INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KERJA KURSUS 100
MATA PELAJARAN
KOD
Nama : ELIA NATASYA MOHD HASRUL
Angka Giliran : 2021202310024
No Kad Pengenalan : 031018110032
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : BM 1.08
Nama Pensyarah Kursus : DR SITI HAJAR BINTI IDRUS
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah
PENULISAN 9/11/ 2021 29/11/2021 Wajaran
Jumlah
Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar : Elia Natasya Tarikh : 29/11/2021
1
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim. Alhamudullilah, bersyukur kehadrat ilahi atas limpahan rahmat dan
nikmat yang dikurniakan oleh-Nya serta masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya
sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, ingin saya dedikasikan satu ucapan penghargaan kepada pensyarah yang
tercinta, Dr Siti Hajar Binti Idrus yang sentiasa memberi tunjuk ajar serta bimbingan untuk saya
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang sentiasa menjadi tulang belakang saya dan terus mendorong saya untuk terus berusaha.
Saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
menjadi punca saya tidak putus-putus mendapat idea. Segala jasa dan bantuan yang mereka
hulurkan amatlah saya hargai.
Sebelum saya mengundurkan kata, terimalah serangkap kata
“Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.“
2
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 2
PENGHARGAAN 3
KANDUNGAN 4
1.0 PENGENALAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 4-5
2.0 KEBAIKAN-KEBAIKAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 6
3.0 ISU-ISU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN5- 6
4.0 KESIMPULAN 7
RUJUKAN
3
1.0 PENGENALAN
Sejak Malaysia semakin maju dalam bidang teknologi selama lebih dua dekad yang lalu,
banyak perubahan berlaku terutamanya dalam sistem pendidikan. Perkembangan yang
berterusan ini telah membawa kepada pembelajaran atas talian. Pembelajaran ini dilakukan
untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar. Kamaludin Ahmad (2006) mengulas bahawa e-
pembelajaran atau pembelajaran atas talian merupakan satu proses yang dilakukan melalui
sistem atau komponen elektronik untuk meningkatkan kemahiran dan keberkesanan pelajar.
Berbeza dengan pendapat Timothy et. al (2000) yang mengatakan pembelajaran atas talian
adalah satu alat pengajaran baru untuk menyampaikan ilmu.
Capaian internet amat penting dalam proses pembelajaran ini. Internet memainkan satu
peranan penting untuk menghubungkan pelajar dan juga ilmu yang mereka cari. Pembelajaran
atas talian mula berlaku sepenuhnya di Malaysia sejak tahun 18 Mac 2020, di kala wabak
covid-19 mula mengganas di Malaysia. Rakyat-rakyat Malaysia terpaksa akur dengan
permintaan dan arahan kerajaan. Pada hakikatnya, proses yang dilihat mudah ini sebenarnya
mengandungi dugaan dan juga cabaran tetapi juga mengandungi kebaikannya tersendiri.
Namun setelah di pertengahan tahun 2021, pembelajaran ini sudah mula kurang digunakan
disebabkan pembukaan kembali Instititut Pendidikan Tinggi dan juga sekolah.
2.0 KEBAIKAN-KEBAIKAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Sesungguhnya setiap dugaan yang diberikan mengandungi kebaikannya. Pembelajaran atas
talian banyak mengajar para pendidik dan para pelajar perkara-perkara baharu yang tidak
pernah mereka ketahui. Antara kebaikan pembelajaran atas talian mengasah kemahiran
penggunaan teknologi maklumat (IT) bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah untuk
pendidik juga. Pada tahun-tahun yang lalu, para pendidik hanya perlu mengarahkan pelajar-
pelajar untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas sahaja, namun kini, pembentangan
dilakukan di alam maya. Pelajar belajar cara menggunakan aplikasi-aplikasi untuk menyediakan
pembentangan tugasan yang telah diarahkan. Mereka menggunakan kreativiti mereka dan
kemahiran IT mereka untuk menjadikan pembentangan itu menarik. Bentuk-bentuk
pembentangan juga mula berubah, sekiranya dahulu pelajar-pelajar hanya menyediakan
pembentangan berbentuk tulisan sahaja, kini pembentangan tersebut sudah menjadi bentuk
digital iaitu sebuah bentuk yang menyebabkan beberapa pergerakan tulisan ataupun bentuk
dalam pembentangan.
Dalam pada itu, pelajar-pelajar lebih mudah untuk mencari dan mendapatkan maklumat
yang mereka kehendaki. Mereka hanya perlu menyediakan capaian internet yang bagus untuk
memudahkan lagi proses pencarian mereka. Fenomena ini dikatakan, semuanya hanya di
hujung jari. Maklumat yang dicari dapat disimpan kemas dalam telefon pintar atau komputer
riba mereka. Justeru itu, ia memudahkan lagi guru-guru daripada terus mencetak kertas yang
banyak untuk diberikan kepada murid. Guru-guru hanya perlu memberi tahu tajuk dan meminta
murid untuk mencarinya. Untuk menentukan kesahihan maklumat tersebut, guru boleh
mengadakan proses pembincangan di atas talian.
4
Tambahan pula, proses pembelajaran ini memberi peratus keberkesanan yang agak
tinggi untuk para pelajar. Hal ini bersangkut paut dengan cara para pengajar menyampaikan
pengajaran mereka. Misalnya, para pengajar boleh menyampaikan pengetahuan mereka dalam
bentuk-bentuk seperti animasi, grafik, video dan visual. Perbezaan gaya ini memberi kesan
kepada pelajar. Sekiranya guru hanya berbincang tentang fakta, pelajar akan lebih mudah
mengantuk. Namun, sekiranya guru mendekati pelajar dengan cara ‘moden’ ini, pelajar akan
menggunakan kedua-dua deria mereka iaitu mendengar dan juga menonton. Hal ini akan
membantu lagi pelajar-pelajar daripada mengantuk.
Akhir sekali, kaedah ini mampu membentuk satu generasi yang bermaklumat. Dengan adanya
penggunaan multimedia dalam pembelajaran, pelajar-pelajar dapat bersaing dengan
masyarakat luar yang lebih hebat. Bukan sahaja bersaing, Pembelajaran atas talian juga
memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Pertukaran maklumat dan idea
boleh berlaku melalui kaedah ini.
3.0 ISU-ISU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Tidak dinafikan juga kaedah ini turut mencetuskan masalah kepada rakyat. Jordan (2015) juga
menyokong pendapat ini. Masalah-masalah ini dapat dilihat melalui beberapa aspek.
Antara isu daripada aspek ekonomi adalah masalah kewangan keluarga. Mutakhir ini,
rakyat Malaysia telah menghadapi masalah kewangan keluarga lantaran daripada penularan
wabak covid-19. Banyak keluarga-keluarga yang terjejas dari segi kewangan dan juga
pekerjaan. Hal ini dapat dilihat melalui isu seperti “bendera putih”. Keluarga pelajar-pelajar ini
tidak mampu menyediakan teknologi kepada anak-anak mereka untuk belajar. Malah, ada
daripada kalangan mereka yang terpaksa berkongsi gajet untuk menuntut ilmu.
Selain itu, kaedah ini turut memerlukan internet yang tinggi. Sekiranya internet mereka
tidak cukup had, mereka tidak boleh menyertai kelas yang diadakan. Dalam konteks ini, ramai
pelajar yang terjejas ekoran daripada kesuntukan wang ringgit untuk membeli data. Namun,
percuma sahaja sekiranya membeli data tetapi kawasan yang mereka tinggal tidak menyokong
talian internet tersebut walaupun mereka berada bukan di kawasan pendalaman. Saiful Izwan
seorang pelajar yang menetap di Baling Kedah, terpaksa memanjat pokok untuk mencari
capaian internet untuk menyertai pembelajaran atas talian. Hal ini kerana, dia tidak dapat
mengakses aplikasi pembelajaran yang disediakan. Tindakan yang diketengahkan ini mencetus
bahaya kepada pelajar-pelajar.
Di samping itu, kaedah ini menyebabkan disiplin dan akhlak pelajar semakin teruk.
Salah satu pendapat Jordan (2015) adalah pembelajaran atas talian menyebabkan disiplin
pelajar merosot. Kemerosotan akhlak dan disiplin ini berpunca daripada jarak jauh antara
pendidik dan juga pelajar. Dari segi disiplin, mereka menyertai kelas lewat daripada waktu yang
ditetapkan, Selain itu, mereka juga berani untuk tidak menyertai proses pembelajaran dan juga
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Lebih teruk lagi, mereka meminta jawapan daripada
rakan-rakan yang lain dan juga memberi upah kepada orang lain untuk menjawab dan
melakukan kertas peperiksaan mereka. Sementara dari segi akhlak pula, pelajar berani untuk
melawan tenaga pengajar.
5
Seterusnya, pembelajaran atas talian ini turut mempengaruhi keberkesanan
pembelajaran. Tidak dinafikan lagi, kaedah pembelajaran ini memerlukan komunikasi dan
bimbingan yang tinggi. Namun, sesetengah pendidik melepas tangan dalam mendidik para
pelajar. Ini bermaksud pelajar perlu bijak dalam mengendalikan proses pembelajaran ini. Ada
sesetengah tenaga pengajar hanya memberikan nota kepada pelajar. Selebihnya adalah
tanggungjawab pelajar untuk mengkaji lebih lanjut tajuk tersebut tanpa penjelasan dari mentor
mereka. Ini agak sukar untuk pelajar yang lemah, yang sememangnya memerlukan
sepenuhnya bimbingan daripada tenaga pengajar mereka.
Akhir sekali, pembelajaran atas talian boleh membahayakan pelajar. Hal ini berkait dengan
maklumat-maklumat palsu daripada media massa. Proses pembelajaran atas talian bukan
sahaja berlangsung di kelas namun juga berlangsung di media massa seperti facebook, tiktok,
Instagram dan twitter. Namun peratus maklumat-maklumat ini ditapis adalah nipis.
Kebanyakkan berita palsu datangnya daripada media-media ini.
5.0 KESIMPULAN
Dunia sudah berbeza. Pelbagai kaedah dicipta selari dengan peredaran zaman. Setiap kaedah
yang dilakukan sudah pasti mengandungi kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kaedah-
kaedah ini mungkin selesa bagi sesetengah orang dan mungkin juga menyusahkan untuk
sesetengah pihak. Proses pembelajaran atas talian merupakan satu inistiatif kerajaan untuk
memudahkan lagi pelajar. Cara pembelajaran dahulu dan sekarang adalah berbeza. Kaedah
yang disediakan perlulah sesuai dengan zaman pelajar. Oleh sebab itu, masyarakat yang
belajar pada abad ke-21 perlulah berusaha untuk menyesuaikan diri mereka dengan dengan
kaedah-kaedah begini agar mereka tidak ditelan zaman.
6
RUJUKAN
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017) E-Pembelajaran
Dalam Kalangan Pelaja Di Sebuah Institusi Pengajian Di Selangor. Malaysian Online
Journal of Education. 1(1). 74-82
Kok Boon Shiong & Santana Rajan A/L Perumale (2016). Sistem pembelajaran atas talian
Untuk Pelajar Dalam perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan Kent. 12(1). 80-91
Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin & Zulkurnain Bin Hassan. (2021)
Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian ( E-Pembelajaran)
Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. Journal of Humanities
Technology and Civilization (IJHTC) 2(10), 1-11
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian
Semasa Perintah Kawalan Pegerakan. Pulau Pinang : Jabatan Sains Komputer &
Matematik
Rofizah Mohammad (2020). Pembelajaran Dalam Talian Segerak: Kepuasan Pelajar Terhadap
Penggunaan Microsoft Teams. Journal of Quality Measurement and Analysis. 16(2).
219-230
7