SULIT* 1
Bahagian A
50 Markah
1. Terangkan perbezaan usahawan, peniaga dan pengurus dari aspek definisi dan [6m]
sumbangan.
2. Berikan maksud sumbang saran dan nyatakan tiga peraturan dalam sumbang saran. [4m]
3. Huraikan tiga bentuk pakatan strategik. [6m]
4. Berikan maksud dan tiga kepentingan Rancangan Perniagaan . [4m]
5. Terangkan jenis-jenis lokalisasi bagi perniagaan produk kosmetik AVON di Malaysia. [4m]
6. Terangkan strategi memasuki perniagaan antarabangsa yang berikut: [4m]
i) Operasi Serah Kunci
ii) Kontrak pengeluaran
7. Huraikan empat kesan Kempen Belilah Barangan Malaysia terhadap industri kereta [4m]
tempatan.
8. Terangkan tiga objektif Perlindungan perniagaan antarabangsa. [6m]
9. Jelaskan dua pendekatan tindakan beretika kepada sesebuah organisasi perniagaan: [6m]
10. Pencemaran sungai oleh kilang-kilang di Pasir Gudang, Johor telah menjejaskan [6m]
kesihatan penduduk sekitarnya. Terangkan tiga hak pengguna yang boleh dituntut
oleh penduduk terlibat.
1
AKRAMPPJPNT SULIT
PERCUBAAN SEMESTER 3 2019
SULIT* 2
Bahagian B
(50 Markah)
Huawei Investment & Holding Co. Ltd.
Ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Ren Zhengfei, Huawei adalah sebuah pembekal global
yang terkemuka bagi maklumat dan komunikasi teknologi (ICT) infrastruktur dan peranti
pintar. Syarikat komited membawa teknologi digital untuk setiap orang, rumah dan organisasi
untuk sebuah dunia yang sepenuhnya disambung dengan teknologi pintar. Bermula dari Shenzhen,
China ke peringkat antarabangsa mempunyai hampir 188,000 orang pekerja dan beroperasi lebih
daripada 170 buah negara dan berkhidmat untuk lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. Huawei
adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Kesatuan Huawei Co. Ltd.
Syarikat melaksanakan skim saham pekerja yang melibatkan 96,768 pemegang saham pekerja.
Syarikat bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan termasuk pembekal, rakan kongsi,
pertubuhan-pertubuhan industri, komuniti sumber terbuka, organisasi piawaian, universiti dan
institusi-institusi penyelidikan seluruh dunia untuk memupuk kerjasama yang luas yang dapat
melahirkan kejayaan yang dikongsi bersama.
Kami menyediakan pelanggan industri dengan produk infrastruktur ICT terbuka, fleksibel
dan selamat. Sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu, syarikat telah berkembang dari pasaran
domestik ke peringkat antarabangsa di mana syarikat telah berjaya membina 1,500 rangkaian di
170 buah negara. Syarikat telah menghubungkan lebih daripada tiga bilion orang di seluruh dunia
dan telah mengekalkan prestasi yang kukuh dalam keselamatan dan mematuhi undang-undang
negara. Melalui inovasi bersama pelanggan dan rakan kongsi, ia akan mengembangkan nilai ICT
untuk membangunkan ekosistem industri yang lebih kukuh. .
Huawei merapatkan jurang digital dengan menjalankan operasi di beberapa negara terutama
dalam melaksanakan misi sosial mereka untuk meningkatkan lagi kebolehpercayaan syarikat dan
memperkukuhkan jenama. Antaranya membantu untuk menghubungkan tempat yang jauh seperti
Gunung Everest dan bulatan Artik. Penyakit Ebola di Afrika Barat, pencemaran nuklear yang
dicetuskan oleh tsunami di Jepun, dan gempa bumi dahsyat yang melanda Sichuan, China, Huawei
menyumbang usaha di zon-zon bencana untuk memulihkan rangkaian komunikasi dan peralatan
telekomunikasi. Huawei telah sedia membangunkan sistem operasi tersendiri. Huawei dilihat
mempercepatkan lagi proses berkenaan apabila sekatan ekonomi melalui dasar perundangan negara
asing. Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat memberi kesan langsung kepada
syarikat.
Huawei juga memasuki pasaran antarbangsa menggunakan jenama HONOR untuk pasaran
bukan premium. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peranti-peranti telefon pintar keluaran
China semakin mendapat tempat dalam industri komunikasi dan teknologi dunia. Syarikat
pengeluar seperti Huawei dan Xiaomi dilihat kian mampu untuk memberi cabaran kepada gergasi
industri yang lain seperti Samsung dan Apple. Keupayaan mereka untuk menawarkan harga yang
jauh lebih murah berbanding syarikat gergasi tersebut menjadi antara sumber kebangkitannya.
Peranti keluaran Huawei Honor yang lebih mensasarkan kepada pengguna yang lebih muda
biasanya dijual lebih murah. Hal ini membantu Huawei untuk terus bersaing dengan Samsung dan
Apple bukan sahaja dalam pengeluaran model perdana malah model dalam kelas permulaan.
Huawei mensasarkan pasaran produknya ke India, Russia dan Indonesia, benua eropah asia pasifik
dan Timur Tengah. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Amerika Syarikat masih lagi
merupakan sasaran jangka masa panjang mereka walaupun syarikat China mengalami sedikit
masalah untuk berdagang di sana ketika ini.
2
AKRAMPPJPNT SULIT
PERCUBAAN SEMESTER 3 2019
SULIT* 3
Huawei telah mengekalkan fokus yang tidak berbelah bahagi, menolak jalan pintas dan
mudah yang tidak selaras dengan perniagaan teras. Dengan pendekatan yang praktikal dan
menumpukan usaha melabur ke seluruh dunia untuk menghubung dunia tanpa batasan dan sekatan
melalui teknologi pintar. Fokus strategik ini adalah refleksi daripada nilai berteraskan inspirasi
pelanggan dedikasi, cekal hati, berkembang secara mapan dan berani melangkah ke hadapan untuk
membina sebuah dunia yang disambung sepenuhnya dengan talian pintar.
(Dipetik dan disesuaikan daripada capaian https:// www.huawei .com.my & Cabaran Huawei
Technology Bernama pada 25 Julai 2019)
11. Berdasarkan kes di atas:
Jelaskan tahap Perniagaan antarabangsa bagi Syarikat Huawei [30m]
12. Huraikan empat rancangan dan elemen-elemen bagi setiap rancangan yang [20m]
terdapat didalam format Rancangan Perniagaan sesebuah perniagaan automotif. [20m]
13. Terangkan lima jenis francais dan berikan lima kebaikan francais.
3
AKRAMPPJPNT SULIT
PERCUBAAN SEMESTER 3 2019