BMMB 1134: KETERAMPILAN BERBAHASA Halangan Komunikasi dan Isu Dalam Keterampilan Berbahasa
Biodata Nama: Sherrylyen Linda Stephen Unit: PPISMP BM SK 3 Angka Giliran: 2022062310063 Subjek: BMMB1134
Penghargaan Saya ingin mengucapkan rasa syukur yang setinggi-tingginya kepada Tuhan kerana dengan berkatnya yang telah memberikan saya masa dan kesihatan yang baik, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kod subjek Keterampilan Berbahasa (BMMB1134) mengikut masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dan memberikan penghargaan kepada pensyarah saya, Encik Mohd Faridzul bin Mutasil yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan saya ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Tidak dilupakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan bantuan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Isi Kandungan 01 Pengenalan 02 Definisi Keterampilan Berbahasa Halangan Komunikasi - Komunikasi Sehala - Sosioekonomi - Persekitaran - Fizikal 03 Isu Dalam Keterampilan Berbahasa - Isu Bahasa - Isu Budaya - Isu Media Sosial 04 05 Rumusan 06 Rujukan
Pengenalan 01
Pengenalan Sejak dilahirkan lagi kita diajarkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling kita. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan dengan berkesan. Komunikasi merupakan satu proses dimana manusia menghantar dan menerima maklumat serta berkongsi idea mahupun perasaan. Perkataan komunikasi dipercayai berasal daripada bahasa latin communicates yang bererti berkongsi sesuatu. Kemudian, menurut beberapa tokoh bahasa seperti Wilbur Schramn (1971) mengatakan komunikasi ialah satu perkongsan orientasi terhadap satu set isyarat maklumat.
Definisi Keterampilan berbahasa 02
Definisi Keterampilan Berbahasa Kamus dewan (2018) mentakrifkan keterampilan bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Seterusnya, definisi bahasa pula ialah bahasa, menggunakan sesuatu bahasa atau bercakap dalam sesuatu bahasa. Justeru, Keterampilan berbahasa bermaksud kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang.
Halangan Komunikasi 03
Melalui komunikasi sehala ini boleh menyebabkan penyampai tidak menerima apa-apa reaksi atau respons daripada pendengar yang akhirnya boleh berlakunya komunikasi tidak berjalan dengan lancar antara penyampai dan pendengar. Selain itu, komunikasi sehala ini lebih banyak melibatkan pengirim dalam memberi penjelasan atau penerangan tentang sesuatu perkara kepada penerima. Sebagai contoh, ceramah tentang pengurusan emosi dan mental yang disampaikan kepada orang lain. Aktiviti ceramah ini menggunakan komunikasi sehala kerana penyampai hanya menyampaikan maklumat tentang topik ceramah tersebut kepada penonton yang mendengar. Maka komunikasi sehala ini tidak dapat berjalan dengan lancar semasa berkomunikasi kerana tidak ada respons daripada pendengar sepanjang komunikasi berlansung. Komunikasi Sehala
Contoh: Gambar tersebut menunjukkan komunikasi sehala yang berlaku semasa program ceramah kesihatan mental iaitu penyampai sahaja yang memberikan penjelasan dan pendengar sekadar mendengar.
Bagi kanak-kanak yang keluarganya berkemampuan dari segi ekonomi, keluarga tersebut dapat menyediakan persekitaran yang membolehkan anak-anak mereka berkembang secara maksimum dalam berkomunikasi berbanding dengan keluarga yang kurang berkemampuan. Hal ini berlaku kerana keluarga yang lebih berkemampuan dari segi ekonomi dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya contohnya menghantar anak ke kelas tambahan iaitu kelas tuisyen atau menggalakkan anak-anak mengikuti aktiviti yang melibatkan komunikasi. Namun, bagi keluarga yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa mengembangkan kemampuan berbahasa mereka dengan cara tersendiri. Sosioekonomi
Persekitaran Faktor persekitaran ini termasuklah juga kawasan tempat tinggal kita . Sebagai contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan dan kampung kebiasaannya menggunakan bahasa pasar ataupun bahasa ibunda mereka berbanding menggunakan Bahasa Melayu. Ini akan memberikan impak kepada kecekapan berbahasa mereka kerana aktiviti berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu kurang digunakan. Berbeza dengan masyarakat yang hidup dalam persekitaran yang sering berinteraksi menggunakan bahasa yang betul semasa komunikasi .
Fizikal Keadaan fizikal seseorang juga merupakan faktor penting dalam kelancaran semasa berkomunikasi. Misalnya, terdapat orang yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Disebabkan fizikal yang sedikit kurang normal berbanding orang lain, hal ini secara lansung akan mempengaruhi perkembangan berbahasa mereka. Individu yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami kesukaran dalam mendengar bunyi dan pertuturan yang didengarkan kepada mereka sehingga menyebabkan mereka kurang faham maksud sesuatu mesej yang disampaikan kepada mereka. Bagi Individu yang mengalami masalah pertuturan seperti sengau atau sumbing, mereka sukar membunyikan perkataan atau bertutur dengan baik menyebabkan pendengar sukar memahami pertuturan yang ingin mereka sampaikan.
Isu Dalam keterampilan Berbahasa 04
Isu Bahasa Penggunaan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan orang lain merupakan aspek yang penting. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang salah dapat menyebabkan orang lain berasa tersinggung dan salah faham akan berlaku di antara individu. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang kesat dan kurang sopan semasa menegur orang lain dan denggunaan kata-kata kesat ini juga selalunya berpunca daripada persekitaran. Perkara ini selalunya dapat dilihat misalnya di tempat kerja iaitu ketika orang yang berjawatan tinggi atau berpangkat menasihati pekerja bawahan. Aperkara ini juga sering berlaku di kawasan beli belah dan kawasan bersukan.
Menurut Suwandi Endaraswara (2006) dalam Jessica Ong Hai Law dan Abdul Hamid Moiden (2020), istilah budaya berasal daripada bahasa Latin iaitu “colere” yang membawa maksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan. Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, etnik, bahasa, agama, pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ini bukan sahaja penting untuk mewujudkan toleransi, ia juga dapat mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pada masa kini, sesetengah masyarakat hidup berkelompok dan menjauhi orang yang berbeza bangsa dan agama. Amalan ini merupakan satu amalan yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kaum. Sebagai contoh, Suatu kelompok masyarakat menggunakan bahasa yang tidak sopan iaitu boleh menjatuhkan maruah seseorang individu atau kaum. Penggunaan bahasa yang sedemikian semasa berkomunikasi menunjukkan hilangnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Isu Budaya
Isu Media Sosial Keterampilan berbahasa perlu ditunjukkan dengan jelas bukan sahaja dari segi pertuturan secara lansung namun perlu juga diterapkan ketika berkomunikasi melalui media sosial. Pada masa kini semakin ramai individu yang tidak menunjukkan keterampilan berbahasa yang baik di media sosial. Hal ini dibuktikan melalui penggunaan bahasa rojak dan slanga yang semakin berleluasa, lebih-lebih lagi generasi pada masa kini. Apabila penggunaan bahasa rojak dan slanga semakin kerap digunakan, perkara ini dapat menjejaskan keterampilan berbahasa individu tersebut. Punca penggunaan bahasa rojak dan slanga ini adalah kerana ianya mudah dan tidak mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.
Contoh : Seperti yang dapat dilihat pada contoh pengggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial, individu tersebut menggunakan bahasa rojak seperti “babaiii” dan bahasa slanga seperti “Rsauu btul”.
Rumusan 05
Intihannya, keterampilan berbahasa yang baik amat penting dalam diri setiap masyarakat. Hal ini dikatakan kerana dapat memastikan komunikasi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kosa kata perlu ditingkatkan lagi agar setiap halangan dapat diatasi dengan mudah. Rumusan
Rujukan 06
Rujukan Berita Harian. (2017, October 2). Bahasa rojak media sosial cabar Bahasa Melayu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332837/bah asa-rojak-media-sosial-cabar-bahasa-melayu pubhtml5.com. (n.d.). BMMB 1134 Tugasan 3. Pubhtml5. https://pubhtml5.com/rhyq/edkv/
Sekian Terima Kasih !