The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serinajapar7977, 2021-06-16 11:33:02

KATA NAFI

Kata nafi tahun 4

Bahasa Melayu Tahun 4

Topik: Kata Nafi
Oleh: Serinah bt Japar
SK Jalan Datuk Palembang

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
mengecam dan memahami

penggunaan kata nafi dengan betul.

Sp 5.1.4

Buku teks
muka surat 71



kata nafi iaitu bukan dan
tidak ialah perkataan yang
digunakan untuk menafikan
atau menidakkan sesuatu
penyataan. Kata nafi
tergolong dalam kata tugas
yang bertugas dalam ayat.

terbahagi golongan
kepada dua kata tugas

Walaupun maksud
seakan sama, tapi
pengunaan adalah

berbeza

bukan tidak

Untuk menafikan
sesuatu dalam:

tips untuk mengingat:
Bukan (ingat huruf n) pada hujung perkataan untuk FN dan FSN.
Tidak (ingat huruf ak) pada hujung perkataan bagi kata FA dan FK





contoh ayat kata nafi
bukan

kata nama

1. Saya bukan murid tahun 5. (FN+FN)

kata sendi nama

2. Tempat tinggal Leong bukan di bandar. (FN+FSN)

kata sendi nama

3. Dia bukan dari keluarga yang senang. (FN+FSN)

contoh ayat kata nafi
tidak

kata kerja

1. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. (FN+FK)

kata adjektif

2. Bandar itu tidak besar sangat. (FN+FA)

kata adjektif

3. Kenyataan itu tidak benar. (FN+FA)

kesalahan murid

1. Penyanyi itu tidak dari Johor Bahru.(FN+FSN)
Penyanyi itu bukan dari Johor Bahru.(FN+FSN)

2. Mereka bukan pandai mengambil hati ibu-bapa.(FN+FA)

Mereka tidak pandai mengambil hati ibu-bapa.(FN+FA)

Walaubagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir di
hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk
mendukung maksud pertentangan maklumat.

• Dia bukan hendak berkerja ke Pahang tetapi ke
Terengganu.(FN+FK)

• Beliau bukan sahaja cantik, tetapi bijak.(FN+FA)

• Ucapannya bukan menghina sesiapa, tetapi sekadar

mengingatkan kita.(FN+Fk)

Tulis rangkap syair di bawah dengan kata nafi
yang betul.

Penat dan lelah __ti_d_a_k___ terkira (FK)
___B_u_k_a_n___ mereka tiada keluarga (FN)
Semangat korban jiwa dan raga
Lunturnya ___t_id_a_k____ rasa setia (FA)

1. __B_u_k_a_n__ dia yang menyebarkan berita palsu itu.

2. Florina ___t_id_a__k___ suka makan buah-buahan.
3. Adiknya __b_u_k_a__n_ murid yang cemerlang di sekolah ini.
3. Encik Amran __t_id__a_k__ bekerja hari ini kerana dia sakit.




Click to View FlipBook Version