The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR DAN KETETAPAN KOKURIKULUM
SK KUALA KETIL TS25
2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suziniesaad, 2022-01-22 23:40:08

DASAR KOKURIKULUM SKKK TS 25 2021

DASAR DAN KETETAPAN KOKURIKULUM
SK KUALA KETIL TS25
2021

Keywords: KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM SK KUALA KETIL
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL
09300 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN

DASAR

KSOKKURIKULUM
KUA
LA
KETI

L
2021

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik dan staf SK Kuala Ketil dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :

MURID :

 Memastikan aktiviti gerak kerja kokurikulum berjalan pada masa yang ditetapkan serta
murid mendapat pendidikan kokurikulum berkualiti.

 Memastikan penglibatan dalam bidang kokurikulum diikuti oleh semua murid di sekolah
ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 Menyediakan murid untuk pentaksiran PAJSK.
 Memastikan maklumat / data dapat disalurkan kepada pelanggan, lengkap, tepat,cepat

dan terkini.
 Setiap murid yang layak dan berpotensi dalam pelbagai bidang kokurikulum

dikembangkan secara optimum diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
 Setiap murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum sekurang-

kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan permainan.

STAF :

 Memastikan staf berkhidmat dengan penuh komited, berdedikasi, berdisiplin, produktif
serta proaktif.

 Memastikan staf menawarkan perkhidmatan cekap, ikhlas, amanah dan berkesan serta
menepati keperluan semasa.

 Memastikan pejabat sekolah sentiasa peka dan responsive kepada kehendak pelanggan.

IBU BAPA :

 Memastikan semua maklumat berkaitan kokurikulum iaitu kemenjadian diri murid
secara keseluruhan dari segi penglibatan kokurikulum terutama bagi pelaksanaan
pemarkahan PAJSK disampaikan secara berterusan kepada warga sekolah terutama
murid dan ibubapa.

KOMUNITI :

 Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.

STAKEHOLDER :

 Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada stakeholder selewat-
lewatnya 1 hari selepas surat diterima.

OBJEKTIF KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH

 Ketetapan Kokurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga
sekolah.

 Memantapkan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.
 Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

PERNYATAAN KETETAPAN KOKURIKULUM

1.1 Menyediakan dan menyelaraskan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini
dan mengembangkan kesemua aspek Kecerdasan Pelbagai.

1.2 Ketetapan Kokurikulum Sekolah (KKoS) yang diwartakan mestilah selari dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .

1.3 Aktiviti Kokurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak dan SOP
(“Standard Operating Procedure”) Kementerian Pendidikan Malaysia .

1.4 Semua guru mestilah mempertingkatkan kemahiran kejurulatihan secara berkala dalam
ketiga-tiga bidang utama ;- Pasukan Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan
Permainan .

DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)
Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,
Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu :

 Penyertaan dalam sukan permainan
 Penyertaan dalam persatuan dan kelab
 Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
 Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

 “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum
dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”

 (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng
diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.

MELAKSANAKAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

 Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan
yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun
kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.

 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti
diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya”.

 “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu
kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang
tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang
boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu,
bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.

DASAR UTAMA (2)

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM
ADALAH WAJIB

 “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid.
Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu
gerakerjapakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan
dan permainan”.

 [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

 Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan
kokurikulum yang mereka minati.

 Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]

 Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah
direkodkan dan diberi penilaian.

 [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara
2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan
diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut
boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas
kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.

 [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan
perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka]

DASAR UTAMA (3)

PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

 Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

 “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1985)

 Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab
yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti
yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan
adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang
boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam
(Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”

DASAR UTAMA (4)

PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

 “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa
kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997]

 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta
skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara
seimbang.
PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi
memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-
murid.

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM

DI SEKOLAH

 “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat
kerja-kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan
sekolah ; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral
dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan
keperibadian.”

 § [Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929] -Kegiatan
kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat.

 § [Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985
KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’]

 -“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan
Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar
tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

 § “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program
lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahansecara terancang. Kementerian
juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-
lawatan tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

 § “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

 § “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau
orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing
dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/kemenangan semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid
yang mempunyai sifat disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985).

 § Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan
potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke
peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

 § Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakatdan
kecemerlangan masing-masing.

KETETAPAN KOKURIKULUM SK KUALA KETIL

1. Semua guru adalah dilantik sebagai guru penasihat unit kokurikulum.
2. Semua murid perlu menyertai satu aktiviti kelab sukan dan permainan, satu aktiviti kelab

dan persatuan, satu badan beruniform dan satu kelab 1 murid 1 sukan.
3. Murid yang tidak dapat hadir aktiviti mingguan perlu memaklumkan sebab

ketidakhadiran secara lisan atau bertulis kepada guru penasihat.

MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

TAHUN MASA
Tahun 4, 5 ,6 120 minit seminggu
2.30 ptg – 4.30 ptg

JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIT KEKERAPAN
UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun
KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

BUKU REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)

1. Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki SATU buku rekod PAJSK.
2. Buku rekod PAJSK ini ialah buku aktiviti kokurikulum yang akan diguna pakai sepanjang

tempoh setahun dari tahun 4 hingga tahun 6.
3. Buku ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod

kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan.
4. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan

menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan.
5. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha

Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.
6. Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah

kokurikulum pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

MASA AKTIVITI

Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:

Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh

Pasukan pakaian seragam Rabu Sepanjang tahun
2.30 – 3.30 ptg
(unit beruniform) 2 minggu sekali (12-14) kali
Rabu
2.30 – 3.30 ptg perjumpaan

Kelab/Persatuan Akademik Rabu Sepanjang Tahun
2.30 – 4.30 ptg
dan bukan akademik 2 minggu sekali (12-14) kali
Khamis
2.30 – 4.00 ptg perjumpaan

Kelab Sukan dan Sepanjang Tahun
Permainan 1 minggu sekali
(12-14) kali

perjumpaan

Latihan Rumah Sukan Ikut keperluan
1. 1.Merah
2. 2.Biru 1 minggu sekali
3. 3.Hijau
4. 4.Kuning

PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN
Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian

dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan.
Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program
kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di samping
mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi
kepentingan kerjaya dan masa depannya.

PENGHARGAAN
Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang

cemerlang samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima
penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti :

1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-
guru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.

2. Memberi sijil-sijil penghargaan.

3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.

4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.

PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM

MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar)

Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti

berikut : = 40%
Kehadiran = 10%
Jawatan disandang = 20%
Penglibatan = 20%
Pencapaian = 10%
Komitmen = 10%
Khidmat sumbangan =100%
Jumlah

1. Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah

Unit Beruniform = 12 kali

Kelab Persatuan = 12 kali

Sukan dan Permainan = 12 kali

2. Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :-

Jumlah kehadiran =a

Jumlah perjumpaan =b

Tidak hadir (kebenaran) =c

Markah kehadiran = b - c x 40%

a

3.Markah aspek jawatan disandang ialah 10% MARKAH
3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan.
3.2 Badan Beruniform KPM / KRS 10

JAWATAN 08
07
Pegawai Waran I & II (KRS), Pegawai Waran II (PKBM), Pegawai Kadet Kanan 06
(PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet 05
(Koreksional / Penjara)
Staf Sarjan (KRS), Syaf Sarjan / Bintana Kanan / Flight Sarjan (PKBM), Pegawai 04
Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara) 01
Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba)
Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba)
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U) dan Penolong
Ketua Platun 11 (Bomba)
Ahli Aktif
Ahli Biasa

BADAN BERUNIFORM (NGO)

JAWATAN MARKAH

Ketua Trup, Ketua Pasukan / Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua 10
Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali
Pinggang Hitam (untuk merahhitam = 09 markah) 08
Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama
Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major / 07
Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah
2 06
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan 05
(Bendahari), Koperal, Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 04
dan Tali Pinggang Merah 1 03
Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen 01
Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader,
Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2 MARKAH
Kuartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen,
Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali 10
Pinggang Hijau 1 08
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali 07
Pinggang Hijau 1 & 2 06
Tali Pinggang Kuning 1 & 2 05
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 04
01
Kelab Persatuan / Sukan / Permainan

JAWATAN

Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua
Pasukan Sukan / Permainan Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi
Setiausaha / Bendahari
Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Ahli Aktif
Ahli Biasa

Markah Aspek Penglibatan ialah 20%

Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua
aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti berikut
:-

ASPEK MARKAH
Sekolah 08
Zon / Daerah 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%

Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan
ke 3 sahaja. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

Peringkat Johan Markah Ketiga
Pertandingan 08 N. Johan 06
11 09
Sekolah 14 07 12
Zon / Daerah 17 10 15
Negeri 20 13 18
Kebangsaan 16
Antarabangsa 19

Markah Bonus
Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu
pengurusan dan pentadbiran sekolah.

JAWATAN MARKAH BONUS

Ketua Murid 10
Timbalan / Penolong Ketua Murid 08
Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan atau
Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu 07
sekolah / Pengawas / Ketua KRS
Pengawas Pusat Sumber 06
Bendahari / Setiausaha / PRS 05
AJK Kecil Biro / Ketua Kelas 03
Penolong Ketua Kelas 02

Anugerah Khas
Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri.

BIL PENCAPAIAN MARKAH BONUS

1. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya 10
Kebangsaan
2. Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di Luar 05
Negara atas Pembiayan Sendiri
3. Johan 03
4. Naib Johan 02
Ketiga 05
NILAM 05
Lain-lain anugerah yang setara

Gred Keseluruhan

Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang
mempunyai prestasi terbaik berserta markah bonus. Jumlah 2 markah
tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai purata pula
dicampurkan dengan bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut
dipadankan dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan.

Contoh : Jumlah markah :
= 80
Unit Beruniform = 60
Kelab / Persatuan = 85
Sukan / Permaianan = (80 + 85) / 2
Markah Purata
= 82.5

Markah Bonus = 10
(ketua murid) = 82.5 + 10
= 92.5

Gred Keseluruhan =A

Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum Gred
A
Markah
80 - 100

60 - 79 B
40 - 59 C
20 – 39 D
19 ke bawah E

SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA KOKURIKULUM

TUGAS JAWATAKUASA PENGURUSAN
a) Merancang aktivit sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).

b) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c) Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d) Menentukan takwim dan jadual aktivit.
e) Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f) Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum

peringkat daerah/ negeri/kebangsaan.
g) Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h) Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari

Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
i) Menilai aktivit kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j) Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit

dilaksanakan di sekolah.
k) Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan

kewangan
l) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar

yang telah menunjukan prestasi cemerlang dalam bidang masing- masing.
m) Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

TUGAS GPK KOKURIKULUM
a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum
sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja
kokurikulum
d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan
lancar, berterusan dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktivit
kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktivit
kokurikulum.
g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
pelajar.
h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
setiausaha kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan
penyelaras-penyelaras unit.
j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang men
capai taraf kecemerlangan dalam aktivit kokurikulum.

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
a. Menyelaraskan semua aktivit sukan sekolah.
b. Menyediakan takwim dan aktivit sukan yang sesuai dengan aktivit MSD/
MSN/MSM.
c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan

permainan.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktivit dan
peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktivit sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.
l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah
dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
m. Menghadir kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu

TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guruguru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilhan peserta untuk ke pertandingan aktivit persatuan/
kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktivit kokurikulum
dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan
dan mencukupi.
g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktivit
kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB AJK KERJA PENGURUSAN

TUGAS GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PERMAINAN
a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa.

b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
c. Memastikan aktivit selaras dengan objektif sekolah.
d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
e. Merancang aktivit tahunan dengan kerjasama pelajar.
f. Memastikan aktivit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Sukan/
Permainan.
h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus
dengan baik.
i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivit disediakan dan
difailkan.
j. Mendaftarkan Kelab/Persatuan Sukan / Permainan.
k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan
kepada ahli-ahli.
l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkatsekolah/zon/
daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
o. Menghadir perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakil.
p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijl Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu
program.
t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU RUMAH SUKAN.

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang
melibatkan Rumah Sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan
dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.

ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan
resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa,
Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah
kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.
5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain berwarna yang
sama atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz lebih
kurang sama dengan yang asal).
8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan
nombor pesertanya.
9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK
Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras Rumah Sukan anda).
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta
semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta
dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan
mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad
bilangannya.
17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

a. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang
tahun.

b. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut KELAB dan PERSATUAN..

c. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.

d. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
e. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.

f. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan
pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan
tempat.

g. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara
anjuran sekolah ,daerah dan negeri.

h. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-
masing.

i. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti
oleh unit masing-masing.

j. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan
yang baik.

k. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan
beruniform sekolah.

l. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-
masing .

m. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
n. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti

anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
o. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan

diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
p. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK UNIT-UNIT KOKURIKULUM

KELAB DAN PERSATUAN / KELAB SUKAN PERMAINAN/
UNIT BERUNIFORM

Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
b. Menelit catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Setiausaha
a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan- kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggung
jawabnya.
b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
d. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Penolong Bendahari
a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktivit yang dilaksanakan.
b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa

Pemeriksa Kira-Kira
a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


Click to View FlipBook Version