The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyndasherry4, 2024-03-20 22:12:10

TUGASAN 2 MORFOLOGI BMMB3203

TUGASAN 2 MORFOLOGI BMMB3203

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2022/2027 BMMB3223 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK)


AHLI KUMPULAN : VEENESHA GEORGE BM SK 3 SHERRYLYEN LINDA STEPHEN BM SK 3 SITI ADHA BINTI ZAINUDDIN BM SK 3


ISI KANDUNGAN


Pembentukan Perkataan Baharu TUJUAN Mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa PROSES a. Penggunaan Popular Media massa, penulisan kreatif Berkait dengan kegiatan hidup seharian. b. Perancangan Bahasa yang Rasmi Untuk mengungkapkan istilahistilah konsep, benda, keadaan dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu.


Bunyi Bahasa Melayu a. Bunyi Asli Bahasa Melayu 24 bunyi bahasa asli (16 konsonan dan 6 vokal


Konsonan b,d,g,c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman Konsonan ny,w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan,


Vokal Asli Hanya pada tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), e ( e pepet) dan o hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman.


Diftong ai hadir pada tengah perkataan dan akhir perkataan, diftong au hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan dan diftong oi terdapat pada akhir perkataan sahaja Diftong Bunyi diftong ialah bunyi cantuman dua bunyi vokal yang berada dalam satu suku kata. Bunyi ini dikeluarkan dengan menggeluncurkan lidah dari vokal pertama ke vokal yang berkutnya. Diftong ada tiga bunyi geluncuran iaitu ai, au dan oi.


Bunyi bahasa pinjaman Terdapat 9 konsonan iaitu satu jenis letupan (q) dan lapan jenis bunyi geseran


Bunyi bahasa pinjaman Penggunaan bunyi -bunyi pinjaman ini, dalam bentuk perkataan yang dieja ejaan lama iaitu seperti berikut : Bunyi -bunyi seperti th, dz atau dh, sh dan q kini telah ditukar menjadi sistem ejaan Rumi baharu. Istilah keagamaan yang berkaitan dengan akidah dan al-Qur’ an, bunyi-bunyi asal dikekalkan ejaannya. Contohnya : qari Qur’an th > s mithal > misal dh > d hadhir > hadir dz > z dzat > zat sh > sy shaitan > syaitan q > k maqam > makam


Pertambahan bidang ilmu dan ikthisas yang baharu menyebabkan sistem imbuhan asing telah dipinjam bagi menampung kemasukan bentuk - bentuk kata pinjaman dan keperluan peristilahan. Proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu berlaku dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing (diterima secara sepenuhnya atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu, PEMBENTUKAN KATA


PEMBENTUKAN KATADARIPADA IMBUHANASING I) Bahasa Sanskrit Imbuhan Sanskrit berasal daripada bahasa Sanskrit Telah lama diserap dalam bahasa Melayu Imbuhan Sanskrit terbahagi kepada 2 jenis iaitu awalan dan akhiran Contoh imbuhan awalan : maha - , tata - , pra -, swa - , panca -, tuna -, eka -, dwi -, tri - Contoh imbuhan akhiran : - wan, - man, - wati, - nita


IMBUHANAWALAN berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung Contoh : maha + guru = mahaguru maha + mulia = maha mulia Berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa pengertian sesuatu susunan atau peraturan Contoh : tata + bahasa = tatabahasa maha - tata -


IMBUHANAWALAN berfungsi melahirkan kata nama untuk membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutnya Contoh : Pra + sekolah = prasekolah Berfungsi menghasilkan kata nama yang memberikan makna sendiri/kendiri Contoh : swa + asta = swasta swa + layan = swalayan pra - swa -


-wan -man IMBUHANAKHIRAN Harta + wan = Hartawan Budi + man = Budiman


-wani -nita IMBUHANAKHIRAN Harta + wan = Hartawan Budi + man = Budiman


Imbuhan Arab-Parsi Berlaku ke atas bahasa Melayu disebabkan oleh kedatangan Islam ke alam Melayu terutamanya pada zaman kesultanan Melaka. Pengaruh bahasa Arab-Parsi dapat dilihat melalui pinjaman imbuhan dan istilah tertentu terutamanya yang berkaitan dengan amalan agama Islam. Disebabkan oleh sistem bahasa Arab sangat berbeza dengan sistem bahasa Melayu, maka proses asimilasi dari segi bentuk imbuhan sangatlah terhad. Imbuhan Arab-Parsi terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran.


Imbuhan Bahasa Arab-Parsi Imbuhan Awalan Bi Imbuhan Akhiran Wi Iah Ah I At


Imbuhan Awalan Bahasa Arab-Parsi Terdapat satu sahaja imbuhan awalan iaitu bi- yang berasal daripada bahasa Parsi. Awalan ini digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi pengguunaanya amat terbatas. Contoh: bi + adab = biadab bi + lazim = bilazim


Imbuhan Akhiran Bahasa Arab-Parsi Imbuhan akhiran wi- dan -i ini menghasilkan bentuk kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan huruf vokal manakala -i digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. Contoh: Dunia + wi = duniawi Abad + i = abadi


Imbuhan akhiran -in, -at dan ah berfungsi menunjukkan kata nama bagi lelaki dan juga perempuan. Contoh: Hadir + in = hadirin Munafik + at = munafikat Qari + ah = qariah


Imbuhan akhiran -iah menghasilkan kata adjektif yang membawa maksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh: Jahil + iah = jahiliah Alami + iah = alamiah


Awalan Akhiran Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris 1. pro2. anti3. poli4. auto5. sub6.supra1. - isme 2. -ik 3. -si 4. -al 5. -is bentuk awalan yang terserap sebagai sebahagian kata pinjaman bukan sebagai imbuhan Contoh awalan: petro-, superb-, foto-, mikro-, heksa-, homo-


Diguna untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Contoh: promajikan, proaktif Awalan proMemberi pengertian banyak Contoh: poliklinik, polifasa Awalan poliDigunakan untuk menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju kepada pihak tertentu. Contoh: antisosial, antikemajuan Awalan antiAWALAN BAHASA YUNANI-LATININGGERIS


Memberi pengertian secara bersendirian Contoh: autograf, automatik Awalan autoMemberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentas Contoh: suprasistem, suprakategori Awalan supraMemberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan Contoh: subkelas, subsistem Awalan subAWALAN BAHASA YUNANI-LATININGGERIS


-isme Contoh: sosialisme nasionalisme AKHIRAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS -si Contoh: revolusi sensasi -ik Contoh: fonemik fonetik -is Contoh: sintesis -al Contoh: literal Bentuk-bentuk akhiran ini belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu dan sebahagian bentuk imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu


Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi dalam Pelbagai Sumber Kesalahan bahasa berpunca daripada tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian seperti ujaran sesuatu bunyi, morfem perkataan atau rangkaikata sehingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuk mengandungikesilapan.


ISU KESALAHAN MEDIA CETAK


Kesalahan : Ramadhan Pembetulan : Ramadan Justifikasi : Perkataan “Ramadhan” dalam bannertersebut mempunyaikesalahan ejaan iaitu terdapat penambahan huruf“h”. Ejaan yang betul ialah “Ramadan”. Kesalahan Ejaan


Kesalahan : paraumat dihapgai Pembetulan : para umat dihargai Justifikasi : Para umat merupakan kata majmukiaitu perkataan yang dieja terpisah dan perkataan tersebut bukan digolongkan sebagaikata majmuk. Serta perkataan “dihargai”juga mempunyaikesalahan ejaan dalam papan tanda tersebut. Kesalahan kata majmuk


Kesalahan : seseorang pria sekedar Pembetulan : seseorang lelaki sekadar Justifikasi : Penggunaan kata istilah “pria” tidak betul dalam bahasa Melayu baku dan sepatutnya menggunakan “lelaki”. Kesalahan Istilah


ISU KESALAHAN MEDIA ELEKTRONIK


KESALAHAN EJAAN Kesalahan : Sudahakah Pembetulan : Sudahkah Justifikasi : Terdapat kesalahan ejaan bagi perkataan “sudahakah” iaitu terdapat penambahan huruf “a” dan ejaan yang sepatutnya ialah “sudahkah”. sumber : Instagram


KESALAHAN EJAAN KATA GANDA kesalahan : cirit birit Pembetulan : cirit-birit Justifikasi : Kata ganda seharusnya dieja dengan tanda sempang “-” supaya perkataan kedua yang tidak dapat berdiri dengan sendiri dapat menumpang maksud pada perkataan pertama. Sumber : Facebook


KESALAHAN ISTILAH Kesalahan : tayar spare Pembetulan : tayar simpanan Justifikasi : Penggunaan kata istilah “spare” tidak betul dalam bahasa Melayu baku dan sepatutnya menggunakan “simpanan”. Sumber : Twitter


Rafiza Diy. (2015, January). Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu). SlideShare. https://www.slideshare.net/diyraz/morfologi-bahasa-melayupembentukan-perkataan-baharu Rozali. (2012). KESALAHAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MAJMUK-Siti Sabariah bt Kasmiran [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]. https://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/kesalahan-bahasadalam-kalangan.html Unknown. (2013). e-PORTFOLIO: Bunyi bahasa pinjaman. E-PORTFOLIO. https://maizuraruslan.blogspot.com/2013/11/bunyi-bahasapinjaman.html?m=0 RUJUKAN


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version