The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by prehmababy, 2022-11-24 22:20:24

SKBRU-KERTAS KERJA 1PPM1PROJEK

SKBRU-KERTAS KERJA 1PPM1PROJEK

2022

KERTAS KERJA

1 PPM 1 PROJEK
SK BUKIT ROKAN UTARA

SKBRU.600-5/1/19

KERTAS CADANGAN
1 PPM 1 PROJEK - Taman i Sihat
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK BUKIT ROKAN UTARA (NBA 5050)

YBrs. En. Amat Solihin Sivakumar Bin Abdullah (Guru Besar)

1. TAJUK PROGRAM
Program 1 PPM 1 Projek – Taman i Sihat

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Taman i Sihat merupakan satu projek yang dirancang di bawah program 1 PPM 1
Projek. Selain untuk mencantikkan lanskap kawasan sekolah, secara tidak langsung juga
Taman i Sihat berpotensi sebagai tempat riadah untuk warga sekolah, khususnya murid
berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dan murid arus perdana. Ruang landskap yang akan
dilengkapi dengan tumbuh – tumbuhan, batuan untuk refleksologi dan ruang teduh juga
amat sesuai untuk pembelajaran di luar bilik darjah. Taman i Sihat juga akan berfungsi
sebagai pusat interaksi sosial secara holistik kepada warga sekolah. Taman i Sihat ini
beroperasi di bawah pengawasan dan penjagaan warga PPKI sekolah, khususnya PPM
PPKI. Projek ini juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian MBPK di
mana mereka akan belajar bekerjasama antara satu sama lain, menunjukkan kreativiti dan
memupuk tabiat suka berkebun dalam diri masing-masing. Projek ini merupakan cetusan
idea PPM dengan kolaboratif guru-guru PPKI dan juga pentadbir sekolah.

3. OBJEKTIF

Projek Taman i Sihat ini bertujuan :

 Mewujudkan sebuah taman yang kemas, cantik dan teratur dari segi landskap dan
susun atur tanaman yang dipamerkan.

 Sebagai pusat interaksi sosial warga sekolah secara holistik khususnya MBPK dan
murid arus perdana.

 Memupuk kerjasama yang erat di antara pihak pengurusan sekolah dan pihak
jawatankuasa pelaksana Taman i Sihat .

 Menyediakan laluan refleksologi yang dapat digunakan oleh semua warga sekolah.

 Membina nilai-nilai murni dalam diri murid-murid seperti bekerjasama, tolong –menolong,
mematuhi arahan dan peraturan dan sebagainya.

 Menyediakan ruangan yang kondusif dan ceria untuk melaksanakan aktiviti bagi MBPK
untuk pembelajaran luar bilik darjah.

 Sumbangan untuk keceriaan D’Inclusive Gallery Walk sekaligus mempromosikan
Pendidikan Inklusif kepada semua warga sekolah.

4. KUMPULAN SASARAN

Warga PPKI SK Bukit Rokan Utara

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH BUTIRAN AKTIVITI

16.8.2022  Mengecat batu bata
hingga  Mengecat pasu bunga
 Menanam tanaman
20.11.2022  Mencabut rumput
 Menyediakan kawasan permainan
 Mewujudkan laluan refleksologi
 Memangkas dan mencantas pokok-pokok besar

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Mohammad Solihin Sivakumar Bin Abdullah ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Amin Bin Mat (GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 2 : En.Azharudin bin Sapar (GPK Kokurikulum )

Setiausaha :En. Mohd Marzuki Bin Husin (GPK HEM)
Bendahari : Pn Hasimah Binti Hamzah(PPM PPKI)
AJK : Pn Wan Norzakiah Bintin Baharuddin (Penyelaras PPKI)
: Pn Prehmalatha A/P Rajendaran(Guru PPKI)

7. IMPLIKASI KEWANGAN Anggaran Jumlah
Perkara
RM 500.00 RM 500.00
Pendapatan
Jumlah Pendapatan RM 500.00
1.Sumbangan sekolah
RM 500.00 RM 500.00
Perbelanjaan

1. Alatan keperluan Taman I
Sihat

Jumlah Perbelanjaan RM 500.00

8. PENUTUP

Program 1 PPM 1 Projek merupakan projek serampang dua mata, yang salah satu
matlamatnya ialah mewujudkan sebuah taman yang kemas , cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman yang dipamerkan dan juga menjadi jambatan
penghubung warga PPKI SKBRU dengan semua warga sekolah. Sehubungan itu, kertas
kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan
yang dikemukakan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut
perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman i Sihat SK Bukit Rokan
Utara. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman i Sihat dapat
diwujudkan dan dipelihara dengan baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ………………………….

( PN HASIMAH BINTI HAMZAH) (PN WAN NORZAKIAH BINTI BAHARUDDIN)
PPM PPKI PENYELARAS PPKI
SK BUKIT ROKAN UTARA SK BUKIT ROKAN UTARA
16.8.2022 16.8.2022

SKBRU.600-5/1/19

KERTAS CADANGAN PROGRAM CAKNA INKLUSIF
PPKI MASALAH PEMBELAJARAN
SK BUKIT ROKAN UTARA

__________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]
atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program /Aktiviti].

Ulasan: ………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………….

(EN.AMAT SOLIHIN SIVAKUMAR BIN ABDULLAH)
[GURU BESAR]
[SK BUKIT ROKAN UTARA]
16.8.2022


Click to View FlipBook Version