The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK MENTU KPM-SK-Admin, 2026-02-05 05:41:42

SIRI 1 Koleksi Cerita Haiwan Teladan

SIRI 1 Koleksi Cerita Haiwan Teladan

KOLEKSI CERITACerita 1 : Kura-kura Ingin TerbangCerita 2 : Semut & Merpati yang Baik HatiCerita 3 : Sang Kancil & Monyet SombongAAkkiirraa DDoorraayyaakkiiE-book PDF(softcopy)HaSSiirrii 11iwan Teladan Haiwan Teladan3 dalam 1Mari membaca denganSUKU KATAMenarik dalam siri ini.


SIRI 1 KOLEKSI CERITA HAIWAN TELADANEDARAN PERTAMA: MEI 2022EDARAN KEDUA: NOVEMBER 2023EDARAN KETIGA: JUN 2025PENULIS: AKIRA DORAYAKIPEREKA KULIT BUKU: AKIRA DORAYAKIIKUTI KAMI DI:/akiradorayakionlineHAK CIPTA TERPELIHARATidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan iniditerbitkan semula, diplagiat, diedarkan atau dijual kepada pihakketiga tanpa kebenaran pihak penulis.NOTA PENTING: Boleh dicetak/print untuk tujuan pembelajarandi rumah. Sekiranya anda ingin menggunakan PDF kamisebagai bahan rujukan seperti di dalam kelas atau sekolah,hanya boleh diedarkan dalam bentuk bercetak sahaja.(TIDAK DIBENARKAN EDAR SECARA SOFTCOPY)Hormatilah usaha penulis dalam menghasilkan karya.Kejujuran anda sangatlah dihargai. Terima kasih.Penulis,Akira Dorayaki


Tips Membaca Bersama AnakTerdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapaketika membaca bersama-sama anak. Di sini kami kongsikanbeberapa tips ringkas sebagai panduan.1) Pilih buku/bahan bacaan yang sesuai.Bahan bacaan yang hendak dibaca bersama anak mestilahmenarik dan sesuai dengan usia anak. Contohnya, anakgemarkan cerita haiwan. Maka, pilihlah buku yang berkaitandengan kisah haiwan.2) Letak emosi dalam setiap cerita.Cuba baca cerita dengan nada berirama, ada intonasi naikdan turun agar si kecil berasa teruja dan tertarik untukmendengar.3) Libatkan anak semasa bercerita.Cuba tanya anak kemungkinan yang berlaku semasa sesibercerita. Sebagai contoh, apa yang berlaku selepas ini? Apapengajaran yang diperolehi?4) Masukkan bunyi.Buatlah kesan bunyi yang menarik perhatian. Kebabom!Opocot! Atau boleh cuba meniru bunyi haiwan ataupergerakan tertentu supaya anak tidak mudah bosan.5) Berseronoklah dan nikmati masa berharga.Cuba jadikan membaca bersama anak sebagai rutin harianatau mingguan. Sebelum tidur atau carilah masa terluang yangmembolehkan anda ada sesi ‘bonding time’ bersama.


KURA-KURA INGINTERBANG TERBANGAAkkiirraa DDoorraayyaakkiiE-book PDF(softcopy)Siri 1: Cerita 11


i pinggir sungai, ada seekor kura-kuramencari makanan. Dia berjalan sambilmelihat kawasan sekitar. Apabila kura-kuramendongak ke langit, dia ternampak seekorhelang terbang di langit.Helang itu terbang tinggi. Kelihatan gagahmengibarkan sayap. Sungguh membuatkankura-kura berasa cemburu.“Alangkah baiknya jika aku boleh terbangseperti helang,” kata kura-kura.Helang yang perasan kehadiran kura-kura,terbang turun ingin menyapa.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 2Cerita 1 : Kura-kura Ingin TerbangD


“Apa khabar kura-kura? Sudah lama kitatak berjumpa,” tegur helang.“Saya tidak berasa baik kerana sayasedang sedih,” jawab kura-kura denganlemah.“Mengapa kamu bersedih?” Tanya helanglagi.“Saya sedih kerana melihat kamu terbang.Alangkah baiknya jika saya juga bolehterbang.”“Saya boleh terbang kerana beginilahhabitat hidup saya. Lagipun, kamu haiwandarat yang tidak mempunyai sayap. Setiaphaiwan memiliki kelebihan yang berbezatermasuklah kamu,” balas helang.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 3Cerita 1 : Kura-kura Ingin Terbang


“Tidak! Jika kamu izinkan saya inginterbang bersama kamu.” Kura-kura tetapberdegil dan ingin terbang bersama helang.Helang berfikir sejenak. Terbang tinggi diudara terlalu bahaya buat seekor kura-kura.Namun, kura-kura sahabatnya. Helang takmampu menolak permintaan tersebut.“Baiklah. Saya boleh membawa kamuterbang. Tapi, kamu harus berjanji untukberhati-hati dan tidak takut padaketinggian,” pesan helang.Tanpa berfikir panjang, kura-kura punbersetuju.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 4Cerita 1 : Kura-kura Ingin Terbang


Helang pun mengibarkan sayapnya.Dia mencengkam badan kura-kuramenggunakan kukunya yang tajam.Mereka melayang tinggi terbang ke udara.Pada mulanya, kura-kura berasa terujakerana berjaya terbang. Namun, semakintinggi mereka terbang, semakin gayatkura-kura jadinya.Kura-kura begitu takut dan merontaronta ingin turun. Rontaan kura-kura yangkuat menyebabkan cengkaman helangterlepas.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 5Cerita 1 : Kura-kura Ingin Terbang


Cerita 1 : Kura-kura Ingin TerbangAkhirnya, kura-kura jatuh menjunam kebumi. Mujur juga tubuh kura-kura tercampakke dalam sungai.Semenjak kejadian itu, kura-kura berjanjitidak mahu terbang lagi. Dia mula sedar akankelemahan dirinya.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 6Pengajaran yang boleh dipelajari.1) Kita hendaklah berfikir dahulu sebelummengambil keputusan.2) Kita mesti belajar mengenali kelebihan dankelemahan diri.3) Sentiasa berfikiran positif dan bersyukurdengan nikmat yang Tuhan berikan.


SEMUT DAN MERPATIYANGBAIK HATI BAIK HATIAAkkiirraa DDoorraayyaakkiiE-book PDF(softcopy)Siri 1: Cerita 27


ada suatu hari yang panas, semut berasaletih dan dahaga. Dia menuju ke tebing sungaiuntuk minum air. Air sungai yang sejukmembuatkan semut hilang dahaga danberasa gembira.Tiba-tiba, semut tergelincir lalu terjatuhke dalam sungai. Semut yang tidak pandaiberenang hampir saja lemas. Dia cubamenjerit meminta tolong.Mujur ada seekor merpati ternampakkejadian itu. Tidak menunggu lama,merpati pun menggunakanakalnya. Dia menjatuhkansehelai daun ke dalam sungai.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 8Cerita 2 : Semut dan Merpatiyang Baik HatiP


Semut pun panjat ke atas daun tersebutdan berjaya naik ke tebing sungai. Dia berasalega dan mengucapkan terima kasih kepadamerpati.“Terima kasih merpati kerana selamatkansaya. Saya pasti akan membalas budi baikkamu,” kata semut.“Sama-sama, semut. Saya tidak perlukanapa-apa balasan. Niat saya ikhlas membantukamu,” balas merpati. Setelah mengucapkanselamat tinggal, merpati pun terbangmeninggalkan semut.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 9Cerita 2 : Semut dan Merpatiyang Baik Hati


Selang beberapa hari kemudian, adaseorang pemburu masuk ke dalam hutan.Pemburu itu ingin mencari haiwan buruanuntuk dibawa pulang.Secara kebetulan, merpatiterbang berhampiran laluhinggap di sebatang dahan.Tanpa membuang waktu, pemburu itusegera mengeluarkan senapang miliknya. Diamemasang niat untuk menembak merpati.Nasib baik semut ternampak perbuatanpemburu. Semut dengan berani menggigitkaki pemburu tersebut. Mendengarkanjeritan pemburu, merpati segera terbangmenyelamatkan diri.Cerita 2 : Semut dan Merpatiyang Baik HatiSiri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 10


Pemburu itu berasa kecewa. Dia beredarke tempat lain. Semut menghembus nafaslega kerana berjaya menghalau pemburuyang berniat jahat. Merpati sungguh terharu.Dia datang mendekati semut.“Terima kasih semut kerana kamu telahmenolong saya,” kata merpati denganperasaan gembira.“Tidak mengapa. Tempoh hari kamu sudahmembantu saya. Hari ini giliran saya pulamembantu kamu,” jawab semut. Merpatisungguh terharu.Cerita 2 : Semut dan Merpatiyang Baik HatiSiri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 11


1.Perbuatan baik hendaklah dibalas baik.2.Kita hendaklah berani dan tidak mintabalasan apabila melakukan kebaikan.3.Kita mesti menghargai sahabat dan belajarmengucapkan ‘terima kasih’.Cerita 2 : Semut dan Merpatiyang Baik HatiSiri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 12Mulai saat itu, semut dan merpati menjadikawan baik. Mereka sering mencari makanandan main bersama.Pengajaran yang boleh dipelajari.


SANG KANCIL DANMMOONNYYEET SOMBONGT SOMBONGAAkkiirraa DDoorraayyaakkiiE-book PDF(softcopy)Siri 1: Cerita 313


ada suatu pagi yang damai,Sang Kancil keluar mencari makanandi hutan. Sang Kancil ternampaksebatang pohon jambu yang rendang. Buahjambu masak begitu ranum. Sungguhmembuatkan Sang Kancil terliur. Dia mahumakan buah jambu tersebut.Di atas pokok jambu itu, tinggal seekormonyet yang nakal. Sang Kancil dengansopan meminta bantuan monyet. “Wahaimonyet, bolehkan kau berikan aku sebiji buahjambu?” pinta Sang Kancil.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 14Cerita 3 : Sang Kancil danMonyet SombongP


Malangnya, monyet engganmemberikan buah jambukepada Sang Kancil. Dia mengejekdan mentertawakan Sang Kancil.“Ha! Ha! Ha! Jangan harap! Aku tidak mahumemberikan buah jambu ini kepada kamu.Kalau kamu mahu makan, panjatlah sendiri,”kata monyet dengan sombong.Tiba-tiba, Sang Kancil mendapat akal.Mungkin dengan cara ini dia bolehmendapatkan buah jambu dari monyet.Tanpa membuang masa, Sang Kancil punmencari sebiji batu kecil. Batu kecil itudilemparkan tepat ke arah monyet.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 15Cerita 3 : Sang Kancil danMonyet Sombong


Apa lagi? Marahlah monyetdengan tindakan Sang Kancil itu.Tanpa berfikir panjang, monyetpun memetik beberapa buah biji jambu.Monyet membaling buah jambu itu ke arahSang Kancil. Mujur juga Sang Kancil pandaimengelak.“Ha! Ha! Ha! Padan muka, kamu sudah kenatipu! Lain kali jangan bersikap sombong,” kataSang Kancil dengan ketawa besar.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 16Cerita 3 : Sang Kancil danMonyet Sombong


Monyet terdiam melihat aksi SangKancil. Sungguh monyet tidak menduga akalSang Kancil. “Kamu terlalu nakal dansombong. Sekarang aku dapat makan buahjambu,” kata Sang Kancil dengan gembira.Sang Kancil pun segera memakan buahjambu itu dan beredar pergi. Meninggalkanmonyet sendirian di atas pokok.“Tidak sangka. Sungguh pandai Sang Kancilmemperdayakan aku,” keluh monyet seorangdiri.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 17Cerita 3 : Sang Kancil danMonyet Sombong


1.Kita hendaklah bercakap baik dan tidaksombong dengan orang lain.2.Sentiasa jujur dan ikhlas memberikanbantuan.3.Memperbaiki kekurangan diri dan mempunyaisifat empati.Siri 1 : Koleksi Cerita Haiwan Teladan - Akira Dorayaki 18Cerita 3 : Sang Kancil danMonyet SombongPengajaran yang boleh dipelajari.Monyet berasa begitu malu dengansikapnya. Mulai detik itu, monyet berjanjiuntuk tidak bersikap sombong dan sentiasaberbuat baik.


Click to View FlipBook Version