Panduan Penyemakan Buku Latihan Murid Untuk Guru Mata Pelajaran 1. Guru mata pelajaran hendaklah sentiasa menyemak latihan-latihan yang diberikan kepada murid secara: 1.1 Tekal (consistent) dan teliti. 1.2 Teguran membina (Pembetulan setiap kesilapan yang dibuat oleh murid. 1.3 Komunikasi (teguran, pengedaran dan komen) yang tidak akan dipertikaikan. 1.4 Menandatangani dan mencatat tarikh masa menyemak hasil kerja. 2. Latihan yang diberi hendaklah mengikut aras kemampuan murid dan sesuai dengan objektif P&P. 3. Jumlah latihan mestilah mencukupi dan dicatat dalam ruang impak di dalam Persediaan Harian. 4. Bentuk latihan boleh pelbagai bentuk. 5. Pastikan murid menjaga buku-buku latihan agar sentiasa kemas dan lengkap. 6. Pastikan murid membuat pembetulan pada latihan yang salah.Pastikan ada tindakan susulan untuk murid yang terlalu lemah. 7. Pastikan dijalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas dan direkodkan. 8. Buku latihan murid tidak boleh disimpan terlalu lama oleh guru. 9. Buku latihan murid hendaklah dihantar setelah dicop semakan panitia masingmasing dan dihantar mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. 10. Ibu bapa atau penjaga juga diminta untuk menyemak buku anak masing- masing. 11. Guru mata pelajaran hendaklah menyemak semua latihan/nota murid. 12. Guru mata pelajaran mesti menghantar 10 buah buku daripada setiap kelas yang diajar 13. Pastikan murid membuat pembetulan pada latihan yang salah dan perlu disemak semula. 14. Buku-buku latihan murid yang hendak dihantar perlu dicop terlebih dahulu. 15. Guru perlu menghantar semua buku latihan murid tepat pada tarikh-tarikh yang ditentukan. 16. Senaraikan nama murid. 17. Penyediaan Borang Penyemakan Buku Nota / Latihan Murid melalui Borang SPSK PK06.