RUKUN NEGARA
Nama Ahli Kumpulan:
1.MUHAMMAD ILHANZ BIN AZHAR
15DUB20F2029
2.MOHAMAD HAZEQ RAZLAN BIN MOHD YUSRI
15DUB20F2021
3.MOEHAMAD AFEEQ DANISH BIN ROSLI
15DUB20F2001
ISI KANDUNGAN
Perkara
Muka surat
Pengenalan……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………....2
Teks Rukun
Negara…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………4
Maksud Kepercayaan Kepada
Tuhan……………………………………………………………………………………………………………..6
Maksud Kesetiaan Kepada Raja Dan
Negara………………………………………………………………………………………………..7
Maksud Keluhuran
Perlembagaan…………………………………………………………………………………………………………
……….8
Maksud Kedaulatan Undang-
Undang……………………………………………………………………………………………………………9
Maksud Kesopanan Dan
Kesusilaan………………………………………………………………………………………………………………
PENGENALAN
Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang
memegang teguh kepada Rukun Negara. Lima prinsip
Rukun Negara sekiranya diamalkan, dipraktikkan dan
dijadikan pegangan setiap hari, mampu menjadikan
seseorang itu hebat dan seterusnya mengukuhkan
kedaulatan negara.
2
Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai
kaum, agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan
agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah
titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun
sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan
kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan
pemimpin menerap semangat Perpaduan dalam kalangan
rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh
mengakibatkan kedaulatan negara terjejas, berlaku huruhara,
rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.
(Ismail, 2021)
3
Teks Rukun Negara menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi
Pengisytiharan kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
BAHAWASANYA NEGARA membina satu masyarakat
KITA MALAYSIA progresif yang akan menggunakan
mendukung cita-cita hendak sains dan teknologi moden;
mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup
demokratik;
mencipta satu masyarakat yang
adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan
saksama;
4
MAKA KAMI, Rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA 5
TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA
DAN NEGARA
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG
KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
(Dato' Mokhzani Ismail, 2021)
1.Kepercayaan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa
dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal
agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara.
(Fahezah Binti Mohamed, 2021)
6
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah
kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja
berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut
bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula
2menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur
dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara
Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang
Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang
patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi
seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau
dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama7sekali.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga
negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan
satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan
Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di
negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-
ekonomi rakyat.
(Nasiruddin, 2014)
8
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua
rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
(Rahman, 1957)
9
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-
dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
(Nasiruddin, 2014)
Kesimpulan
Tahun ini negara akan menyambut Hari
Tahun ini negara akkaenmmeredenkyaaamn byuant gHkaer-i5k7e, mkitearsdeebkaagaainraykaynagt ke-57, kita
sebagai rakyat MalaMyasliaayssieawseawjaarjnarynayalelebbihihbberssaattuu-p-paadudu berbanding 57
tahun yang lalu. Nambeurbna,nhdainkgik5a7tntayhau,npyaadnag lkaelut.ikNaaminui nk,ebanyakkan dari kita
mempunyai sifat pehrkaakiukmatnayna,ypaandga tkinetgikgai.inSi ikfeabtatonylearkaknansiddairiaknittaara kaum dan
agama juga sudah smeemmapkuinnyalui nsitfuatr.perkauman yang tinggi. Sifat
toleransi di antara kaum dan agama juga sudah
semakin luntur.
Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada
masa ini. Didalam kReaamdaiarnakkyiatat ymanegntuidjuakkleagmi amjeulaihna,t ikaenpyeantidnigluanpakan sebagai
salah satu alat yangRmukeumn Nbaegnaturarpaakdyaamt Masaalainyi.sDiaidbaelarmsakteua-dpaaadnu suatu ketika
dahulu. Ia sepatutnykaitabmueknaunjuskeetamkaajutadni,biaancyaasdailuhpaajakatnetsaepbiagjuagi a di amalkan
didalam kehidupan ssaelhaharsiaatnu akliatat .yang membantu rakyat Malaysia
bersatu-padu suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya
bukan setakat dibaca sahaja tetapi juga di
amalkan didalam ke1h1idupan seharian kita.
Sumber Rujukan
Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014. 5 RUKUN NEGARA MALAYSIA (PENGAJIAN MALAYSIA). [online]
5rukunnegaramalaysia.blogspot.com. Available at:
<http://5rukunnegaramalaysia.blogspot.com/2014/10/rukun-negara-pengenalan-asas-kerukunan.html>
[Accessed 10 October 2014].
Dato' Mokhzani Ismail, 2021. Rukun Negara. [online] Kkmm.gov.my. Available at:
<https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm/galeri-audio/778-rukun-negara> [Accessed 12 May
2021].
Fahezah Binti Mohamed, 2021. Disebalik Makna Prinsip Rukun Negara | FACULTY OF AGRICULTURE.
[online] Agri.upm.edu.my. Available at:
<https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449> [Accessed 26
September 2018].
Ismail, D., 2014. Rukun Negara. [online] Kkmm.gov.my. Available at:
<https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm/galeri-audio/778-rukun-negara> [Accessed 12 May
2021].
Nasiruddin, I., 2014. Malaysia Coin: Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia. [online] Malaysia
Coin. Available at: <https://www.malaysiancoin.com/2014/07/sejarah-dan-maksud-rukun-negara-
malaysia.html> [Accessed 17 November 2014].
12