaha integrasi yang berterusan.


DETIK PERPADUAN Ialah saat yang dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Adat dan budaya masyarakat Malaysia yang membawa ke detik perpaduan adalah seperti sukan, street wedding, Pandemik COVID-19 dan kesihatan. Sukan merupakan medium perpaduan yang berkesan dalam usaha menyatukan nasyarakat. Penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam setiap komuniti akan nenggalakkan percampuran dan komunikasi antara masyarakat berbilang etnik dan pelbagai peringkat umur. Biarpun berbeza SUKAN Fahaman politik, agama dan bangsa, namun semangat kesukanan menyokong negara amat tinggi. Contohnya, apabila pasukan bola sepak Harimau Malaya bertanding dalam apa jua perlawanan bola sepak pelbagai peringkat, semua rakyat bersatu hati menyokong pasukan negara walaupun di mana-mana sahaja mereka berada..


Selain itu, "Hari Sukan Negara" yang disambut selama sehari pada minggu kedua setiap bulan Oktober sejak 2015 telah ditukar namanya kepada "Bulan Sukan Negara" bermula Oktober 2019. Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa menjadi keutamaan terhadap program Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda "Sukan untuk Semua" kekal relevan sepanjang zaman. Semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun dalam komuniti setempat mereka. Dengan demikian, wujud kerjasama antara satu sama lain apabila bersukan sekali gus dapat mencapai kemenangan dalam sesuatu acara yang disertai


STREET WEDDING Majlis perkahwinan yang dilaksanakan di kawasan perumahan sudah menjadi satu budaya dan sohor kini (trending) dalam kalangan masyarakat Malaysia. Majlis tersebut tetap meriah dan berlangsung secara sederhana walaupun berlaku kesesakan ketika ketibaan para tetamu yang ramai. Sifat toleransi dan saling menghormati yang ditunjukkan oleh masyarakat kejiranan meneguhkan lagi ikatan persaudaraan dan perpaduan kaum. Selain itu, unsur pluralisme dan penyatuan dibuktikan melalui perkahwinan apabila wujudnya ikatan antara masyarakat Baba Nyonya dengan masyarakat tempatan. Ikatan ini membawa kepada proses asimilasi budaya seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur yang diadaptasi oleh masyarakat menerusi perkahwinan masyarakat tempatan dengan migran dari India suatu masa dahulu (Shamsul Amri, 2012).


PAG E 3 Pandemik COVID-19 Semangat perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama jelas ditunjukkan ketika negara dilanda cabaran dan musibah penularan wabak COVID-19. Bagi menyekat penularan COVID-19, seluruh rakyat Malaysia menunjukkan usaha mereka dengan semangat bersatu untuk membantu kerajaan dan barisan hadapan menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi semua prosedur operasi standard (standard operating procedure atau SOP) yang ditetapkan, sekali gus mencerminkan jiwa patriotik rakyat yang bersatu hati berjuang demi memerangi wabak serius ini. Kesihatan Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama organisasi dalam bidang kesihatan untuk memastikan masyarakat dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Bidang perubatan melahirkan pakar dan kakitangan pelbagai bangsa dan agama. Mereka berkongsi kepakaran dan kemahiran demi memastikan kesihatan masyarakat pada tahap yang optimum. Titik perpaduan dilihat dalam bidang kesihatan yang menjadi keutamaan kepada seluruh masyarakat. Sambutan Perayaan COVID19


Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Perayaan utama di Malaysia, iaitu Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina ialah perayaan yang dapat memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan semua kaum. Sambutan perayaan ini sama sekali tidak akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri tertentu. Bagi umat Islam, dua perayaan utama diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Hari Raya Puasa diraikan apabila berakhirnya bulan Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan. Hari Raya Haji pula disambut pada hari ke-10 bulan Zulhijah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan Haji di Makkah berada pada peringkat akhir ibadah mereka. Bersempena dengan perayaan ini, umat Islam yang berkemampuan digalakkan melakukan ibadah korban dan disebabkan itu juga perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Selain dua perayaan utama itu, umat Islam turut menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam) bersempena tahun baharu Islam, Maulidur Rasul bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan Nuzul Quran bagi memperingati hari turunnya al-Quran kepada umat Islam. Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina, iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Meh. Pesta Chap Goh Meh disambut pada malam ke-15 sebagai tanda berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pemberian angpau merupakan tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan kanak-kanak. SAMBUTAN PERAYAAN


Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, mereka menyambut Hari Wesak pada bulan Mei bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha, iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan hari kematiannya. Kebiasaannya, upacara sembahyang dan perarakan diadakan dalam perayaan tersebut. Selain itu, terdapat juga sambutan perayaan lain seperti perayaan Kuih Bulan dan Tanglung, Bulan Hantu serta Qing Ming. Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau Perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk bergembira. Perayaan ini menandakan kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan dikuti dengan kunjungan sanak-saudara dan sahabat handai. Pada waktu malam, rumah akan dihiasi dengan pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Penganut agama Hindu juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Murugan. Dalam perayaan tersebut, Batu Caves, Selangor menjadi tumpuan penganut Hindu. Di sana, penganut Hindu membawa persembahan mereka di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Selain itu, mereka turut menyambut Perayaan Ponggal, Tahun Baru Hindu, Navarathiri dan Kharthigai.


CABARAN Semangat perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi mencegah segala aktiviti jenayah yang kini semakin berleluasa. Aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dilakukan oleh masyarakat setempat mampu mengurangkan kadar jenayah. Tanggapan negatif yang mengaitkan penjenayah dengan sesuatu bangsa merupakan satu sikap yang salah kerana setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Setiap rakyat Malaysia mestilah patuh kepada peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan kerana hukuman tidak memilih bangsa atas setiap kesalahan yang dilakukan. Kepelbagaian agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia haruslah dihormati. Walaupun masyarakat Malaysia tidak menganut agama yang sama, tetapi mereka berkongsi negara, kemudahan dan keharmonian yang sama. Oleh sebab itu, perbezaan agama perlu dihargai demi mewujudkan sebuah negara yang lebih hebat dan teguh di landasan perpaduan pada masa akan datang. Prinsip yang perlu diamalkan masyarakat ialah semangat toleransi, perkongsian, elemen hormat-menghormati, dan menghargai perbezaan antara satu sama lain. PA G E S EVE N | J O U R N E Y JENAYAH AGAMA


TAHAP KESEPADUAN YANG DI CAPAI PA G E F IVE | J O U R N E Y Biarpun Malaysia masih belum mencapai perpaduan yang dimpikan, namun anggota masyarakatnya yang bersifat rencam sebenarnya sudah pun menjalinkan hubungan kerjasama antara etnik dengan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan saling meminjam unsur budaya masingmasing lebih daripada 40 tahun, menikmati pembangunan ekonomi dan kualiti hidup dari tahap sederhana hingga tahap tinggi, yang terbina teguh sejak tahun 1970-an. Bukan hanya dari segi politik, sosial dan budaya, bahkan jalinan hubungan yang cukup rapat telah wujud dan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan rakyat Malaysia tanpa mengira etnik saling bergantungan melalui kegiatan ekonomi seharian atau dalam konteks putaran rantaian bekalan. Sebagai contoh, si pembekal ialah pedagang kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan Melayu. Pekerja pula terdiri daripada kaum lain. Oleh itu, kesepaduan sosial dalam kalangan pelbagai etnik, kepentingan ekonomi, politik dan sosial sentiasa terjalin dan disulami keperluan kehidupan seharian. Rakyat Malaysia tidak akan mengorbankan kesepaduan sosial ini demi memastikan semua pihak memperoleh kemenangan.


KESEPADUAN NASIONAL Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik apabila rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan sosiobudaya, agama, adat resam, bahasa serta wilayah yang berbeza dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. Berdasarkan sejarah, terdapat beberapa isu perbalahan kaum yang agak besar dan rumit pernah berlaku di Malaysia, namun dapat ditangani dengan baik. Kini, isu sensitif melibatkan perkauman kelihatannya semakin meningkat apabila berkembangnya media sosial yang menjadi medium utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah mengakibatkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman. Masyarakat perlu bijak dalam proses menerima pakai segala maklumat yang diperoleh daripada Internet agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen pihak tertentu yang bertujuan menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama. Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat turut mencetuskan perbalahan yang membawa kepada konflik perkauman yang serius sekiranya tídak ditangani secara bijak. Setiap pihak perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesepaduan ini dapat dikekalkan dan menjadi bertambah baik demi masa hadapan generasi akan datang. Usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anak perlu bermula di rumah dan seawal peringkat prasekolah. Ibu bapa dan guru bertanggungjawab sepenthnya membentuk sikap anak-anak agar saling menerima perbezaan dari aspek agama, bangsa dan budaya yang akhirnya akan melahirkan generasi yang berjiwa toleransi, saling menghormati dan bersatu hati demi keamanan dan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat majmuk. Institusi sekolah juga harus menjadi medium yang kondusif untuk mewujudkan proses sosialisasi bagi anak-anak. Amalan nilai murni perlu menjadi fokus utama kerana nilai ini berkait rapat dengan pelbagai faktor persekitaran budaya termasuk ideologi, nilai keagamaan, budaya dan norma bagi setiap masyarakat. Guru perlu sentiasa menyebarkan maklumat tentang kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya di dalam kelas sebagai pendedahan kepada pelajar. Usaha memupuk dan menanam semangat perpaduan dalam jiwa generasi muda perlu dilaksanakan supaya dapat menggalakkan golongan muda mendekati masyarakat melalui pelibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda perlu dibimbing dan didampingi serta sentiasa dipupuk dengan nilai murni dan semangat kekitaan yang tinggi. Matlamatnya adalah untuk menanamkan rasa cinta dan setia kepada negara seterusnya melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri yang tinggi.


Kesepaduan Sosial - Defisit Sosial Kesepaduan sosial (social cohesion) menggambarkan hubungan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang etnik yang hidup aman damai, stabil dan harmoni. Hal ini demikian kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang kuat dan sudah terbina sejak sekian lama. Keadaan inilah menurut kajian yang dibuat oleh Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, dirujuk sebagai kesepaduan sosial. Kesepaduan sosial menjadi prasyarat dalam proses merintis metode untuk mencapai matlamat akhir, iaitu perpaduan dan integrasi nasional. Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dengan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan saling meminjam unsur budaya masing-masing.


KESEPADUAN SOSIAL DEFISIT SOSIAL Elemen ini penting demi memastikan sesebuah komuniti dalam sesebuah negara itu berada dalam keadaan aman dan harmoni. Kesepaduan sosial merujuk satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki rasa cinta dan bangga kepada tanah air. Ibnu Khaldun (2019) menamakan kesepaduan sebagai asabiyah yang merujuk perpaduan sosial dengan menekankan kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kesepaduan sosial. Kedua-dua konsep ini adalah sama kerana membawa pengertian esprit de corps atau semangat kekitan (group feeling). Semangat kekitaan akan hilang apabila sesuatu masyarakat atau suku kaum itu sudah mengecapi kemewahan dan kemakmuran. Pelbagai aspek budaya akan berubah apabila mereka menetap di bandar dan berinteraksi dengan masyarakat luar, saling bercampur gaul dalam aktiviti ekonomi, politik dan sosial. Menurut Ibnu Khaldun, akhirnya masyarakat kurang memberikan tumpuan pada kepentingan kumpulan tetapi mengutamakan kepentingan individu. Menurut Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2014), kesepaduan sosial adalah sebagai formula penting bagi mengurus masyarakat majmuk berdasarkan konsep dan ciri-ciri kesepaduan. Kesepaduan sosial juga ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat yang berbilang etnik. Kesepaduan sosial berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat dan dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling percaya antara dengan yang lain. Terdapat lima prasyarat kesepakatan sosial yang kuat seperti dalam Rajah 4.2.


Defisit sosial ialah ruang untuk tidak bersetuju menyebabkan penyelesaian beberapa masalah utama tertangguh dan dipertikaikan. Isu dan hal yang belum . selesai perlu diusahakan penyelesaiannya satu persatu, memerlukan kesabaran semua pihak, perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Keadaan ini boleh dimasukkan ke dalam 9 + 1 kategori seperti dalam Rajah 4.3. Elemen yang paling penting untuk membolehkan usaha menyelesaikan defisit sosial berlaku ialah manusia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mesti berusaha mengekalkan kesepaduan sosial yang ada.


ETOSNASIONAL Perbincangan tentang etos bukanlah sesuatu yang baharu. Konsep etos dipopularkan oleh ahli falsafah Greek seperti Plutarch yang memfokuskan aspek pembangunan diri seseorang individu atau etos diri sendiri sebagai prasyarat asas untuk kepimpinan. Menurut The Oxford American Dictionary of Current English dan The Concise Oxford English Dictionary, etos digambarkan sebagai "... characteristi spirit of a community..." yang kemudian semangat ini dijelmakan sebagai sikap dan aspirasi masyarakat (Burchard, 2005). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) etos ialah sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain. Etos berasal daripada perkataan Greek yang memberikan makna perwatakan atau karakter. Antara sarjana yang mempopularkan konsep etos nasional ialah Bar-Tal, Majid Al-Haj, Amitai Etzioni dan Neta Oren. Etos nasional secara eksklusifnya boleh digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan masyarakat yang dianggap bertahan lama, dikongsi bersama oleh sebahagian besar anggota masyarakat dan memberikan tumpuan terhadap persoalan masa hadapan (BarTal, 2000). Dalam pada itu, bagi Majid Al-Haj (2005), etos nasional boleh dianggap sebagai bahagian utama hak kolektif budaya, dan setiap kumpulan mempunyai autonomi tersendiri untuk memutuskan bentuk atau jenis etos nasional yang diperlukan oleh mereka bagi mengekalkan ingatan kolektif dan membangunkan identiti mereka. Istilah etos nasional juga merujuk nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa hadapan (atau takdir) sesebuah bangsa. Etos bangsa pula terbentuk apabila masyarakat terikat antara satu sama lain dan berkongsi nilai yang sama (Etzioni, 2011). Oren (2009) kemudiannya mengembangkan konsep etos nasional dengan melihat kepercayaan masyarakat dalam tiga elemen utama, iaitu kepercayaan, sikap dan nilainilai tertentu. Bagi Swenson (2008) pula, etos nasional merupakan ciri budaya suci sebuah masyarakat yang melibatkan unsur seperti nilai, norma, adat istiadat, undangundang dan pantang larang. Dari itu, etos nasional akan mempengaruhi tindakan, sikap dan tingkah laku ahli masyarakat (Bar-Tal, 2000; Swenson, 2008). Etos nasional boleh menjadi suatu unsur yang ideal, membentuk nilai, prinsip dan norma yang memberikan panduan normatif kepada sesebuah masyarakat (Schwaninger, 2006). Ikatan etos nasional yang kuat menjadi asas utama dalam masyarakat yang bersifat multietnik, multibudaya dan multiagama. Hal ini demikian kerana etos nasional yang kuat boleh menjadi faktor yang menyatukan masyarakat (Ezhar et al., 2005). Penggunaan etos secara spesifiknya merujuk perbezaan ciri-ciri unik antara sesebuah masyarakat dengan sesebuah masyarakat yang lain (Bar-Tal, 2000). Setiap masyarakat tidak mempunyai etos yang sama, malah tidak ada dua masyarakat yang mempunyai etos nasional yang sama. Etos nasional juga dikaitkan dengan kepercayaan sebahagian besar anggota masyarakat dan lebih memberikan tumpuan terhadap persoalan masa hadapan. Hal ini kemudiannya menjadi suatu unsur yans ideal, membentuk nilai, prinsip dan norma yang memberikan panduan normatif kepada sesebuah masyarakat.


Menurut Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1992), bangsa Malaysia boleh dibentuk melalui pemupukan etos nasional. Etos nasional Malaysia perlu mengambil kira bentuk hubungan etnik yang terjali dalam masyarakat multietnik. Bentuk hubungan inilah yang menjadi penentu kepada proses pembinaan negara bangsa. Masyarakat yang tidak ai saturit kesedaran tentang etos bangsa tidak akan beaumar aratuk hidup sebagai satu unit kolektif apatah lagi membentuk sebuah negara - bangsa yang ideal. Dalam konteks Malaysia, Tun turut menyatakan bahawa etos Nasional Bangsa Malaysia ialah perkongsian sejarah, semangat kekitaan masa hadapan, kesetiaan, komitmen dan keterikatan emosi negara. Hal ini berdasarkan kenyataan beliau seperti yang berikut: "Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1) shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of common identity, (4) shared destiny that transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos" (Mahathir, 1992). Dalam hal ini, etos bangsa Malaysia perlu mengambil kira bentuk hubungan etnik yang terjalin dalam masyarakat multietnik selama ini. Bentuk hubungan inilah yang menjadi penentu kepada proses pembinaan negara bangsa (Mansor et al., 2006). Merujuk konsep etos nasional oleh beberapa sarjana ini, ciri-ciri unik etos nasional merangkumi empat dimensi utama, iaitu: (a) Nilai (b) Perasaan dan semangat (c) Kepercayaan (d) Identiti .


Berdasarkan kupasan konsep, etos nasional boleh menjadi pusat kepada agenda pembinaan negara bangsa khususnya dalam konteks untuk mencapai matlamat perpaduan negara dan integrasi nasional. Sehubungan itu, secara spesifiknya, etos nasional "bermaksud ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara" (Mohd Mahadee, 2015). Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama, iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti (Mohd Mahadee, 2015). 57


PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN Penyatupaduan ialah suatu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum mencapai kemerdekaan, malah hingga kini, usaha ini tetap terus dilaksanakan demi menyelesaikan defisit sosial berwahanakan "Tapak Integrasi" dan berprinsipkan "Tawarmenawar, Perundingan dan Pengantaraan". Usaha ini tidak boleh dihentikan kerana sifat kepelbagaian itu mengundang potensi konflik dan potensi komersial, seterusnya memerlukan pemerintah untuk fokus terhadap hal ini. Dalam kata lain, Malaysia ialah "work-in-progres", maka perlulah dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Sebilangan besar negara di dunia pun menginginkan perpaduan. Oleh sebab perpaduan ini sukar dan mengambil tempoh yang lama, maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh membawakan kesepaduan sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada perpaduan. Pada tahap ini, banyak perkara mesti diselesaikan kerana terdapat berbagai-bagai kontradiksi yang terkandung dalam kesepaduan itu. Usaha inilah yang bergerak sebagai proses penyatupaduan. Proses ini tidak akan berhenti kerana selagi ada kepelbagaian, usaha penyatupaduan mesti diteruskan. Indeks Perpaduan Nasional (INas) diujudkan bagi menghasilkan satu indeks pengukuran nasional yang dapat menunjukkan suatu tahap perpaduan (kepelbagaian) dalam kalangan rakyat Malaysia. IPNas 2018 merupakan suatu usaha serius pihak kerajaan untuk memantau pemantapan kesepaduan sosial. IPNas juga menjadi rujukan untuk mencipta usaha membina tapak integrasi dengan menggunakan panduan dalam usaha mengenal pasti kategori defisit sosial bagi tujuan memperbaik kekurangan tersebut.


ETNIK - TAHAP KEETNIKAN, BATAS ETNIK, HUBUNGAN Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India dan Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat etnik Kadazan, Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai etnik bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang asli (Nurallya Sufian, 2006), ALAT PENYATUPADUAN - TAWAR- MENAWAR, PERUNDINGAN DAN PENGANTARAAN Pengalaman kesepaduan sosial di Malaysia bukanlah perpaduan yang diidamkan. Kesepaduan hanyalah prasyarat untuk mencapai perpaduan. Terdapat rangkaian kontradiksi yang perlu diselesaikan. Daripada kajian yang dibuat oleh KITA, UKM, dapat dikategorikan kontradiksi ini kepada sembilan perkara utama, iaitu: (a) etnisiti; (b) agama; (c) kelas sosial; (d) pendidikan; (e) bahasa; (f) generasi, tua dan muda; (g) gender; (h) politik federalisme; dan (i) ruang, bandar dan desa. Sembilan isu tersebut, masingmasing mengandungi puluhan isu kecil dan remeh, yang jika dibesarkan boleh menjadi punca kepada sesuatu perbalahan. Perbalahan disebabkan sesuatu hal yang kecil mudah untuk menimbulkan kontradiksi dalam sembilan oleh perkara yang dinyatakan ini. Setiap kontradiksi ini sarat pula dengan cabaran khusus yang perlu ditangani, sama ada yang telah berlaku atau hal yang baru muncul. Hal ini memang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah masyarakat majmuk pelbagai etnik. Proses penyelesaian bagi setiap kontradiksi ini, telah pun berlaku sekian lama di Malaysia, menerusi "formula BNM", iaitu Bargaining, Negotiation and Mediation (Tawar-menawar, Perundingan dan Pengantaraan). Prinsip dan ikhtiar "tawar-menawar; rundingan dan orang tengah" inilah yang mendasari proses penyatupaduan (reconciliation) di Malaysia hingga kini


Sebilangan besar negara di dunia juga menginginkan perpaduan. Oleh sebab sukar untuk mencapainya dan mengambil waktu, segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh membawa kesepaduan, yang dianggap sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada perpaduan. Dalam tahap ini, banyak perkara yang mesti diselesaikan kerana terdapat pelbagai kontradiksi yang terkandung dalam kesepaduan itu. Usaha inilah yang bergerak sebagai proses penyatupaduan. Proses ini tidak akan berhenti, kerana selagi ada kepelbagaian, selagi it usaha penyatupaduan mesti diteruskan. Alat penyatupaduan ialah satu formula dan usaha berterusan kepada seluruh lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Tapak integrasi ialah anak kunci kesepaduan. Proses tapak integrasi berlaku melalui tindakan seperti dalam Rajah 4.6.


Click to View FlipBook Version