The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 837-3-alya, 2022-05-08 08:04:22

PALS1012-TUGASAN 3-NURUL ALYA FARZANA BT ABDUL LATIF(F2J)

SISA PEPEJAL

TUGASAN 3
PALS1012-ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

SISA
PEPEJAL

NURUL ALYA FARZANA BT

ABDUL LATIF (F2J)

PENGENALAN

Sisa Pepejal dapat ditakrifkan sebagai bahan sekerap atau hasil
buangan daripada kegiatan sosio-ekonomi manusia atau bahan lebihan
yang tidak lagi digunakan. Ianya juga merupakan bahan yang tidak lagi
diperlukan dalam apa-apa perkara. Selain itu, ia juga merupakan bahan
sudah rosak, tercemar atau sudah tidak dapat dibaiki lagi. Bahan yang
yang sudah tidak digunakan lagi perlulah dilupuskan kerana perkara ini
ada dinyatakan di dalam undang-undang dan Akta yang telah
dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tetapi bahan buangan terjadual
tidak termasuk dalam perkara tersebut seperti yang diperihalkan dalam
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Sisa pepejal seperti
kumbahan turut mempunyai cara pelupusannya yang tersendiri dan tidak
boleh sewenang-wenangnya disalirkan ke sungai.

Sisa pepejal dapat dikategorikan kepada sisa pepejal awam iaitu sisa yang dihasilkan
ditempat awam dimana ianya diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu,
sisa pepejal import merupakan sisa pepejal yang terhasil dari negara luar dan dibawa
masuk ke dalam Malaysia agar boleh dilupuskan. Kemudian, sisa pepejal isi rumah iaitu
sisa yang dihasilkan di setiap rumah, premis perniagaan dan sisa tanaman dan rumah
banyak menghasilkan sisa ini. Menurut Swcorp (2007), sekiranya sisa pepejal tidak
diuruskan dengan cara yang tepat dan selamat, ianya akan mendatangkan impak yang
tidak baik kepada manusia dan hidupan lain. Seterusnya, sisa pepejal khas. Sisa pepejal
khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sisa pepjal yang berbahaya iaitu yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia dan sisa pepejal yang sukar untuk disimpan atau
dilupuskan. Ia juga memerlukan peruntukan khas untuk mengurus sisa tersebut. Contoh
sisa pepejal seperti tayar terpakai atau bahagian kenderaan yang sudah tidak
diperlukan. Hal ini demikian kerana, tayar sukar untuk dilupuskan. Sisa pepejal lain
yang dihasilkan seperti sisa pepjal institusi. sisa pepejal komersial, sisa pepejal
pembinaan, dan sisa pepejal perindustrian. Oleh itu, setiap sisa pepejal yang dihasilkan
mempunyai cara pengurusannya yang tersendiri serta perlu dilupaskan dengan kaedah
yang betul.

CARA
PENGURUSAN
SISA PEPEJAL

Terdapat pelbagai cara untuk menguruskan sisa pepejal salah satunya penerapan amalan 3R
iaitu reduce, reuse dan recycle. Kaedah yang pertama ialah pengurangan. Pengurangan
merupakan elemen pertama dalam prinsip 3R. Pengurangan atau dalam perkataan Inggerisnya
ialah reduce merupakan kaedah dimana mengurangkan jumlah sisa-sisa dan sampah-sampah yang
dihasilkan di punca. Pengurangan merupakan kaedah yang terbaik kerana sampah dan sisa
pepejal dapat dikurangkan. Menurut Environmental Protection Agency (EPA, 2007), pengurangan
sisa yang merupakan reka bentuk, pembuatan bahan bagi mengurangkan jumlah atau keracunan
sebelum masyarakat membeli atau menggunakan. Tambahan lagi, jumlah produk dan jenis produk
yang digunakan akan turut dikurangkan. Pengurangan sisa pepejal juga dapat mengurangkan
pembangan sisa pepajal di tapak pelupusan sampah. Hal ini demikian kerana, menurut kajian
yang telah dilakukan oleh oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, bahan buanagan seperti
plastik merupakan faktor kepada penyumbang kedua terbesar jumlah pemuangan sampah di
tempat pelupusan. Contoh elemen pengurangan iaitu reduce ialah membeli produk isian semula
dan membeli barangan yang tidak menggukan bungkusan atau kurang bungkusan. Oleh yang
demikian, pengurangan juga dapat menimumkan pengeluaran sisa yang dihasilkan.

Selain itu, guna semula atau boleh juga dikenali sebagai reuse ialah elemen kedua dalam
prinsip 3R ia membawa maksud menggunakan semula barangan secara berulang kali. Bukan
semua benda yang sudah digunakan boleh dibuang. Sisa yang telah dihasilkan dapat
dikurangkan dan menggelakkan pembuangan sesuatu bahan kerana adanya kaedah guna
semula. Hal ini disebabkan oleh, produk yang biasanya akan dibuang sebagai sisa seperti
perabot, botol kaca, tin minuman dan sebagainya dapat digunakan semula sebagai produk
baru. Produk yang telah digunakan akan dibaiki atau diubah suai mengikut kesesuaian bahan
tersebut. Dengan cara ini, boleh mengurangkan pembaziran dan produk yang telah diubah
suai dapat memberikan manfaat kepada masyarakat kerana ianya boleh dijual semula.
Salah satu cara untuk menerapkan elemen ini ialah dengan membawa beg yang boleh
dipakai berulang kali semasa membeli barang-barang. Banyak kelebihan daripada guna
semula contohnya seperti penggunaan semula botol kaca dapat mengurangkan jumlah
pembuangan sisa pepejal. Akan tetapi, terdapat juga kekurangan terhadap botol kaca
kerana ianya perlu melalui beberapa proses menurut Zaini (2008), banyak tenaga yang
akan digunakan seperti proses pembasuhan, pembersihan, dan pensterilan botol kaca
sebelum ianya boleh digunakan.

Seterusnya, kitar semula. Kitar semula merupakan elemen terakhir dalam 3R.
Kitar semula merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kitar
semula membantu mendapatkan semula bahan yang berharga daripada
barangan yang sudah tidak diperlukan atau sampah. Selain itu, dapat
meminimumkan jumlah sisa yang telah dibawa ke tapak pelupusan sampah.
Melalui kaedah kitar semula, sisa yang sudah tidak diperlukan akan diasingkan
kemudian bahan yang sudah tidak digunakan akan dibawa ke suatu tempat
untuk diproses seperti kilang-kilang atau organisasi untuk menghasilkan semula
menjadi bahan yang boleh digunakan semula dan berguna seperti kaca, surat
khabar, plastik, dan sebagainya. Dengan kata lain, sisa tersebut akan
diproses menjadi produk baru. Dengan kitar semula, bahan yang sudah tidak
digunakan lagi boleh menjadi bahan mentah yang boleh digunakan semula
untuk proses pengeluaran, yang menggurangkan penggunaan sumber baharu

Rawatan perantaraan ialah kuantiti sisa pepejal akan dikurangkan.
Rawatan perantaraan akan dilakukan terhadap baki sisa pepejal yang
tidak dapat dikitar semula dengan cara menghantarnya ke pusat rawatan
perantaraan. Cara ini dilaksanakan ialah isi padu sisa pepejal akan
dikurangkan atau dimampatkan bertujuan untuk menggelakkan penggunaan
kawasan pulupusan yang luas bagi melaksanakan kerja-kerja pelupusan sisa
pepejal. Di Malaysia, dua jenis rawatan perantaraan yang digunakan bagi
tujuan pelupusan ialah insinerator dan pengkomposan. Pusat rawatan
perantaraan yang terdapat di negara kita ialah Loji rawatan Terminal
Mini yang terletak di Pulau Pangkor, Perak.

Pelupusan sisa memerlukan tapak untuk melupuskan sampah atau sisa pepejal.
Menurut Faizal, et. al. (2014), pengurusan sisa pepal memiliki pelbagai jenis sistem
dan teknologi dan salah satunya menggunakan kaedah tapak pelupusan sebagai
cara untuk merawat dan melupuskan sisa. Kawasan tapak pelupusan biasanya
akan berada di tapak bekas kuari. Terdapat beberapa cara untuk melupuskan sisa
pepejal seperti kaedah “open dumping”. Kaedah ini merupakan kaedah konvensional
dan ianya masih lagi digunakan di negara kita. Kaedah seperti ini agak tidak sesuai
kerana ianya tidak teratur kerana kaedah ini akan mengeluarkan bau yang busuk
daripada sampah dan sisa pepejal serta boleh mengundang tempat pembiakan
serangga dan haiwan. Selain itu, terdapat juga kaedah “sandwich” atau boleh
juga dikenali sebagai kaedah penimbusan. Melalui kaedah ini, lapisan demi lapisan
akan dilakukan secara mendatar. Setiap lapisan yang dibuat akan ditimbus atau
ditutup dengan tanah. Menerusi kaedah ini, dapat mengelakkan penghasilan bau
busuk daripada sampah serta dapat mengelakkan kehadiran serangga dan haiwan
kerana sampah-sampah dan sisa pepejal telah ditanam di dalam tanah.

Tetapi terdapat juga kelemahan bagi kaedah pelupusan ini,
sekiranya tapak pelupusannya terlalu lebar dan luas, maka
untuk menjalankan proses penimbusan agak sukar kerana banyak
tanah yang diperlukan serta tenaga. Disebabkan perkara itu,
bahan-bahan buangan ini tidak akan ditimbus dan dibiarkan untuk
beberapa hari mengakibatkan bau busuk. Seterusnya, kaedah
pelupusan “cell”. Kaedah ini sama juga dengan kaedah
“sandwich” kerana melalui proses penimbusan. Proses penimbusan
akan dilakukan pada setiap hari dengan menimbus tanah dengan
ketebalan 20 cm dan pada lapisan penutup perantaraan setebal
30 cm serta lapisan terakhir iaitu penutup pada ketebalan 60 cm

TEKNOLOGI
DALAM

RAWATAN SISA
PEPEJAL

Selain daripada pengurusan, sisa pepejal juga boleh juga dirawat. Rawatan sisa pepejal
penting agar sisa pepejal yang tidak dapat dikitar semula dapat dilupuskan dan tidak
memudaratkan kehidupan manusia dan makhluk lain. Melalui teknologi dalam rawatan sisa
pepejal terdapat pelbagai cara. Teknologi yaang pertama seperti pengkomposan.
Pengkomposan merupakan proses penguraian di mana sisa pepejal seperti sisa makanan, sisa
taman atau kebun, sisa kayu yang telah berlaku proses penguraian oleh mikroorganisma
serta menjadi bahan yang memiliki persamaan dengan tanah yang dikenali sebagai humus.
Pengkomposan ini berlaku kepada sisa pepajal organik. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi proses pengkomposan seperti kelembapan, suhu persekitaran, kehadiran
oksigen dan nutrisi. Kebaikan daripada pengkomposan ialah isi padu pepejal yang ingin
dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal dapat dikurangkan, memberi manfaat kepada
alam sekitar, menjimatkan perbelanjaan membeli baja untuk kegunaan pertanian dan
tumbuh-tumbuhan. Terdapat juga kekurangan pengkomposan kerana ianya boleh memberi
kesan negatif kepada kualaiti air bawah tanah kerana hasil larut resapannya akan
meresap ke dalam tanah semasa proses penguraian berlaku. Contoh kaedah pengkomposan
seperti Pot Composting, Tower Tyre Composting, Compost Pits dan sebagainya.

PENGKOMPOSAN

Gambar 1.0

Gambar 1.1

Teknologi yang kedua ialah tapak pelupusan sanitari. Kaedah ini telah digunakan
secara meluas di Malaysia. Ianya dipilih kerana kaedah ini tidak perlu menggunakan
banyak tenaga pekerja yang pakar seperti penggunaan insinerator serta kaedah ini
lebih sistematik. Kaedah pelupusan sanitari ini ialah sisa pepejal akan ditimbus di
dalam tanah. Sisa pepejal yang telah ditimbus akan terurai dengan sendirinya di
dalam tanah lalu akan menjadi sebahagian daripada tanah tersebut. Kaedah pelupusan
ini memerlukan penggunaan sistem penyelenggaraan yang baik dan kawasan yang
bersesuaian agar sisa-sisa pepejal tersebut dapat dilupusakan dengan baik serta tidak
memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar serta menjejaskan kesihatan
manusia dan kehidupan makhluk lain. Untuk kaedah ini terdaopat beberapa peringkat
yang perlu dilalui. Peringkat yang pertama pemeriksaan sisa pepejal. Yang kedua,
penimbusan dan pemampatan. Yang terakhir, kawalan alam sekitar. Tambahan pula,
manfaat daripada kaedah ini ialah gas metana akan terhasil hasil daripada proses
penguraian anaerobik dimana ianya boleh dijadikan sebagai tenaga elektrik manakala
kekurangannya pula ialah gas yang terhasil mestilah dipantau serta pengurusan cecair
tercemar secara berterusan.

TAPAK PELUPUSAN SANITARI
Gambar 1.3

Teknologi yang seterusnya ialah kaedah insinerator. Insinerator
merupakan alat yang dicipta untuk membakar sisa pepejal. Sisa
pepejal tersebut akan dibakar pada suhu yang tinggi untuk
menghasilkan abu yang rendah isi padunya. Jika insinerator digunakan,
penggunaan tapak pelupusan dapat dikurangkan. Insinerator juga
dapat mengawal pencemaran udara malahan tenaga elektrik dapat
dihasilkan melalui tenaga haba yang terhasil semasa berlakunya
proses pembakaran sisa-sisa pepejal. Kemudian, terdapat beberapa
perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggunakan insinerator
seperti ianya memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dan
individu yang pakar kerana peralatan yang terdapat di dalam kilang
insinerator perlulah diuruskan oleh tenaga kerja yang berkemahiran
dan individu yang pakar seperti mengawal alatan yang digunakan
untuk mengawal pencemaran hasil daripada pembakaran yang
dilakukan.

INSINERATOR

Gambar 1.4

Gambar 1.5

Hasil daripada pembakaran tersebut, mestilah dilupuskan di tempat pelupusan yang telah
ditetapkan atau direka khas agar pencemaran tidak berlaku serta kawasan yang
kekurangan tapak pelupusan sisa pepejal sangat sesuai menggunakan insinerator kerana
tidak memerlukan kawasan yang luas bagi melupuskan sisa pepejal dan sisa pepejal dapat
dilupuskan dalama masa yang singkat. Dari segi kelebihan penggunaan insinerator ialah
berat isi padu pepejal dapat dikurangkan sebanyak 95 peratus manakala kekuranganya
ialah sekiranya ianya sisa tersebut tidak dilupusakan dengan sempurna, akan menyebabkan
pencemaran udara seperti penghasilan gas karbon dioksida dan pencemaran air berpunca
daripada abu sisa pepejal tersebut.

PUSAT
PEROLEHAN
SEMULA
SUMBER SISA
PEPEJAL

Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal (Refuse Derived Fuel RDF),
merupakan tempat memproses barangan yang boleh diguna dan dikitar semula
agar sisa pepejal dapat dikurangkan. Pusat ini menjalankan proses mekanikal.
Selain itu, Refused Derived Fuel (RDF), untuk kegunaan penjanaan tenaga
ataupun sisa pepejal yang mudah dibakar yang dapat menghasilkan bahan api.
Melalui ini, penggunaan bahan api seperti arang batu dan gas asli yang
merupakan bahan api yang tidak boleh diperbaharui dapat dikurangkan. RDF
perlu melalui tiga proses untuk menghasilkannya. Proses yang pertama ialah
proses pengasinan iaitu sisa pepejal akan diasingkan. Proses yang kedua ialah
proses pencaritan dan pengasinan sisa pepejal mengikut saiz, ukuran yang
sesuai dan sama. Proses yang terakhir ialah pemampatan dan pencampuran
sisa pepejal agar RDF yang dihasilkan akan seragam dan padat. Di samping
itu, RDF akan dihantar ke stesen penjanaan elektrik dan pada masa yang
sama sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang boleh menghasilkan RDF,
iaitu dimana penghasilan biogas yang kaya dengan gas metana sewaktu
berlakunya proses pembakaran serta penjanaan elektrik dapat ditingkatkan
kerana adanya biogas

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunann yang semakin pesat menyebabkan masalah
peningkatan penghasilan sisa pepejal. Penghasilan sisa pepejal yang dihasilkan pada
setiap hari menjadi cabaran bagi pihak berkuasa tempatan untuk menguruskannya.
Amalan kitar semula merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan
untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dilupuskan. Namun begitu, boleh
dilihat kesedaran masyarakat terhadap amalan tersebut masih lagi di tahap yang
kurang memuaskan. Jumlah isi padu pepejal yang semakin hari semakin bertambah
bilangannya memerlukan suatu pendekatan yang baru tidak kiralah dari aspek
sistem pengurusannya mahupun teknologi. Sekiranya sisa pepejal tidak diuruskan
dengan baik, ianya akan memberi impak kepada manusia seperti kesihatan manusia
akan merosot kerana berlakunya pencemaran iaitu air dan udara bahkan hidupan
lain turut akan terancam. Amatlah penting untuk menguruskan sisa pepejal secara
sistematik agar dapat menjamin kebersihan. Dalam kehidupan manusia, kebersihan
amatlah dititiberatkan kerana ianya memberi pelbagai manfaat kepada manusia
dan hidupan yang lain. Oleh itu, kita mestilah mewujudkan kesedaran kepada
masyarakat bagi mengurangkan sisa pepejal kerana melalui langkah ini, sumber
semulajadi negara akan berkekalan dan tidak akan musnah.

RUJUKAN

RUJUKAN
Asniza Hamimi Abdul Tharim, Asmalia Che Ahmad & Abdul Muhaimin. (2012). Pengenalan
awal konsep 4R pengurusan sisa pepejal.

Hasanah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. (2012).
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and
Space, 8(5), 64-75.

Majlis Perbandaran Manjung. (30 April, 2022). Pengkomposan. Tarikh rujuk 6 April, 2022.
dari https://www.mpm.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengkomposan

Mohammad Tahir Mapa, Ubong Imang, Aliakbar Gulasan, Nordin Sakke & Abdul Hair Beddu
Asis. (2017). Elemen kitar semula ke arah tapak pelupusan mapan di Malaysia: Satu
penelitian di tapak pelupusan Kayu Madang, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Geografi, 5(1), 26-37.

Muhammad Addib Aiman. (18 April, 2020). Bab 7 Rawatan Sisa Pepejal. Anyflip. Tarikh
rujuk 6 Mei, 2022. dari https://anyflip.com/xmiy/iova/basic/

Rohaya Ab Ghani. (2018). Analisa Kos dan Kelestarian Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Jenis
Sanitari. Tarikh rujuk 6 April, 2022. dari https://bic.utm.my/files/2018/08/ROHAYA-
_ANALISA-KOS-DAN-KELESTARIAN-TAPAK-PELUPUSAN-SISA-PEPEJAL-JENIS-SANITARI.pdf

Supli Effendi Rahim, Hashimah Alimon, Nurul Bahiyah Abd Wahid & Jasmin Barus. (2010).
Penentuan Jenis Tumbuhan dan Media Penurasan dalam Rawatan Air Kumbahan Domestik
menggunakan Teknologi Kolam Tanah Basah Buatan. Journal of Science and Mathematics
Letters, 2(2), 29-38.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version