The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU,
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU,
JENIS KESUSASTERAAN MELAYU,
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU,
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
MANIFESTASI AKAL BUDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 837-3-alya, 2022-03-26 05:02:37

BMMB1104-TUGASAN 1-NURUL ALYA FARZANA BT ABDUL LATIF(F2J)

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU,
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU,
JENIS KESUSASTERAAN MELAYU,
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU,
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
MANIFESTASI AKAL BUDI

BMMB1104

KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN

MELAYU

NURUL ALYA FARZANA BT
ABDUL LATIF

TAKRIF KESUSASTERAAN

MELAYU

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil tentang sesuatu karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kesusasteraan Melayu ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005),
kesusasteraan merupakan seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa.
Kesusasteraan juga ialah hasil seni atau karya tulisan yang terdiri dari pelbagai
bentuk iaitu dalam bentuk prosa atau puisi yang memiliki keistimewaan yang
tersendiri. Dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan
dalam bahasa Sanskrit ialah susastera. Susastera yang bermaksud huruf atau
buku indah. Dari segi makna umum sastera membawa maksud bahasa yang
digunakan dalam kitab-kitab. Selain itu, ia merupakan hasil karya yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu malahan perkembangan masyarakat yang
semakin maju pada masa kini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera
dalam kehidupan masyarakat. Peralihan yang telah berlaku menjadikan sastera
merupakan satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada hari ini sastera
telah berubah dimana ia telah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan
hak cipta berbeza dengan masa dahulu iaitu sastera merupakan hak milik
bersama.

Maksud kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga adalah sama dengan
maksud kesusateraan dalam Bahasa Inggeris iaitu literature. Perkataan literature
diambil daripada perkataan literate yang membawa erti huruf dan abjad. Literature
dalam bentuk asalnya digunakan dalam tatabahasa dan puisi.

Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata dasar “sas-“ membawa
maksud mengarahkan, dan memberi tunjuk ajar manakala untuk perkataan “-tra”
merujuk kepada alat. Secara khususnya, apabila kedua kata dasar ini digabungkan
maka terhasilah perkataan alat mengajar. Sastera dapat digambarkan sebagai
peribadi berupa pengalaman, pemikiran, idea, perasaan, semangat, ataupun
keyakinan yang dapat digambarkan dalam bentuk konkrit yang membangkitkan
sikap melalui pengantara bahasa sama ada yang berkualiti atau tidak berkualiti.

BENTUK KESUSASTERAAN

MELAYU

Bentuk Kesusasteraan Melayu yang pertama ialah sastera rakyat.
Merupakan hasil-hasil kreatif yang memiliki daya ciptaan imaginasi
pencipta yang memaparkan nilai-nilai pandangan dunia itu sendiri.
Masyarakat pula ialah sekumpulan manusia yang hidup dan bersifar
primitif manakala rakyat ialah orang biasa yang hudup secara olektif bagi
membentuk satu keluarga yang besar, Kedua-dua ini hidup bersama-
sama dan dalam kumpulan serta menerapkan nilai kemasyarakatan yang
berpegang kuat pada budaya tradisional. Menurut Zaidan (2000:182),
sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut dan
karyakebudayaan lisan mereka memiliki isi yang selari dengan sastera
tulisan dalam masyarakat moden.

Selain itu, cerpen. Cerpen ialah dua perkataan yang ddigabung
iaitu cerita dan pendek. Berkembang melalui aktiviti menulis surat
khabar Melayu malahan cerpen tidak hanya menggambarkan tingkah
laku, perasaaan, pandangan, dan fikirang pengkarya serta
membayangkan tentang suatu zaman dari segi masalah sosial, politik,
atau ekonomi.

Seterusnya, novel ialah prosa yang direka dengan bentuk yang
panjang yang mengandungi sebahagian daripada sebuah kehidupan.
Istilah novel asalnya dari Itali iaitu novella yang bererti benda kecil yang
baharu. Novel juga menceritakan kejadian yang dipusatkan sebahagian
daripada kehidupan manusia mengikut masa dan suatu tempat tertenu.

Selanjutnya, pantun merupakan kaedah rangkapan yang paling
lama dan merupakan kepunyaan masyarakat Melayu sebelum
masyarakat Melayu tahu cara menulis surat. Mereka juga tahu berbalas-
balas pantun (Za’abaa, 1978). Ia mempunyai dua, rangkap, empat
rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun
berkait. Dalam kata lain, pantun memiliki maksud tersendiri dan
pembayang pada setiap rangkap

Yang kelima, ialah gurindam yang merupakan satu bentuk puisi Melayu
tradisional seperti apa yang Raja Ali Haji telah kenalkan melalui gurindam
dua belas. Gurindam beasal daribahasa Tamil iaitu iradam, keridam, yang
merupakan puisi secara terbuka. Pada pandangan Za’baa gurindam ialah
syair yang Panjang yang ada sukatan atau rangkapan malahan memiliki
isi yang adanya fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang sebagai
nyanyian.

Kemudian, syair. Syair ialah sejenis puisi berlagu dan asal usulnya
dari Parsi dan dibawa masuk ke Nusantara sekali dengan kedatangan
Islam. Ia telah diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat Melayu klasik
pada masa itu. Pada pendangan A. Teeuw, syair ialah puisi Melayu lama
yang telah lama wujud tetapi mengalami perubahan padanya.

Yang ketujuh ialah seloka yang perkataan asalnya ialah dari bahasa
S anskrit iaitu shloka yang bermakna berseloroh, berjenaka atau
menyindir. I amula diperkenalkan di alam Melayu semasa perkembangan
agama Hinddu di rantau Asia Tenggara. Ia memiliki corak yang
berangkap dan berirarama dan merupakan unsur bidalan, pepatah dan
perumpamaan yang terselit unsur jenaka dan sindiran. Tetapi sindiran
yang diselitkan amat berguna untuk dijadikan pengajaran.
Akhir sekali, ialah sajak. Merupakan genre yang terdapat dalam puisi
moden. Sajak merupakan puisi moden yang bebas dan terikat pada
sesuatu pola tertentu. Sajak mementingkan pengucapan perasaan
melalui pemilihan dan pemakaian kata-kata yang saling tekait dengan
erti dan irama. Menurut H. B. Jassin (1983), sajak adalah pengucapan
yang terkandungnya perasaan dan adanya fikiran dan tanggapan.
Tambahan lagi, sajak merupakan suara hati atau luahan penyair dan
sajak wujud menerusi jiwa dan perasaan. Sajak yang baik membawa
gagasan serta pemikiran yang boleh dijadikan teladan dalam masyarakat
dan terhasil daripada kata-kata yang baik

JENIS KESUSASTERAAN

MELAYU

Jenis Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada empat iaitu prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bererti serius dan
abadi nilainya, mempunyai mutu yang tinggi, memiliki gaya yang
sederhana, adanya ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut
waktu. Dalam konteks ini, prosa tradisional adalah bentuk kesusasteraan
yang masih ada sehingga hari ini dan dijadikan sebagai sumber
pengajaran atau pengenalan orang Melayu terhadap orang luar. Prosa
tradisional sedikit berbeza dengan sastera lama kerana ianya bersifat
sementara. Hal ini demikian kerana, karya yang baru dihasilkan akan
menggantikan karya yang lama tetapi prosa tradisionaal ialah sastera
yang boleh diwarisi walaupun karya itu sudah lama diterbitkan. Pada
awalnya, prosa tradisional menerima pengaruh Hinddu dan Buddha
tetapi kurang menyumbang terhadap perkembangannya kerana bahasa
yang digunakan dalam kisah-kisah tersebut susah untuk diterjemah dan
jauh daripada gaya hidup orang Melayu. Hal ini demikian kerana mereka
menggunakan bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno.

Apabila kedatangan Islam pada abad ke-14 hingga ke-16,
berlakunya perkembangan yang positif dalam prosa tradisional dan
disebabkan itulah wujudnya tulisan Jawi yang merupkan tulisan penting
penganut yang beragama Islam. Pada awalnya, Islam mulai bertapak di
istana dan menyebarkan Islam di istana. Kemudian, istana memainkan
peranan sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik yang
utama. Raja akan memerintahkan pengkarya untuk mengarang karya
dan hikayat yang dihasilakan tidak terhad dalam bidang kesusasteraan
malahan agama, perubatan, sejarah dan sebagainya turut dikaitkan.
Prosa tradisional disampaikan melalui bahasa dan bertujuan
menghubungkan falsafah pencipta dan penerimanya.

Selain itu, prosa moden. Merujuk Annas Hj. Ahmad (1988:152), selepas
tahun 1800 hasil karya sastera masih tergolong dalam prosa moden
Prosa moden merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis
menggunakan ayat-ayat biasa iaitu adanya penggunaan tatabahasa
mudah. Ia akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa moden adalah
satu bentuk kesusastera yang lebih mudah difahami daripada puisi.

Seterusnya, puisi tradisional ialah warisan bahasa Melayu yang
sangat unik. Menurut Abdul Halim Ali (2004:2), puisi telah sebati dengan
jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni dan adalag satu bentuk wadah
pemeliharaan adat, pembentukan sahsiah diri, ilmu mengenai agama,
hiburan dan sebagainya. Merupakan karya sastera paling awal bagi
semua bangsa di dunia dan orang Eropah menggunakan puisi untuk
menghasilkan dua buah epic, dan masyarakat Hinddu juga menggunakan
puisi.

Akhir sekali, puisi moden. Puisi moden berasal daripada poesis
yang bermaksud penciptaan. Zaaba mendefinasikan puisi atau karangan
yang memiliki rangka ialah khas digunakan untuk melafazkan fikiran
yang cantik dengan bahasa yang indah dan melakarkan kemanisan dan
keindahan bahasa. Sajak merupakan puisi moden. Sajak ialah puisi
moden yang bebas dan terikat dengan pola tertentu walaupun ada
masanya menceritakan ciri irama dan rentak. Sajak menitikberatkan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui penggunaan dan pemilihan
kata-kata yang menunpang antara satu sama lain mengikut erti dan
irama. Menurut Hashim Awang (1984), sajak merupakan puisi baharu
yang terkenal wujud dan menjadi pilihan kepada puisi tradisional.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

MELAYU

Ciptaan seni dalam kesusateraan Melayu sedikit berbeza daripada ciptaan
seni yang lain keran kesusateraan Melayu kerana medium untuk
menyampaikan kesusateraan Melayu disampaikan melalui bahasa.
Sekiranya tiada tujuan dan tidak ditujukan kepada seseorang individu
ataupun sekumpulan pembaca, kesusasteraan Melayu akan dianggap ianya
tidak bermakna. Kesusateraan yang dihasilkan perlulah memiliki unsur-
unsur yang positif dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang dapat
menggambarkan keistimewaannya.

Antara, ciri kesusasteraan Melayu yang pertama ialah keindahan.
Keindahan karya sastera akan terserlah apabila adanya penggunaan gaya
dan lenggok bahasa di dalam sesebuah hasil karya. Kesatuan unsur yang
membentuk suatu susunan atau struktur karya sehingga menjadi sesuatu
yang utuh dan bulat merupakan unsur penting yang mempengaruhi
keindahan hasil karya. Unsur-unsur yang ada di dalam sesebuah karya
seperti unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan penekanan akan
menjadikan hasil karya itu lebih indah dan menarik. Unsur-unsur yang
berbeza di dalam sesebuah karya memiliki fungsi tersendiri bagi membentuk
kesatuan yang utuh dalam sesebuah karya. Contohnya seperti, bentuk
penulisan novel dan penghasilan puisi adalah berbeza kerana kedua-dua
hasil karya tersebut memiliki unsur dan cara penghasilannya yang tersendiri.

Selain itu, mencerminkan pengalaman. Maksud mencerminkan
pengalaman ialah tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang
digambarkan melalui realiti. Perkataan realiti merujuk kepada sesuatu
keadaan nyata kepada manusia manakala bagi perkataan utuh merujuk
kepada perasaan, imaginasi, dan fikiran. Pengalaman dalam karya yang telah
dihasilkan akan diceritakan dalam bentuk bahasa. Hal ini demikian kerana,
bahasa ialah alat peranti yang membolehkan pengkarya meneruskan fikiran,
perasaan dan berimaginasi bagi memastikan pembaca dapat menghayati,
memikirkan dan merasakan perkara yang ingin disampaikan oleh pengkarya.

Seterusnya, ialah karya seni. Terdapat dua kategori bagi karya seni seperti
karya sastera dan karya bukan sastera. Karya sastera dan karya bukan
sastera memiliki tiga perkara yang membezakan kedua-dua karya tersebut
iaitu bersifat fiksyen. Bersifat fiksyen yang dinyatakan ialah karya sastera
yang telah dihasilkan adalah berdasrkan imaginasi pengkarya yang
diilhamkan daripada pengalaman atau tindakbalasnya terhadap alam realiti.
Untuk menghasilkan sesebuah karya sastera, daya imaginasi amatlah
penting kerana melalui dunia fantasi, karya yang dihasilkan akan dapat
dihayati oleh pembaca tentang kenyataan dan masalah yang terdapat dalam
sesebuah ke dalam bentuk konkrit. Yang kedua ialah nilai-nilai estetik iaitu
membolehkan isi hati diungkapkan dengan lebih jelas oleh pengkarya serta
mendalami karya yang dihasilkan. Seterusnya, tiga gaya bahasa yang khusus.
Tiga gaya yang khusus merupakan penggunaan bahasa dalam karya sastera
berlainan dengan karya bukan sastera. Karya sastera akan menarik untuk
dibaca dan pembaca akan menghayatinya kerana bahasa yang digunakan
dalam karya sastera lebih komples dan puitis.

Seterusnya, pengalaman seni. Melalui pengalaman seni, kandungan
dalam sastera dapat difahami menerusi peristiwa yang dialami. Pada masa
yang sama, seseorang pengkarya akan berasa puas hati terhadap karya yang
dihasilkannya apabila pembaca memahami maksud yang disampaikan dan
merasai perasaan pengkarya serta menerima hasil karya-karyanya. Akan
tetapi, menghayati dan merasai fikiran tentang karya yang dibaca adalah
tidak cukup bagi pembaca kerana pembaca perlulah menyedari akan nilai-
nilai yang terkandung dalam karya yang dihasilkan

FUNGSI KESUSASTERAAN

MELAYU

Kesusateraan Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu telah wujud
bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri. Dengan adanya sastera Melayu,
menunjukkan bahawa segala unsur yang dimiliki dalam sastera Melayu
digambarkan secara menarik. Keindahan sastera Melayu dapat dilihat
berdasrkan pada gaya bahasa, struktur cerita dan peranan dikdaktik yang
didukung oleh karya Melayu itu sendiri. Kesinambungan budaya pada suatu
Ketika dahulu dengan masa kini dapat dilihat melalui kisah-kisah daripada
karya sastera Melayu. Fungsi sastera Melayu melahirkan pemikiran yang
bijaksana. Dengan pemikiran ini akan membantu manusia untuk mencapai
kemajuan yang bersesuaian dengan kehidupan. Dalam kata lain, pemikiran
yang terdapat dalam sastera Melayu akan membentuk sosiolisasi
masyarakat dengan dengan terperinci dan pemikiran tersebut mestilah utuh
dan murni walaupun berada dalam pelbagai zaman selari dengan
perubahan zaman.

Fungsi sastera Melayu yang pertama ialah sebagai wadah hiburan.
Karya sastera yang dihasilkan dapat mewujudkan keseronakan dan hiburan
yang indah kepada pembaca apabila membacanya. Hiburan yang
dimaksudkan ialah dari segi kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak
yang indah. Kemampuan sesebuah karya sastera untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar, unsur jenaka dan sebagainya ialah hiburan yang
tercipta daripada kata-kata yang diungkapkan. Kepentingan fungsi hiburan
dalam sesebuah karya sastera misalnya seperti penglipulara. Penglipurlara
merupakan hiburan yang menjadi kegemaran dan diminati oleh masyarakat
pada suatu ketika dahulu. Salah satu karya yang menjadi kegemaran
masyarakat dahulu ialah pantun. Bahasa yang terkandung dalam pantun
memiliki keindahan yang menjadikannya disukai oleh masyarakat. Kualiti
hiburan yang dimiliki oleh karya sastera Melayu cukup banyak. Hal ini
demikian kerana, pelbagai cara dan bentuk yang terdapat dalam karya
sastera serta kaedah yang disampaikan dalam setiap karya sastera juga
adalah berbeza seperti adanya struktur bacaannya yang tersendiri yang
menjadikannya indah untuk dibaca. Setiap karya sastera yang ada memiliki
pelbagai variasi yang menambahkan fungsi hiburan. Kemampuan karya
sastera untuk bertahan sebagai wadah hiburan popular menunujukkan
bahawa terdapat banyak unsur hiburan dalam karya sastera.

Selain itu, sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan harian. Alat
kawalan sosial dalam kehidupan rakyat dapat dilihat dalam karya
sastera Melayu menerusi cerita rakyat. Hal ini demikian kerana,
kebanyakkan cerita rakyat yang dihasilkan akan memperlihatkan
sesuatu perkara sama ada perkara tersebut boleh dilakukan ataupun
tidak boleh dilakukan. Contohnya, seperti kesan yang akan dihadapi
sekiranya menderhaka terhadap kedua-dua orang tua seperti mana
yang terdapat di dalam kisah Si Tanggang malahan tidak salah sekiranya
seseorang berangan-angan tentang sesuatu perkara yang diingini tetapi
biarlah adanya usaha untuk mencapai angan-angan tersebut sekiranya
tidak berbuat demikian seseorang itu akan menjadi sepertin Mat Jenin.
Tambahan lagi, terdapat karya sastera yang boleh dicontohi seperti
seperti kebijaksanaan seekor kancil dlam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh rakan-rakan haiwannya. Cerita rakyat memaparkan
masalah yang berlaku dan mengajar cara menyelesaikan sesuatu
masalah yang berlaku. Kemudian, adanya tokoh-tokoh daripada kisah-
kisah lagenda yang dijadikan inspirasi dan ikutan kepada masyarakat.
Misalnya seperti adanya tokoh-tokoh yang menjadi sanjungan oleh
masyarakat. Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam karya sastera boleh
sahaja terdiri daripada pahlawan, tokoh agama, peneroka yang
meneroka pelbagai jenis tempat dan sebaginya. Melalui kisah-kisah
tokoh tersebut, terdapat pelbagai nilai yang dipaparkan antaranya
seperti semangat mempertahankan tanah air, menyumbangkan jasa
kepada negara, memiliki kekuatan yang luar biasa dan lain-lain lagi.
Secara tidak langsungnya, perkara ini akan menanam semangat tidak
mudah putus asa dalam kalangan pendengar dan menyemaikan
semangat cinta akan tanah air. Berdasarkan kesemua cerita-cerita
rakyat, dapat dilihat bahawa banyak nasihat dan teladan yang
ditunjukkan.

Seterusnya, fungsi karya sastera ialah alat pendidikan. Karya-karya
sastera yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman
pengkarya dan diterjemahkan dan diterangkan oleh mereka melalui
kisah-kisah yang mereka tulis. Pelbagai bidang ilmu yang diceritakan
oleh mereka seperti agama, politik, ekonomi dan sosiologi. Pengalaman
yang dilalui oleh pengarang dijadikan prosa dan puisi serta diselitkan
unsur moral, pengajaran atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam karya sastera maka akan
terjadinya proses pendidikan secara tidak langsung. Kesusasteraan
Melayu dapat menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Pada
tahun 1957, mata pelajaran kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan.
Ia diperkenalkan kerana ingin membolehkan pelajar menjiwai unsur
dan nilai moral dari segi kemanusiaan, kebudayaan, kerohanian dan
sebagainya malahan Pendidikan Kesusasteraan Melayu melambangkan
masyarakat kesenian yang kreatif kerana boleh menguasai kemahiran
berbahasa Melayu serta mengkaji keindahan karya sastera. Pada
peringkat sekolah, Kesusasteraan Melayu merupakan cabang ilmu dan
senjata kerana perkembangan disiplin ilmu selari dengan konsep
bahasa merentas kurikulum sekolah. Kemudian, teknik penulisan
ilmiah, rencana, dan penulis akan didedahkan kepada pelajar yang
menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar juga dapat
mengetahui mengenai dunia penerbitan dan penyiaran kerana kedua-
dua ini merupakan matlamat untuk membudayakan Bahasa Melayu
melalui sistem pendidikan di IPT. Oleh itu, buku-buku teks pelajar dan
buku rujukan pelajar IPT mestilah menyelitkan unsur Kesusasteraan
Melayu dan menjadi bacaan wajib kepada pelajar kerana ia akan
mendidik dan meninggalkan kesan positif kepada pelajar dalam
pendidikan.

Selanjutnya, fungsi cerita rakyat dapat dijadikan sebagai medium
menyampaikan dakwah. Dakwah merupakan pesanan yang
disampaikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk atau
saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Bentuk dan saranan
dakwah disampaikan melalui bahasa. Terdapat ciri-ciri penting yang
membentuk pandangan sastera adalah nilai positif dan realistik yang
menghayati sesuatu sebagaimana adanya. Sastera yang terdapat dalam
Islam mestilah bersifat realistic dan jelas dalam kata lain melihat apa
adanya (Siddiq Fadzli, 2012). Sastera juga menekankan peranannya
untuk membimbing dan mendidik manusia. Pembangunan sastera
Islam di Tanah Melayu telah disebarkan oleh pengaruh dakwah dan
pengislaman masyarakat secara meluas pada abad ke-13 dan ke-16
Masihi. Gerakan Islamisasi dilakukan pada abad ke-13 dan telah
membawa perubahan penting dalam Kesusasteraan Melayu. Kesan
daripada penyebaran Islam telah membawa perubahan dalam dan
daripada kesan inilah telah memulakan sejarah persuratan Melayu-
Islam serta mewujudkan umat baharu beserta pandangan agama dan
kebudayaannya. Menerusi lakaran tamadun dunia Islam yang telah
dibuat oleh Malik Bennabi, memperlihatkan kedudukan dunia Melayu
diiktiraf sebagai wilayah tamadun Islam yang berkeperibadian Melayu-
Islam (Siddiq Fadzli, 2012). Dalam kertas kerja yang telah dibuat oleh
Ismail Hamid dengan tajuk Ciri-ciri Cereka Keislaman mengemukakan
beberapa ciri yang dapat diaplikasikan untuk menetukan sesebuah
karya sastera itu digolongkan sebagai sastera Islam dan bertindak
sebagai menyampaikan dakwah atau tidak seperti kisah-kisah yang
terdalam di dalam al-Quran telah digubal kembali oleh pengarang-
pengarang Islam seperti dalam bentuk antologi kisah-kisah nabi yang
pelbagai bentuk yang boleh menghasilkan kisah bercorakan Islam.

Kisah-kisah tersebut menyebabkan terjadinya dasar titik tolak penulisan
cereka Islam. Ismail Hamid menyimpulkan bahawa ciri-ciri cereka Islam
mestilah menitikberatkan tentang amanat dan kepentingan fugsi dalam
cereka tersebut. Sarjana telah melakukan sumbangan sastera Islam
dalam pembentukan akhlak manusia Melayu kerana ingin melihat dan
mengukur sejauh mana sumbangan sastera Islam dalam perkara
tersebut. Dengan adanya pegangan terhadap konsep sastera Islam,
teks-teks sastera Islam tidak lagi terbatas seperti kisah-kisah para nabi,
tetapi ia telah terbuk kepada pelbagai cereka seperti syair, pantun, puisi,
gurindam dan sebagainya. Terdapat juga bentuk syair yang
menyampaikan nilai-nilai Islam seperti Syair Perahu yang telah
dihasilkan oleh Hamzah Fansuri bagi menyampaikan ajaran Islam.
Kebanyakkan syair yang dikarang oleh beliau berunsurkan tentang
kematian dan seksaan Allah SWT di hari akhirat. Sekiranya antologi
sajak-sajak yang memiliki ajaran Islam dijadikan teks sekolah ianya
mampu membimbing dan mendidik akhlak generasi muda secara tidak
langsung. Sebenarnya banyak karya-karya sastera yang dihasilkan
mempunyai penuh dengan nilai-nilai mendidik kerana masyarakat
dapat memperbaiki akhlak melalui kisah-kisah para nabi malahan
memantapkan lagi keimanan dalam diri seseorang. Kisah-kisah lain
yang terdapat dalam genre syair, pantan, gurindam, puisi dan
sebagainya yang memiliki fungsi masing-masing.

Akhir sekali, sebagai medium kritikann sosial. Hal ini dikatakan
begitu kerana, karya sastera merakamkan sesuatu yang luar biasa dan
perkara biasa tetapi telah diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah
sifatnya. Selain itu, sastera merupakan gambaran kehidupan iaitu
dimana kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut
pandang yang berlainan diselongkar. Segala perkara yang diterangkan
dalam karya sastera adalah perkara yang pernah terjadi, sedang terjadi
dan yang kemungkinan akan terjadi dalam trealiti manusia kerana
Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya mengatakan bahawa
sastera merupakan gambaran kehidupan manusia.

Karya sastera yang dihasilkan sebenarnya memfokuskan masyarakat,
kehidupan dan manusia kerana ketiga-tiga perkara ini saling berkaitan
antara satu sama lain. Terdapat pelbagai susun lapis dan kehidupan
yang menyebabkan terbentuknnya jurang antara masyarakat dan
mempengaruhi tindakan dan adab sama ada dengan tujuan untuk
mengkritik, memberi teguran, atau menyampaikan mesej. Tambahan
pula, pelbagai jenis watak dan peranan yang dimiliki oleh sesebuah
masyarakat tetapi akan ada suatu masa masyarakat tidak dapat
melaksanakan sesuatu tugas itu dengan baik dan menepatinya.
Tamsilnya, seperti konsep perjuangan dalam sesuatu perkara yang
dilakukan dan menegakkan sesuatu biarpun terpaksa mengorbankan
sesuatu yang berharga

MANIFESTASI AKAL

BUDI

Puisi tradisional merupakan satu elemen penting bagi
menguangkapkan pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu ketika
berkomunikasi. Puisi tradisional merupakan cerminan kehalusan budi,
ketinggian ilmu serta merupakan pemikiran masyarakat Melayu pada
masa dahulu Ketika berbahasa. Hal ini demikian kerana, akal budi
mencerminkan pemikiran, perbuatan, dan tingkah laku seseorang
individu yang mendokong kehalusan jiwa dan keindahan. Perbuatan,
tingkah laku seseorang dan pemikiran dapat diungkapkan dalam
pelbagai rupa, namun yang paling penting ialah bentuk penghasilan
karya seni seperti sastera. Akal budi juga menggambarkan perasaan,
kesedaran, dorongan dan keyakinan dan terdapat bukti yang boleh
dilihat bagi perkara tersebut seperti pertuturan, perlakuan, kehalusan
berbahasa dan gaya hidup. Berlakunya proses penggunaan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan, bagi menyelesaikan masalah dalam akal dan pemikiran.

Manifestasi akal budi dapat dilihat dalam empat aspek iaitu
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya bahasa.

Antaranya ialah pemikiran. Merupakan proses adanya penggunaan
minda dalam mencari erti dan memahami sesuatu dengan menerokai
pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar
bagi memutuskan sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah.
Segala perkara tersebut kemudiannya akan dibuat refleksi terhadap
sesuatu perkara yang dilalui. Pada pandangan Islam, peranan akal
adalah untuk memerhatikan tenaga agar minda boleh berfungsi.
Seseorang yang menggunakan akal untuk menuntut ilmu akan
dipandang tinggi oleh masyarakat. Pandangan pemikiran masyarakat
Melayu akan mengungkapkan perkembangan budaya Melayu yang
selari dengan alam pemikiran sosial seperti akal fikiran, akal budi, dan
alam ilmu yang menunjukkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan.

Selain itu, pertuturan. Pertuturan dapat dilihat dari segi kesantunan.
Santun ialah menggunakan halus budi bahasa atau berbudi pekerti dan
tiada perselisihan antara orang bertutur dengan pendengar. Menurut
takrifan Awang Sariyan (2007), kesantunan adalah penggunaan bahasa
yang baik dan bersopan Ketika bertutur dengan seseorang.

Seterusnya, perlakuan merupakan perbuatan. Masyarakat Melayu
sememangnya terkenal dengan tingkah laku yang beradab. Buktinya
dapat dilihat Ketika mereka melayani tetamu yang datang berkunjung
dengan mengutamakan tetamu. Karya sastera yang sinonim dengan
perkara tersebut ialah seloka Mak Si Andang yang berkisarkan tentang
tetamu. Tambahan pula, kisah rakyat tentang pergaduhan yang berlaku
antara Hang Jebat dengan Sultan kerana Hang Jebat ingin membalas
dendam tentang perkara yang telah Sultan lakukan kepada Hang Tuah.
Melalui contoh-contoh tersebut masyarakat mestilah menjaga tingkah
laku tidak kiralah daripada pelbagai umur, latar belakang, pangkat dan
lain-lain lagi.

Akhir sekali, gaya hidup. Gaya hidup bererti cara seseorang
individu atau kumpulan menjalani kehidupan seperti kehidupan
mewah, sederhana dan sebagainya dan definisi untuk gaya hidup ialah
perihal hidup. Akal budi dalam kehidupan seharian dapat dilihat
menerusi agama, kepercayaan, adat istiadat, hubungan kekeluargaan,
kesenian dan penerapan nilai-nilai moral.

AKAL BUDI DALAM
PANTUN

Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera
masyarakat Melayu kerana pantun boleh dikaji dan
dianalisis dari struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi,
pemikirab, tingkah laku, falsafah hidup yang dianuti dan
aktiviti harian. Fungsi pantun untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan. Masyarakat Melayu merupakan
pemilik asal pantun sebelum adanya utusan surat-menyurat.
Dalam apa jua bentuk fizikal. Pantun ialah pengungkapan
yang mengandungi pembayang maksud. Contohnya:

Payah kami menabur padi,
Nenas juga ditanam orang,
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran yang terkandung dalam pantun tersebut ialah makna
tersirat yang terselit. Terdapat juga pemilihan dan penggunaan kata yang
tepat untuk mengungkapkan idea dalam pantun tersebut. Unsur pembayang
yang digunakan ialah berunsurkan alam iaitu buah nenas dan padi. Padi
merupakan tumbuhan yang isi atau buahnya dijadikan beras. Pokok padi
dapat ditanam di kawasan yang berair dan di kawasan kering. Pantun ini
menjelaskan keadaan padi yang dianggap dapat memberikan pelbagai jenis
manfaat kepada manusia. Ia juga menunjukkan sifat seseorang yang tidak
berasa bangga menunjukkan kehebatan diri untuk tontonan masyarakat
sama seperti yang padi yang luarannya terlihat biasa tetapi dalamannya
memiliki isi yang berwarna putih dimana isi tersebut menunjukkan
keistimewaan dan kehebatan yang dimilikinya. Isi padi yang berisi juga
menunjukkan biarpun ia berisi tetapi tetap berada di dalam sekamnya
berbeza pula dengan nenas yang memiliki bau yang harum dan berwarna
kuning apabila masak. Bau yang dikeluarkan oleh nenas menunjukkan
seseorang yang berasa bangga menunjukkan kehebatan dan kemegahan diri
kepada masyarakat. Nenas juga diibaratkan seperti emas dimana
masyarakat lebih tertarik untuk memilihnya dan menjadi rebutan
masyarakat. Berdasarkan perumpamaan dalam pantun ini, jelas
menunjukkan nasihat dan teguran yang ingin disampaikan kepada
masyarakat agar masyarakat lebih mengutamakan budi kerana jika dibuat
perbandingan nilai budi adalah lebih tinggi dan berharga berbanding emas.
Perumpaan ini menunjukkan bahawa budi pekerti yang tinggi tidak boleh
diwarisi. Jika padi dan dibuat perbandingan, sudah semestinya nenas
menjadi pilihan kerana ia memiliki bau yang harum, makanan ringan yang
bersifat pencuci mulut dan bukannya makanan ruji yang dapat
mengenyangkan perut seperti padi. Biarpun, nenas memiliki banyak
kelebihan dari segi rupa luarannya dan mempunyai rasa yang manis namun
apa yang ingin ditunjukkan di dalam pantun ini sudah semestinya padi lebih
bermanfaat jika dibandingkan dengan nenas. Kesimpulannya, akal budi
dapat mengajar masyarakat supaya jangan mengejar atau memilih sesuatu
berdasarkan luaran semata-mata seperti harta tetapi lebih mengutamakan
sifat orang yang berbudi dan merendah diri

AKAL BUDI DALAM
SYAIR

SYAIR PERAHU KARYA HAMZAH FANSURI

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu mudah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I’ktikaf di perbetul sesudah.

(Rangkap 1)
Dalam syair ini, pengarang ingin menekan tentang aspek budi. Syair ini
dihasilkan untuk membimbing perjalanan hidup seseorang ketika di dunia
demi menyiapkan diri di akhirat nanti. Pengarang juga mengajak masyarakat
untuk selalu berfikir demi membaiki iman kerana dengan iman yang teguh
dan jalan tauhid yang yang betul akan menjadikan seseorang berjaya dan
selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tidaklah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

(Rangkap 2)
Rangkap kedua ini, pengarang menyeru untuk mengenali diri sendi kerana
jika sudah kenal akan diri sendiri maka secara tidak langsungnya akan
mengenali Allah SWT iaitu Sang Pencipta. Dalam syair ini, kehidupan
manusia ibarat sebuah perahu yang terpaksa menempuhi liku-liku
kehidupan di dunia yang hanya sementara dengan pelbagai rintangan dan
dugaaan yang mendatang seperti perahu yang dipukul ombak. Ombak
melambangkan ujian dan rintangan dan perahu diibaratkan seperti
seseorang manusia. Syair ini mengharapkan agar seseorang bersedia
menghadapi dugaan dunia yang tidak kekal tetapi jika Berjaya menempuhi
dugaan ini, ganjaran yang indah dari Allah SWT kepada individu akan kekal
dan tidaak akan hilang. Ganjaran yang dimaksudkan ialah Syurga Allah SWT.

AKAL BUDI DALAM
SELOKA

SELOKA PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak pandir juga menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

Di dalam seloka ini, Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat
Melayu yang memiliki sifat-sifat negative dan sifat tersebut dijadikan jenaka
dan sindiran di dalam seloka. Sikap Pak Pandir mewakili sikap masyarakat
Melayu. Pak Pandir dikatakan seseorang bernasib malang. Sikap Pak Pandir
dapat dilihat apabila dia lebih suka mengutamakan orang lain. Contohnya
ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Menjelaskan bahawa Pak Pandai
mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya dan pihak yang bukan
darah dagingnya diberi layanan yang istimewa. Selain itu, tidak menyedari
kelemahan diri. Misalnya, “tak sedar bertelanjang”. Sekiranya Pak Pandir
tahu akan keadaan dirinya yang tidak berpakaian sudah pasti bahagian yang
terdedah akan segera ditutup. Disebabkan beliau tidak sedar akan hal itu,
dia membiarkan sahaja. Gambaran ini menjelaskan bahawa Pak Pandir
ibarat tidak tahu akan kelemahannya lantaran perkara itu, dia tidak mampu
membaiki kelemahannya. Ia juga merupakan suatu kritikan halus tentang
sikap tidak menyedari kelemahan diri. Pak Pandir juga lebih mempercayai
kata-kata daripada pihak luar. Pak Pandir mudah mempercayai kata-kata
orang. Kemudian, Pak Pandir digambarkan merana disebabkan pihak lain.
Buktinya dapat dilihat pada “Mulut kena suap pisang”. Pada baris “hartanya
habis tergadai” menjelaskan bahawa Pan Pandir tidak tahu menguruskan
hartanya atau boleh diterangkan bahawa Pak Pandir ini seseorang yang
boros. Dia memiliki banyak harta tetapi telah menggdaikannya atau terdapat
spekulasi bahawa Pak Pandair suka berjudi. Hal ini kerana, jika seseoang
kalah Ketika berjudi, harta yang dimiliki perlu diserahkan kepada seseorang
yang memenangi permainan tersebut

AKAL BUDI DALAM
GURINDAM

GURINDAM DUA BELAS
Ini Gurindam Fasal yang Ketiga

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memlihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi pada fasal tiga ini pengarang menerangkan kepada pembaca
bahawa memelihara anggota diri adalah sangat penting serta mengamalkan
budi pekerti dalam kehidupan kerana dengan memelihara diri seseorang
dipandang baik oleh masyarakat. Hal ini menyebabkan seseorang itu hidup.
Gurindam ini menerangkan mata mestilah dipelihara sebaik-baiknya supaya
tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang Tuhan. Apabila seseorang
memlihara pandangannya, dia tidak akan mudah untuk melakukan sesuatu
perkara buruk yang telah dilihatnya. Selaian itu, apabila telinga dipelihara,
seseorang akan dijauhi daripada mendengar sesuatu hasutan dan kejian
yang dilemparkan terhadap orang lain serta terhindak daripa mendengar
kata-kata yang tidak benar yang boleh mengundang fitnah. Seterusnya,
memelihara gerak-geri tangan daripada mengambil sesuatu barang yang
bukannya menjadi hak kita kerana barang yang diambil tanpa kebenaran
akan dianggap sebagai perbuatan mencuri dan sekirannya barang itu
digunakan maka tidak berkat kehidupan seseorang itu. Allah SWT tidak
menyukai seseorang yang mengambil hak orang lain tanpa keizinan pemilik.
Kemudian, apabila kita sedang menikmati makanan haruslah beringat untuk
menjaga nafsu agar tidak terlebih makan kerana akan mendatangkan kesan
yang buruk kepada anggota badan. Hal ini demikian kerana, makan secara
berlebihan menyumbang pelbagai penyakit kepada anggota badan.
Kehidupan seseorang mestilah dijalani dengan penuh semangat kerana hati
dan nafsu perlu dikawal kerana akan menyebabkan orang hilang
pertimbangan. Seseorang juga haruslah memlihara pergerakan kaki agar
tidak menuju ke tempat yang tidak elok. Dalam kehidupan di dunia,
seseorang perlulah memelihara diri. Sekiranya diri dipelihara sudah tentu
diranya akan berada dalam keadaan yang selamat dan memiliki hati yang
tenang. Hal ini demikian kerana, itu merupakan hakikat kehidupan bagi
seseorang yang bergelar manusia.

KESIMPULAN

Tuntasnya, banyak aspek yang ditekankan dalam Kesusasteraan
Melayu seperti mendidik, membimbing, mengajar dan sebagainya.
Kewujudan kesusateraan Melayu telah membentuk masyarakat pada hari ini
berdasarkan nilai dan teladan yang dimilikinya. Oleh itu, kita mestilah
memlihara Kesusasteraan Melayu supaya boleh diwarisi oleh generasi akan
datang.

RUJUKAN

Azman Rahmat et.el. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Bumi Gemilang. (n.d.). Gurindam. Dalam Gurindam Dua Belas (Fasal yang
Ketiga). Tarikh rujuk 26 Mac, 2022, dari
https://www.bumigemilang.com/gurindam-dua-belas-fasal-yang-ketiga-k1-
antologi-jaket-kulit-kijang-dari-istanbul-komsas-bahasa-melayu-tingkatan-4/

Noreennnor. (n.d.). Pantun Budi.
https://www.scribd.com/doc/229988737/PANTUN-BUDI

Normi Mohd Dali. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sg Petani:
IPG Sultan Abdul Halim.

Normi Mohd Dali. (2022). Fungsi Sastera Melayu. Sg Petani: IPG Kampus
Sultan Abdul Halim.

LAMPIRAN









SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version