DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
KUMPULAN 4
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
AAK2093
SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK KANAK
JABATAN:
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
TAJUK :
KANAK-KANAK PASIF
NAMA:NURFATIHAH BINTI MAT HUSSIN
NO.MATRIK:PID20268
DISEDIAKAN UNTUK
PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
PENGENALAN
Definisi kanak-kanak pasif / tidak bercakap
▪ Menerima tindakan tanpa bertindak sebagai balasan, atau tidak
bertindak balas terhadap sesuatu yang mempengaruhi atau yang
diharapkan dapat mempengaruhi seseorang secara langsung.
▪ Orang akan memanfaatkannya apabila dia begitu pasif.
▪ Dia tidak banyak bercakap atau tidak bercakap langsung dengan orang
disekelilingnya.
CIRI-CIRI
▪ Ciri-ciri ini telah dibahagikan kepada tiga iaitu kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran dan
kemahiran intelektual yang mencukupi.Kemahiran intelektual yang tidak mencukupi adalah jurang
dalam pendidikan dan perkembangan kanak-kanak.
▪ kanak-kanak itu tidak dibangkitkan rasa ingin tahu lalu tidak dapat mengetahui bagaimana untuk
mengalami kegembiraan pembelajaran
▪ kanak-kanak tidak suka kerja intelektual.Faktor ini adalah hasil dari titik pertama. Jika seorang
pelajar sekolah tidak dapat berbangga dengan kemahiran dan kemahirannya dalam aktiviti
intelektual, maka dia akan kehilangan perasaan minat untuk terlibat dalam kerja intelektual.
▪ kerana dia memikirkan bahawa dia tidak menunjukkan keputusan cemerlang dalam hal ini. Seorang
pelajar sekolah suka melakukan apa yang dipuji dan diberi dorongan supaya terus berusaha untuk
mencapai kejayaan yang diinginkan.
FAKTOR
▪ Faktor emosi yang tidak stabil serta ibu bapa yang tidak mengambil kisah
pergerakan anak mereka.
▪ Faktor sekolah seperti bilik darjah yang tidak kondusif
▪ Faktor taraf sosioekonomi keluarga
▪ Faktor persekitaran seperti persekitaran rumah iaitu kurang mendapat
perhatian dan kasih saying dari ibu bapa
▪ Kemahiran bersosial yang rendah seperti suka bersendiri serta mengalami
masalah emosi dari segi mental dan fizikal kerana pernah mengalami
penderaan
TINGKAH LAKU
DEFINISI :
• Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
▪ Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku
yang menganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.
TINGKAH LAKU
TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati
sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan
menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke
belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau
pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong
dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.
TINGKAH LAKU
▪ Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu,
melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka
bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta
murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang
perlakuan yang diterima atau tidak.
TINGKAH LAKU
▪ Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat
dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik
tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat
membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh
menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di
samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar
tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh
membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa
memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.
PENDEKATAN RASULULLAH
▪ Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan
seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh
teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai
penyuluh buat segenap manusia.
▪ Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan
rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan
kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan
membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
PENDEKATAN RASULULLAH
▪ Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w
menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi
anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka
kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu
dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh
dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas
dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan
merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang
boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-
anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana
mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka
setiap masa.
PENDEKATAN RASULULLAH
1. Sempurnakan segala keperluan mereka (kasih
sayang, makan, perlindungan). Bagi yang pernah
menunggang kuda, mereka akan memahami
bahawa kuda tidak akan memberikan apa yang
kita mahu selagi kita tidak memberikan apa yang
mereka mahu. Manusia bukan kuda, manusia
adalah khalifah maka soal keperluan ini perlulah
lebih diberikan perhatian.
PENDEKATAN RASULULLAH
2. Menjadi qudwah sepanjang awal usia mereka.
Seperti yang kita bincangkan, bayi dan kanak-
kanak kecil memerhatikan seluruh percakapan
dan perbuatan ibu bapa untuk belajar cara
menjadi seorang manusia. Kesungguhan ibu
bapa dalam membentuk keperibadian anak akan
meminimumkan kebarangkalian mereka
melakukan sesuatu yang boleh mengundang
kemarahan.
PENDEKATAN RASULULLAH
3. Jika perlu merotan, laksanakan mengikut
panduan Islam. Jangan rotan anak yang belum
boleh berfikir sempurna, jangan rotan bahagian
depan badan dan jangan rotan secara
menghayun.Paling penting, jangan sesekali
menggunakan tangan untuk memukul anak-anak.
KESIMPULAN
▪ Kesimpulannya, kanak-kanak pasif ini merupakan kanak-kanak yang kurang aktif dan tidak bercakap atau
lebih spesifiknya ialah (pendiam).
▪ Orang disekeliling amat penting kerana ia dapat memberikan pengaruh yang besar kepada dalam
pembentukan keperibadiannya.
▪ Contohnya ialah ibubapa , pendidik dan rakan-rakan. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita perlulah
mreebnudnigdnikyaa"n.ak-anak sejak dari mereka kecil lagi, bak kata pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari
▪ Sehubungan dengan itu, ibubapa tidak seharusnya mengamalkan sikap acuh tidak acuh dalam mendidik
anak-anak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja kerana jika anak-anak tidak dididik dari kecil, maka
pmearkaangsuaiknayralaahkbaangtieirbbuabwaap-abuanwtauksemheinmgpgeardbeewtualksaan. Aspeambuillaakkaenaadka-akna.nak tersebut telah meningkat dewasa
▪ Oleh yang demikian, ibubapa mestilah mengambil langkah yang sepatutnya dari awal supaya anak-anak
mendapat didikan yang sempurna dari kecil bagi membentuk keperibadian yang mulia dan mengelakkan
anak-anak daripada mudah terjurumus dengan perkara-perkara yang tidak baik.
TERIMA KASIH