The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26015041, 2021-11-23 22:04:44

M3 PENGESANAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS REHAN

DSA 4112











2. Pengesanan Awal Kanak-







kanak Berkeperluan Khas






!
















Minggu 3!

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan





awal





2.1.2 Menjelaskan kaedah mengesan




pengesanan awal





i. Saringan deria 2




2.1.3 Instrumen





i. Instrumen Pengesanan Kanak-Kanak





berkeperluan khas




ii. Senarai semak perkembangan bayi





dan kanak-kanak TASKA dan TADIKA









tap

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal




(pendahuluan)









❖Pengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas merupakan satu



perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi pendidikan mereka.



❖Secara umumnya, individu yang berkeperluan khas perlu dikesan daripada awal menerusi proses



pengesanan.


❖Hal ini demikian kerana, melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat membantu



pembelajaran kanak-kanak tersebut.



❖Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanak-kanak



seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis



hasil kerja.


❖Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan



penilaian pencapaian.



❖Pengesanan boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan di rumah. Dalam erti kata yang lain,



pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan penilaian yang



lebih mendalam.

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal




(pendahuluan)









❖Pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan



kanak-kanak yang dikenal pasti berkeperluan khas.


❖Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan proses pengesanan ke atas



kanak-kanak.



❖Bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang ketidakupayaan yang dimiliki oleh



kanak-kanak, teknik yang betul dan bersesuaian haruslah dilaksanakan.



❖Antara teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati untuk mengesan ketidakupayaan dan


keperluan kanak-kanak adalah:



❖ catatan anekdot,



❖catatan berterusan,



❖catatan spesimen,



❖mensampel masa,


❖mensampel peristiwa



❖senarai semak.




2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal




(pendahuluan)


















❖Teknik-teknik ini dapat membantu dan memudahkan proses pengesanan untuk dilakukan.


❖Ke semua teknik ini adalah berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain.



❖Hasil yang diperoleh melalui teknik ini boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya untuk



didiagnos oleh pakar-pakar yang tertentu.



❖Kanak-kanak khas tidak juga mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan seperti manusia



biasa.


❖Oleh yang demikian, pengesanan awal mampu membela nasib kanak-kanak yang berkeperluan



khas dalam dunia pendidikan.

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal



Kepentingan ini terbahagi kepada tiga iaitu:








1. Pengesanan Jenis Ketidakupayaan








• pemerhati dapat membuat laporan kepada ibu bapa dan seterusnya kepada pakar kesihatan


• Melalui hasil pengesanan jenis ketidakupayaan, pemerhati akan mengetahui ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

• ibu bapa mahupun guru dapat menggunakan laporan yang diperolehi untuk dijadikan sebagai rujukan oleh pakar kesihatan.

• Pakar kesihatan juga akan menggunakan laporan ini untuk mengetahui jenis-jenis ketidakupayaan oleh kanak-kanak ini.


• Mereka juga akan sentiasa memantau dan memberi maklum balas terhadap sebarang perubahan mahupun perkembangan dalam diri kanak-kanak itu.

• Pemerhati dapat membuat penilaian awal tentang ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Tidak semua ketidakupayaan ini dipamerkan secara jelas

oleh kanak-kanak.

• Terdapat ketidakupayaan yang berlaku secara halus seperti mempunyai masalah dalam memberikan perhatian atau juga lalai dalam melaksanakan kerja

sekolah.

• Penilaian awal terhadap ketidakupayaan boleh berlaku sama ada secara formal ataupun secara tidak formal


• Penilaian awal terhadap ketidakupayaan kanak-kanak membolehkan guru untuk mengenal pasti kanak-kanak khas yang berhak mendapat pendidikan dan
didikan yang sewajarnya.


• Bantuan dalam bidang pendidikan akan diberikan kepada anak-anak ini oleh para guru supaya mereka turut berasa seperti dihargai dan dipunyai.

• Pengesanan jenis ketidakupayaan pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka

• Pengesanan jenis ketidakupayaan akan membolehkan guru mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan. mereka perlu diasingkan dari segi program

pengajaran, pendekatan, bahan pengajaran, persekitaran pembelajaran dan lain-lain lagi supaya proses perkembangan pembelajaran mereka berjalan dengan

lancar dan baik

• Melalui aktiviti penempatan ini, kanak-kanak dikenalpasti untuk diletakkan sama ada secara inklusif iaitu ditempatkan di kelas biasa dan sekolah biasa

mahupun secara integrasi iaitu di kelas pendidikan khas di sekolah biasa atau di sekolah pendidikan khas sepenuhnya.

• Melalui pengesanan awal jenis ketidakupayaan dan tahap perkembangan, kanak-kanak boleh menjalani rawatan spesifik dan segera. Keperluan kanak-kanak

khas yang telah dikesan oleh pemerhati akan seterusnya dirawat oleh pakar perubatan yang berkaitan.

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal



Kepentingan ini terbahagi kepada tiga iaitu:







2. Pengesanan Tahap Perkembangan



•Kanak-kanak yang dikenal pasti mempunyai keperluan khas memerlukan spesifikasi



yang jelas dan tepat.




•Proses ini dapat dilakukan dengan menilai perkembangan semasa kanak-kanak yang



melibatkan pra-akademik, akademik dan teknik sosial.




•Apabila maklumat dikumpul, pemerhati mahupun guru akan dapat menentukan subjek



dan teknik yang bersesuaian untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal



Kepentingan ini terbahagi kepada tiga iaitu:







3. Pengesanan Tahap Perkembangan Dan Pengesanan Tahap Pencapaian,



• Guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh kanak-kanak.




• Kekuatan dan prestasi kanak-kanak seharusnya ditingkatkan manakala kelemahan pula harus


diperbaiki. Contohnya, kanak-kanak yang cenderung belajar menggunakan warna perlu sentiasa



didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan warna seperti mewarna lukisan, mewarna mural, ‘box


movies’, ‘flannel board’ dan banyak lagi.



• Sekiranya kanak-kanak kurang mahir dalam pertuturan, guru perlu cakna kepada mereka dengan



menambahkan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa seperti permainan ‘charade’,


bercerita, lakonan, deorama dan sebagainya.




• Berdasarkan pengesanan tahap perkembangan dan pengesanan tahap pencapaian, guru dapat


menyediakan suatu rancangan berdasarkan keperluan tersebut atau lebih dikenali sebagai


Rancangan Pendidikan Individu (RPI).




• Pelaksanaan RPI ini dibuat adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar serta


membuat perancangan pendidikan yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas mengikut



potensi dan keperluan khas mereka yang berbeza-beza.

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.1 Menerangkan kepentingan pengesanan awal




















Sila buat peta minda







kepentingan







pengesanan awal







kanak-kanak







berkeperluan khas








http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/kepentingan-pengesanan-awal-dan-teknik.html










tap

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal





2.1.2 Menjelaskan kaedah mengesan pengesanan awal




i. Saringan deria




Jenis ujian saringan yang dilakukan
▪ Jenis ujian saringan kecacatan genetik untuk bayi yang baru lahir adalah berbeza diantara negara iaitu dari dua jenis ujian sehingga 8 ujian termasuk

ujian pendengaran bayi.

▪ Ujian saringan yang lengkap boleh mengesan sehingga 40 jenis kecacatan yang mungkin ada pada setiap bayi termasuk Congenital Hypothyroidism

(CH), galactosemia , phenylketonuria (PKU) dan lain-lain.






Ujian Saringan Pendengaran Bayi
▪ Masalah pendengaran kekal merupakan kecacatan yang tersembunyi yang mana kecacatan ini tidak dapat dilihat secara fizikal. Kebanyakan

ibu bapa hanya mula sedar anak bermasalah pendengaran apabila mereka tidak bercakap pada usia yang sepatutnya. Dianggarkan sebanyak 1

hingga 3 bayi daripada 1000 kelahiran disahkan mempunyai masalah pendengaran kekal (Uus & Davis 2000). Prevalens ini dikatakan lebih
.
ketara jika dibandingkan dengan saringan penyakit yang lain seperti kekurangan G6PD dan congenital hypothyroidsm
▪ Oleh yang demikian, bagi bayi yang dilahirkan dengan masalah pendengaran; pengesanan seawal mungkin perlu dilakukan agar proses

intervensi awal dapat dilakukan segera.
▪ Ujian saringan pendengaran bayi universal bermaksud semua bayi yang dilahirkan di satu-satu hospital akan menjalani ujian saringan

pendengaran

▪ Terdapat dua jenis ujian saringan pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi bagi mengesan masalah pendengaran iaitu ujian otoacacoutic
emission dan ujian auditory brainstem response.

▪ Matlamat ujian saringan pendengaran universal adalah untuk mengenal pasti masalah pendengaran pada bayi selewat-lewatnya usia bayi 3 bulan

dan langkah pemulihan dapat dilakukan selewat-lewatnya usia bayi 6 bulan (Joint Committee of Infant Hearing 1994).
▪ Sehubungan dengan itu, ujian saringan pendengaran perlu dilakukan seawal kelahiran bagi mengenal pasti sama ada pendengaran bayi adalah

normal atau bermasalah agar langkah intervensi dapat dilakukan secepat mungkin.

Sila jelaskan kaedah mengesan




pengesanan awal





i. Saringan deria

2.1 Menerangkan tentang Pengesanan Awal




2.1.3 Instrumen





i. Instrumen Pengesanan Kanak-Kanak





berkeperluan khas




INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH





PEMBELAJARAN (1).pdf




ii. Senarai semak perkembangan bayi





dan kanak-kanak TASKA dan TADIKA





SSP_12april20193.pdf

Sekian Terima Kasih










Daripada











Hjh Rehan Mohd Taha


Click to View FlipBook Version