The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1- 2020 EDITED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitah.mustafa, 2020-05-08 20:09:04

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1- 2020 EDITED

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1- 2020 EDITED

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG
( BEA 4634 )

Jalan Desa Serdang 10, Taman Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan , Selangor Darul Ehsan
No.Telefon : 03-8940 8523 No.Faks:03-8940 8642

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BILANGAN 1/2020

Tarikh : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 10.30-11.30 pagi
Tempat : Bilik Multimedia, PSS

KEHADIRAN:

BIL NAMA JAWATAN
1. Pn. Salmi Binti Hashim GKMP Sains dan Matematik
2. Pn. Masitah Binti Mustafa Ketua Panitia/ Pengerusi
3. Pn. Normazilla Binti Muhammad Guru mata pelajaran Ting 4
4. Pn. Nur Dawana Binti Abu Bakar Guru mata pelajaran Ting 4
5. Pn. Adnadia Binti Darmawan Guru mata pelajaran Ting 5
6. En. Muhammad Fahmi Bin Mahfol Guru mata pelajaran Ting 1 dan 2
7. Pn. Wan Nor’ Adawiyah Bt Wan Abdullah Guru mata pelajaran Ting 1 dan 2
8. Pn. Rohani Binti Abdullah Guru mata pelajaran Ting 3
9. Pn. Murnira Farhana Binti Samsuri Guru mata pelajaran Ting 1dan 2

TURUT HADIR JAWATAN
BIL NAMA -Pembantu Makmal

1. Cik Fatin Farhana Binti Mohd Yamin

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

BIL NAMA JAWATAN
1. Pn. Joan Vivienne Moo Bt Rejoos -Guru mata pelajaran Ting 2
2. Pn. Siti Baizura Binti Zainuddin -PK HEM/Guru mata pelajaran

AGENDA:

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI DAN GKMP
1.1
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah. Pengerusi mengucapkan
1.2 terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Panitia Sains
1.2.1 Bil. 1/2020 .

Mesyuarat diteruskan dengan kata alu- aluan daripada GKMP iaitu Pn Salmi binti Hashim

Ucapan terima Kasih kepada Ketua Panitia dan Setiausaha Sains tahun 2019 atas sumbangan
mereka pada tahun tersebut.

1

1.2.2 Pn Salmi memaklumkan kepada semua ahli panitia berkenaan markah pencerapan iaitu kelas
baik tidak semestinya guru akan mendapat markah tinggi, manakala kelas belakang tidak
1.2.3 semestinya markah sedikit. Semua markah terpulang kepada kaedah dan cara guru itu sendiri
1.2.4 untuk menghasilkan pengajaran berkesan.
1.2.5
1.2.6 Pentaksiran berlaku sepanjang masa dalam bilik darjah sewaktu PdPc.

1.2.7 Buku latihan mukasurat depan perlu dibuat indeks iaitu tarikh, tajuk/latihan dan mukasurat.

2. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan sebelum 2/1/2020. Bilangan minggu
ialah 43 dan tidak termasuk cuti. RPT disemak oleh KP dan disahkan oleh GKMP. Satu
3. salinan diserah kepada KP untuk simpanan fail.
3.1
Pengurusan fail panitia adalah tanggungajawab ketua panitia dan setiausaha. Semua ahli
4. diminta memberi kerjasama terutama melibatkan serahan bahan dan jadual waktu terkini
4.1 untuk simpanan fail panitia. Semua bahan dan jadual waktu terkini mesti diserahkan salinan
4.1.1 kepada Ketua Panitia.

4.1.2 Pastikan guru menulis ‘Learning Objektif’ dan ‘Succesful Criteria’ di papan putih setiap kali
sebelum PdP bermula kerana ‘Learning Walk’ akan diaktifkan apabila sesi persekolahan 2019
bermula.

Makluman

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BIL 4/2018

Pn. Adnadia Binti Darmawan mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 4/2019
disahkan dengan pembetulan dan cadangan disokong sebulat suara.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

PEMBELIAN PETI KECEMASAN

Tatacara pembelian peti kecemasan telah dirujuk kepada Pegawai Tadbir Kewangan, Pn Azlini
binti Azid. Peti kecemasan boleh dibuat secara tunai dan tuntutan boleh dibuat melalui Panjar
Wang Runcit (PWR) dengan mengemukakan resit pembelian tersebut.

Tindakan: Ketua Panitia

PERKARA –PERKARA YANG DIBINCANGKAN

Matlamat Dan Objektif Kurikulum

Unit Kurikulum SMK Desa Serdang memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan
untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan
sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti bilik darjah dan luar bilik darjah.

Makluman

KPI sekolah 2020 ialah mencapai band 4 penarafan sekolah dan mencapai skor komposit 70

serta SKPM 93.00 peratus. GPS sekolah bagi PT3 ialah 3.69 dan SPM 4.55 serta mencapai

laporan audit cemerlang. KPI mata pelajaran Sains:

Tingkatan GPMP % Lulus

2 4.38 65.90

3 4.40 68.02

5 4.66 92.02

Makluman

2

4.2 Dasar Dan Ketetapan Kurikulum

4.2.1 Mesyuarat Panitia

4.2.1.1 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Sains dirancang dan dilaksanakan sebanyak empat kali
setahun mengikut takwim sekolah. Notis Panggilan Mesyuarat disediakan seminggu sebelum
mesyuarat menggunakan format SPSK. PK07/01. Minit mesyuarat perlu disiapkan tiga hari
bekerja selepas mesyuarat atau tempoh (3/7/11 hari). Agenda mesyuarat boleh dirujuk kepada
Buku Dasar dan Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum Sekolah (ms 2&3)

Tindakan: SU Panitia

4.2.2 Pengagihan Tugas 2020

4.2.2.1 Pn. Murnira Farhana binti Samsuri dilantik sebagai pencatat minit dan setiausaha Panitia Sains
4.2.2.2 bagi tahun 2020.

Makluman
Penyelaras Tingkatan 2020

Tingkatan 1- Pn. Joan Vivienne Moo Binti Rejoss
Tingkatan 2- Pn. Wan Nor ‘Adawiyah Binti Wan Abdullah
Tingkatan 3- Pn. Masitah Binti Mustafa
Tingkatan 4- Pn. Nur Dawana Binti Abu Bakar
Tingkatan 5- Pn. Adnadia Binti Darmawan

Makluman

4.2.2.3 Penyediaan Soalan
Pengagihan tugas bagi penyediaan/ penggubalan kertas soalan bagi peperiksaan 2020 adalah
seperti berikut:

Jenis Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Ujian/Peperiksaan Rohani
Ujian 1 Murnira ‘Adawiyah Masitah Nur Dawana Siti Baizura
Peperiksaan Muhammad Joan Moo K1 K1
Pertengahan Fahmi Rohani Normazilla Adnadia
Tahun K2 K2
Nur Dawana Masitah
Percubaan - - - K1
PT3/SPM Siti Baizura
K2
Adnadia

Peperiksaan Joan Moo ‘Adawiyah - K1 -
Akhir Tahun Nur Dawana
K2
Normazilla

Guru perlu mematuhi prosedur penyediaan soalan berdasarkan ketetapan kurikulum.
Makluman

4.2.3 Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran/Pemudahcaraan (PdPc)

4.2.3.1 Pencerapan guru-guru Sains adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan dalam Buku
Pengurusan Sekolah 2020 pada muka surat 85 hingga 86. Instrumen pencerapan menggunakan
Standard 4 SKPMG2: Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)

Makluman

3

4.2.3.2 Guru yang dicerap perlu berbincang dengan pencerap sebelum dan selepas pencerapan. Setiap

guru perlu mengisi borang penilaian kendiri pada 10 Januari 2020 disimpan di dalam fail tegak
guru dan dimuat naik ke ‘google classroom’. Penekanan kepada PAK21 perlu diberi perhatian

untuk mendapatkan markah pencerapan yang tinggi dan seharusnya melepasi 80%.

Tindakan: Ahli Panitia

4.2.3.3 Mohon ahli panitia menyediakan satu salinan borang pencerapan untuk disimpan dalam fail
panitia.
Tindakan: Ahli Panitia

4.2.4 Sumber Pendidikan dan TMK

4.2.4.1 Penggunaan sumber pendidikan dan TMK perlu direkodkan oleh guru dalam buku rekod
penggunaan sumber seperti pinjaman peralatan, buku rujukan dan LCD.
Tindakan: Ahli Panitia

4.2.4.2 Penggunaan TMK iaitu LCD seharusnya digunakan secara optimum dalam PdPc dan sumber
pendidikan pula digunakan sekurang-kurangnya 30 peratus sepanjang tahun persekolahan.
Tindakan: Ahli Panitia

4.2.4.3 Buku-buku yang dibeli oleh panitia perlu diproses oleh PSS dan mempunyai nombor perolehan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.2.4.4 Penggunaan Peta pemikiran ( I-THINK) sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam aktiviti
kumpulan semasa PdPc.
Makluman

4.2.5 Tugasan dan Latihan

4.2.5.1 Buku latihan untuk murid adalah tiga buah iaitu buku panjang bagi nota, buku panjang bagi
amali dan sebuah buku pendek bagi latihan. Manakala latihan serta tugasan bagi murid adalah
seperti dalam jadual di bawah:

Tingkatan Bentuk soalan
1 hingga 3 Subjektif: kurangnya 2 soalan setiap subtopik
Objektif: sekurang-kurangnya 10 soalan setiap topik
4 dan 5 Objektif: 15 hingga 20 soalan setiap topik
Subjektif: 2 hingga 3 soalan setiap topik
Esei: 1 hingga 2 soalan setiap topik

Tindakan: Ahli Panitia

4.2.5.2 Bilangan eksperimen wajib/ PEKA adalah seperti berikut:

Tingkatan Bilangan Eksperimen Wajib/PEKA

18

25

37

47

52

Borang semakan eksperimen hendaklah dikepilkan bersama setiap laporan eksperimen wajib.
Laporan eksperimen wajib hendaklah difailkan mengikut kelas di dalam fail tegak yang telah
disediakan di makmal. Fail tersebut hendaklah dilabelkan oleh guru mata pelajaran.

Tindakan: Ahli Panitia

4

4.2.5.3 Kelas-kelas yang akan menggunakan buku kerja ialah Tingkatan 1 Adil, 2 Adil, 3 Gemilang,
3 Adil, 4 Aman dan semua kelas tingkatan 5. Buku kerja yang sesuai digunakan akan dikenal
pasti oleh guru mata pelajaran dan penyelaras.

Tindakan: Penyelaras dan Guru mata pelajaran

4.2.6 Penyemakan Latihan Murid

4.2.6.1 Setiap guru perlu menghantar buku latihan (10 buah) untuk semakan oleh Ketua
Panitia/GKMP/PK/Pengetua berdasarkan Jadual Semakan Hasil Kerja Murid dalam Buku
Pengurusan Sekolah 2020. Guru perlu mengisi borang semakan 25 latihan dari semua kelas
untuk disemak oleh GKMP dan disimpan di dalam fail SPSK PK-06. Mulai tahun 2020,
pengetua juga akan menyemak buku-buku latihan murid sepanjang tahun bermula dengan buku
murid Tingkatan 5. Bagi semakan pengetua, guru perlu menghantar 5 buah buku bagi setiap
jenis. Guru dikehendaki mengisi penilaian kendiri menggunakan borang borang SPSK PK06/2
dan SPSK PK06/4 sebanyak 2 salinan.

Tindakan: Ahli Panitia

4.2.7 Pentaksiran/Peperiksaan

4.2.7.1 Pelaksanaan pentaksiran/peperiksaan haruslah dipatuhi oleh setiap ahli panitia sains
berdasarkan kepada Buku Dasar dan Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum Sekolah, muka surat 12
hingga 17.

Tindakan: Ahli Panitia

4.2.8 RPT dan RPH

4.2.8.1 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 2020:
Tingkatan 1- Pn. Joan Vivienne Moo Binti Rejoss
Tingkatan 2- Pn. Wan Nor ‘Adawiyah Binti Wan Abdullah
Tingkatan 3- Pn. Masitah Binti Mustafa

Tingkatan 4- Pn. Nur Dawana Binti Abu Bakar
Tingkatan 5- Pn. Adnadia Binti Darmawan

Makluman

4.2.8.2 RPT perlu disahkan oleh Pengetua/PK/GKMP sebelum digunakan dan format kulit hadapan
RPT perlu mengandungi nama dan logo sekolah, tajuk mengikut mata pelajaran dan tingkatan
serta tahun semasa. RPT disediakan mengikut takwim sekolah sebanyak 43 minggu
persekolahan. Minggu ulangkaji hendaklah mencatatkan tajuk yang diulang kaji.

Tindakan: Penyelaras Mata pelajaran

4.2.8.3 RPH hendaklah disediakan mengikut tapak yang akan disediakan oleh Ketua Panitia. RPH
perlu dimuat naik dan dihantar ke ‘google classroom’ pada setiap hari jumaat selewat-lewatnya

pada jam 11.59 malam.

Tindakan:Ahli Panitia

4.2.9 Buku Rekod Mengajar

4.2.9.1 Penggunaan buku rekod mengajar digantikkan dengan penggunaan ‘google classroom’ dan fail
tegak. Fail tegak yang mengandungi 18 bahagian perlu dilengkapkan sebelum 10 Januari 2020.

Tindakan: Ahli Panitia

5

4.2.10 Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah

4.2.10.1 Peta i-think guna yang sesuai sahaja. Penetapan buku latihan adalah 3 buah buku. Bagi latihan
dan tugasan pula, minimum 5 soalan diberikan termasuk soalan KBAT iaitu sebanyak 30%.
Makluman

4.2.10.2 Semakan buku (Januari-Mei) sebanyak 10 buah bagi setiap kelas perlu hantar kepada GKMP.
Manakala salinan borang semakan bagi 25 buah buku perlu di hantar kepada KP.
Makluman

4.2.11 Program Peningkatan Akademik 2020

4.2.11.1 i) Program Gilapan Permata;-
- Tiada kelas tambahan
- Teknik menjawab soalan sebanyak 4 kali setahun pada bulan 2, 4, 7 (di luar sekolah)

dan bulan 9.
ii) Program Sinar Pagi : ‘Smart Tag’ bagi mata pelajaran Sejarah sahaja melibatkan semua

tingkatan menggunakan modul Sejarah.
iii) Program Audit Akademik
- Anak angkat pentadbir
- 4 kali setahun iaitu pada bulan 2, 4, 7 dan 9
iv) Sentuhan kasih: Dilaksanakan sebelum peperiksaan.
v) HIP Science: 14 dan 21 Oktober 2020, bertajuk ‘Science Fact’
vi) Program panitia adalah berdasarkan perancangan di dalam plan strategik. Program yang
dirancang adalah berdasarkan GPMP murid. Penyelaras mata pelajaran bersama guru-guru
mata pelajaran dikehendaki merancang semula 3 program bagi setiap tingkatan.

Tindakan: Ahli Panitia

4.2.12 Program Kualiti Guru:
1) LADAP GURU
2) PLC
3) ICT dalam PdPc
4) Book Review

Makluman

4.2.13 Pengurusan Fail Panitia

4.2.13.1 Semua ahli panitia perlu melengkapkan dan menghantar Borang Maklumat Diri dan Jadual
Waktu Persendirian untuk simpanan fail panitia
Tindakan: Ahli Panitia

4.2.13.2 Penyediaan fail panitia perlu mengikut standard yang telah ditetapkan seperti dalam Buku
Dasar dan Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum, muka surat 28 hingga 30 dan fail disemak
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Tindakan: SU dan Ketua Panitia

4.2.14 Pemulihan dan Pengayaan

4.2.14.1 Pelaksanaan program pemulihan dan pengayaan perlu dirancang bagi mengenalpasti keperluan
pembelajaran murid melalui: Pemerhatian, Pentaksiran Rekod Prestasi dan Ujian Diagnostik

Tindakan: Ahli Panitia

6

4.2.14.2 Borang penilaian murid dan pemantauan kelas pemulihan boleh dirujuk dalam buku Dasar dan
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum, muka surat 37 dan 38.
Makluman

4.2.15 Pengurusan Makmal

4.2.15.1 Guru mata pelajaran perlu menjaga makmal berdasarkan ketetapan dalam buku pengurusan.
Makmal 1: Adnadia binti Darmawan
Makmal 2: Masitah binti Mustafa
Makmal 3: Murnira Farhana binti Samsuri
Peti kecemasan perlu ada untuk setiap makmal. Keceriaan makmal perlu dititikberatkan
Tindakan: Guru Makmal

4.2.15.2 Guru mata pelajaran hendaklah memilih 3 orang murid daripada setiap kelas bagi membantu
memastikan makmal dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan.
Tindakan: Ahli Panitia

4.2.15.3 Guru perlu mengisi sendiri borang tempahan barangan makmal. Eksperimen individu harus

diutamakan.

Makluman

4.2.15.4 Senarai pembantu makmal 2020

Makmal 1 dan 2 : Mohd Sukri bin Ibrahim (petang)

Fatin Farhana binti Mohd Yamin (pagi)

Makmal 3 dan Fizik : Zarina binti Mohd Najib (petang)

Nurkhalis binti Ahmad (pagi)

Makmal Biologi dan Kimia: Noor Fadhilah binti Abdullah

Makluman

4.2.16 Postmortem PAT 2019 Makluman
4.2.16.1 Berikut ialah GPMP untuk PAT 2019

Tingkatan 1: 4.83
Tingkatan 2: 4.85
Tingkatan 3: 5.22
Tingkatan 4: 7.98

4.3 Perancangan Strategik Panitia

4.3.1 Perancangan strategik Panitia merangkumi program panitia boleh dirujuk dalam Jadual 2
seperti di Lampiran B.

Makluman

4.3.2 Laporan program hendaklah disiapkan dalam tempoh 3 hari selepas program menggunakan
font 12 arial, berserta 4 keping gambar bersama keterangan dan disediakan sebanyak 3 salinan
iaitu bagi unit kurikulum, pejabat dan fail panitia.

Makluman

4.4 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

4.4.1 Panitia akan membeli buku rujukan KSSM sebanyak 10 buah bagi Tingkatan 1 hingga 4. Buku
teks Sains KSSM Tingkatan 4 juga akan dibeli sebagai rujukan di makmal. Panitia juga akan
membeli Modul Pintas bagi Tingkatan 5.

Tindakan: Ketua Panitia

7

4.4.2 Pn Salmi binti Hashim menyarankan panitia membeli alat tulis yang diperlukan bagi
melaksanakan PA21 seperti kertas sebak, isian semula dakwat pen marker, kertas A4, kertas
5.0 kajang, kertas graf dan kertas warna.
5.1
5.2 Tindakan: Ketua Panitia
5.3
6.0 Hal-hal Lain

Kertas kerja Bulan Sains dan Matematik akan disediakan oleh GKMP. Ketua Panitia
dikehendaki merancang aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan tersebut.

Tindakan: GKMP dan Ketua Panitia

Program Kelulut adalah di bawah Persatuan Sains dan Matematik namun ahli panitia
digalakkan bersama sama memberikan idea.

Makluman

Modul STEM adakan diterapkan semasa aktiviti kokurikulum dan dilaksanakan oleh Kelab
Reka Cipta dan Persatuan Sains dan Matematik

Makluman

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan
berharap agar semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya.
Mesyuarat ditamatkan pada jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan bacaan surah Al-A’sr. Semua
ahli panitia bersurai.

Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Sains
Bertarikh: 2 Januari 2020

MFS/Mesyuarat Panitia 2020

8


Click to View FlipBook Version