The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52300889, 2022-06-07 10:30:34

E-BOOK K.2

E-BOOK K.2

.

SOALAN B: PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM
MASYARAKAT PADA HARI INI SEMAKIN
MEMBIMBANGKAN. HURAIKAN FAKTOR, KESAN
DAN LANGKAH MENGATASI MASALAH
TERSEBUT

ISI KANDUNGAN

MUKA KANDUNGAN
SURAT PENGENALAN DAN FAKTOR

1

2 KESAN

3 KESAN

4 LANGKAH

5 KESIMPULAN

6 PENGHARGAAN

PENGENALAN

Pada masa kini , terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif
dalam bentuk sosial tidak seharusnya merupakan
satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara
positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
kemanusiaan serta agama.

FAKTOR

Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala
negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya
hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk,
dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan

bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh
remaja. Kebudayaan barat kini melimpah-ruah di

Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak
dinafikan tamadun negara ini diancam oleh
imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri
televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan
yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama

remaja dan belia.

1

KESAN

Kesan-kesan kepada remaja pada masa kini terutamanya kanak-kanak.
Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian adalah
kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah
terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain.
Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup aurat dari kepala
hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala, bagi lelaki
wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu bapa
mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai
dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi
supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok
mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan
segera.

Selain itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu
budaya barat adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat
yang tidak memberi moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan
diundangkan kepada diri mereka adalah apabila kanak-kanak lebih mahir
menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini, kesan
yang dihadapi kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka
dan menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di
sekolah mahupun di rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan
islam mereka haruslah memimpin anak-anak mereka mengajar mengaji
sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan memasang lagu dari budaya-
budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah
ilmu

2

Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin
bertambah dan bukannya semakin berkurang jika
tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun
masyarakat yang tidak mengambil berat tentang
hal isu budaya barat ini. Isu budaya barat ini
banyak memberi kesan yang negatif kepada remaja
terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu
budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai diri
seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam
Islam dan Seperti yang kita sedia maklum, negara
Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan
masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi,
politik, sosial, budaya, media serta pemikiran.

3

LANGKAH

• INDIVIDU

• Berpegang teguh pada ajaran agama
• mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
• Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
• Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan

sebelum bertindak

• MEDIA

•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang
tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan
bersesuaian dengan masyarakat kita.

• KERAJAAN

•Mengadakan kempen.
•Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang
kurang bermoral

4

KESIMPULAN
Kesimpulannya,terdapat pelbagai pengaruh yang wujud
dalam kebudayaan masyarakat Melayu dan pengaruh
itu datangnya mengikut peredaran zaman dan faktor-
faktor semasa yang berlaku di sesuatu
persekitaran.Setiap pengaruh yang datang sama ada
dalam bidang agama,politik,ekonomi dan sosial telah
mewujudkan pelbagai bentuk budaya Melayu.
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan
menyebabkan lahirnya pelbagai budaya kesukuan yang
ketara dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia
ini.Jelas bahawa kebudayaan kebangsaan merupakan
isu yang penting dalam mewujudkan negara Malaysia.
Ini jelas menunjukkan kepentingan isu-isu yang ada
kaitan dengan budaya ini perlu ditangani sebaik
mungkin supaya kewujudan bangsa Malaysia yang
hebat dapat diperkukuhkan lagi.

5

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Bersyukur kepasa Ilahi dengan
limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan
rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.Pertama sekali, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan ini
kepada pensyarah kami, Pn. Lezawati binti Seron atas
tunjuk ajar yang diberikan untuk kami menghabiskan
tugasan ini dengan sukses sekali.Selain itu, saya juga
mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan,
Bala anak Dilang , Clevia Ordilla binti Oldman , Claudya
Linah anak Donny kerjasama yang diberikan. Walaupun
kami berbilang bangsa , ia tidak mematahkan sikap
kerjasama antara sepasukan.Sokongan dari pnsyarah
juga amat penting untuk kami supaya tidak mudah
patah semangat walau apa juga cabaran yang kami
hadapi.Ahir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari
tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam
pembuatan folio ini secara langsung atau secara tidak
langsung

6


Click to View FlipBook Version