CARRY OUT PHYSICAL DEVELOPMENTAL ACTIVITIES
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 2 PELAKSANAAN AKTIVITI PERKEMBANGAN BAHASA BAYI DAN KANAK-KANAK PENGURUSAN AKTIVITI MENGIKUT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Kanak-kanak yang berkembang baik dalam aspek fizikal, akan membesar menjadi individu yang peka, fleksibel, sentiasa bersedia, tangkas dan mahir memanipulasikan peralatan. Mereka lebih cepat menguasai kemahiran memungut benda kecil, membutang baju, menguntai manik, menulis, dan menggunakan peralatan seperti pensil, gunting, berus lukisan dan sebagainya, kerana telah menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan dengan baik. Koordinasi mata-tangan atau mata-kaki membolehkan kanak-kanak lebih mantap melakukan aktiviti atau operasi seperti menangkap bola, bermain badminton, mengikat tali kasut, mengikat reben, melempar bola, bermain skipping, teng-teng, atau meletakkan sesuatu objek tepat pada sasaran. Daripada kemahiran-kemahiran ini, kanak-kanak akan menjadi lebih berminat belajar dan akhirnya mereka akan menjadi kanak-kanak yang kompeten, yakin dan mempunyai self- esteem yang tinggi. i. Pengurusan aktiviti mengikut peringkat umur - Bayi 0 Hingga 6 Bulan Bayi suka melihat orang dan akan mengikutnya dengan mata mereka. Biasanya, mereka lebih suka melihat wajah dan warna-warna terang. Bayi menggunakan deria mereka untuk belajar tentang dunia mereka. Untuk beberapa bulan pertama kehidupan, bayi tidak dapat memahami objek dengan tangan mereka, tetapi meneroka dengan telinga dan mata mereka. Bayi boleh mencapai, tertarik dengan apa yang tangan dan kaki mereka boleh lakukan, mengangkat kepala mereka, memalingkan kepala mereka ke arah bunyi, meletakkan apa saja dalam mulut mereka. Untuk mengelakkan bahaya kepada bayi, mainan tidak boleh digantung dengan tali,reben atau getah pada katil, kereta dorong, tempat duduk bayi atau di leher kanak-kanak. Peralatan dan bahan pembelajaran yang sesuai ialah yang boleh dicapai, boleh dipegang, boleh dihisap dan boleh dipicit/renyuk (squeeze toys) seperti :
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 3 interlocking ring/key teething ring soft toys textured balls floor gym kerincing/rattles
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 4 - Bayi 6 Bulan - 1 Tahun Pada separuh kedua tahun pertama, bayi menguasai kemahiran motor yang membolehkan mereka bermain dengan mainan dengan cara yang baru dan menarik. Jika bayi yang boleh duduk, mereka menyukai mainan yang boleh dimanipulasi – boleh diketuk, dijatuhkan dan ditindan, memasukkan mainan dan mengeluarkannya semula,membuka dan menutup kotak. Sebaik sahaja mereka boleh merangkak, "pelayaran" (berjalan sambil memegang perabot) dan berjalan, mereka menyukai alat mainan yang bergerak bersamasama dengan mereka. Mainan yang menunjukkan sebab dan kesan juga menyeronokkan pada usia ini. Bola (1 3/4 inci dan lebih besar) Push-pull toys (Permainan tolak tarik) Nesting and stacking toys (Mainan berbentuk sarang dan susunan) Simple shape sorters (Penyusun Bentuk Mudah) Pop-up toys (Mainan Pop-up) Squeeze/squeak toys (Mainan Mencicit)
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 5 - 1 - 2 Tahun Pada usia 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak adalah “peneroka”. Mereka didorong oleh rasa ingin tahu dan sentiasa tertanya-tanya, kanak-kanak juga mempunyai kemahiran fizikal yang membuat ia mudah bagi mereka untuk bermain dan belajar. Pada usia ini mereka agak sibuk dan memerlukan mainan untuk aktiviti fizikal seperti berjalan, mendaki, menolak dan menunggang. Ride-on toys Alatan permainan fizikal Puzzles with knobs Blocks - 2 - 3 tahun Kanak-kanak pada usia ini lebih suka menguji kemahiran fizikal mereka dengan melompat, memanjat, dan melontar dan mereka bermain secara aktif. Pada usia ini juga kanak-kanak mempunyai kemahiran tangan dan koordinasi jari yang baik.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 6 Blok bangunan dan sistem binaan Blok dengan huruf dan nombor Puzzles with knobs Tanah liat/playdoh - 3 - 4 tahun Selepas usia tiga tahun, kanak-kanak mula bermain secara aktif antara satu sama lain. Mereka telah dapat melakukan hampir semua aktiviti fizikal motor kasar seperti mengawal keseimbangan badan, berjalan mengikut garisan lurus, berjalan perlahan, laju dan berhenti, berlari, menaiki dan menuruni tangga (dengan pengawasan), melompat dengan dua kaki, menyepak dan menendang
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 7 Tricycle and helmet Construction toys Lacing and threading sets Kenderaan Mainan ii. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN - Penyediaan Persekitaran Taska Kawasan ruang utama untuk pembelajaran kanak-kanak terbahagi kepada: a) Aktiviti motor kasar – 40% • memberi peluang kanak-kanak merangkak, memanjat , berlari dan sebagainya. b) Aktiviti main peranan – 20% • memberi peluang kanak2 melakukan aktiviti main pondok, berniaga dan sebagainya. c) Aktiviti sensori binaan – 30% • menyediakan sudut permainan blok dan melukis, main doh, menjahit yang memberi peluang kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 8 d) Aktiviti bahasa – 10% • merangkumi permainan susun suai gambar, menconteng, manipulasi, membaca dan sebagainya. - Konsep ruang pembelajaran di TASKA a) Konsep terbuka • Kanak-kanak bebas memilih ruang permainan b) Konsep berkumpulan • jalankan aktiviti dalam kumpulan kecil yang dirancang oleh pengasuh c) Konsep sudut pembelajaran • berdasarkan aspek perkembangan - Ciri-Ciri Persekitaran Di Taska • Persekitaran yang sesuai, menyeronokkan dan menepati tahap perkembangan kanak-kanak perlu disediakan berpandukan ciri-ciri yang betul. • Persekitaran yang baik untuk perkembangan pembelajaran melibatkan juga cara menyusun perabot, peralatan permainan dan juga bahanbahan yang diguna pakai di TASKA. • Sudut pembelajaran untuk pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak perlulah disediakan secara terancang. Sebagai pendidik atau pengasuh di TASKA, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi merancang susun atur persekitaran pengajaran pembelajaran. • Antaranya ciri-ciri penyediaan persekitaran yang perlu diambil kira adalah seperti berikut; Rajah 1: Ciri-ciri persekitaran di TASKA Keadaan sekeliling yang selamat Pemilihan perabot yang bersesuaian Penggunaan peralatan yang selamat Langkah keselamatan yang baik suasana yang mengalakkan
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 9 Ciri-ciri persekitaran yang perlu difahami dan diaplikasikan sebelum menyediakan persekitaran di TASKA i. Kesesuaian perabot mengikut tahap perkembangan dan umur kanak-kanak, kesesuaian saiz perabot atau peralatan di TASKA ii. Cara perabot dan peralatan digunakan, daya ketahanan dan kebersihan perabot dan peralatan. iii. Persekitaran yang selesa dan tenang sebagai tempat berehat. iv. Tempat untuk aktiviti bersenam dan aktiviti fizikal v. Pencahayaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan peredaran udara yang cukup. vi. Hiasan dalaman seperti warna, hiasan atau pameran bahan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran di TASKA. vii. Penyediaan sudut fokus kepada elemen perkembangan menyeluruh kanakkanak. viii. Mempunyai kepelbagaian peralatan pembelajaran dan barang permainan yang selamat serta sesuai dan mudah digunakan bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek yang berbeza. ix. Keluasan ruang atau sudut yang sesuai dengan bilangan kanak-kanak. x. Cara penyusunan perabot di setiap ruang memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas. xi. Ruang yang disediakan memberi peluang kanak-kanak untuk meneroka secara bebas. xii. Ruang mempunyai bilangan permainan dan peralatan yang mencukupi. xiii. Penyediaan ruang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berbual atau bertanya. xiv. Persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi ketika bermain. xv. Ruang untuk kanak-kanak berlakon dan berstimulasi. xvi. Ruang membolehkan kanak-kanak meneroka, berimaginasi dan berkreativiti.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 10 - Ciri-Ciri Keselamatan Bahan Bantu Yang Sesuai Untuk Bayi Dan KanakKanak Bahan bantu yang digunakan mestilah selamat untuk digunakan oleh bayi. Oleh yang demikian beberapa faktor perlu diberi perhatian semasa memilih BBM yang sesuai mengikut perkembangan. i. Saiz yang bersesuaian • Saiz BBM yang di pilih mestilah tidak terlalu kecil sehingga bayi boleh memasukkannya ke dalam rongga badan seperti mulut, hidung dan telinga. Ia juga tidak terlalu besar sehingga boleh melindungi saiz bayi. Sebagai contoh BBM atau alat permainan yang dipilih boleh dipegang atau digenggam oleh bayi menggunakan satu tangan. Sekiranya ia adalah soft toys, ia boleh di peluk oleh bayi menggunakan sebelah tangan. ii. Berat yang bersesuaian • BBM yang berat boleh menyebabkan ia terlepas dari genggaman atau pelukan bayi. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan apabila objek tersebut jatuh menimpa bayi. iii. Kukuh / Tahan lasak • BBM tersebut mestilah kukuh, tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini adalah kerana bayi cenderung untuk mengetuk ke lantai, membaling, menggigit dan menghisap BBM tersebut. Bahagian-bahagian alat permainan yang kecil juga tidak mudah tercabut atau tertanggal. iv. Pelbagai fungsi • BBM yang dipilih boleh merangsang perkembangan menyeluruh bayi dan tidak tertumpu pada satu-satu perkembangan sahaja. Sebagai contoh, bola yang berloceng/berbunyi dan berwarna-warni dapat merangsang perkembangan fizikal bayi apabila bayi berjalan untuk mendapatkannya, perkembangan kognitif apabila bayi mengesan arah bunyi dan memandang arah pergerakan bola dan perkembangan bahasa apabila bayi cuba menyebut perkataan bola. v. Mudah dikendalikan
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 11 • BBM yang dipilih mudah di kendalikan oleh bayi memandangkan tahap keupayaan/kematangan otot mereka masih minimum. Bayi akan cepat marah/mengamuk sekiranya alat permainan tersebut sukar bagi mereka kendalikan. vi. Tidak tajam • Pastikan alat BBM yang digunakan tidak berbucu tajam kerana ia boleh mencederakan bayi dan kanak-kanak sekiranya BBM tersebut tergores pada kulit. vii. Non toksik • Bahan yang digunakan untuk membuat BBM mestilah tidak bertoksik, kerana ia boleh mengancam kesihatan kanak-kanak. Selain daripada itu bahan pewarna yang digunakan pada BBM juga mestilah tidak mudah luntur atau lekang kerana ia dikhuatiri masuk ke dalam mulut bayi apabila alat tersebut digigit/hisap. - Memilih peralatan dan bahan pembelajaran untuk perkembangan fizikal yang sesuai - Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan semasa memilih peralatan dan bahan pembelajaran aktiviti fizikal untuk kanak-kanak : 1. Saiz yang sesuai dengan umur bayi atau kanak-kanak. 2. Selamat. 3. Kukuh dan tahan lama. 4. Mempunyai pelbagai kegunaan. 5. Tidak terlalu berat untuk diangkat oleh kanak-kanak. 6. Tidak terlalu kompleks untuk digunakan oleh kanak-kanak. 7. Boleh disesuaikan dengan berbagai-bagai aktiviti di dalam dan di luar bangunan.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 12 iii. Susun atur peralatan dan bahan Penyusunan peralatan dan bahan di sesebuah Taska meliputi dua aspek iaitu bercirikan mesra kanak-kanak dan selamat. 1) Mesra kanak-kanak • Mengikut paras mata kanak-kanak Apabila peralatan dan bahan disusun mengikut paras mata kanak-kanak ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih dengan bebas tanpa perlu memanjat atau menggunakan lain-lain sokongan untuk memilih peralatan atau bahan tersebut. • Mudah diambil/dicapai oleh kanak-kanak Peralatan yang disusun mestilah kemas dan mengikut saiz. Contohnya, peralatan yang kecil diletakkan di bahagian hadapan manakala peralatan yang besar diletakkan di bahagian belakang. Hal ini dapat memberi kemudahan kepada kanak-kanak untuk mengambil bahan atau peralatan tersebut. • Susunan peralatan mestilah mengikut fungsi alat tersebut. Sebagai contoh pengasuh perlu meletakkan alat tulis di satu bahagian yang dikhaskan, alat untuk menjalankan aktiviti diletakkan pada satu bahagian, alat permainan diletakkan di satu bahagian, dan bahan pembelajaran diletakkan di satu bahagian yang lain. Ia bertujuan untuk melatih kanakkanak tentang fungsi dan perbezaan sesuatu bahan dan alat. 2) Selamat • Semasa menyusun peralatan dan bahan kanak-kanak, ciri-ciri keselamatan perlulah ditekankan oleh pengasuh. • Bahan yang kecil atau peralatan yang tajam seperti pisau, gunting dan manik perlulah disimpan di tempat yang tertutup dan hanya boleh diambil oleh pengasuh sahaja. • Peralatan yang berat tidak diletakkan pada bahagian yang tinggi kerana dikhuatiri akan mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 13 Set Induksi (Cara Memulakan PdPC) Set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain. Berikut 18 cara memulakan PdPc atau Set Induksi melalui: 1. Video Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid. 2. Nyanyian Lagu Lagu dinyanyikan dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak. 3. Perbualan Audio Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi yang disampaikan. 4. Gambar/ poster Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya. 5. Objek/ benda maujud Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan. 6. Entry Ticket Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes. Kemudian mereka tampal pada dinding. Kemudian semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas. 7. Running Dictation Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas. 8. Who/What am I? Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 14 9. Jigsaw Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan. 10. I have, Who has... (Loop) Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? 11. Error Detection Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving). 12. Puppet/Mascott Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut. 13. Role Play/Simulasi Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan. 14. Spot the objects Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya. 15. True or False Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada beberapa kenyataan adalah Betul ataupun Salah. 16. 2 Truths and A Lie 3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2 kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan. 17. PreTest Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul.
Aktiviti Perkembangan Fizikal- 15 18. KWL K: What I Know W: What I want to know L: What I learned Fokus kepada What I Know. Murid samada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole class approach'. 19. Jigsaw Puzzle Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka. 20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan binaan, kraf Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta. 21. Take One Out Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut. 22. Grouping Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan. 23. Match or Place Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online.