SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Home SLIDESMANIA.COM AHLI KUMPULAN -SHERRY -SYAFIKA BMMB 1124 Literasi Membaca dan Menulis
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities BMMB 1124 Literasi Membaca dan Menulis Literasi Membaca -Proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. -Kemampuan untuk memahami dan menggunakan bentuk-bentuk bahasa bertulis -Kemampuan untuk memahami dan menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang diperlukan oleh masyarakat atau dihargai oleh individu -Kemampuan seseorang untuk memahami makna isi-isi dalam penulisan untuk diterjemahkan kepada bentuk bacaan Literasi Menulis -Kebolehan mencatat kata-kata dengan memakai pen,kapur,pensel dan sebagainya -Kemampuan menghasilkan simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan menjadi perkataan -Kebolehan mengusai kemahiran menulis sebagai salah satu medium perhubungan serta mampu menulis simbolsimbol huruf yang betul -Kemampuan seseorang untuk menghasilkan simbol-simbol yang dizahirkan oleh buah fikiran Next
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia Previous 1.LINUS ❖ Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. ❖ LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. ❖ LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia ❖MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS. ❖KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia Next STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu: i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3; ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif; iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti; v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu). Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia 2.Program KIA2M Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Pengenalan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia ❖ Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: percalonan ujian penapisan perancangan pengajaran penilaian tindakan susulan Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian. a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia ❖ Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities Pelaksanaan Literasi di negara Malaysia ❖ Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah: teknik bercerita teknik latih tubiteknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonanteknik teknik kuiz Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan kumpulan cepat sederhana lambat langkah 1 interaksi guru secara kelas langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil langkah 3 pengukuhan kerja bertulis interaksi guru secara individu
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities ❖ Bahasa Melayu Merentas Kurikulum Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata. Pendidikan Muzik: 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama Pendidikan Seni: 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities KEPENTINGAN LITERASI Literasi Membaca o Dapat membantu Latihan pembaca masa depan iaitu kanak-kanak akan lebih senang membaca dan akan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan melaluinya. o Dapat mengembangkan dan meningkatkan bahasa iaitu kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan memperbaiki ejaan. o Dapat meransang jangka masa perhatian kanak-kanak dan memaksa tumpuan, mengembangkan kreativiti dan fantasi mereka. Literasi Menulis o Kanak-kanak dapat memperkembangkan kemahiran psikomotor iaitu keupayaan untuk melakukan aktiviti motor. o Kanak-kanak juga akan dapat memperoleh kesedaran fonologi dan pengetahuan abjad. Ini adalah kemampuan yang kita miliki untuk mentranskripsikan suara ke huruf abjad dan melakukan proses dari ejaan hingga bunyi.
SLIDESMANIA.COM Lesson 1.1 Lesson 1.2 Lesson 1.3 Materials Videos Activities PRINSIP-PRINSIP LITERASI 1) Sifat yang seimbang ○ Setiap pelajar memiliki keperluan yang berbeza antara satu sama lain ○ Sekolah perlulah mengaplikasikan pelbagai strategi dalam membaca dan variasi membaca 2) Berlaku pada semua kurikulum ○ Program literasi seharusnya diterapkan kepada semua murid dan tidak bergantung kepada kurikulum tertentu ○ Ianya menjadi satu kewajipan kepada semua guru dan bidang pengajian 3) Kepentingan kepelbagaian ○ Pihak sekolah menyediakan berbagai buku yang berkenaan kekayaan budaya negara ○ Hasilnya, murid dapat mengenali budaya bangsa dan melestarinya 4) Mementingkan bahasa pertuturan ○ Pelajar mesti berkeupayaan mengatakan pandangan sendiri dalam sesuatu perbincangan terbuka ○ Hasilnya, pelajar akan mengamalkan kemahiran berfikir yang lebih kritis