The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabeatulikhmar, 2020-06-14 04:56:04

Buli

Buli

Buli ialah tingkah laku agresif yang disengajakan, menya-
kitkan dan dilakukan berulang kali kepada seseorang indi-
vidu, dari segi fizikal, mental dan emosi.

Ciri-ciri kejadian membuli antaranya ialah mempunyai niat
bermusuhan, ketidakseimbangan kuasa dan berlaku beru-
lang kali

Jenis-jenis buli pula boleh dikategorikan kepada empat iai-
tu buli fizikal, buli lisan, buli sosial dan buli siber.

Perbuatan buli fizikal ialah apa-apa yang melibatkan perbuatan
secara fizikal sehingga menyebabkan kecederaan atau kerosakan
harta terhadap mangsa buli

Contoh buli fizikal :
Memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan harta benda
orang lain dan memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara
yang tidak diingini

Punca perbuatan buli fizikal:
Rasa tidak puas hati, inginkan perhatian,

Pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga,pentingkan diri sendiri,

suka melanggar peraturan dan rasa cemburu.

Buli lisan ialah apa-apa buli yang dilakukan dengan percakapan

Contoh buli lisan :
Mengusik, menghina seseorang, menyebarkan khabar angin
yang berbentuk fitnah, mengancam dan juga mengejek orang
lain.

Punca gejala buli lisan:
Rasa tidak puas hati, inginkan perhatian, pengaruh rakan seba-
ya, masalah keluarga, pentingkan diri sendiri, suka melanggar
peraturan dan rasa cemburu

Buli sosial pula ialah perbuatan yang menyebarkan khabar an-
gin yang tidak benar tentang seseorang dengan tujuan untuk
memalukan, menyisihkan atau mendiskriminasikan mangsa.

Contoh buli sosial:
Meninggalkan seseorang sendirian dengan sengaja semasa ak-
tiviti berkumpulan dijalankan, menyebarkan berita yang tidak
benar tentang mangsa, menghasut rakan-rakan yang lain supaya
tidak berkawan dengan mangsa dan memalukan mangsa di
hadapan orang ramai.

Punca buli sosial:
Rasa tidak puas hati, inginkan perhatian,
Pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga,
Pentingkan diri sendiri, suka melanggar
peraturan dan rasa cemburu.

Buli siber ialah perbuatan mengancam, memalukan, meng-
ganggu, menakutkan dan menjatuhkan maruah seseorang me-
lalui medium elektronik seperti pesanan ringkas, perbuatan da-
lam talian (seperti chatting, e-mel, laman web

social, telifon bimbit atau permainan internet)

Contoh buli siber:

Memanjangkan (forward e-mel gambar atau video yang mengai-
bkan seseorang),menghantar pesanan ringkas yang kasar dan
biadab,menyebarkan pembohongan atau khabar an-
gin,memulaukan atau mengaibkan murid lain di media social,
menggodam akaun social murid lain dan memuatnaik gambar
yang memalukan mangsa.

Kesan buli siber ke atas seseorang:

Kemurungan dan tekanan emosi, hilang semangat untuk belajar,
antisosial, terlalu merendahkan diri sendiri (hilang keyakinan
diri), mudah terjebak dengan gejala sosial seperti menagih da-
dah,mengamuk, krisis identiti dan membunuh diri

Bagaimanakah cara untuk mencegah buli siber?

Amalkan keselamatan dalam menggunakan internet (lindungi
kata laluan iaitu password, tidak berkongsi butiran peribadi, tid-
ak memuat naik gambar atau komen yang memalukan diri
sendiri atau orang lain), didik anak anda atau murid tentang eti-
ka apabila melayari internet dan jangan lupa untuk log keluar
akaun anda selepas menggunakan komputer orang lain.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli
siber?

BERHENTI– Log keluar dari laman sosial yang menjadi tempat
berlakunya buli siber.

SEKAT-Sekat e-mel, mesej, komen dan individu yang
melakukan buli.Jangan balas kiriman/komen/mesej dari pem-
buli tersebut.

SIMPAN-Simpan mesej/komen/e-mel atau gambar tersebut un-
tuk ditunjukkan kepada ibu bapa atau guru sebagai bukti.

LUAHKAN– Luahkan dan dapatkan nasihat atau kaunseling
daripada seseorang yang anda percayai.

Cara elak dari terjebak dengan gejala buli:

Elakkan daripada menjadi penonton kegiatan buli
(mengelak daripada terpengaruh dan menjadi mangsa
buli)
Jangan ketawa semasa seseorang dibuli
Jangan melibatkan diri dari bergossip
Jangan menggunakan internet untuk menyakiti seseorang
Keluar dari kegiatan buli dan dapatkan bantuan
Mengetahu kekuatan diri anda bagi mengelak diri dibuli

Tips untuk mengelak diri dari dibuli:

Berkeyakinan diri yang tinggi

Pembuli suka membuli orang yang lemah dan tidak mela-
wan

Pembuli akan membuli terhadap orang yang sama beru-
lang kali jika pembuli fikir dapat membuli lagi terhadap-
nya.

Pembuli akan mendapat kepuasan jika mereka dapati ber-
jaya menyakiti seseorang.

Jangan terlalu menunjuk perasaan takut kepada pembuli

Cuba mengabaikan pembuli

Tukar subjek /topik untuk mengalih perhatian pembuli.

Kesan terhadap mangsa buli:

Mangsa buli akan menerima kesan secara fizikal atau emo-
si sama ada dalam tempoh masa yang pendek atau ber-
panjangan.

Kajian telah mendapati bahawa mangsa buli cenderung :

- merasa tertekan, cemas dan kesunyian

- mempunyai harga diri yang rendah

- sakit kepala, sakit perut, keletihan, dan kurang selera
makan.

- tidak hadir ke sekolah, tidak suka ber sekolah dan
mempunyai prestasi yang teruk

- berfikir untuk membunuh diri dan cubaan membunuh
diri

- risiko menghadapi kemurungan

Pesanan Cikgu untuk murid-murid yang dikasihi.

Elakkan diri dari menjadi mangsa buli dan jangan
menjadi pembuli terhadap orang lain. Setiap murid
mempunyai kelebihan/potensi diri yang boleh dijadi-
kan sebagai kekuatan diri . Yakin dengan diri anda.
Ini boleh menjadi banteng berlakunya kes-kes buli ter-
hadap diri sendiri.
Sekiranya menjadi mangsa buli, jangan takut untuk
meminta bantuan dan nasihat daripada orang yang
dipercayai.


Click to View FlipBook Version